Halaman

Khamis, 5 Disember 2013

Sering kita lupa.

Ya ALLAH..terkejut menerima berita kematian seorang sahabat perjuangan USM..
Arwah Iswandi Ishak..
5 Disember 2013, adalah hari ulang tahun kelahiraan arwah yang ke 23..
namun  hari yang sama juga, beliau telah kembali kepada penciptanya..
Sungguh kematian itu dekat,
Tapi kita sering lupa...
Kita takut mati..padahal ianya pasti..!

Bagaimana nak diluah dengan kata2...
Ya ALLAH didiklah hati kami dalam mentaatiMu,
sentiasa memohon maghfirahMu..
Kurniakan kami kematian yang penuh dengan persediaan...
kerana kami akan kembali kepadaMu,
kembali yang tidak lagi kembali...

Al-Fatihah.
Arwah merupakan Timbalan Bendahari PMIUSM 2010/2011
MPP 2011/2012.

Seorang yang banyak memberi tunjuk ajar ketika saya mula bertatih mejadi Bendahari PMIUSM 2011/2012.
Mudah diajak berbincang, mudah bekerjasama dan sedia memberi pandangan.
Seorang pemimpin yang berkaliber..
Sungguh ALLAH lebih menyayangiMu...

insyaALLAH semoga kita bertemu di syurga.....

Khamis, 21 November 2013

Sabar..
ALLAH ada bersama.. ini satu pengorbanan. Hujung minggu ni ahli keluarga balik berkumpul..tapi tak dapat balik bersama mereka...emm. Xpelah, sabar..sikit masa lagi, panjang umur dapat jumpa lagi. InsyaALLAH

Ibrah semalam: Bila sesuatu hilang daripada kita, baru kita sedar betapa berharga ia kepada kita...
Tapi bila iman di dada berkurang, adakah kita merasa perkara yang sama. Lets feel it..

Ya ALLAH.. tetapkan hati kami..tempatkan kami bersama dengan orang2 yang beriman kelak.
Amin.




Rabu, 20 November 2013

Semuanya dari ALLAH

Semuanya daripada ALLAH..
Setiap apa yang berlaku, ambil pelajaran daripadanya..
tidak ALLAH takdirkan dan jadikan sesuatu itu tanpa ada hikmahnya..
koreklah..pasti akan temui hikmahnya.
nilai setiap yang berlaku dengan hati kita bukan dengan nafsu.

*Hari ini dalam sejarah.. berhati2 semasa memandu..sekarang musim hujan, jangan rushing..
apa2 pun segerakan urusan dengan ALLAH terlebih dahulu.

Redha ALLAH yang kita cari, bukan redha manusia.
InsyaALLAH.

Sabtu, 9 November 2013

8 Sandwich sardin, RM1.


Murahnya!
Itulah yang terjadi. Terharu dengan tarbiah daripada ALLAH di sebalik semua ini. Semoga perkongsian kisah ini dapat memberi sedikit kesan dalam hati kita.
***
Ingin berikhtiar sendiri, berusaha mencari pendapatan sendiri. Keluar satu idea daripada sahabat2 untuk berniaga sandwich sardin. Senang dan boleh dapat banyak untung. Itulah kata2 perangsang yang menyebabkan saya yakin mengeluarkan modal untuk berniaga.Tak banyak. Sikit je untuk permulaan.

Semangat. Lepas study, prepare semua bahan2 untuk jualan esok. Rupa2nya.  2 jam setengah saya perlukan untuk membungkus 8 sandwich sahaja!  Sabar dan usaha. Baru tau kenapa sandwich mahal harganya. Huhu Sebelum2  ni selalu fikir banyak kali kalau nak beli sandwich..

Esok paginya, pelan pemasaran yang asal terpaksa dibatalkan. Saya tukar pelan lain. Mencuba nasib.
Dah lewat tengah hari, urusan saya belum selesai di Tanah Merah. Saya hubungi seorang adik untuk tengok sandwich yang saya letak tadi.

“Akak, brape total akak letak sandwich td?”
“8..”
“Allah..akak, ad baki lagi 6, tapi duit ada RM1 je”

Bermakna satu lagi diambil ‘percuma’.
Emm.mungkin dia sangat lapar dan tergesa2 untuk ke kelas. Hanya ambil je.
ALLAH tahu.

“Takpelah..ambil 6 lagi tu, bagi kat sahabat2 makan. Simpan nanti tak elok pula”

Bila kita susah, ingat ada orang yang lebih susah dari kita.
..
Bagaimana agaknya perasaan peniaga yang berhadapan dengan susah payah, dan akhirnya perniagaannya rugi untuk hari itu? Awal pagi bangun sediakan kelengkapan..berjam2 menunggu pelanggan, tapi tiada pun keuntungan pun mereka dapat.
Esoknya, mereka datang berniaga lagi. Itulah mata pencarian mereka
Tidak jemu, tidak putus asa.  Yang penting usaha.
Yakin, rezeki ALLAH akan beri kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Alhamdulillah, saya masih ada sumber kewangan lain. 
Peniaga ini? Hanya bergantung pada perniagaan mereka.

Membuatkan hati  tersentuh.

“Akak, RM1 pun rezeki dari ALLAH kan?”
Senyum.
“Betol dik..terima kasih”
Meneruskan perjalanan pulang dari Tanah Merah ke Jeli dengan hati yang dicuit Tarbiyah daripada ALLAH.

BERSYUKURLAH.. (^_^) 
Banyak atau sedikit atau tiada langsung, semua rezeki ALLAH yang beri. 
BERSANGKA BAIK.
Semua yang kita ada, bukan milik kita. Kita cuma diamanahkan untuk menjaganya.
YAKIN.
Kita merancang, ALLAH yang menentukan. Ketentuan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita.

Terima kasih Ya ALLAH.






Jumaat, 25 Oktober 2013

Taipan Hati.

Bagaimana keadaan diri kita hari ini?
Masih sama di takuk semalam atau semakin bertambah IMAN di dada?

Tiada yang dicari di dunia ini melainkan kebahagian hakiki dalam mencintaiNya.
Hati yang tenang.
Tenang mengharungi cabaran hidup.
Yakin adanya ALLAH.
Jangan risau atau bimbang,
yang perlu hanya usaha.
Semuanya ALLAH dah tentukan, dan ALLAH pasti beri yang terbaik.
Kerana Dia sgt cintakan KITA.

Tak malukah kita menerima secara percuma tanpa USAHA?
....
Mengharap, menadah tangan atas riba...? tanpa usaha...
...
Ah malunya rasa.

Teruskan usaha, perbaiki diri.
Perbaiki hubungan dengan ALLAH.
Jika hubungan dengan manusia kita sentiasa fikirkan jalan terbaik untuk hubungan tu,
Hubungan dengan ALLAH lebih lagilah kita kena USAHA dan FIKIRkan caranya.

Segalanya yang baik takkan datang bergolek tanpa USAHA yang gigih.
Yang buruk datang, hasil USAHA yang main2.
USAHA dgn gigih dan bertawakkallah..

InsyaALLAH..pasti tenang..
KITA ada ALLAH =)

*MATI itu sangat dekat.

Selasa, 24 September 2013

Kembali ke Daerah Ini.



Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk mengecapi nikmatnya lagi saat ini. Kali ini, titipan ini di tulis di Baitul Ghuraba’, rumah baru saya. InsyaALLAH. Kini, berstatus pelajar kembali.  Tak pernah terlintas di fikiran untuk menyambung pengajian sewaktu menerima skrol dulu. Namun, ALLAH yang mengatur hidup setiap hamba2Nya, dan Dia tahu apa yang terbaik. Dorongan kuat daripada insan-insan tersayang, akhirnya saya di sini. Alhamdulillah, dipermudahkan jalan ini dari awal, insyaALLAH hingga tamat nanti. 

Kembali

Kembali ke daerah ini, yang pernah saya diami 6 tahun yang lalu. Siapa sangka, tempat yang saya duduki peperiksaan SPM dulu, berada di depan mata tiap2 hari. Tempat  jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat belajar. Ramai yang agak 'pelik' dengan keputusan yang saya ambil untuk sambung belajar di sini..jika ALLAH tak izinkan, saya tak kan berada di sini, dan bila ALLAH izinkan, insyaALLAH di sini lah rezeki saya. Rezeki ALLAH yang beri, dan ada di mana2. Jangan risau, ALLAH akan beri bila sampai masanya. Rezeki yang paling hebat adalah ketenangan hidup. Pohonlah rezeki daripada ALLAH tanpa henti, mintalah dipermudahkan segala urusan, dan ALLAH tak kan zalimi kita =’)

Proses tarbiyah kembali

Rindunya..sudah lama tidak berada dalam usrah, majlis ta’lim, makan berjemaah macam di rumah sewa dulu. Alhamdulillah, rindu terubat. ALLAH izin diri ini ditarbiyah lagi. Terima kasih ALLAH. Dia hantar saya di sini, tempat yang semua orang kalau baleh tak nak datang, tapi ALLAH Maha Pengasih janjikan sesuatu yang indah buat saya..itu yang saya rasa dan semoga inilah yang akan saya dapat.  Di sebalik yang pahit itu, pasti ada manisnya. Percayalah! =)

Berdikari dan silaturrahim

Hari ini ke bengkel kereta sendirian dan pertama kali dalam hidup. Tawakal pada ALLAH dan bersangka baik. Syukur ALLAH permudahkan urusan dibengkel tadi. Tak sangka juga ada pekerja wanita yang sangat ramah tadi. Tidaklah bosan saya sendirian saya di situ.. Berbual2, sikit2 ta’aruf, Alhamdulillah dipanjangkan lagi silaturahim, berkenalan pula dengan tauke kedai buku (makin meninggi impian nak buka kedai buku..) Banyak info yang diperoleh pasal perniagaan dan macam2 lagi. Bersangka baik dalam segala hal, insyaALLAH ALLAH akan beri yang baik2 =) 

Jom ta'lim
Sedikit perkongsian untuk kalian. Isi ta’lim pagi tadi..Adab bersama buku. Bersama buku pun ada adab2nya..

“kita baru taulah…dah bertahun2 hidup dengan buku..huhu”..
“inilah ilmu…tak kan jumpa kalau tak cari, tak pernah habis untuk dipelajari.. Tak apa. Lepas ni kita sama2 praktikkan”. ^_^

  • Seelok2nya menyentuh buku2 ilmiah dalam keadaan berwudhuk.
  • Hindari mengambil buku dengan tangan kiri, sebaliknya gunakan tangan kanan. Ini kerana kerana tangan kanan sinonim dengan perbuatan yang mulia
  • Jangan letakkan buku di atas lantai tanpa alas. Sebaik-baiknya gunakan rehal, meja atau seumpamanya sebagai alas.
  • Jangan sekali-kali duduk di atas buku atau menjadikannya alas kepala ketika tidur.
  • Jangan melunjurkan kaki ke arah buku2 tersebut

Pesanan: Adab2 ini bukan untuk buku2 agama sahaja, bahkan kita mesti beradab dengan buku-buku yang mengandungi ilmu2 duniawi seperti matematik, fizik, dan lain2.

“SESIAPA YANG MEMPELAJARI ILMU DENGAN BERADAB, MAKA ALLAH AKAN MENCURAHKAN KEBERKATAN DALAM ILMUNYA”

Let's grab the Barakah Together..!





Rabu, 21 Ogos 2013

Agar Kita Tidak Lupa

Banyak benda dalam dunia ni, kita buat checklist...
Pergi kedai buat checklist, nak masuk asrama buat checklist, nak kahwin pun ada checklist..dan macam2 checklist lagi.
Tapi di mana checklist penambahbaikan diri kita?

  • Solat lima waktu dah ok ke, 
  • bacaan Al-Quran macam mana, 
  • solat sunat dah bertambah ke, 
  • akhlak macam mana, 
  • aurat dah ditutup sempurna ke,
  • zikir dah dilazimi ke, 
  • sunnah Rasulullah yang mana lagi belum buat, 
  • hadis apa dah teladani dan hafal, 
  • sebanyak mana dah tadabbur serta hafal ayat Al-Quran,
  • sedekah macam mana,
  • sejauh mana dah dalami ilmu agama,
  • waktu lapang diisi dengan perkara berfaedah atau tidak..
  • dan banyak lagi..............

Penambahbaikan diri ini tidak seharusnya berhenti selagi hayat masih ada.
kita hanya akan berhenti menambah baik diri kita apabila roh dan jasad terpisah.
InsyaALLAH.

Kita berusaha untuk mendapat masa depan yang baik. Tulis besar2 tampal dalam bilik supaya kita sentiasa ingat.
Target masa depan apa..
Apa yang belum buat lagi untuk capai target tu..
Tapi sesuatu kita mungkin terlupa.
Masa depan akhirat kita...?
tempat kembali yang tidak akan dikembalikan ke dunia lagi.
Alangkah rugi, jika kita sia2kan hayat ini..na'udzubillah.

Pesanan ini, dari hati yang  menyayangi kalian...lebih2 lagi ia buat diri saya yang mengatur kata ini. Agar kita tidak lupa.. Ayuh, berusaha...hayat masih ada!




Astaghfirullahal'azim...sama2 kita berusaha.

Selasa, 20 Ogos 2013

Iringan Doa Kami..

"Wahai Tuhan kami, 
Berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami daripada kemaksiatan dan berilah ketaatan kepadaMu, 

yang menyampaikan kami ke SyurgaMu dan 

keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana dunia.."

Hanya kepada ALLAH tempat kita bergantung. Semoga kita tidak lupa kepadaNya.

Syukur Alhamdulillah..Segala puji hanya untukNya.
Lama saya menyepi tidak mencoret kata di sini.
Imbau kembali perjalanan Ramadhan lalu. Rindunya rasa... Semuanya hidup dalam suasana ibadah. Hari-hari dalam bulan Ramadhan, tidak mahu disiakan. Berpuasa, baca Al-Quran, zikir, solat sunat, majlis ilmu...semuanya ingin berbuat pahala dan mengharapkan pengampunan daripada ALLAH. Alangkah baiknya jika suasana tarbiyah ini diteruskan ke bulan2 seterusnya. 

Teringat saya petikan tazkirah di masjid malam terakhir bulan Ramadhan yang lepas. 
"Berapa ramai jemaah masjid kita yang sudah tidak bersama kita malam ini? ada yang dah meninggal dunia, sakit. Boleh jadi, ini adalah malam terakhir kita berada di bulan Ramadhan, tahun depan kita tidak lagi berpeluang menjadi tetamu Ramadhan lagi..." 
Ya ALLAH, hidupkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu, dan matikanlah kami dalam iman.

Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, saudara kita di Syria, Mesir, Palestin dan di mana sahaja sedang berada dalam ketakutan dan kesusahan. Mereka tidak dapat merasa kuih raya, lemang, memakai baju raya seperti kita. Mereka berhujankan peluru, bermandikan peluh dan darah. Menuntut keadilan untuk Islam. Sensitif tak kita dengan isu ini? Berada dalam kesenangan adalah satu ujian..sejauh mana kita ingat akan saudara kita di sana. Bila kita tengok video keadaan di sana, air mata menitis, hati berasa geram marah dengan kezaliman. Melihat gambar mereka yang syahid, terasa kagum dengan semangat mereka..Kita tidak mampu ke sana untuk membantu mereka..namun kita diberi keupayaan dan senjata yang paling hebat anugerah ALLAH. Iaitu DOA. DOA adalah senjata orang mukmin. Senjata ini adalah lebih hebat berbanding senjata2 yang digunakan oleh musuh2 Islam di sana. Oleh itu, jangan kita lupa untuk berdoa mereka walau di mana sahaja kita berada. Semoga ini menjadi satu usaha kita untuk membantu mereka. InsyaALLAH..Ihzimhum wansurna 'alaihim!



Bumi anbiya' kini bergolak,
Tanah sucinya kini bermandikan darah,
Dihujani peluru,
Disirami air mata ketakutan dan kesedihan,
Allahurobbi...
Saudaraku,
Bagaimana kiranya kita berada di sana?
Kuatkah semangat kita seperti mereka?

Mereka saudara seISLAM kita...
Dibedil tanpa belas kasihan.
ISLAM dipijak-pijak.
Pemimpin ISLAM dibunuh kejam!
Masih mahu berdiam diri kah kita?

Ya Rasulullah.
Bagaimana kiranya dirimu melihat keadaan ini?
Kami bersalah ya Rasulullah,
Jika kami hanya berdiam diri...
Tiada apa usaha kami untuk membantu ISLAM.
Kami tidak mahu sinar ISLAM memudar,
Kami tidak mahu bumi anbiya' terus dikotori,
Kami tidak mahu ISLAM dipijak-pijak!
Ini agama ALLAH.
Hanya satu-satunya agama yang diredhai ALLAH.

Bila ISLAM dijulang, 
Ada yang menghalang..

Ya ALLAH.
Ini ujian dariMu,
Agar kami dekat kepadaMu,
Agar kami sabar menghadapinya..
Kuatkan kami.
Bantulah kami..
Semuanya berlaku dengan izinMu.
Sesungguhnya kami tidak berupaya melainkan dengan bantuan daripadaMu.

TERUSKAN DOA KITA....INSYAALLAH.

Sabtu, 13 Julai 2013

Khas Buat yang Bergelar Wanita..


Ramadhan tiba lagi dengan sajian pahala yang berganda-ganda. 
Saya pasti, seorang muslimah yang menyedari akan mahalnya harga satu detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini pasti tidak mahu mensia-siakannya. Sudahlah Ramadhan datang sebulan setahun, pastilah mahu memecut sehabis daya kan?

Jadi, anda nak buat apa ni? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadhan? Jangan! Ubat-ubatan ini kadang- kadang tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormone.


Atau anda mahu menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel ’Untunglaa jadi lelaki..?Sekali lagi jangan! kerana Allah berfirman:



“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)

Sememangnya perasaan sedih pasti akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Sedangkan, Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.

Haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut dikesali, kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.


REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH DAN BERSANGKA BAIK


Redha ialah senang hati menerima apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sema ada baik atau buruk. Dan redha dalam beribadah ialah beribadah seperti mana yang diperintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk melakukannya.


Anda perasan tak, bila anda tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya anda mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah. Ini kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya.


Maha Besar Allah, Dia-lah Sebaik-baik Pencipta, selalu meletakkan hikmah pada makhluk yang diciptakan-Nya. Oleh itu, jika kita benar-benar redha dengan apa yang ditentukan Allah untuk golongan Hawa seperti kita, maka tidak akan timbul isu berkurangnya pahala kerana kita tidak boleh solat dan puasa.


Kita hanya dilarang oleh Allah untuk solat, puasa, tawaf dan membaca Al-quran (menurut khilaf ulama’) Sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya pintu-pintu syurga masih terbuka luas untuk kita dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan.


Namun, masa haid bukanlah masa berehat dari ibadah, kerana sesungguhnya dalam sehari-semalam itu masih ada banyak amalan yang masih boleh dikerjakan oleh wanita haid.


1- Sediakan juadah berbuka puasa



“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).

Seorang muslimah yang solehah akan sentiasa memburu pahala. Dia tidak akan mensia-siakan peluang beramal. Mari kita memudahkan urusan ukhti-ukhti kita yang berpuasa. Mudahkan mereka beribadah. Niatkan memasak juadah itu kerana Allah. Mana lah tahu, sambal ayam, atau Ikan Asam Pedas yang anda sediakan itu yang akan membawa anda ke SyurgaNya nanti!

2. Bangun Sahur bersama-sama


Seperti juga menyediakan juadah berbuka, tiada salahnya jika kita dapat menyertai mereka bersahur. Lagi Osem jika anda boleh menyediakannya, dan biarkan ukhti anda bangun qiamullail. Mintakan sekali dia mendoakan anda. Tidak perlu masak yang renyah dan susah-susah, cukup sahaja telur masak kicap. Sambil-sambil anda memasak, bolehlah berzikir atau mendengar ayat al-quran. InsyaAllah akan terasa sekali roh qiamullai walaupun anda berada di dapur!


3. Tadabbur Al-quran atau mendengar bacaan Al-quran


Jika kita dilarang untuk membaca Al-quran **, tidak salah jika kita mendengar bacaan Al-quran. Tukarkan senarai Playlist di dalam Handphone anda dan isikan dengan mp3 Al-quran. Sekurang-kurangnya jika kita tak sempat untuk khatam Al-quran, kita sudah khatam mendengar bacaan Al-quran. Mari kita membudayakan mendengar Al-quran di mana-mana anda berada. Di dalam kenderaan, sedang memasak di dapur, sedang melipat pakaian, menyapu sampah malah ketika belajar.


4. Istighfar, zikir, Maathurat dan Selawat ke atas Nabi


Kali ini mari kita tukar jadual ibadah kita. Jika selama ini kita mengambil 10 minit untuk mengerjakan solat Zohor. Ketika haid, kita gunakan juga 10 minit itu untuk istighfar, zikir, membaca maathurat, berdoa, dan selawat keatas Nabi SAW. Berzikir boleh dilakukan wanita haid. Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai dari mengingat Allah. Atau membiarkan lisan dan hati kita untuk hal-hal maksiat seperti mengumpat dan membicarakan serta memikirkan hal yang sia-sia. Dzikir selain dapat mengingatkan kita pada Allah, menenteramkan hati juga mendatangkan pahala.


5. Menyibukan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari kemaksiatan.


Lazimi diri kita untuk tidak membuang masa begitu sahaja. Andai futur ketika haid, jangan biarkan begitu sahaja. Dampingi rakan-rakan yang solehah, hadiri majlis-majlis ilmu (dengan syarat bukan dilaksanakan di dalam masjid), dengarkan rakaman ceramah-ceramah atau hiasi masa anda dengan membaca buku-buku tarbiah dan buku-buku agama. Kegiatan ini juga menghindarkan kita dari angan-angan kosong atau sekadar melamun tanpa guna atau membiarkan waktu berlalu tanpa faedah.


6. Infaq/ sedekah


Bersedekah umpama kita sedang menabung dalam tabung dan saham akhirat kita. Ganjarannya diganda-gandakan pada bulan Ramadhan. Tambahan, banyak tabung-tabung kebajikan, tabung anak yatim, tabung Palestine dan Syria yang akan diedarkan sekitar bulan Ramadhan ini, boleh lah kita membelanjakan wang kita ke sana.


7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan


Tak hanya itu, teruskan sahaja amalan sunat yang seharian anda biasa lakukan. Jangan dikurangi dosenya hanya kerana anda haid. Melakukan tugas harian sebagai isteri, ibu, housemate, anak yang baik, selagi mana dilakukan dengan tulus juga dikira sebagai ibadah. Insyaallah boleh menjadi pengisi poket-poket amal kita, walaupun kita sedang terhalang dengan fitrah haid.


Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas, tidak menyesalinya dan tidak berburuk sangka. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka. Juga, hormat mereka yang berpuasa dan jangan sewenang-wenangnya makan di khalayak ramai. Maka, raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang WANITA.



** Hukum asal membaca Al-quran bagi wanita haid adalah diharamkan. Tetapi jumhur ulama’ menyatakan membaca Al-quran menjadi harus dengan niat berzikir mengingati Allah.


WANITA kan ISTIMEWA...bak kata adik. =)

Wallahu'alam


p/s : perkongsian daripada sahabat..syukran.

Selasa, 9 Julai 2013

Ahlan wa Sahlan..Ramadhan.


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak,

Semoga Ramadhan ini menjadi Tarbiyah buat diri kita untuk menjadi hamba ALLAH yang Beriman dan bersama meraih SyurgaNya..


"Istiqamah dan Ikhlas itu menuntut muhajadah"

"Taqwa, tempatnya di dalam hati yang dizahirkan melalui perbuatan"


JOM, kita refresh hati....(klik link di bawah)






* Bunga ros, nak lahir lagi...sama2 menyambut kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah (^_^)

Selasa, 2 Julai 2013

Kami Bersatu di Bawah Satu Matlamat.

Alhamdulillah..syukur  Alhamdulillah.
Tercapai impian, dan semoga ALLAH permudahkan impian ini..





Kini saya bersama sebuah keluarga baru yang mempunyai azam yang kuat untuk menyebarkan Islam.

Saya pernah dilamar 3 tahun lalu, tapi waktu tu saya menolak kerana masih belajar dan belum mengenalinya.
Setelah hampir setahun tamat belajar, saya tercari-cari teman untuk menemani saya. Ternyata sangat sukar untuk saya miliki. Saya cuba mencari ruang untuk berkongsi dengan orang lain kebahagiaan saya. Memberi manfaat walaupun kecil. Susah juga rupanya. 
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...




Beberapa minggu sebelum bersama keluarga ini, saya hampir tersilap membuat pilihan. ALLAH pelihara sebelum saya nyatakan persetujuan.

Sehinggalah ALLAH menganugerahkan ilham kepada seseorang memberi idea untuk saya mulakan hidup baru.
Inisiatif  baru mencari 'teman' dan berbuat pahala. Saya mula belajar mengenali dan merisiknya..seminggu lebih saya menanti jawpan, hari ini saya sah bersama keluarga ini.
Rupa-rupanya 'lamaran'  3 tahun lalu itu masih ada peluang untuk saya..

Subhanallah..doakan saya.

Saya mahu sebarkan ketenangan, kebahagaiaan dan ilmu kepada orang lain..
Semoga akan hadir saham akhirat untuk saya dan kalian nanti. InsyaALLAH.

Alhamdulillah.


Nak kenal keluarga baru saya..... Jemput klik di sini..


Doakan saya...


http://www.stormreaders.net/noorasma

http://www.stormreaders.com.my/
Ini lah kedai sendiri.... (^_^)

Isnin, 24 Jun 2013

Sampaikan kami kepadanya..

Catatan semalam.

Siaran televisyen di TV9 peneman setia di pagi Ahad selepas rancangan Tanyalah Ustaz. NLKO, Nasi Lemak Kopi O. Ada 3 pengacara begitu santai menyampaikan topik perbincangan hari ini. 
"Malam ni nisfu Sya'ban". tiba2 salah seorang pengacara berbicara walaupun itu bukanlah topik utama NLKO hari ni.

Saya sedikit 'tersedar'. Allahurobbi.. Hari ini dah 14 Sya'ban. 
Patutla semalam adik kata "acik bukan 18 hari lagi nak Ramadhan, 17 hari lagi.."
Adik mengingatkan saya. Countdown yang ditulis pada white board diubahnya. 

                                                                   ***
Cepatnya masa berlalu. Kita menghitung hari setiap hari untuk sampai ke hari2 penting dalam hidup kita. Tapi banyak yang kita lupa untuk menghitung hari kematian.
"Untuk apa hitung, kita tak tahu pun bila?" Na'udzubillah.
Hitung hari kematian kita dengan amalan. Kita tidak tahu bila akan tiba..tapi ianya pasti.
Kita sibuk menghitung hari penting dalam hidup, padahal kita belum pasti hidup keesokan harinya. Realiti. 
Kematian yang pasti...cukup2 jarang kita ingat.
Astaghfirullah..

Ramadhan akan tiba beberapa hari saja lagi.. 
Bila diingatkan baru kita teringat. Jadi, jangan pernah sunyi daripada menerima peringatan.

Beberapa perkara seharusnya menerjah dalam kepala bila diingatkan tentang Ramadhan...
"adakah sempat kita berada dalam bulan Ramadhan tahun ini?"
"apa persediaan yang dah dibuat?"
Sedihnya sekarang sudah ramai yang mula membuat tempahan kuih raya, baju raya warna apa, nak raya kat mana. Allahurobbi..raya nanti belum pasti lagi kita hidup atau tidak. Bersungguhlah mengumpul amalan, bukannya keseronokan. 
Banyakkan doa semoga ALLAH sampaikan kita ke bulan Ramadhan dan menemui bulan Ramadhan akan datang.

                                                                            ***

Teruja menyambut kedatangan 15 Sya'ban, ramai keluarga datang ke masjid malam tadi. Membaca Yasin beramai-ramai. Sebelum ni masjid tu sunyi. Beberapa kerat jemaah je yang ada. Alhamdulillah ada yang mengimarahkan masjid malam tadi. Seronok tengok. Paling seronok malam tadi bulan sangat cantik. Waktu memandu kereta ke masjid nampak bulan cantik sangat. Terang benderang. Hasrat hati nak pusing2 bandar di bawah sinaran bulan, alahai lesen tak bawa pula. Dibatalkan saja hasrat tu. Tengok dari masjid ajelah sambil menjamu laksa =)

Malam nisfu Sya'ban, bukan hanya tentang baca Yasin 3 kali berjemaah, makan jamuan, bersilaturrahim, tengok bulan sahaja. Ada sesuatu yang lebih indah. 
Malam ini adalah malam di galakkan untuk umat Islam memperbanyakkan amalan dengan berdoa,  membaca Al-Quran dan qiyamullail.

Jadikan malam nisfu sebagai satu 'reset button' buat kita, untuk mempunyai  azam yang baru. Azam untuk memperoleh hati dan semangat yang baru sebagai persiapan menghadapi bulan yang dirindui, bulan Ramadhan.
Perbanyakkan ibadah, tundukkan nafsu perlahan-lahan agar nafsu tidak terkejut pada saat 1 Ramadhan!
Salah satu cara untuk menudukkan nafsu adalah dengan berpuasa. Jika sebelum ini kita tidak berkesempatan atau terlupa untuk puasa sunat, ambil peluang yang masih ada untuk puasa sunat. Sebagai latihan. Bangun bersahur dan ambillah sedikit kesempatan untuk berqiyamullail walaupun hanya sekadar dua rakaat.

Waktu yang ada sebelum menjelang Ramadhan, sama-sama kita latih diri untuk banyak membaca dan  mentadabbur ayat-ayat Al-Quran. Adalah lebih baik kita punya azam untuk mengkhatam 30 juzuk pada bulan Ramadhan nanti. Saya teringat kisah seorang Allahyarham Adik Aiman Nur Hakim Yahya, 13 tahun yang meninggal dunia dalam satu kebakaran. Kuasa ALLAH, orang yang memelihara ayat-ayat ALLAH, ALLAH menjaganya. Subhanallah. Arwah telah menghafal satu juzuk ayat Al-Quran seawal usia 13 tahun. Dalam kejadian arwah terkorban, dan apa yang menakjubkan ALLAH memelihara otaknya yang 'saved' ayat Al-Quran walaupun badannya rentung dalam kebakaran tersebut. Untuk kita, usia ini berapa banyak ayat-ayat ALLAH yang 'saved' dalam otak kita? ='( 

Selagi hayat masih ada, sama-sama kita tanam azam untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran. 
Tak mampu 30 juzuk, 1 juzuk.
Tak mampu lagi, juzuk 'amma. 
Tak mampu lagi, 1 surah. 
Tak mampu lagi,1 ayat. 
Tak mampu lagi....
MALU lah kepada ALLAH.


Pemilik jari yang sedang menulis ini lebih bertanggungjawab atas setiap patah perkataan yang ditulis. Menuntut diri untuk sama-sama ingat bersama kalian. Bukankah matlamat kita untuk hidup bersama di Syurga nanti? Ayuh kita persiapkan diri menujunya. InsyaALLAH. 

"Ya ALLAH, sampaikan kami kepadanya, Ramadhan yang Mulia"

Andai kita tidak diizinkan menjadi tetamu Ramadhan, semoga ALLAH menerima segala amalan kita sebelum  ini.amiin.... Sesungguhnya daripada ALLAH kita datang, dan kepadaNya lah kita kembali..

Al-fatihah kepada Arwah Allahyarhamah Sumaiyyah bt Romli, muslimah yang maut dalam kemalangan di Jordan. http://educationmalaysia.co.uk/menu-utama/8-news/224-pelajar-ucl-terlibat-dalam-kemalangan-maut-di-jordan.htm (Klik untuk baca)


Selasa, 18 Jun 2013

Syria?


Syria... tergerak untuk bercerita tentangnya.
Emm..sejauh mana pengetahuan kita tentang isu ini. Isu ini sudah agak lama, tapi kebelakangan ini agak hambar diperkatakan, termasuklah diri saya sendiri. Apabila kita kurang pengetahuan, kuranglah cakna kita tentang sesuatu perkara. Betul kan?
Ayuh buka mata kita saudaraku.
Jika dulu kita tahu cerita Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan
Kini.. Basyar Assad pula.
Bukan perkara main2. Ini adalah Isu Aqidah.
Sama2 kita tambah pengetahuan, agar sentiasa peka dan paling penting doakan saudara kita di sana. InsyaALLAH.

(klik link video dibawah, wallahua'alam)
https://www.facebook.com/photo.php?v=472391059509589

...ayuh sama2 kita cakna....



PERISTIWA SYRIA


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assadyang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.

Penjelasan tentang pertembungan Syiah dan Sunni.




KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?


1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA.

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.

TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.
Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.

Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.



PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA


-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.

Kalam Saidina Ali KWJ;“Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.

Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
- Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah.
p/s perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

Sumber : http://hafizamri.com/apa-yang-berlaku-sebenarnya-di-syria/



Isnin, 17 Jun 2013

Amalan Calon Penghuni Syurga

Zikir mengingati ALLAH

Manfaat Zikir :
  • Kunci ibadah-ibadah yang lain. Tidak ada jalan yang lain bagi merawat atau membersihkan hati manusia kecuali dengan berzikir secara berterusan.
  • Zikir sebagai perantara bagi mendekati ALLAH. ALLAH adalah zat yang maha suci dan dengan demikian, orang-orang yang tidak suci tidak mungkin dapat mendekatinya.
  • Zikir menurunkan rahmat ALLAH. Malaikat mendekati orang-orang yang duduk berzikir. ALLAH pula melimpahkan rahmatnya dan dengan bangga, menyebut nama-nama orang yang berzikir kepada para malaikat
  • Menghilangkan kesusahan hati kerana orang yang berzikir hanya mengingati ALLAH.
  • Melembutkan hati.

“Zikir kepada ALLAH dapat melembutkan hati. Sebaliknya, orang yang tidak berzikir, hatinya kosong mudah marah apabila di dorong oleh nafsu. Akhirnya, hati orang itu menjadi keras sehingga sukar baginya tunduk kepada perintah ALLAH”
  • Menghapuskan segala penyakit hati seperti sombong, riyak, ujub, hasad, dendam,  suka menipu dan sebagainya.
  • Memutuskan ajakan syaitan bagi melakukan maksiat dan menghentikan gelora hawa nafsu.
  • Mampu menolak bencana. Seorang tokoh sufi pernah berkata “siapa yang berzikir, ALLAH sentiasa menjaganya daripada segala bencana.

Abu Hurairah pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
“ Ya Rasulullah, siapakah orang yang beruntung yang mendapat pertolongan mu pada hari kiamat kelak?” Nabi menjawab, “Sesungguhnya aku menduga, wahai Abu Hurairah belu  pernah ada seseorang pun yang bertanya kepada saya hal ini. Sesungguhnya engkau memang berhasrat hendak memperoleh ilmu pengetahuan. Ketahuilah, orang yang beruntung dan mendapat pertolonganku pada hari kiamat kelak adalah orang yang mengucapkan ‘La ilaha illallah’ dengan ikhlas daripada hatinya”
Riwayat Imam Bukhari.

Orang-orang alim yang tergolong dalam ahli zikir sentiasa mengucapkan “La ilaha illallah” sebagai amalan mereka.
Bila kita terasa berat melalui ujian hidup..ucaplah kalimah La ilaha illallah sebanyak-banyaknya…insyaALLAH  kita akan alami sendiri tekanan akan rasa berkurang dan rasa tenang…

Sesuatu yang bukan kebiasaan memang susah nak dibiasakan dengan tiba-tiba. Lazimilah dengan sedikit-sedikit dan istiqamah. Moga sentiasa menjadi amalan bersama.




Sabtu, 15 Jun 2013

Banyak yang Tidak Sedar

Tidak dinafikan bila kita suka sesuatu, kita akan mudah lupa perkara yang lainnya.

Suka teman lelaki/perempuan, kadang lupa semua benda lain. Sampai sanggup gadai maruah diri.

Suka main game, kadang lupa semua benda lain. Sampai solat tinggal, kerja terbengkalai.

Suka pasukan bola, kadang lupa semua benda lain. Sampai sanggup gaduh dengan kawan.

Suka hiburan, kadang lupa semua benda lain. Sampai tak peduli akhlak dan imej diri sebagai muslim/muslimah.

Sebab itu kita sebagai muslim, sebagai mukmin dididik bahawa cinta kita yang tertinggi ialah ALLAH. Tiada Tuhan melainkan ALLAH Tiada yang lebih kita cinta melainkan ALLAH.

Kita akan suka apa ALLAH suka. Kita akan benci apa ALLAH benci.

Kita takkan dekati apa yang ALLAH murka, dan kita akan berlumba-lumba untuk pergi ke arah apa yang ALLAH cinta.

Dengan itu, kesukaan kita terhadap apa jua perkara selepas itu tidak akan membuatkan kita merendahkan maruah dan melanggar syariat. Kerana suka kita terhadap perkara lain itu dipandu cinta kita kepada ALLAH.

Maka rakan-rakan, kita sama-sama tanya diri.

Di mana ALLAH saat kita menyukai perkara-perkara lain?

Apakah Dia kita lupakan dan dijadikan 'second class' dalam kemabukan kita melayan kesukaan kita yang lain?

Sesungguhnya itulah permulaan syirik.


#Muhasabah diri.


Sabtu, 8 Jun 2013

Syurga atau Neraka?


“Pernah tak ke Langkawi?”
“Tak”.
“Macam2 ada, seronok kat sana. Dapat naik cable car, dapat tengok laut dari atas. Naik feri, naik bot. Kat sana banyak tempat menarik. Rugi kalu tak pergi.”
------
“Tak payah pergi sana. Jalan tak elok, jauh, kemudahan semua tak ada. Ingatkan dapat mandi sungai, tapi hanya dapat tengok sungai je. Tak rugi kalau tak pergi”

***
Inilah dunia. Apabila seseorang mengkhabarkan keistimewaan sesuatu tempat, kita teruja mendengarnya. Walaupun tidak pergi kita dapat melihatnya melalui laman web atau gambar2 yang dirakam oleh kawan kita. Bertambah teruja, sehingga kita cakap “nak pergi lah nanti”. Sebaliknya apabila dikhabarkan keburukan sesuatu tempat, kita tidak berminat untuk melihatnya dan langsung tidak mahu menjejakkan kaki sana. Kita dapat tahu melalui pegalaman yang diceritakan.

Tapi..

ALLAH menjanjikan sesuatu yang tidak nampak kepada hamba2 Nya yang beriman. Sekalipun tidak nampak keyakinan kepada ALLAH mengukuhkan kualiti ibadah mereka kepada ALLAH. Bukan ganjaran semata2 tapi redha ALLAH.

Pahala. Dosa.

Syurga.  Neraka.

“ Syurga itu adalah nikmat yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia”
Al-Quran memberikan gambaran syurga dan neraka supaya manusia yang mempunyai pancaindera yang serba sempurna dapat membayangkan bagaimana nikmatnya di syurga dan bagaimana sengsaranya neraka.

Beberapa Sifat syurga :
-          Di dalamnya ada beberapa sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya
-          Beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya
-          Beberapa sungai daripada arak yang lazat bagi orang yang meminumnya
-          Beberapa sungai daripada madu yang suci bersih
-          Segala jenis buah-buahan ada.

Tersenyum, terbayangkan keindahannya dan kenikmatan saat meminumnya =)
“ Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang dirahsiakan untuk mereka yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka kerjakan”
(As-sajdah : 17)
Dibandingkan dengan azab neraka ahlinya diberi minum daripada air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur. Ini baru satu azab neraka yang dinyatakan. Allahurobbi..terasa gerunnya. ='(

Ramai yang terlupa termasuklah pemilik jari yang sedang menulis ini, lupa pilihan yang kekal abadi. 

Syurga atau neraka..?

Sepatutnya sekarang kita sudah ada pilihan dan persiapan menuju setiap pilihan kita. Kehidupan sekaranglah yang menentukan sama ada pilihan kita itu diizinkan ALLAH atau tidak kelak.

“Aku ingin ke syurga”.

Semak kehidupan kita, adakah selayaknya kita menjejakkan kaki syurga, adakah redha ALLAH? Ingin ke syurga tapi tidak kenal syurga, hidup tanpa syarat2 yang wajib di patuhi oleh bakal ahli syurga.

“Aku tidak mahu ke neraka”.

Menyatakan tidak mahu ke neraka. Tapi cara hidup jauh daripada ALLAH, bersahabat dengan syaitan, segala ciri2 ahli neraka, terlekat pada diri.

Menyatakan cita2 bagi memberi motivasi kepada diri adalah lebih baik daripada langsung tidak tahu arah tuju. Jerit  dalam hati “AKU INGIN ke SYURGA” kuat2. Bagi hati terjaga, menyedari perjalanan hidup selama ini telah memenuhi syarat2 sebagai bakal ahli syurga atau belum. Menangis dalam hati 

“ AKU TIDAK MAHU ke NERAKA”. Bagi hati terjaga juga, sedarkan diri jauhi syaitan, buang segala sifat2 mazmumah yang ada dalam diri.  Jeritlah dan menangislah sebelum terlambat, kerana saat seterusnya belum tentu ada untuk kita.




#Renung setiap wajah2 kesayangan kita..sedekahkan Al-Fatihah..bisikkan “Aku ingin bersama kalian di Syurga”