Halaman

Sabtu, 15 Jun 2013

Banyak yang Tidak Sedar

Tidak dinafikan bila kita suka sesuatu, kita akan mudah lupa perkara yang lainnya.

Suka teman lelaki/perempuan, kadang lupa semua benda lain. Sampai sanggup gadai maruah diri.

Suka main game, kadang lupa semua benda lain. Sampai solat tinggal, kerja terbengkalai.

Suka pasukan bola, kadang lupa semua benda lain. Sampai sanggup gaduh dengan kawan.

Suka hiburan, kadang lupa semua benda lain. Sampai tak peduli akhlak dan imej diri sebagai muslim/muslimah.

Sebab itu kita sebagai muslim, sebagai mukmin dididik bahawa cinta kita yang tertinggi ialah ALLAH. Tiada Tuhan melainkan ALLAH Tiada yang lebih kita cinta melainkan ALLAH.

Kita akan suka apa ALLAH suka. Kita akan benci apa ALLAH benci.

Kita takkan dekati apa yang ALLAH murka, dan kita akan berlumba-lumba untuk pergi ke arah apa yang ALLAH cinta.

Dengan itu, kesukaan kita terhadap apa jua perkara selepas itu tidak akan membuatkan kita merendahkan maruah dan melanggar syariat. Kerana suka kita terhadap perkara lain itu dipandu cinta kita kepada ALLAH.

Maka rakan-rakan, kita sama-sama tanya diri.

Di mana ALLAH saat kita menyukai perkara-perkara lain?

Apakah Dia kita lupakan dan dijadikan 'second class' dalam kemabukan kita melayan kesukaan kita yang lain?

Sesungguhnya itulah permulaan syirik.


#Muhasabah diri.


1 ulasan:

  1. A few of the world's top racing tech titanium parts!
    So if your car is still stuck on the road or have no titanium bong brakes then I'd suggest titanium key ring a new retro titanium wedding band gear. chi titanium flat iron The thing that can be suppliers of metal seen from the video is the

    BalasPadam