Halaman

Selasa, 26 Februari 2013

Mawar Agama

Wanita-wanita yang dikasihi..bajailah dan siramilah dirimu agar menjadi kuntuman Mawar Agama

#Credit to Abe Piji for the nice picture..=)
#Sesekali berkarya dapat menenangkan fikiran..

Isnin, 25 Februari 2013

Akan tiba nokhtahnya..


Risau..
Andai satu hari nanti,
Dijemput pergi..
Dalam keadaan tak punya apa-apa..

Bimbang..
Andai sampai masanya,
Ditarik kembali segala nikmat..
Dalam keadaan leka dengan kenikmatan  dunia..

Takut..
Andai saat itu tiba,
Bekalan belum mencukupi..
Dosa yang bertimbun..
Tiada kesempatan untuk bertaubat lagi..

Resah..
Saat disoal..
Apakah yang dirimu lakukan sepanjang hayatmu?
Apa yang dirimu sumbangkan untuk Islam?

Terketar-ketar..
Saat menerima buku amalan
Amalan mu sia-sia..!
Kerana tiada keikhlasan kerana ALLAH.

Rugi!
Waktu itu,
Aku tidak bisa kembali..
Yang tinggal hanya penyesalan..
Tiada harapan untuk kembali..

Kehidupan dunia sudah bernokhtah!
***
Allahurobbi..
Hadirkan kebimbangan, ketakutan, keresahan ini sentiasa di dalam hati kami..
Setiap hembusan nafas kami..
Agar kami sentiasa ingat..
Diri ini milikMu..
Dan segala yang kami ada jua milikMu
Dan Engkau berhak untuk mengambilnya bila-bila masa…
Didik diri kami..
Agar kami senstiasa sedar..
Kami akan kembali kepadamu..
Bukan dalam keadaan sia2,
Tapi dengan kerinduan untuk bertemu denganMu..

Allahurobbi..




Isnin, 18 Februari 2013

Selawat..



Jika benar cinta, cintailah orang yang dicintai oleh orang yang kita cintai!

Jika benar cintakan ALLAH, cintailah Rasulullah s.a.w...



Kelebihan berselawat


Dari Ubai bin Ka'ab r.a katanya " Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak peruntukkan masa berselawat bagi tuan, maka sebanyak mana yang elok aku peruntukkan?"

Baginda s.a.w menjawab : "Sekadar mana yang engkau  suka."
Aku berkata :"Aku hendak peruntukkan sesuku dari masaku."
Baginda s.a.w bersabda :" Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan maka itu baik untukmu."
Aku berkata : "Kalau begitu aku peruntukkan setengah dari masaku."
Baginda s.a.w bersabda :" Suka hatimu lah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik bagimu."
Aku berkata : "Kalau demikian aku peruntukkan dua pertiga dari masaku."
Baginda s.a.w bersabda :" Suka hatimu lah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."
Aku berkata :" Kalau begitu aku jadikan masa berdoa semuanya untuk berselawat kepada tuan."
Baginda s.a.w bersabda : " Jika demikian, terpelihara  dan terselamatlah engkau dari apa yang menduka citakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahupun perkara akhirat dan diampunkan dosamu."

(Riwayat At-Tirmizi)



Sabda Nabi s.a.w :


"Orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia."


(Riwayat Al-Baihaqi)



Masa-masa untuk berselawat


1. Selepas membaca doa azan

2. Semasa berada di perhimpunan yang baik
3. Semasa masuk dan keluar masjid
4. Selepas tasyahud akhir
5. Pada permulaan doa dan akhirnya.
6. Di akhir bacaan qunut
7. Pada malam Jumaat  dan hari Jumaat
8. Setiap kali menyebut Nabi s.a.w, kerana sabdanya :
    " Orang yang bakhil itu ialah orang yang disebutku di sisinya tetapi ia tidak berselawat."  
       (Abu daud dan Ahmad)
9. Ketika kesusahan dan dukacita
10.Pada ketika seseoarang terlupa sesuatu perkara.

Ayuh..lazimkan lidah untuk berselawat kepada Baginda s.a.w..in sya ALLAH (^.^)

***
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah 'ala kulli hal,,
Banyak urusan saya dan keluarga telah disempurnakan dan dipermudahkan ALLAH..
Malam tadi family gathering dengan ahli keluarga baru (Abe Im) di Restoran dalam taman. Special cket.. Semoga ALLAH kurniakan keberkatan dalam keluarga kami..kumpulkan kami kembali di Syurga.amiin..

***

Sabtu, 2 Februari 2013

Kisah Teladan



HATI dan LIDAH

Pada suatu hari Luqman Al-Hakim disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing. Tuannya meminta Luqman  Al-Hakim mengeluarkan 2 keping daging yang sangat besar khasiatnya. Setelah Luqman Al-Hakim menyembelih seekor kambing, beliau mengeluarkan lidah dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan untuk tuannya.

Beberapa hari kemudian, tuannya menyuruh Luqman Al-Hakim menyembelih seekor kambing sekali lagi. Kali ini dia menyuruh Luqman Al-Hakim mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan. Sekali lagi Luqman Al-Hakim yang bijaksana itu pun mengeluarkan lidah dan hati kambing. Beliau memasak dan menghidangkannya.
Tuannya berasa hairan dengan perbuatan Luqman Al-Hakim itu. Lalu dia memanggil dan bertanya kepada Luqman.

“Wahai  Luqman, bila saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling baik, engkau mengeluarkan dua keping lidah dan hati. Sekarang ini saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan, engkau mengeluarkan lidah dan hatinya juga. Bolehkah engkau terangkan apa maksudmu?”.

“Wahai tuan, memang lidah dan hati itu adalah dua bahagian yang paling baik jika seseorang itu PANDAI memeliharanya. Akan tetapi jika seseorang Itu TIDAK PANDAI memelihara dan mengawalnya, maka kedua-duanya boleh membinasakan dirinya. Hati dapat menimbulkan niat yang ikhlas dan baik. Ia boleh menimbulkan niat yang buruk dan jahat, curang dan dengki. Lidah pula boleh menuturkan kata-kata yang baik dan manis. Ia juga boleh memberi pengajaran kepada manusia. Sebaliknya ia juga boleh mengeluarkan kata-kata yang kotor dan keji. Ia juga boleh menyebabkan permusuhan sesama manusia. Disebabkan lidah, manusia berperang dan bunuh dan membunuh.”

Begitulah hikmahnya di sebalik penciptaan hati dan lidah. Di situlah letaknya nilai sebagai hamba ALLAH..

Berusahalah menjaga hati dan lidah kita. Bak kata orang ‘Dari mata turun ke hati’.. Tapi kita ubah sikit  ‘Dari hati, terbit di lidah.” (^.^)

***

Di akhir pembacaan, saya terjumpa satu riwayat :
" Seorang didatangkan pada hari kiamat lalu dihumban ke dalam neraka, maka terburailah segala isi perutnya, kemudian diputarkan sepertimana keldai mengelilingi pengisar air. melihat keadaan ini ahli neraka berhimpun padanya dan mereka berkata : Wahai fulan! Tidakkah engkau mengerjakan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Orang itu menjawab : Ya! Sememangnya dahulu aku menyuruh perkara ma'ruf tetapi aku tidak melakukannya dan aku menegah kemungkaran tetapi aku melakukannya."
(Riwayat Al-Bukhari)

Lindungi kami ya ALLAH..