Bagaimana keadaan diri kita hari ini?
Masih sama di takuk semalam atau semakin bertambah IMAN di dada?
Tiada yang dicari di dunia ini melainkan kebahagian hakiki dalam mencintaiNya.
Hati yang tenang.
Tenang mengharungi cabaran hidup.
Yakin adanya ALLAH.
Jangan risau atau bimbang,
yang perlu hanya usaha.
Semuanya ALLAH dah tentukan, dan ALLAH pasti beri yang terbaik.
Kerana Dia sgt cintakan KITA.
Tak malukah kita menerima secara percuma tanpa USAHA?
....
Mengharap, menadah tangan atas riba...? tanpa usaha...
...
Ah malunya rasa.
Teruskan usaha, perbaiki diri.
Perbaiki hubungan dengan ALLAH.
Jika hubungan dengan manusia kita sentiasa fikirkan jalan terbaik untuk hubungan tu,
Hubungan dengan ALLAH lebih lagilah kita kena USAHA dan FIKIRkan caranya.
Segalanya yang baik takkan datang bergolek tanpa USAHA yang gigih.
Yang buruk datang, hasil USAHA yang main2.
USAHA dgn gigih dan bertawakkallah..
InsyaALLAH..pasti tenang..
KITA ada ALLAH =)
*MATI itu sangat dekat.
Jumaat, 25 Oktober 2013
Selasa, 24 September 2013
Kembali ke Daerah Ini.
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk mengecapi nikmatnya
lagi saat ini. Kali ini, titipan ini di tulis di Baitul Ghuraba’, rumah baru
saya. InsyaALLAH. Kini, berstatus pelajar kembali. Tak pernah terlintas di fikiran untuk
menyambung pengajian sewaktu menerima skrol dulu. Namun, ALLAH yang mengatur
hidup setiap hamba2Nya, dan Dia tahu apa yang terbaik. Dorongan kuat daripada insan-insan tersayang, akhirnya saya di sini. Alhamdulillah, dipermudahkan jalan ini dari
awal, insyaALLAH hingga tamat nanti.
Kembali
Kembali ke daerah ini, yang pernah saya diami 6 tahun yang lalu.
Siapa sangka, tempat yang saya duduki peperiksaan SPM dulu, berada di depan
mata tiap2 hari. Tempat jatuh lagi
dikenang, inikan pula tempat belajar. Ramai yang agak 'pelik' dengan
keputusan yang saya ambil untuk sambung belajar di sini..jika ALLAH tak izinkan, saya tak kan berada di sini, dan bila ALLAH izinkan, insyaALLAH di sini lah rezeki saya. Rezeki ALLAH
yang beri, dan ada di mana2. Jangan risau, ALLAH akan beri bila sampai masanya.
Rezeki yang paling hebat adalah ketenangan hidup. Pohonlah rezeki daripada
ALLAH tanpa henti, mintalah dipermudahkan segala urusan, dan ALLAH tak kan
zalimi kita =’)
Proses tarbiyah kembali
Rindunya..sudah lama tidak berada dalam usrah, majlis ta’lim,
makan berjemaah macam di rumah sewa dulu. Alhamdulillah, rindu terubat. ALLAH izin diri ini
ditarbiyah lagi. Terima kasih ALLAH. Dia hantar saya di sini, tempat yang semua
orang kalau baleh tak nak datang, tapi ALLAH Maha Pengasih janjikan sesuatu yang indah buat saya..itu yang saya
rasa dan semoga inilah yang akan saya dapat. Di sebalik yang pahit itu, pasti ada manisnya.
Percayalah! =)
Berdikari dan silaturrahim
Hari ini ke bengkel kereta sendirian dan pertama kali dalam
hidup. Tawakal pada ALLAH dan bersangka baik. Syukur ALLAH permudahkan urusan
dibengkel tadi. Tak sangka juga ada pekerja wanita yang sangat ramah tadi.
Tidaklah bosan saya sendirian saya di situ.. Berbual2, sikit2 ta’aruf,
Alhamdulillah dipanjangkan lagi silaturahim, berkenalan pula dengan tauke kedai
buku (makin meninggi impian nak buka kedai buku..) Banyak info yang diperoleh pasal perniagaan dan macam2 lagi. Bersangka baik dalam segala hal, insyaALLAH ALLAH akan beri yang baik2
=)
Jom ta'lim
Sedikit perkongsian untuk kalian. Isi ta’lim pagi tadi..Adab bersama buku. Bersama buku pun ada adab2nya..
“kita baru taulah…dah bertahun2 hidup dengan buku..huhu”..
“inilah ilmu…tak kan jumpa kalau tak cari, tak pernah
habis untuk dipelajari.. Tak apa. Lepas ni kita sama2 praktikkan”. ^_^
- Seelok2nya menyentuh buku2 ilmiah dalam keadaan berwudhuk.
- Hindari mengambil buku dengan tangan kiri, sebaliknya gunakan tangan kanan. Ini kerana kerana tangan kanan sinonim dengan perbuatan yang mulia
- Jangan letakkan buku di atas lantai tanpa alas. Sebaik-baiknya gunakan rehal, meja atau seumpamanya sebagai alas.
- Jangan sekali-kali duduk di atas buku atau menjadikannya alas kepala ketika tidur.
- Jangan melunjurkan kaki ke arah buku2 tersebut
Pesanan: Adab2 ini bukan untuk buku2 agama sahaja, bahkan
kita mesti beradab dengan buku-buku yang mengandungi ilmu2 duniawi seperti
matematik, fizik, dan lain2.
“SESIAPA YANG MEMPELAJARI ILMU DENGAN BERADAB, MAKA ALLAH
AKAN MENCURAHKAN KEBERKATAN DALAM ILMUNYA”
Let's grab the Barakah Together..!
Let's grab the Barakah Together..!
Rabu, 21 Ogos 2013
Agar Kita Tidak Lupa
Banyak benda dalam dunia ni, kita buat checklist...
Pergi kedai buat checklist, nak masuk asrama buat checklist, nak kahwin pun ada checklist..dan macam2 checklist lagi.
Tapi di mana checklist penambahbaikan diri kita?
Penambahbaikan diri ini tidak seharusnya berhenti selagi hayat masih ada.
kita hanya akan berhenti menambah baik diri kita apabila roh dan jasad terpisah.
InsyaALLAH.
Kita berusaha untuk mendapat masa depan yang baik. Tulis besar2 tampal dalam bilik supaya kita sentiasa ingat.
Target masa depan apa..
Apa yang belum buat lagi untuk capai target tu..
Tapi sesuatu kita mungkin terlupa.
Masa depan akhirat kita...?
tempat kembali yang tidak akan dikembalikan ke dunia lagi.
Alangkah rugi, jika kita sia2kan hayat ini..na'udzubillah.
Pesanan ini, dari hati yang menyayangi kalian...lebih2 lagi ia buat diri saya yang mengatur kata ini. Agar kita tidak lupa.. Ayuh, berusaha...hayat masih ada!
Astaghfirullahal'azim...sama2 kita berusaha.
Pergi kedai buat checklist, nak masuk asrama buat checklist, nak kahwin pun ada checklist..dan macam2 checklist lagi.
Tapi di mana checklist penambahbaikan diri kita?
- Solat lima waktu dah ok ke,
- bacaan Al-Quran macam mana,
- solat sunat dah bertambah ke,
- akhlak macam mana,
- aurat dah ditutup sempurna ke,
- zikir dah dilazimi ke,
- sunnah Rasulullah yang mana lagi belum buat,
- hadis apa dah teladani dan hafal,
- sebanyak mana dah tadabbur serta hafal ayat Al-Quran,
- sedekah macam mana,
- sejauh mana dah dalami ilmu agama,
- waktu lapang diisi dengan perkara berfaedah atau tidak..
- dan banyak lagi..............
Penambahbaikan diri ini tidak seharusnya berhenti selagi hayat masih ada.
kita hanya akan berhenti menambah baik diri kita apabila roh dan jasad terpisah.
InsyaALLAH.
Kita berusaha untuk mendapat masa depan yang baik. Tulis besar2 tampal dalam bilik supaya kita sentiasa ingat.
Target masa depan apa..
Apa yang belum buat lagi untuk capai target tu..
Tapi sesuatu kita mungkin terlupa.
Masa depan akhirat kita...?
tempat kembali yang tidak akan dikembalikan ke dunia lagi.
Alangkah rugi, jika kita sia2kan hayat ini..na'udzubillah.
Pesanan ini, dari hati yang menyayangi kalian...lebih2 lagi ia buat diri saya yang mengatur kata ini. Agar kita tidak lupa.. Ayuh, berusaha...hayat masih ada!
Astaghfirullahal'azim...sama2 kita berusaha.
Selasa, 20 Ogos 2013
Iringan Doa Kami..
"Wahai Tuhan kami,Berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami daripada kemaksiatan dan berilah ketaatan kepadaMu,
yang menyampaikan kami ke SyurgaMu dan
keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana dunia.."
Hanya kepada ALLAH tempat kita bergantung. Semoga kita tidak lupa kepadaNya.
Syukur Alhamdulillah..Segala puji hanya untukNya.
Lama saya menyepi tidak mencoret kata di sini.
Imbau kembali perjalanan Ramadhan lalu. Rindunya rasa... Semuanya hidup dalam suasana ibadah. Hari-hari dalam bulan Ramadhan, tidak mahu disiakan. Berpuasa, baca Al-Quran, zikir, solat sunat, majlis ilmu...semuanya ingin berbuat pahala dan mengharapkan pengampunan daripada ALLAH. Alangkah baiknya jika suasana tarbiyah ini diteruskan ke bulan2 seterusnya.
Teringat saya petikan tazkirah di masjid malam terakhir bulan Ramadhan yang lepas.
"Berapa ramai jemaah masjid kita yang sudah tidak bersama kita malam ini? ada yang dah meninggal dunia, sakit. Boleh jadi, ini adalah malam terakhir kita berada di bulan Ramadhan, tahun depan kita tidak lagi berpeluang menjadi tetamu Ramadhan lagi..."
Ya ALLAH, hidupkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu, dan matikanlah kami dalam iman.
Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, saudara kita di Syria, Mesir, Palestin dan di mana sahaja sedang berada dalam ketakutan dan kesusahan. Mereka tidak dapat merasa kuih raya, lemang, memakai baju raya seperti kita. Mereka berhujankan peluru, bermandikan peluh dan darah. Menuntut keadilan untuk Islam. Sensitif tak kita dengan isu ini? Berada dalam kesenangan adalah satu ujian..sejauh mana kita ingat akan saudara kita di sana. Bila kita tengok video keadaan di sana, air mata menitis, hati berasa geram marah dengan kezaliman. Melihat gambar mereka yang syahid, terasa kagum dengan semangat mereka..Kita tidak mampu ke sana untuk membantu mereka..namun kita diberi keupayaan dan senjata yang paling hebat anugerah ALLAH. Iaitu DOA. DOA adalah senjata orang mukmin. Senjata ini adalah lebih hebat berbanding senjata2 yang digunakan oleh musuh2 Islam di sana. Oleh itu, jangan kita lupa untuk berdoa mereka walau di mana sahaja kita berada. Semoga ini menjadi satu usaha kita untuk membantu mereka. InsyaALLAH..Ihzimhum wansurna 'alaihim!
Bumi anbiya' kini bergolak,
Tanah sucinya kini bermandikan darah,
Dihujani peluru,
Disirami air mata ketakutan dan kesedihan,
Allahurobbi...
Saudaraku,
Bagaimana kiranya kita berada di sana?
Kuatkah semangat kita seperti mereka?
Mereka saudara seISLAM kita...
Dibedil tanpa belas kasihan.
ISLAM dipijak-pijak.
Pemimpin ISLAM dibunuh kejam!
Masih mahu berdiam diri kah kita?
Ya Rasulullah.
Bagaimana kiranya dirimu melihat keadaan ini?
Kami bersalah ya Rasulullah,
Jika kami hanya berdiam diri...
Tiada apa usaha kami untuk membantu ISLAM.
Kami tidak mahu sinar ISLAM memudar,
Kami tidak mahu bumi anbiya' terus dikotori,
Kami tidak mahu ISLAM dipijak-pijak!
Ini agama ALLAH.
Hanya satu-satunya agama yang diredhai ALLAH.
Bila ISLAM dijulang,
Ada yang menghalang..
Ya ALLAH.
Ini ujian dariMu,
Agar kami dekat kepadaMu,
Agar kami sabar menghadapinya..
Kuatkan kami.
Bantulah kami..
Semuanya berlaku dengan izinMu.
Sesungguhnya kami tidak berupaya melainkan dengan bantuan daripadaMu.
TERUSKAN DOA KITA....INSYAALLAH.
Sabtu, 13 Julai 2013
Khas Buat yang Bergelar Wanita..
Ramadhan tiba lagi dengan sajian pahala yang berganda-ganda. Saya pasti, seorang muslimah yang menyedari akan mahalnya harga satu detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini pasti tidak mahu mensia-siakannya. Sudahlah Ramadhan datang sebulan setahun, pastilah mahu memecut sehabis daya kan?
Jadi, anda nak buat apa ni? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadhan? Jangan! Ubat-ubatan ini kadang- kadang tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormone.
Atau anda mahu menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel ’Untunglaa jadi lelaki..?Sekali lagi jangan! kerana Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)
Sememangnya perasaan sedih pasti akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Sedangkan, Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.
Haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut dikesali, kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH DAN BERSANGKA BAIK
Redha ialah senang hati menerima apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sema ada baik atau buruk. Dan redha dalam beribadah ialah beribadah seperti mana yang diperintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk melakukannya.
Anda perasan tak, bila anda tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya anda mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah. Ini kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya.
Maha Besar Allah, Dia-lah Sebaik-baik Pencipta, selalu meletakkan hikmah pada makhluk yang diciptakan-Nya. Oleh itu, jika kita benar-benar redha dengan apa yang ditentukan Allah untuk golongan Hawa seperti kita, maka tidak akan timbul isu berkurangnya pahala kerana kita tidak boleh solat dan puasa.
Kita hanya dilarang oleh Allah untuk solat, puasa, tawaf dan membaca Al-quran (menurut khilaf ulama’) Sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya pintu-pintu syurga masih terbuka luas untuk kita dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan.
Namun, masa haid bukanlah masa berehat dari ibadah, kerana sesungguhnya dalam sehari-semalam itu masih ada banyak amalan yang masih boleh dikerjakan oleh wanita haid.
1- Sediakan juadah berbuka puasa
“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).
Seorang muslimah yang solehah akan sentiasa memburu pahala. Dia tidak akan mensia-siakan peluang beramal. Mari kita memudahkan urusan ukhti-ukhti kita yang berpuasa. Mudahkan mereka beribadah. Niatkan memasak juadah itu kerana Allah. Mana lah tahu, sambal ayam, atau Ikan Asam Pedas yang anda sediakan itu yang akan membawa anda ke SyurgaNya nanti!
2. Bangun Sahur bersama-sama
Seperti juga menyediakan juadah berbuka, tiada salahnya jika kita dapat menyertai mereka bersahur. Lagi Osem jika anda boleh menyediakannya, dan biarkan ukhti anda bangun qiamullail. Mintakan sekali dia mendoakan anda. Tidak perlu masak yang renyah dan susah-susah, cukup sahaja telur masak kicap. Sambil-sambil anda memasak, bolehlah berzikir atau mendengar ayat al-quran. InsyaAllah akan terasa sekali roh qiamullai walaupun anda berada di dapur!
3. Tadabbur Al-quran atau mendengar bacaan Al-quran
Jika kita dilarang untuk membaca Al-quran **, tidak salah jika kita mendengar bacaan Al-quran. Tukarkan senarai Playlist di dalam Handphone anda dan isikan dengan mp3 Al-quran. Sekurang-kurangnya jika kita tak sempat untuk khatam Al-quran, kita sudah khatam mendengar bacaan Al-quran. Mari kita membudayakan mendengar Al-quran di mana-mana anda berada. Di dalam kenderaan, sedang memasak di dapur, sedang melipat pakaian, menyapu sampah malah ketika belajar.
4. Istighfar, zikir, Maathurat dan Selawat ke atas Nabi
Kali ini mari kita tukar jadual ibadah kita. Jika selama ini kita mengambil 10 minit untuk mengerjakan solat Zohor. Ketika haid, kita gunakan juga 10 minit itu untuk istighfar, zikir, membaca maathurat, berdoa, dan selawat keatas Nabi SAW. Berzikir boleh dilakukan wanita haid. Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai dari mengingat Allah. Atau membiarkan lisan dan hati kita untuk hal-hal maksiat seperti mengumpat dan membicarakan serta memikirkan hal yang sia-sia. Dzikir selain dapat mengingatkan kita pada Allah, menenteramkan hati juga mendatangkan pahala.
5. Menyibukan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari kemaksiatan.
Lazimi diri kita untuk tidak membuang masa begitu sahaja. Andai futur ketika haid, jangan biarkan begitu sahaja. Dampingi rakan-rakan yang solehah, hadiri majlis-majlis ilmu (dengan syarat bukan dilaksanakan di dalam masjid), dengarkan rakaman ceramah-ceramah atau hiasi masa anda dengan membaca buku-buku tarbiah dan buku-buku agama. Kegiatan ini juga menghindarkan kita dari angan-angan kosong atau sekadar melamun tanpa guna atau membiarkan waktu berlalu tanpa faedah.
6. Infaq/ sedekah
Bersedekah umpama kita sedang menabung dalam tabung dan saham akhirat kita. Ganjarannya diganda-gandakan pada bulan Ramadhan. Tambahan, banyak tabung-tabung kebajikan, tabung anak yatim, tabung Palestine dan Syria yang akan diedarkan sekitar bulan Ramadhan ini, boleh lah kita membelanjakan wang kita ke sana.
7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan
Tak hanya itu, teruskan sahaja amalan sunat yang seharian anda biasa lakukan. Jangan dikurangi dosenya hanya kerana anda haid. Melakukan tugas harian sebagai isteri, ibu, housemate, anak yang baik, selagi mana dilakukan dengan tulus juga dikira sebagai ibadah. Insyaallah boleh menjadi pengisi poket-poket amal kita, walaupun kita sedang terhalang dengan fitrah haid.
Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas, tidak menyesalinya dan tidak berburuk sangka. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka. Juga, hormat mereka yang berpuasa dan jangan sewenang-wenangnya makan di khalayak ramai. Maka, raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang WANITA.
** Hukum asal membaca Al-quran bagi wanita haid adalah diharamkan. Tetapi jumhur ulama’ menyatakan membaca Al-quran menjadi harus dengan niat berzikir mengingati Allah.
WANITA kan ISTIMEWA...bak kata adik. =)
Wallahu'alam
p/s : perkongsian daripada sahabat..syukran.
Langgan:
Catatan (Atom)



