Halaman

Isnin, 17 Jun 2013

Amalan Calon Penghuni Syurga

Zikir mengingati ALLAH

Manfaat Zikir :
  • Kunci ibadah-ibadah yang lain. Tidak ada jalan yang lain bagi merawat atau membersihkan hati manusia kecuali dengan berzikir secara berterusan.
  • Zikir sebagai perantara bagi mendekati ALLAH. ALLAH adalah zat yang maha suci dan dengan demikian, orang-orang yang tidak suci tidak mungkin dapat mendekatinya.
  • Zikir menurunkan rahmat ALLAH. Malaikat mendekati orang-orang yang duduk berzikir. ALLAH pula melimpahkan rahmatnya dan dengan bangga, menyebut nama-nama orang yang berzikir kepada para malaikat
  • Menghilangkan kesusahan hati kerana orang yang berzikir hanya mengingati ALLAH.
  • Melembutkan hati.

“Zikir kepada ALLAH dapat melembutkan hati. Sebaliknya, orang yang tidak berzikir, hatinya kosong mudah marah apabila di dorong oleh nafsu. Akhirnya, hati orang itu menjadi keras sehingga sukar baginya tunduk kepada perintah ALLAH”
  • Menghapuskan segala penyakit hati seperti sombong, riyak, ujub, hasad, dendam,  suka menipu dan sebagainya.
  • Memutuskan ajakan syaitan bagi melakukan maksiat dan menghentikan gelora hawa nafsu.
  • Mampu menolak bencana. Seorang tokoh sufi pernah berkata “siapa yang berzikir, ALLAH sentiasa menjaganya daripada segala bencana.

Abu Hurairah pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
“ Ya Rasulullah, siapakah orang yang beruntung yang mendapat pertolongan mu pada hari kiamat kelak?” Nabi menjawab, “Sesungguhnya aku menduga, wahai Abu Hurairah belu  pernah ada seseorang pun yang bertanya kepada saya hal ini. Sesungguhnya engkau memang berhasrat hendak memperoleh ilmu pengetahuan. Ketahuilah, orang yang beruntung dan mendapat pertolonganku pada hari kiamat kelak adalah orang yang mengucapkan ‘La ilaha illallah’ dengan ikhlas daripada hatinya”
Riwayat Imam Bukhari.

Orang-orang alim yang tergolong dalam ahli zikir sentiasa mengucapkan “La ilaha illallah” sebagai amalan mereka.
Bila kita terasa berat melalui ujian hidup..ucaplah kalimah La ilaha illallah sebanyak-banyaknya…insyaALLAH  kita akan alami sendiri tekanan akan rasa berkurang dan rasa tenang…

Sesuatu yang bukan kebiasaan memang susah nak dibiasakan dengan tiba-tiba. Lazimilah dengan sedikit-sedikit dan istiqamah. Moga sentiasa menjadi amalan bersama.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan