Halaman

Ahad, 27 Januari 2013

Rasulullah s.a.w, Kami ini Makin Jauh..


Pada dirinya berhimpunlah segala sifat-sifat yang baik dan terhindarlah dari segala yang tercela.
Rupa parasnya yang bagus, bersih baunya yang harum dan akhlaknya yang tinggi dan disenangi oleh siapa sahaja yang bersamanya. Tiada cacat cela dalam pergaulannya.
Saat kaki melangkah masuk ke masjid, maka kaum Muslimin yang ada di dalamnya berdiri tegak untuk menghormatinya tetapi dilarangnya: Janganlah kamu berdiri menghormati aku, aku bukanlah seorang raja yang harus diagungkan, tetapi aku adalah seorang Rasul Allah.
Sikap pemaafnya mencairkan berang musuh-musuhnya. Sikap sabar menghiasi kehidupannya yang penuh dengan cubaan daripadanya kaumnya sendiri. Dua sifat ini telah menjadi satu tarikan sehinggalah ramai musuh-musuh memeluk agama Islam.

Itulah insan Mulia yang tiada bandingan Nabi Muhammad s.a.w.

Subhanallah…sungguh mulia akhlakmu ya Rasululllah s.a.w membuatkan kami ini tertunduk malu menilai akhlak kami selama ini..terlalu sedikit yang kami teladani..Sunnahmu sangat jarang ikuti..sekali sekala sahaja kami berselawat kepadamu..terlalu sedikit sejarah hidupmu yang kami ketahui...malunya kami mengatakan cinta padamu, sedangkan dirimu terlebih dahulu mencintai kami walaupun tidak pernah bersua dengan kami...


"Katakanlah Muhammad : 'Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH Maha Mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(Surah Al-Imran : 31)

"Di padang mahsyar kekgi takdok sapo doh nok tolong kite...ayah tengok anok keno pijak perut, tokleh nak tolong..nafsi-nafsi. anak tengok mok reboh sungkur, tokleh nak tolong angkat doh...nafsi-nafsi.. Hari ni hari nafsi-nafsi (sendiri2)..tapi hanya ado sorang jah boleh tolong kite...iaitu Rasulullah s.a.w (syafaat). Sayangya Rasulullah s.a.w kat kite.. Janganlah sombong duk atas dunia, tak mboh ikot Rasulullah s.a.w, kekgi nabi tak tolong mu di akhirat." Ustaz Azhar Idrus.

***

Di akhir hayat Nabi Muhammad s.a.w :

“Ummati..Ummati..Ummati..”

Siapakah ummati..?

Kitalah ummat Nabi Muhammad s.a.w. yang dihidayahkan Islam..mengucapkan kalimah agung :

“ Aku bersaksi tiada Tuhan selain ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”

Sekalipun baginda tidak pernah berjumpa dengan ummatnya, namun ummatnya lah yang disebut disaat akhir hayat baginda.
Kalimah ini mempunyai maksud yang dalam..disebalik kasihnya Rasulullah s.a.w kepada ummatnya ada kebimbangan yang teramat. Bimbang sekiranya ummatnya semakin menjauhi ALLAH setelah ketiadaan baginda. Bimbang segala ajarannya selama ini, dipinggirkan oleh ummatnya. Bimbang ummatnya akan tersesat jalan mengikut syaitan. Bimbang umatnya akan dihumban ke neraka kelak…

Kebimbangan baginda telah menjadi realiti pada hari ini…
Ramai yang menjauhi Al-Quran dan Sunnah
Ramai yang mengikut hawa nafsu dan bertuhankan syaitan.
Ramai yang berakhlak buruk sehingga ada ummat Islam berpecah belah.
Dan banyak lagi kejahilan bermaharaja lela.

Dunia semakin maju..sehinggakan ummat Islam seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran Rasulullah s.a.w yang sepatutnya menjadi ikutan dalam kehidupan.
Sudah ramai yang Islam hanya pada kad pengenalan, nama dan Hari Raya sahaja. Solat sudah tidak diendahkan..sibuk mengejar kemewahan dunia.

Beberapa hari lepas, semasa bermusafir ke Negeri Sembilan saya dan keluarga singgah makan di satu warung. Kebetulan kami sampai, baru masuk waktu maghrib. Kami berniat untuk solat jamak akhir nanti. Agak lama kami disitu..daripada awal maghrib sehingga ke Isyak tiada seorang pun peniaga pergi solat…tengok kepada situasi, boleh sahaja mereka bergilir menjaga warung…. -.-

Semasa singgah di Kuala Lumpur, memang terlalu ramai orang. Pertama kali saya berada dalam situasi macam ni. Bermacam ragam, pakaian..pergaulan. Berpegangan tangan lelaki perempuan, berpeluk dihadapan orang ramai.. “aish dah kawen ke ni”. Bisik hati saya. ..Tapi orang yang dah kawen pun malu lah nak buat macam ni depan orang ramai. em..sedih2..yang perempuan bertudung..

Moga ALLAH berikan mereka hidayah..

***

“Bagaimana sekiranya Rasulullah melihat keadaan ummatnya pada hari ini….” 

......

Rasa malu, rasa bersalah dengan Rasulullah s.a.w …kerana kita salah seorang ummatnya…
Mengapa kita tergamak mengkhianati kasih sayang Rasulullah..membiarkan kebimbangan baginda itu menjadi realiti..? Seolah-olah tidak kisah langsung akan kehadiran baginda sebelum ini.

Siapa kita dalam Islam? Apa peranan kita untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat..?
Apa yang telah kita buat...?

Muhasabah bersama...

---

Wahai Rasulullah,
Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,

Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,

‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah

Wahai Rasulullah,
Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,

Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...

Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,

Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,

Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,

Wahai Rasulullah,
Belas Allah kami harapkan,
Moga , tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.

Sajak ini diambil daripada :
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Leicester, UK
31 Ogos 2010

Renungan untuk semua dan paling utama untuk diriku yang dhaiif ini..
…Allahurobbana...

Rabu, 9 Januari 2013

-Relaks-


Alhamdulillah..cepatnya masa berlalu. Dah tahun 2013. Tahun yang amat penting bagi saya..kerana tahun ni mula merencana masa depan kerjaya. Bekerja, selepas beberapa tahun berada di medan ilmu secara formal. Setiap hari kita belajar, mungkin sekarang saya berada di fasa belajar secara tidak formal. Belajar tentang kehidupan yang mematangkan. Bila sebut pasal matang, alamak..tak lama lagi 23 tahun...

Sekadar berkongsi pengalaman.

Ini kali ketiga saya dilamar bekerja di sini. Kali pertama hanya mengganti pekerjanya untuk 1 hari. Kali kedua diminta menjadi pekerja tetap. Tapi saya minta untuk berhenti kerana banyak sebab setelah seminggu bekerja. Tidak sampai seminggu berhenti, diminta untuk bekerja kembali kerana tidak dapat mencari pengganti.. (tapi kali ini, saya diberi kelonggaran tidak bekerja pada hari Sabtu). ALLAH dah caturkan rezeki hamba2Nya. Tak mampu saya nak tolak setelah tauke kedai (juga merupakan kawan abah) minta izin sendiri dari abah untuk saya bekerja di sini. ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Melindungi. Saya serahkan pada ALLAH. ALLAH permudahkan saya bekerja sehinggalah ke hari ini dan juga hari2 yang akan datang…(tak tahu lagi kerja sampai bila). Mungkin bila dapat kerja tetap nanti atau dah ada penggantinya.

Bekerja disini asalnya nampak susah. Lama kelamaan dah biasa, jadi rasa senang sikit. Adakalanya menguji kesabaran apabila mesin fotostat rosak. Alhamdulillah sekarang dah pandai sikit2 nak baikinya bila sangkut. Kalau boleh mahu bagi layanan 1st class kepada pelanggan. Bila tengah fotostat, kertas sangkut..kena usaha juga sampai boleh. Tapi kalau tak boleh juga,terpaksa kecewakan pelanggan dan diri sendiri sebab tak mampu tolong mudahkan usrusan mereka. Kita bukan Tuhan, kita hanya perantara. Yang memudahkan segala urusan hamba2nya itu, ialah ALLAH.

Alhamdulillah sekarang, mesin dh di service..

***

“Nk fotostat hok mano?” Tanya abang.
“Hok ni”.Jawab adik.
Dah dua hari abang dan adik ni datang fotostat.. Mungkin rumah mereka jauh, datang dengan motor. Motor pula berlumpur. Mungkin mereka ni orang susah. Saya respect kat abang ni, bawa adik dia nak fotostat. Belanja adik beli buku pula tu.

***

"Nak g mano kak?"
"Nak ambik anok, sekoloh tadika cino..jauh,dale sikit skoloh tu".
"Ooo..kakak dia hok darjah satu skoloh cina jugok ko?"
"Ho..anta skoloh cino, nok suruh pandai bahasa inggeris dan matematik"

...membuatkan saya berfikir...

***

Selalunya sambil2 tunggu pelanggan datang, ada dua orang si kecil datang ke kedai ni. Anak jiran kedai sebelah. Aliya (1 tahun) dan Nana(3 tahun). Tengok keletah diorang. Bila masuk kedai ni selalunya datang ambil gula2 balik ke kedai mak ayah diorang. Lepas tu datang balik, bawa duit..pandai betol =) Kalau minta duit awal2 mesti mak ayah mereka tak bagi. Taktik budak2 kecik =) Kadang2 mak ayah diorang datang bayarkan.."marah budok ni kalu mari ambil pulok" (emm....macam mana nak marah budak kecik2 ni..haruskah saya yang lakukan?)

"kak bukok cakelat ni.."
"aik Nana xbukok lagi?"
"Mok xsey bukok, mok wat kijo"

"Bakpo nana xsisir rambut.? sisirla baru comey.."
"Kak ad sisir ko..? Mok wat kijo, nana xpanda sisir"

................................
***

“Idin nak gula2 ni”. Idin darjah satu.
“Eish mahallah. 20 sen tu. Kita ada tujuh ringgit. Mana cukup”. Aniq 6 tahun.
“Laa..aniq ni. Cukuplah duit kita ni.”
“Mana cukup.”
“20 sen tu syiling..nanti kita bayar kakak tu bagi baki kat kita”
“Baki tu apa?”
Masing2 ambil sorang satu gula2. Aniq hulurkan kesemua duit RM 7 ringgit kat saya.
“Tak cukuplah kak”
“Xpe, akak nak satu ringgit je duit aniq. Pastu akak bagi banyak lagi syiling ye”
Barulah dia faham..
“Yea! Idin, tengok ni duit kita jadi banyak”

Hehe..geli hati tengok gelagat dua beradik ni. Daddy dan mama diorang bukan orang Kelantan..

***

“Pekerja baru ko? Sebelum ni tengok orang lain.”
“Ho pokcik. Kakak tu brenti doh”
“Tunggu result SPM ko?”
“Abes ngaji doh. Tunggu bulih kijo”
“Ngaji gapo sebelum ni?”
“Biologi..pertanian”
“Xpolah mek..kijolah gapo pun dulu loni. Tak semestinya hok tu kito ngaji, kok tu jugok bulih kijo. Cari pengalame banyok dulu, pastu gak buko kedai sendiri ko..lagi senang”
“So lagi, rajin2 baca pasal isu semasa” Sambung pakcik tu sebelum beredar. =)

Banyak kali juga diinterview..Kebanyakannya selalu bagi semangat. Terima kasih pakcik, makcik. (^.^)

***

Duit gaji yang lepas ad lagi. Tapi kena berjimat..caranya:
Bawa air masak dari rumah. Waktu rehat balik makan tengahari di rumah....=)
Jimat belanja. =)

***

Ada hikmahnya bila ALLAH hantar saya di sini...
ALLAH tak pernah aniayai hamba2Nya.
Kadang2 rasa takut bila ad orang kurang siuman masuk kedai. Alhamdulillah, pertolongan ALLAH sentiasa ada. Dia Maha Melindungi. Akan ada customer lain di kedai, lama pula tu dia berurusan sehinggalah orang kurang siuman tu beredar.

Mak kata. Belajar untuk kata Tak Nak
Bila ada salesman datang, jangan mudah lembik (mengiyakan). Pandai berhelah dan kata Tak Nak. Belajar jadi tegas.
Beberapa hari lepas dah terbeli sesuatu, sebab tak pandai kata tak nak...huhu tapi benda tu comel. Takpelah...hangus satu hari je duit gaji...

Mak pesan.
"Duk saja kat kedai tu, baca Al-Quran hilang bosan dapat pahala lagi.
Baca buku..baca semula buku2 kat atas rak dalam bilik tu walaupun dah habis baca."

ALLAH sedang melatih saya....Alhamdulillah.

"..boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu pada itu tidak baik bagimu...ALLAH Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah :216)



***
Maaf...Agak random post kali ni...saja nak berkongsi, hiburkan hati sambil berpesan2 untuk kebaikan bersama...
Siap post ni, tiba2 dapat berita  mak kepada seorang kawan meninggal dunia..darah beku dalam jantung..
Al-Fatihah.


Ahad, 6 Januari 2013

"Aku adalah Dekat"




Jangan pernah rasa bersendirian...

Kerana.. DIA sentiasa ada untuk kita.


Sentiasa ada....



"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran
)"
(Al-Baqarah: Ayat 186)



"Ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat kepadamu..." (Al-Baqarah :152)


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, bila disebutkan nama ALLAH, maka gementarlah hati mereka"
(Al-Anfal : 2)


"ALLAH pelindungmu dan Dialah sebaik-baik penolong" (Al-Imran :150)


"Tuhan yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku dan Dialah yang memberi makan dan minum padaku dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan. dan yang mematikan aku dan akan menghidupkan aku kembali"
(As-Syu'ara :78-81)


"ALLAH menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesusahan bagimu..."
(Al-Baqarah : 185)




~Cukuplah...hanya ayat2 cintaNya sahaja yang mampu menenangkan hati hamba2Nya..~

Tempat Lahir Segala Rasa



Daripada al-Nawwas ibn Sam’aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. Dan daripada Waabisoh ibn Ma’bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.


Hadis riwayat al-lmam Muslim. Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.
Pengajaran hadis:
  1. Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik, sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara.
  2. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara’ atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri.
  3. Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati.
  4. Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara’ dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama.
* Kadang2 kita merasa sukar untuk membuat pilihan. Dirasakan baik, tapi hakikatnya dosa. Dirasakan buruk, hakikatnya pahala..
Hati yang suci, sentiasa diilhamkan kepadanya untuk melakukan kebaikan..dan meninggalkan kemaksiatan yang boleh memudaratkan dirinya..
Hati, tempat lahir segala rasa...hati jualah tempat ALLAH menilai hamba2Nya..
Berusaha menyucikan hati itu lebih baik dari segala-galanya..
Banyakkan istighfar... 
p/s untuk diri yang menulis, dan yang sedang singgah...
Diriku hambaNya..dirimu jua hambaNya..
Kita sama..milikNya, dan hati kita dalam genggamanNya...


“Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”