Halaman

Isnin, 28 Disember 2009

Renungan..

Assalamualaikum..



Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya update blog ni..dah terlalu lame x di update..
sebulan yg lepas, cuti semester 1..kat umah xde internet..sbb tu lame mnyepi..



Emm..kat sini..saya nak berkongsi ilmu dgn sahabat2..mungkin pada tahun Hijrah ini kita sume dapat mengubah diri ke arah menjadi MUSLIMsejati dan sentiasa mencintai ISLAM. InsyaALLAH



Pernahkah sahabat2 terfikir apakah tujuan kita hidup di dunia ini..rata2 akan menjawab kita hidup untuk mengabdikan diri kpd ALLAH..
Tapi apakah pula tanggungjawab kita dalam agama ALLAH iaitu ISLAM??
cukupkah sekadar kita tahu 'saya org Islam, saya hanya perlu melaksanakan rukun Islam dan Iman..'?? Sebenarnya tidak cukup sekadar itu..


Kitalah pendokong dan penyambung dakwah Rasullullah tercinta..jika bukan kita, siapa lagi?? Generasi umat Islam hari ni lah yang bertanggungjawab meneruskan perjuangan baginda..

Islam tdk akan mati begitu saja..ia mesti berterusan ke akhir hayat dunia ini..kerana Islamlah satu-satunya agama yang diredhai oleh ALLAH..

Namun begitu,lihatlah apa yang terjadi kepada umat Islam hari ini, masyaALLLAH..benar-benar meruntun hati..masalah kepimpinan negara, masyarakat yang berpecah belah, masalah sosial dlm kalangan remaja, keluarga,pendidikan dan sebagainya..ke mana hilangnya nilai-nilai keindahan Islam?

Umat Islam sendirilah yang mencemarkan agama ALLAH ini..sedangkan Rasulullah telah berjuang sepanjang hayat baginda untuk agama Islam, tapi mengapa umat yang baginda cintai ini sanggup berbuat sedemikian..?


Pada pandangan saya, sume ni terjadi kerana lemahnya pegangan aqidah mereka..Kehidupan tidak lagi berpaksikan AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Kehidupan banyak di pengaruhi oleh budaya barat yang jauh menyimpang. Hiburan begitu meluas tanpa semapadan, menyebabkan mereka lalai dalam tujuan sebenar hidup di dunia ini..


Dalam usaha memantapkan umat Islam, AQIDAH dan PERJUANGAN perlulah seiring..jika tidak hancurlah umat Islam..



bersambung..

Ahad, 15 November 2009

Apakah ciri-ciri orang yang beriman?

' Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya ; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama ISLAM..' (Al-Imran ayat 102)



1. Mengenali ALLAH dengan penuh yakin

2. Terpesona dengan kehebatan ALLAH

3. Berasa gerun dengan azab ALLAH walaupun tidak nampak

4. Berasa selalu diawasi oleh ALLAH

5. Malu kepada ALLAH

6. Meredhai Qada' dan Qadar ALLAH

7. Sentiasa sabar menghadapi ujian ALLAH

8. Bersyukur dengan nikmat ALLAH

9. Cinta kepada ALLAH melebihi segala-galanya

10. Mengharap sepenuh yakin kepada ALLAH

11. Taat kepada suruhan ALLAH

12 .Meniggalkan larangan ALLAH

Sabtu, 14 November 2009

Sayyidul Istighfar





" Ya ALLAH. Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau ; Engkau yang menciptakan aku..aku adalah hamba Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan Mu, ( yang akan aku laksanakan) dengan segala kemampuanku..dan aku berlindung pada Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan..aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat Mu kepadaku..dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku kerana tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau..aku mohon ampun dan bertaubat kepada Mu.."


* * *


Tiap detik yang berlalu..oh indahnya..dan tanpa kita sedari apa yang kita miliki sekarang ini hanyalah pinjaman semata-mata..nikmat yang kita ada sekarang bukanlah kekal untuk selama-lamanya..nikmat melihat,mendengar, merasa dan sebagainya adalah hak ALLAH..ALLAH yang menganugerahkan semua ini kepada kita untuk kita menjadi hamba yang bersyukur dan
beriman kepadaNya.



Terasa sebak di dalam dada bila kita merenung masa lalu..hari-hari yang telah kita lalui tidak akan berulang lagi..semuanya sudah tercatat dan dikunci apa yang telah kita lakukan sejak kita keluar dari perut ibu tercinta sehinggalah ke saat ini..semua itu akan dibuka dan ditayangkan semula di akhirat kelak..masyaALLAH..


Kita risau dan takut, hanya berapa amalan yang kita kerjakan diterima oleh ALLAH..??


berapa banyakkah dosa-dosa kerana kejahilan kita diampunkan oleh ALLAH..?


adakah kita benar-benar mengabdikan diri kepada ALLAH..??


sempatkah kita bertaubat kepada ALLAH andai ditakdirkan kita mati pd saat itu..??




Kematian itu amatlah dekat..dan kehidupan yang lalu teramatlah jauh..dan takkan berulang lagi..mungkin selepas saat ini,ajal kita sudah sampai...tiada siapa yang tahu..
ISLAM kah kita pd waktu kematian tu? berIMAN kah kita??..


ya ALLAH lindungilah kami..berikan kami kesempatan waktu untuk beramal kepada Mu sebagai bekalan untuk kami di akhirat kelak..lindungilah umat nabi Muhammad ini ya ALLAH..


Sudah lahiriah kita semua tidak terlepas daripada bisikan syaitan yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan kejahatan..walaupun hanya sekadar terlintas di hati atau sekilas pandang...semuanya mendorong kepada dosa..setiap kali kita berdoa, mohon ALLAH tunaikan permintaan kita..namun mungkin doa itu tidak termakbul dek kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan.. Na'udzubillah.



Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat kpd ALLAH yang Maha Pengampun agar terhapus dosa-dosa itu dan tidak lagi menjadi penghalang untuk kita berhubung dengan ALLAH yang Maha Penyayang kepada hamba-hambanya...


' Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.."
(Al-Imran ayat 133)












Ahad, 8 November 2009

Seraut Fitrah

Cinta adalah indah
Seandainya yang dicintai itu Habibullah (Rasulullah)
Penyakit cinta amatlah parah
Kerana cinta adlah penykit arwah..

Jika benar kamu cintakan ALLAH,
Kaukan kasih Ahlullah,
Sentiasa bermain di bibir kalimat 'ALLAH'
Dan sentiasa asyikkan Rasulullah..

Nikmat cinta amatlah lazzah
Peroleh dengan Suhbah Sufiah

Cinta hakiki - cinta mengenalkan diri
Cinta Majazi - semakin takabbur mendakwa wali..
Dilimpahi cinta Ilahi - mereka yang merendah diri

Rendah diri bukan bermakna tunduk
Tetapi kosong hati daripada sekalian makhluk
Melainkan terhadap mereka yang menjadi petunjuk...

Sabtu, 7 November 2009

Salam pertemuan...

Assalamualaikum...

Wahai Muslimin dan Muslimat yang telah meredhai ALLAH s.w.t sebagai Tuhannya, ISLAM sebagai agamanya dan MUHAMMAD sebagai RasulNya..

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Rabbi kerana kurniaan nikmat dan izinMu diriku akhirnya ditakdirkan untuk mencoret sesuatu di sini..

Coretan ku ini adalah ilham daripada ALLAH untuk aku kongsi bersama sahabat-sahabat..

Sebarang pandangan,perkongsian dan komen yang membina amatlah di alu-alukan.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya..

InsyaALLAH..

Salam ukhuwah dan salam perjuangan untuk ISLAM>>


Ikhlas..

Noor Asma' bt Mohd Anuar Mushoddad