Halaman

Sabtu, 20 Ogos 2011

10 hari terakhir..





Sedar tak sedar hari ni dah 20 Ramadhan.. Cepatnya masa berlalu.Rasa macam baru semalam berpuasa. Kali ini berpuasa di rumah..berbeza dengan tahun2 sebelum ni berpuasa di USM. Tempat berbeza, suasananya berbeza. Seronok berpuasa di rumah atau di USM? Emm..pastinya ada jawapan tersendiri dari sudut yang berbeza.

Bagiku Ramadhan kali ini adalah peluang untuk aku bersama-sama membina tarbiyah di rumah. Itu yang lebih baik. Jasadiyah dan Ruhiyah. Segala gerak geriku dipantau oleh abah dan mak agar tidak leka. Bangun sahur, mak kejutkan awal pagi agar sempat solat sunat dan aku juga berkesempatan menolong mak memasak. Kebiasaannya, panaskan lauk je sebab sebelah malamnya dah siap masak awal-awal. Kalau di kampus, belum tentu lagi aku akan bangun sahur.. Cukup jarang sekali..itupun jika abah yang telefon kejutkan aku. Terlalu penat memenuhi rutin sebagai pelajar di siang hari, sehingga x terjaga..huhu

Kali ini juga aku hanya mendirikan solat terawih dan fardhu lain di rumah. Kesihatan mak dan kakak yang kurang baik, tidak mengizinkan aku pergi berjemaah di masjid. Tak mengapalah..kerana aku boleh berjemaah dengan mak dan kakak di rumah. Adik2 ku dan abah setiap malam ke masjid Kesedar INn tempat Abg Ngah berkhidmat sebagai Imam Terawih sepanjang Ramadhan ni. Apabila berjemaah ada ketikanya mak jadi imam, ada ketikanya aku.. Rindu gak nak jemaah di masjid, rindu nak dengar selawat...insyaALLAH, bila balik kampung kemubu nanti berpeluang untuk ke surau dekat cket ngan umah.

Alhamdulillah...kesemua belanja makan puasa bulan ni free...=) Setiap petang rutinku, "mak nak masak ape?"..terima arahan kena masak ape, mak, aku dan kakak sama2 masak kat dapur.. Kesian kat mak, walaupun mak tak boleh makan, macam orang lain makan..mak tetap masak sedap2 untuk kami....apabila tiba time berbuka n sahur mak hanya makan nasi lembik n sayur air lobak dan air glukos. Kebelakangan ni kesihatan mak makin kurang baik..doktor nasihatkan mak berpantang makan makanan keras. Kesian mak..walaupun aku dan kakak beria nak masakkan tapi mak tetap nak masak untuk abah dan anak2nya... Mak, hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan mak. Mak selalu pesan, anak2 mak, buatla solat hajat utk mak agar mak sembuh....sebak tak tertanggung aku mendengarnya..anakmu sentiasa mendoakan. Aku sering ingatkan mak, Ujian yang hebat, untuk orang yang hebat..Allah sayang mak, Allah bagi mak ujian sakit sebab Allah nak mak dekatkan diri padaNya..munajat padaNya.. Syukur pada Allah, mak tidak pernah tinggal Qiyam...Acik tau mak kuat hadapi semua ni..insyaAllah mak akan sembuh..

Kini dah masuk 10 Ramadhan terakhir, cepatnya....ada hikmah sepanjang Ramadhan ini, yang mungkin aku belum temui...dan aku harapkan ada kesempatan untuk aku bermujahadah sehingga ke hujungnya dan sampai akhir hayatku...



Ya Allah...temukanlah aku dengan malam Lailatul Qadr, meskipun aku merasakan diriku tidak layak...hanya Engkau Maha Mengetahui.
Ya Allah...berikanlah aku kesempatan waktu berada di penghujung Ramadhan, menginsafi kekurangan yang sepanjang Ramadhan ini...mensyukuri nikmat yang Engkau berikan...sesungguhnya aku amatlah jarang bersyukur padaMu...
Ya Allah, berikanlah jua kesempatan untuk aku temui Ramadhan lagi pada tahun hadapan...andai ini yang terakhir...ampunilah aku, jadikanlah ini Ramadhan yang terbaik sepanjang hayatku..10 hari terakhir ini...aku mohon ya Allah kuatkan keimanan ku agar aku sentiasa rindu beribadah kepadaMu..hindari aku daripada kesibukan dunia...Suburkan cintaku padaMu ya Rabb...amin