Halaman

Selasa, 31 Julai 2012

Kejayaan yang sebenar.


Alhamdulillah...
Keputusan exam dah dapat..status akademik,Ijazah Kepujian.
Tempoh bergelar Mahasiswa dah tamat. Tunggu konvokesyen bulan 9 nanti.
Syukur pada ALLAH.
Terima kasih kepada mak dan abah,adik beradik, lecturer dan kawan2. Kejayaan ini bukanlah kejayaan ku seorang, ianya adalah KEJAYAAN kalian juga...



Tapi kehidupan ni, ALLAH tak nilai pun Ijazah tu. Yang ALLAH nilai ketaqwaan kepadaNya. 
Belajar dalam bidang biologi suatu yang sangat menarik..mendekatkan diri kepada penciptaNya. Syukur, belajar dalam bidang ni. Mengenali makhluk lain yang sebelum ni tak terlintas pun mereka ni wujud. Apa kepentingan mereka. Indahkan kuasa ALLAH...apabila kita belajar, kita akan kenal, kita akan berfikir, menghargai dan kita akan bersyukur...

Apabila ditanya, "mahu sambung belajar lagi tak lepas ni?". 
Tak mengapalah, bukan tak berminat, bukan sudah mahu berhenti mencari ilmu ALLAH, tapi diri ni ada suatu misi yang tersendiri. Tak mahu mengikut jejak orang buat master?? 
Buat apa sambung master kalau sekadar nak ikut jejak langkah orang, bukan kerana inisiatif sendiri, kemahuan sendiri..hidup kena ada prinsip!
 Emm..teringat kata Ustaz Azhar, buat apa ad ijazah, ada master, ada PhD..kalo ilmu agama tak tahu. Sia2 saja. Biar kita berilmu, berilmu dunia dan akhirat. Bukan sekadar berbangga dengan ilmu dunia sahaja. Ada kepakaran, buat sesuatu untuk bantu umat Islam, bantu agama ALLAH. Tersentap dan buat otak ni berfikir...

Jangan mudah senang dengan kejayaan yang sementara, kerana ini juga ujian dari ALLAH. Selalu ingatkan diri  sendiri akan hakikat ini. Hidup sebagai manusia, takkan sunyi daripada ujian Bukan kesedihan saja satu ujian, bahagia itu juga ujian. Apabila diuji ada ketikanya kita rasa lemah, tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak mengadu kepada siapa. Doa itu senjata orang mukmin. Jika berperang kita akan bawa senjata, jelas senjatanya. Jelas orang yang tewas. Doa satu senjata hebat yang tercapai dek akal manusia. Berdoalah kepada ALLAH dengan bersungguh2, jangan mudah putus asa. Mengadulah padaNya. Dia yang cipta kita, Dia yang tahu segala2nya tentang kita. Suatu masa, ALLAH akan beri apa yang kita minta..adakalanya kita tak dapat apa yang kita nak....tapi ALLAH Mahu tahu, ALLAH bagi apa yang kita perlukan... 
Sayangkan ALLAH pada kita?? =') 

Pernah tak kita rasa, hati ini kosong. Buat apa pun serba tak kena. Kadangkala rasa hilang kualiti solat, tersasar melakukan dosa, walaupun tahu itu satu dosa?  Banyak mengikut perasaan daripada ikut tafsiran akal yang beriman? 
Itulah manusia..manusia yang tidak ma'sum. Imannnya turun naik. Ada masanya kalah dengan nafsu sendiri. Ada masanya nafsu tu berjaya dikawal. ALLAH itu Maha Pengampun. Dia tahu kita ni, iman tak tetap. ALLAH anjurkan kita istighfar, memohon keampunan. Mengakui segala dosa. Kita sering menganggap istighfar sebagai amal yang mudah dilakukan pada bila2 masa, hingga akhirnya kita sentiasa menangguhkannya. Ketika kita berusaha beristighfar setelah lama bertangguh, dosa telah pun banyak dan hati sudah pun tertutup sehingga lidah berat untuk mengucapkan istighfar.  
Oleh itu, kita perlukan usaha yang kuat, keikhlasan dan cara yang beterusan untuk lazimi lidah beristighfar, sehingga lidah terasa ringan dan hati lantas terbuka. Hati akan menjadi tenang, bertambah kuat iman.

 Ibarat kotoran pada baju. Bila ada kotoran sedikit, tak diendahkan. Dibiarkan makin bertambah kotornya. Sampai satu masa nak basuh, sabun biasa tak mampu lagi nak menghilang kotoran. Kena cari ikhtiar lain guna clorox atau varnish. Jika tak nak guna clorox atau varnish.."rajin2lah basuh baju.".=) Kejayaan yang sebenar apabila kita dapat mentarbiah hati sendiri....



p/s :buat diri sendiri dan semua saudara seISLAMku..
Fasa 2 Ramadhan. MAGHFIRAH. Banyakkan mohon keampunan daripada ALLAH. Masih ingatkah kita Fasa 1 dan 3?
Fasa 1 RAHMAT, fasa 3 PEMBEBASAN DARI API NERAKA.
Jadikan Ramadhan ini bulan memperbaiki diri..sucikan hati...bertambah cinta kepadaNya.
InsyaALLAH.


*merawat hati,mengharapkan hati yang sembuh daripada segala dosa*

Ahad, 29 Julai 2012

Hobi baru

Hobi baru semasa cuti. Selain daripada baca buku (kadang tertidur dengan buku...takut jadi habit tidur pula),  saya cari inisiatif belajar benda baru. Varietykan. Bosan juga buat perkara sama setiap hari. Kebetulan seminggu yang lepas kakak menghadiri kursus buat bantal hiasan menggunakan reben. Jadi, senang untuk saya belajar dengan dia je. Tak perlu pergi kursus...15 minit dia ajar pun jadilah..


Mula2 rasa susah juga, bila dah selalu buat, senang pula. Practice make perfect!
 Bahan-bahan yang diperlukan :


1. Reben lebar 1 inci (potong 12 inci panjang)---ikut kesesuaian
2. Jarum 
3. Benang
4. Gam uhu


Kali pertama buat..berselerak lagi. Gabungan pink dan hitam (baki reben  kelas kraftangan dulu)

Yang ni dah berkali buat. Dah jadi sejambak. Takde daun sebab takde reben hijau.

Sampai sini saja. Cara-cara nak membuatnya akan menyusul, takde gambar step by step lagi.

Salam  9 Ramadhan...jangan lupa isi bulan Ramadhan dengan ibadah dan perkara yang berfaedah. Buatlah apa saja yang boleh meningkatkan kualiti hidup, dan pada masa yang sama menambah pahala...paling simple, senyum =)

Sabtu, 28 Julai 2012

Majlis Pertunangan


14 Julai 2012 adalah tarikh yang dipilih oleh abah setelah meeting keluarga semasa saya balik ke rumah baru2 ni. Tarikh pertunangan kakak. Pelan nak siapkan lesen kereta terlebih dahulu sebelum balik selepas tamat belajar di USM. Disebabkan ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan, tak dapat diteruskan. Jadi saya balik lebih awal, 9 Julai 2012. Dapatlah bantu mak buat hantaran pertunangan kak. 7 dulang hantaran semuanya. Mak memang pakar buat hantaran ni, saya sekadar tolong sikit2 saja =)

Kali ini merupakan pengalaman kedua majlis pertunangan di rumah. Pertunangan kak ecah 2 tahun lepas. Masih ingat lagi waktu ni bersemangat, siap pergi beli selendang lagi. Esoknya kena jadi pengapit kak ecah. Malu juga. Kali ni tak ambil bahagian dah jadi pengapit. Biar kak sorang2 je...

Malam 13 Julai lagi dah gotong-royong masak di rumah. Nenek dan mak cu datang kupas bawang, buat kuih talam, potong pucuk paku. Mak pula sambung siapkan tepak sirih. Saya pula buat gubahan coklat. Fully buat sendiri =) Simple, tapi menjadi la juga. Buat hantaran sambil2 tengok cerita Harry Potter dengan adik2.

Hantaran yang mak buat, yang bentuk love tula coklatnya...


Esoknya, seawal pagi lagi abah dah pergi ambil daging di rumah nenek. Mujur ada Long, Abe piji, Ngah tolong abah potong daging sebelum Pak adik, Ayah Long datang. Majlis pertunangan ni buat kecil2 saja. Hanya keluarga terdekat saja yang dijemput. Ni pun dah ramai, ada lagi yang tak balik. Pukul 10 pagi suasana rumah dah makin meriah. Ramai kanak2 datang, berlari sana sini, makcik2 sibuk memasak di dapur, pakcik2 bersembang di halaman rumah sambil minum teh, kuih talam dan spageti setelah penat memotong daging. Suasana ni la yang di rindui. Family gathering. Ada event macam ni baru dapat berkumpul semua selain daripada hari raya.
Nenda tersayang. Walaupun sibuk di dapur masih sempat melayan  si  comel, Humaira


Lepas zuhur, kakak menanti penuh debaran. Tapi boleh lagi dia makan nasi siap tambah lagi. Gulai nenek yang masak, memang sedap. Masa kenduri kahwin kak kecah dulu, nenek juga yang masak. Em..saya pula  yang tumpang berdebar, tak ada selera nak makan mengalahkan kakak. ‘Takpela petang ni,boleh makan lagi.”

Pukul 2.30 petang rombongan sampai. Abah dan mak serta mak saudara, pak saudara sambut kedatangan keluarga bakal tunang kakak. Kali ni, awal2 lagi mak dah pesan kepada saya, tunggu di muka pintu sambut hantaran yang mereka bawa. Tak sempat juga nak sambut semua, mujurlah ada isteri sepupu yang sebaya umurnya turut membantu. Kata mak, orang bawa hantaran kita kena sambut, jangan biarkan mereka sendiri pergi letak dalam rumah. Kurang manis. Betul juga, sebelum ni pernah jadi pembawa dulang hantaran masa perkahwinan sepupu. Sampai di rumah pengantin, tiada siapa yang sambut hantaran yang dibawa, jadi kami terpinga-pinga ke mana nak bawa hantaran2 ni. Sampaila kami masuk sendiri ke bilik pengantin untuk letak hantaran2 tu. Em..ambil pengajaran dari pengalaman.

Abah menyambut kedatangan bakal besan


Semua ahli rombongan dijamu dengan gulai daging, kerabu pucuk paku, acar timun, ayam masak merah, tembikai, air sirap. Ala2 menu majlis kahwin dah ni. Waktu ni, ahli keluarga kami dah siap makan awal2. Tak nak bagi sesak. Asalnya nak bincang dulu baru makan, tapi disebabkan agak lewat dah..menjamu selera dulu. Selesai menjamu selera, perbincangan antara dua buah keluarga bermula. Kali ni saya tak nak melepaskan peluang untuk ikut serta mendengar perbincangan. Sebelum ni sibuk di dapur tak dapat dengar.

Berselera semuanya. Pak su berbaju biru atas sofa sudah kekenyangan =)

Abah memulakan kata alu-aluan, lebih kurang beginilah bunyinya.
“ Kami sekeluarga mengalu2kan kedatangan Rahim sekeluarga. Alhamdulillah diizinkan ALLAH untuk sampai ke majlis pertunangan ni dan dapat bersilaturahim sesama kita….”

Abah dan mak


Diteruskan ....
“Saya sebagai wali kepada anak perempuan saya, Nor Fatihah, menerima pinangan daripada pihak keluarga Rahim. Semoga dengan izin ALLAH ikatan ini diberkati hingga ke akad perkahwinan”

ALLAH…ini bukan lafaz akad nikah. Ini baru pinangan. Tak tahu kenapa saya begitu sebak  walaupun bukan saya yang dipinang.. Sedih.. mengenangkan seorang ayah yang bakal menyerahkan anak perempuannya kepada orang lain. Anak, amanah yang ALLAH titipkan buatnya yang dijaga dari kecil hingga dewasa. Diberi didikan, kasih sayang, bakal ‘dipindah’ tanggungjawab kepada lelaki asing yang baru sahaja dikenali abah. Bukan bermakna anak perempuan ini bukan lagi miliknya, tapi fitrah nya perlukan seorang lelaki yang bergelar suami. Selepas ini, saya pula akan menjejaki langkah kakak. Doa saya kepadaNya agar lelaki yang bakal  dipertanggungjawabkan oleh abah untuk menjaga saya kelak berupaya menjaga  saya  seperti mana abah dah lakukan. Ini amanah daripada abah. Saya kuatkan hati untuk terus mendengar perbincangan. 


Apabila masuk part perbincangan wang hantaran dan tempoh pertunangan, saya kagum dengan mak dan abah. Memudahkan perbincangan tidak menyulitkan. Tidak meletakkan syarat yang tinggi.. “ Mengikut kemampuan Rahim dan pertimbangan semasa”. Subhanallah. Teringat akan hadis2 ni,

"Sesungguhnya sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah, sesungguhnya sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah"

“Sesungguhnya pernikahan yang paling berkah adalah pernikahan yang bermahar sedikit".


Selesai perbincangan, abah meminta saya untuk memanggil kakak keluar untuk disarungkan cincin pertunangan oleh ibu sebelah lelaki. Abah pula menyarungkan cincin kepada Rahim. Waktu ni usikan saudara mara menggamit suasana. Kemudian, ayah ngah membaca doa memohon keberkatan daripada Ilahi. Alhamdulillah selesai semuanya. Semasa sesi bergambar, ketegasan mak cukup saya kagumi. Ramai yang minta kakak bergambar dekat dengan Rahim. Kakak dan Rahim macam terpinga2. Tiba2 mak bersuara tidak mengizinkan. Belum halal. Saya dan kak ecah  hanya tersenyum melihat situasi tu. Bertunang belum lagi menghalalkan segala2nya =)


Keluarga mereka berangkat pulang lebih kurang pukul 4.30 petang. Bakal bertambah lagi ahli keluarga.. InsyaALLAH..
Perut berbunyi minta diisi…terus menuju ke dapur mencari nasi. Alhamdulillah ada lagi (^.^)..

Keluarga besarku

P/s : buat sesiapa sahaja yang bakal atau dalam status bertunang.
Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :
" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "
3 . Perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan
apa saja.
Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*Hari raya ketiga..dijemput menghadiri majlis pertunangan kawan baik semasa di MRSM Jeli dulu, laila.
*Tumpang gembira (^.^)..






Isnin, 23 Julai 2012

Kembali..


Assalamualykum wbt...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Sudah terlalu lama tidak mengemaskini blog ni..apabila diingatkan untuk update blog, baru sedar rupanya ada yang meneroka ke blog ni. =) Semoga penerokaannya dapat mencedok sedikit ilmu, walaupun tidak banyak. Penulis ini tidaklah sehebat mana, hanya sekadar berkongsi sekadar yang termampu daripada diri yang lemah ini. Terima kasih kerana mengingatkan.

Mungkin sudah menjadi kebiasaan, saya gemar berkongsi kisah hidup yang banyak memberi pengalaman dan mengajar hakikat kehidupan, mungkin juga mematangkan diri ini. Ada sedikit sebanyak dikutip daripada buku2 yang dibaca. Berbicara tentang buku, waktu mengemas barang milik peribadi banyak juga koleksi buku yang telah dibeli dari tahun satu sampai tahun akhir di USM. Buku akademik dan buku pengisian rohani. Kebanyakannya tak habis baca lagi. Azam sepanjang berada di rumah nak habiskan baca buku2 tu. Sayang, dah lama dah buku 2 menantikan tuannya 'membelai' mereka.


Tiada gunanya erti hidup, jika sehari masa berlalu tak bertambah sedikit ilmu pun di dada. Alangkah ruginya. Quote ni yang menyedarkan diri ni, supaya rajin2 membaca. Sekarang dah tak ada kuliah daripada pensyarah, pengisian daripada sahabat (usrah) nak di dengar. Kena rajin sendiri, rempuh tembok beralasan tu!


Teringat masa kelam kabut menyiapkan thesis dan menghadapi peperiksaan akhir sebulan yang lepas sempat lagi menghabiskan novel Denyut Kasih Medik. Bosan2 study, curi2 baca novel. Kena pandai kawal diri, susah jika terlajak. Sudah lama tidak membeli novel, hanya penulis dan gaya penulisan tertentu sahaja saya akan beli. Seperti novel karya Ustaz Ubaidillah. 


Novel Denyut Kasih Medik ni sangat bagus. Memahami kerjaya seorang doktor Muslim. Tercungap2 apabila membaca part ‘sibuknya’ seorang doktor pelatih. Kini saya mengerti besar peranan sebagai seorang doktor. Medan dakwah mereka sangat luas, dapat berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Istimewanya, kata2 seorang doktor lah yang selalu orang ikut. Kalau ada orang sakit, doktor nasihatkan makan ubat ni, jangan buat 2, buat ni, sudah pasti pesakit tu ikut. Bila orang lain nasihatkan belum tentu didengarnya. Alangkah baiknya jika ada doktor yang mengingatkan orang sakit tentang hikmah di sebalik ujian kesakitan yang ALLAH beri kepadanya, bersabar dengan sakitnya dan memberi motivasi dengan kata2 yang baik. Sedikit sebanyak kata2 doktor ini mampu mengetuk pintu hati pesakitnya untuk menghargai kehidupan dan semakin dekat dengan ALLAH. Mulianya peranan seorang doktor Muslim. Bukan sekadar menyelamatkan nyawa manusia, bahkan menyelamatkan ‘iman’ manusia. Subhanallah. Dedikasi buat para doktor dan bakal doktor Muslim, binalah sahsiah mukmin pada dirimu agar bisa disantuni oleh setiap jiwa yang melihat kesungguhan pengorbanan mu.



Pesanan : Entri kali ini tiada tajuk khusus, sekadar berbicara dan  berkongsi untuk menaikkan semangat untuk kembali menulis. =) Teruskan membaca.

Satu lagi novel yang telah dibeli dan curi2 baca dalam kesibukan tu. Cinta High Class dan Cintaku Kerana Agamamu karya Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. Novel ni asalnya hanya sekadar untuk mengubat hati, mencedok motivasi buat diri supaya bertambah kuat mujahadah sebagai panduan menguruskan fitrah untuk mendamba cintaNya. Alhamdulillah banyak ilmu baru dapat. Bagaimana prinsip seorang Muslimah mempertahankan kesucian cintanya dengan menolak cinta manusia yang menawarkan  cinta kerana sesuatu yang tidak kekal. Apabila cinta ALLAH bertakhta di hati, segala cinta akan menghuni di hati. Mana mungkin perasaan cinta itu hadir sendiri tanpa Maha Khaliq yang menganugerahinya. Justeru, Dialah yang berhak dicintai lebih dari segala2nya. Banyak lagi perkongsian dalam novel tu. Monogami, poligami, tanggungjawab suami dan isteri. Tak dapat nak berkongsi semuanya di sini, kena miliki dan baca sendiri baru merasa. (tolong promote novel mereka)  ^.^




Alhamdulillah, dalam curi2 baca 2, berjaya juga siapkan thesis dan hadapi peperiksaan akhir. Menunggu result keluar, 30hb nanti. Tawakkal pada ALLAH..  Terkesan dengan kata2 Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam video ni. Sama2 hayati. Dalam kesukaran menghadapi sesuatu, tawakallah pada ALLAH. Hanya Dia penolongku dan penolongmu. 





"Syukur ya ALLAH...Engkau sentiasa bersamaku"



"..Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.."
At-Talaq ; 2-3