Halaman

Sabtu, 4 Disember 2010

Iman..

Tanda-tanda Lemah Iman

1. Melakukan dosa tanpa rasa bersalah atau kesal
2. Mempunyai hati yang keras dan tidak ada keinginan membaca Al-Quran
3. Malas membuat kebajikan contohnya melewat-lewatkan solat
4. Meremehkan amalan sunnah Rasulullah
5. Mengikut kehendak emosi. Contohnya mudah berkecil hati terhadap perkara remeh
6. Tidak merasa apa-apa apabila membaca Al-Quran terutamanya berkenaan azab dan hukuman daripada ALLAH
7. Amat sukar mengingati ALLAHdan sukar mengucapkan zikir
8. Tidak merasa susah hati apabila berlaku perkara yang bercanggah dengan syariah
9. Mengejar status jawatan dan kekayaan
10. Mementingkan diri sendiri
11. Menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan diri sendiri dalam kelalaian
12. Merasa suka apabila melihat orang lain dalam kesusahan
13. Sekadar mempedulikan perkara yang halal dan haram, tetapi tidak menjauhi yang syubahatdan makruh
14. Merasa geli hati apabila melihat orang yang melakukan amal soleh. Seperti membersihkan surau.
15. Tidak prihatin terhadap situasi umat Islam
16. Tidak merasa bertanggungjawabkan untuk meninggikan syiar Islam
17. Tidak mampu menghadapi musibah.
18. Suka bergaduh atau berbahas tanpa hujjah.
19. Berminat pada perkara dunia dan merasa rugi apabila terlepas hal2 kekayaan.
20. Berbangga dengan kehebatan diri.

1 ulasan: