Halaman

Isnin, 19 April 2010

Lamenya menyepi..

Assalamualaikum..waaahh..lame benar tak buka blog ni..dah bersawang kot..he3..
bukan ape sem ni agak sibuk..kdg2 ad gak masa free tapi banyak kerja sampingan laen nak kena siapkan..emm. macam tu la dunia kan..xperrnah sunyi dari kesibukan..

Dan sekarang Alhamdulillah exam final pun dah habis..dapatlah aku aktifkannya balik..=)


*****
(catatan hujung bulan mac)

di suatu pagi..lebih kurang pukul 9pg..

"adik2 akak ada satu benda ajaib nak tunjuk kat adik2. cuba teka ape dia?"

"batu, mutiara.."

" bukan"..sambil tgnku menyeluk uncang kamera..aku genggam tanganku dan aku hulurkan kpd mereka..

'eee..apa tu kak?..peliknya.." tanya salah seorang daripada adik2 tu..aku xsempat tangkap siapa yang bertanya..erna atau yaya..

aku membiarkan mereka membuat ulasan dan impresi mereka sendiri...

"ha'ala..dahla hitam, xpenah tengok pun..."
"ok..akak nak adik2 tulis ape tanggapan adik2 bila nampak benda ajaib ni.."
masing2 menulis sambil tu aku benarkan mereka pegang benda ajaib tu..

***

Aku minta sorg2 baca ape yg mereka tulis..
satu pun jwpn yg ak harapkan xde..

"okla..mcm2 pndgn akak dgr..ad yg kata hodohla, burukla..xpe tu pndgn masing2..
"benda ni benda sape cipta ye? ALLAH yang ciptakan..
agak2 bley tak kalo kita buat benda ni..?

Subahanallah..ALLAH maha Bijaksana..
Walau setinggi mane pun kita belajar, .gunalah ape pun tindak balas kimia..biologi ke..kita xmampu nak cipta benda ni..
Kalau kita lihat alam sekeliling kita..sungguh cantik, tenang dan mengagumkan..
Itulah anugerah ALLAH kepada manusia..
kenapa ALLAH ciptakan semua ni..?
Sebagai tanda kekuasaan ALLAH..manusia perlu berfikir dan menilai anugerah ini..
Al-Quran menceritakan tentang semua ciptaan ALLAH ini..
namun berapa ramaikah yang bersyukur kepadaNya..


"kak, macam mane kita nak bersyukur kepada ALLAH?"

Bersyukurlah kita kepada ALLAH dengan mengingati ALLAH dalam apa jua perkara yang kita lakukan..Patuhlah kepada suruhanNya dan jauhilah laranganNya..ingatlah ALLAH setiap detik dan ketika, renungkan setiap ciptaanNya"

Adik.tujuan kita diciptakan oleh ALLAH hanya satu shj..iaitu mengabdikan diri kepada Dia yg satu..apa yang kita kerja selama didunia ini adalah sebagai bekalan untuk kita, ditempat tinggal yang kekal kelak, iaitu akihrat..di sanalah penentu segalanya..
Cuba renung diri kita..dari manakah asal kita..siapa yang ciptakan..?
Tanpa cinta dan kasih ALLAH kita xkan ad di sini sekarang..
ALLAH beri kita nikmat ISLAM dan IMAN..
ikmat mendengar, melihat, berjalan, bernafas..
mungkin orang lain xdpat seperti nikmat yang kita kecapi ni..
semua ni hak ALLAH dan kita hanya pinjam sahaja..

Diri kita ni adalah hak ALLAH yang mutlak..
Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh ambil balik hak Dia...
Saat nyawa dihujung rambut, kita sudah tidak mampu berbuat apa-apa dik..
Masa kita hidup ni lah kita kena betul2 mengabdikan diri kepada ALLAH..

Akak juga berpesan kepada diri akak sendiri dan adik2..
sentiasalah kita ingat,siapa kita sebenarnya dan mengapa kita berada di dunia ni...
Sama-sama kita berdoa agar kita ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan