Halaman

Khamis, 30 Ogos 2012

Titipan cintaNya..


Nasihat Saidina Ali bin Abi Talib,

"Wahai anak Adam,
 janganlah keterlaluan gembira dengan kekayaan, 
janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran,
janganlah berduka dengan bencana,
janganlah keterlaluan bersenang dengan kelapangan 
kerana emas itu diuji dengan api.
Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala.
Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang engkau inginkan
kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan.
Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang engkau tidak sukai.
Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardhukan."


Saya tertarik dengan petikan ni "Emas itu duiji dengan api". 
Emas itu mahal dan tinggi nilainya, tetapi ianya tidak akan terbentuk sebagai emas yang indah, yang digilai oleh manusia jika tidak melalui proses pembakaran, ketukan yang berat terhadapnya. 
Begitu juga dengan ujian dan dugaan diperlukan oleh manusia untuk mengeluarkan kualiti dirinya yang terbaik..bukankah ujian itu tanda, Allah mencuit kita untuk kembali ingat kpdNya lebih dari makhluk??
Semoga Allah memberi kita kekuatan dan keimanan menempuh ranjau hidup ini...
Nasihat Saidina Ali ini seiring dengan apa yang diajarkan oleh Al-Quran. Ayuh semak bersama....


Qalam cinta Al-Khaliq yang tiada tandingannya..inilah titipan cintaNya..



KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
(Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.”
(Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST?
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
(Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ..
(At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal.”
( At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Yusuf ayat 12)


*Bila ALLAH Menduga Kita..membacanya seolah-oleh 'ada' yang sedang menasihati kita...*

Khamis, 16 Ogos 2012

Musafir...mengajar sesuatu.


Yang penting...keizinan (1/8/12)
“Mak kalo esok acik nak g Penang, bulih?” Agak takut untuk minta kebenaran kerana sebelum ni mak dah cakap tak bagi pergi mana2 bulan puasa ni. Apabila cikgu sekolah memandu maklumkan proses pertukaran pusat memandu dah siap, saya terus mencatur perancangan untuk pergi juga ke Penang dalam minggu ni. Sahabat di Penang pula, memaklumkan dia hanya ad di Penang hujung minggu ni saja..menguatkan lagi tekad untuk ke sana.
“Pergilah..berapa hari?” Alhamdulillah diizinkan setelah explain kat mak panjang2.
“ Selasa atau rabu depan acik balik.” Saja mengagak walaupun belum pelan lagi.
Turn untuk minta kebenaran dari abah pula. Paling takut. Tapi kebiasaannya abah jarang mengecewakan. Tengok keperluan juga, untuk apa keluar rumah. Kalo sekadar pergi untuk jumpa kawan2, alasan tidak kukuh. Tak boleh juga.
“Abah, esok acik nak g penang bulih?”
“Pergilah”. Mungkin abah dah dengar saya explain kat mak tadi..hehe senang je abah bagi. Alhamdulillah. Terus kol sahabat di Kota Baharu untuk belikan tiket.
Saya masih di bawah tanggungjawab mak dan abah, kebenaran mesti kena minta. Setengah orang cakap bila umur 18 ke atas, bebas nak lakukan apa saja. Tak perlu minta kebenaran lagi. Emm..Islam x ajar macam tu. Anak perempuan masih tanggungjawab ibu bapanya selagi mana dia belum berkahwin.


Antara dua pilihan....(2/8/12)
Tak tahu kenapa selepas subuh tu, rasa tak sedap hati nak pergi. Dahlah kena naik bas pukul 1 petang ke KB. Macam2 pelan baru keluar. Nak pergi Isnin depanla..hari sabtula. Kebetulan sahabat belum lagi belikan tiket untuk ke penang malam ni, tu yang macam2 pelan keluar. Waktu tu dah pukul 10 pagi. Hanya ada bebrapa jam lagi untuk buat keputusan. Hati tak tenang…solat dhuha dan istikharah dulu..mohon ketenangan. Teringat kata Dr Maza, Boleh jadi kita rasa perkara ini baik untuk kita, tapi sebenarnya buruk untuk kita..dan sebaliknya..membuatkan hati bertambah kuat untuk tawakal dan memohon petunjuk daripadanya. Dengan izin ALLAH,selesai solat dapat msg dari abah, abah dah beli tiket untuk ke KB pukul 1 nanti dan kebetulan pula sahabat kol kata hanya tiket ke penang malam ni saja ada. So, no choice. Saya kena pergi juga.


Alhamdulillah pukul 5 petang sampai di KB. Fadhilah mengajak saya menghadiri usrah bersama sahabat2nya di Purnama Pengkalan Chepa. Langkah kanan. Hati tengah dahagakan ilmu. Kami samapi agak lewat, tapi Ustaz Khairul Hakimi berbesar hati mengulangi semula beberapa point penting yang dah kami terlepas. Pengisian ini gedebush! Kena juga batang hidung sendiri juga. Siapa makan cili dia terasa pedas. Dah lama tak di’tazkirah’ macam ni. Bila ada peringatan macam ni dapatlah muhasabah diri.


BEKALAN SEORANG DA’EI (nak highlight yang ni)

Untuk memastkan seorang da’ei kekal istiqamah dalam perjuangannya.
    •      Solat berjemaah. Jangan tinggal melainkan terpaksa.
    •      Baca dan tadabbur Al-Quran setiap hari. Sahabat2 Rasululllah mampu mengkhatamkan Al-   Quran   dalam masa satu malam,..Mengapa kita tidak boleh menghabiskan walau satu juzuk pun sehari?
    •      Solat malam-solat tahajud. Jangan tinggal. Inilah sumber kekuatan seorang da’ei dan membezakannya dengan orang lain. Sebolehnya bangunlah tidur sebelum subuh setiap hari agar sempat solat sunat dan berdoa kepada ALLAH. Malu kat ayam yang berkokok waktu pagi2, kalo kita bangun lambat =)
    •        Berjihad di jalan ALLAH.

Masa dikampus ada yang sering mengingatkan, sekarang kena usaha cari sendiri. Alhamdulillah terima kasih Fadilah dan Adibah bawa asma’ ke usrah ni. Sangat2 bermakna. Untung duk KB, sangat banyak majlis ilmu. Selesai usrah kami berbuka puasa berjemaah dan solat maghrib berjemaah. Subhanallah…sungguh merindui saat2 ni.


Semasa di Muzium Tunku Fauziah (3/812)
Di Penang,bersama dengan seorang dengan sahabat  ke Muzium Tuanku Fauziah. Penuhi hasrat nak ke muzium tu. Lama dh nak pergi tp tak berkesempatan. Masuk di satu sudut, banyak kaligrafi khat yang cantik. Ada satu tu, kami tak dapat membacanya (tak berapa pandai baca tulisan khat..huhu). Nama2 ALLAH yang bermaksud Yang Maha Melindungi..tapi kami tidak tahu dalam bahasa arabnya. Sedihnya, nama ALLAH kami boleh tidak tahu. Bagaimana mengatakan cinta padaNya, namanya pun boleh lupa?? Jangan keluar dari tempat ni selagi tak dapat teka…lama memerah otak. Akhirnya kami dapat jawapannya. Emm,.Bila tak terdesak, kita tak ingat. Bila terdesak, mula terasa sesak nak ingat balik. Malunya pada ALLAH...


Teluk Kumbar dan iftar
Hampir 2 jam di dalam muzium , kami meninggalkan muzium. Lenguh kaki berjalan dalam 2. Best..banyak belajar benda menarik. Setelah kepenatan, kami pulang berehat di rumah. Petang ni perlu ke Teluk Kumbar ada bengkel PMI.  Kami tak boleh lama di sana. Perlu segera balik kerana ada jemputan berbuka puasa di Jelutong. Semasa bersalaman dengan adik2..ada yang menitiskan air mata. Terharunya.. “Kejapnya akak datang…”...emmm..

Bermotosikal pula dari Teluk Kumbar ke Jelutong. Lenguh pinggang, malam naik bas. Siang hari atas motor. Tak mengapalah..nilah pengalaman bermusafir. Kami berbuka puasa di rumah keluarga angakat sahabat di Jelutong. Mungkin agak penat, saya tak bersembang banyak pun dengan Pak Cik Mail. Dia baik orangnya. Terima kasih pak cik masakkan untuk kami.

9malam yang mendebarkan
Selesai berbuka puasa, saya kena bersegera balik, bas pukul 9malam. 8.20 malam bertolak dari Jelutong. Berdebar juga. Hanya doa dapat dipanjatkan sepanjang perjalanan agar sempat sampai ke stesen bas. 2 minit sebelum bas bergerak saya sampai di stesen bas. Bergegas menyerahkan tiket dan cari tempat duduk. Alhamdulillah….saya bermalam dalam bas lagi malam ni. Terima kasih Atiqah jadi driver Asma’ seharian hari ni. Dah lama tak merempit sama2 kan… =)


Akhirnya....(4/8/12)
4 pagi sampai di KB. Tak tahu mane tempat turun tu. Risau dah. Dahla sorang2. Driver cakap KB, saya terus turun. Kenapa tak sama dengan tempat sebelum ni?? Salah turun ke…rupa2nya turun di Kompleks Tabung Haji, dekat je dengan tempat  biasa turun tu… Alhamdulillah…fadhilah dah menunggu saya di situ.. 9pagi esok, balik ke Gua Musang pula untuk satu urusan.
Syukur ALLAH permudahkan segala urusanku…lain yang dirancang, lain pula jadinya..semuanya dengan izin ALLAH. Bukankah ALLAH juga ada perancangannya, dan perancanganNya adalah yang terbaik untuk hamba2Nya??

*Alhamdulillah, semoga ALLAH permudahkan lagi langkah kami yang seterusnya..

Selasa, 31 Julai 2012

Kejayaan yang sebenar.


Alhamdulillah...
Keputusan exam dah dapat..status akademik,Ijazah Kepujian.
Tempoh bergelar Mahasiswa dah tamat. Tunggu konvokesyen bulan 9 nanti.
Syukur pada ALLAH.
Terima kasih kepada mak dan abah,adik beradik, lecturer dan kawan2. Kejayaan ini bukanlah kejayaan ku seorang, ianya adalah KEJAYAAN kalian juga...



Tapi kehidupan ni, ALLAH tak nilai pun Ijazah tu. Yang ALLAH nilai ketaqwaan kepadaNya. 
Belajar dalam bidang biologi suatu yang sangat menarik..mendekatkan diri kepada penciptaNya. Syukur, belajar dalam bidang ni. Mengenali makhluk lain yang sebelum ni tak terlintas pun mereka ni wujud. Apa kepentingan mereka. Indahkan kuasa ALLAH...apabila kita belajar, kita akan kenal, kita akan berfikir, menghargai dan kita akan bersyukur...

Apabila ditanya, "mahu sambung belajar lagi tak lepas ni?". 
Tak mengapalah, bukan tak berminat, bukan sudah mahu berhenti mencari ilmu ALLAH, tapi diri ni ada suatu misi yang tersendiri. Tak mahu mengikut jejak orang buat master?? 
Buat apa sambung master kalau sekadar nak ikut jejak langkah orang, bukan kerana inisiatif sendiri, kemahuan sendiri..hidup kena ada prinsip!
 Emm..teringat kata Ustaz Azhar, buat apa ad ijazah, ada master, ada PhD..kalo ilmu agama tak tahu. Sia2 saja. Biar kita berilmu, berilmu dunia dan akhirat. Bukan sekadar berbangga dengan ilmu dunia sahaja. Ada kepakaran, buat sesuatu untuk bantu umat Islam, bantu agama ALLAH. Tersentap dan buat otak ni berfikir...

Jangan mudah senang dengan kejayaan yang sementara, kerana ini juga ujian dari ALLAH. Selalu ingatkan diri  sendiri akan hakikat ini. Hidup sebagai manusia, takkan sunyi daripada ujian Bukan kesedihan saja satu ujian, bahagia itu juga ujian. Apabila diuji ada ketikanya kita rasa lemah, tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak mengadu kepada siapa. Doa itu senjata orang mukmin. Jika berperang kita akan bawa senjata, jelas senjatanya. Jelas orang yang tewas. Doa satu senjata hebat yang tercapai dek akal manusia. Berdoalah kepada ALLAH dengan bersungguh2, jangan mudah putus asa. Mengadulah padaNya. Dia yang cipta kita, Dia yang tahu segala2nya tentang kita. Suatu masa, ALLAH akan beri apa yang kita minta..adakalanya kita tak dapat apa yang kita nak....tapi ALLAH Mahu tahu, ALLAH bagi apa yang kita perlukan... 
Sayangkan ALLAH pada kita?? =') 

Pernah tak kita rasa, hati ini kosong. Buat apa pun serba tak kena. Kadangkala rasa hilang kualiti solat, tersasar melakukan dosa, walaupun tahu itu satu dosa?  Banyak mengikut perasaan daripada ikut tafsiran akal yang beriman? 
Itulah manusia..manusia yang tidak ma'sum. Imannnya turun naik. Ada masanya kalah dengan nafsu sendiri. Ada masanya nafsu tu berjaya dikawal. ALLAH itu Maha Pengampun. Dia tahu kita ni, iman tak tetap. ALLAH anjurkan kita istighfar, memohon keampunan. Mengakui segala dosa. Kita sering menganggap istighfar sebagai amal yang mudah dilakukan pada bila2 masa, hingga akhirnya kita sentiasa menangguhkannya. Ketika kita berusaha beristighfar setelah lama bertangguh, dosa telah pun banyak dan hati sudah pun tertutup sehingga lidah berat untuk mengucapkan istighfar.  
Oleh itu, kita perlukan usaha yang kuat, keikhlasan dan cara yang beterusan untuk lazimi lidah beristighfar, sehingga lidah terasa ringan dan hati lantas terbuka. Hati akan menjadi tenang, bertambah kuat iman.

 Ibarat kotoran pada baju. Bila ada kotoran sedikit, tak diendahkan. Dibiarkan makin bertambah kotornya. Sampai satu masa nak basuh, sabun biasa tak mampu lagi nak menghilang kotoran. Kena cari ikhtiar lain guna clorox atau varnish. Jika tak nak guna clorox atau varnish.."rajin2lah basuh baju.".=) Kejayaan yang sebenar apabila kita dapat mentarbiah hati sendiri....



p/s :buat diri sendiri dan semua saudara seISLAMku..
Fasa 2 Ramadhan. MAGHFIRAH. Banyakkan mohon keampunan daripada ALLAH. Masih ingatkah kita Fasa 1 dan 3?
Fasa 1 RAHMAT, fasa 3 PEMBEBASAN DARI API NERAKA.
Jadikan Ramadhan ini bulan memperbaiki diri..sucikan hati...bertambah cinta kepadaNya.
InsyaALLAH.


*merawat hati,mengharapkan hati yang sembuh daripada segala dosa*

Ahad, 29 Julai 2012

Hobi baru

Hobi baru semasa cuti. Selain daripada baca buku (kadang tertidur dengan buku...takut jadi habit tidur pula),  saya cari inisiatif belajar benda baru. Varietykan. Bosan juga buat perkara sama setiap hari. Kebetulan seminggu yang lepas kakak menghadiri kursus buat bantal hiasan menggunakan reben. Jadi, senang untuk saya belajar dengan dia je. Tak perlu pergi kursus...15 minit dia ajar pun jadilah..


Mula2 rasa susah juga, bila dah selalu buat, senang pula. Practice make perfect!
 Bahan-bahan yang diperlukan :


1. Reben lebar 1 inci (potong 12 inci panjang)---ikut kesesuaian
2. Jarum 
3. Benang
4. Gam uhu


Kali pertama buat..berselerak lagi. Gabungan pink dan hitam (baki reben  kelas kraftangan dulu)

Yang ni dah berkali buat. Dah jadi sejambak. Takde daun sebab takde reben hijau.

Sampai sini saja. Cara-cara nak membuatnya akan menyusul, takde gambar step by step lagi.

Salam  9 Ramadhan...jangan lupa isi bulan Ramadhan dengan ibadah dan perkara yang berfaedah. Buatlah apa saja yang boleh meningkatkan kualiti hidup, dan pada masa yang sama menambah pahala...paling simple, senyum =)

Sabtu, 28 Julai 2012

Majlis Pertunangan


14 Julai 2012 adalah tarikh yang dipilih oleh abah setelah meeting keluarga semasa saya balik ke rumah baru2 ni. Tarikh pertunangan kakak. Pelan nak siapkan lesen kereta terlebih dahulu sebelum balik selepas tamat belajar di USM. Disebabkan ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan, tak dapat diteruskan. Jadi saya balik lebih awal, 9 Julai 2012. Dapatlah bantu mak buat hantaran pertunangan kak. 7 dulang hantaran semuanya. Mak memang pakar buat hantaran ni, saya sekadar tolong sikit2 saja =)

Kali ini merupakan pengalaman kedua majlis pertunangan di rumah. Pertunangan kak ecah 2 tahun lepas. Masih ingat lagi waktu ni bersemangat, siap pergi beli selendang lagi. Esoknya kena jadi pengapit kak ecah. Malu juga. Kali ni tak ambil bahagian dah jadi pengapit. Biar kak sorang2 je...

Malam 13 Julai lagi dah gotong-royong masak di rumah. Nenek dan mak cu datang kupas bawang, buat kuih talam, potong pucuk paku. Mak pula sambung siapkan tepak sirih. Saya pula buat gubahan coklat. Fully buat sendiri =) Simple, tapi menjadi la juga. Buat hantaran sambil2 tengok cerita Harry Potter dengan adik2.

Hantaran yang mak buat, yang bentuk love tula coklatnya...


Esoknya, seawal pagi lagi abah dah pergi ambil daging di rumah nenek. Mujur ada Long, Abe piji, Ngah tolong abah potong daging sebelum Pak adik, Ayah Long datang. Majlis pertunangan ni buat kecil2 saja. Hanya keluarga terdekat saja yang dijemput. Ni pun dah ramai, ada lagi yang tak balik. Pukul 10 pagi suasana rumah dah makin meriah. Ramai kanak2 datang, berlari sana sini, makcik2 sibuk memasak di dapur, pakcik2 bersembang di halaman rumah sambil minum teh, kuih talam dan spageti setelah penat memotong daging. Suasana ni la yang di rindui. Family gathering. Ada event macam ni baru dapat berkumpul semua selain daripada hari raya.
Nenda tersayang. Walaupun sibuk di dapur masih sempat melayan  si  comel, Humaira


Lepas zuhur, kakak menanti penuh debaran. Tapi boleh lagi dia makan nasi siap tambah lagi. Gulai nenek yang masak, memang sedap. Masa kenduri kahwin kak kecah dulu, nenek juga yang masak. Em..saya pula  yang tumpang berdebar, tak ada selera nak makan mengalahkan kakak. ‘Takpela petang ni,boleh makan lagi.”

Pukul 2.30 petang rombongan sampai. Abah dan mak serta mak saudara, pak saudara sambut kedatangan keluarga bakal tunang kakak. Kali ni, awal2 lagi mak dah pesan kepada saya, tunggu di muka pintu sambut hantaran yang mereka bawa. Tak sempat juga nak sambut semua, mujurlah ada isteri sepupu yang sebaya umurnya turut membantu. Kata mak, orang bawa hantaran kita kena sambut, jangan biarkan mereka sendiri pergi letak dalam rumah. Kurang manis. Betul juga, sebelum ni pernah jadi pembawa dulang hantaran masa perkahwinan sepupu. Sampai di rumah pengantin, tiada siapa yang sambut hantaran yang dibawa, jadi kami terpinga-pinga ke mana nak bawa hantaran2 ni. Sampaila kami masuk sendiri ke bilik pengantin untuk letak hantaran2 tu. Em..ambil pengajaran dari pengalaman.

Abah menyambut kedatangan bakal besan


Semua ahli rombongan dijamu dengan gulai daging, kerabu pucuk paku, acar timun, ayam masak merah, tembikai, air sirap. Ala2 menu majlis kahwin dah ni. Waktu ni, ahli keluarga kami dah siap makan awal2. Tak nak bagi sesak. Asalnya nak bincang dulu baru makan, tapi disebabkan agak lewat dah..menjamu selera dulu. Selesai menjamu selera, perbincangan antara dua buah keluarga bermula. Kali ni saya tak nak melepaskan peluang untuk ikut serta mendengar perbincangan. Sebelum ni sibuk di dapur tak dapat dengar.

Berselera semuanya. Pak su berbaju biru atas sofa sudah kekenyangan =)

Abah memulakan kata alu-aluan, lebih kurang beginilah bunyinya.
“ Kami sekeluarga mengalu2kan kedatangan Rahim sekeluarga. Alhamdulillah diizinkan ALLAH untuk sampai ke majlis pertunangan ni dan dapat bersilaturahim sesama kita….”

Abah dan mak


Diteruskan ....
“Saya sebagai wali kepada anak perempuan saya, Nor Fatihah, menerima pinangan daripada pihak keluarga Rahim. Semoga dengan izin ALLAH ikatan ini diberkati hingga ke akad perkahwinan”

ALLAH…ini bukan lafaz akad nikah. Ini baru pinangan. Tak tahu kenapa saya begitu sebak  walaupun bukan saya yang dipinang.. Sedih.. mengenangkan seorang ayah yang bakal menyerahkan anak perempuannya kepada orang lain. Anak, amanah yang ALLAH titipkan buatnya yang dijaga dari kecil hingga dewasa. Diberi didikan, kasih sayang, bakal ‘dipindah’ tanggungjawab kepada lelaki asing yang baru sahaja dikenali abah. Bukan bermakna anak perempuan ini bukan lagi miliknya, tapi fitrah nya perlukan seorang lelaki yang bergelar suami. Selepas ini, saya pula akan menjejaki langkah kakak. Doa saya kepadaNya agar lelaki yang bakal  dipertanggungjawabkan oleh abah untuk menjaga saya kelak berupaya menjaga  saya  seperti mana abah dah lakukan. Ini amanah daripada abah. Saya kuatkan hati untuk terus mendengar perbincangan. 


Apabila masuk part perbincangan wang hantaran dan tempoh pertunangan, saya kagum dengan mak dan abah. Memudahkan perbincangan tidak menyulitkan. Tidak meletakkan syarat yang tinggi.. “ Mengikut kemampuan Rahim dan pertimbangan semasa”. Subhanallah. Teringat akan hadis2 ni,

"Sesungguhnya sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah, sesungguhnya sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah"

“Sesungguhnya pernikahan yang paling berkah adalah pernikahan yang bermahar sedikit".


Selesai perbincangan, abah meminta saya untuk memanggil kakak keluar untuk disarungkan cincin pertunangan oleh ibu sebelah lelaki. Abah pula menyarungkan cincin kepada Rahim. Waktu ni usikan saudara mara menggamit suasana. Kemudian, ayah ngah membaca doa memohon keberkatan daripada Ilahi. Alhamdulillah selesai semuanya. Semasa sesi bergambar, ketegasan mak cukup saya kagumi. Ramai yang minta kakak bergambar dekat dengan Rahim. Kakak dan Rahim macam terpinga2. Tiba2 mak bersuara tidak mengizinkan. Belum halal. Saya dan kak ecah  hanya tersenyum melihat situasi tu. Bertunang belum lagi menghalalkan segala2nya =)


Keluarga mereka berangkat pulang lebih kurang pukul 4.30 petang. Bakal bertambah lagi ahli keluarga.. InsyaALLAH..
Perut berbunyi minta diisi…terus menuju ke dapur mencari nasi. Alhamdulillah ada lagi (^.^)..

Keluarga besarku

P/s : buat sesiapa sahaja yang bakal atau dalam status bertunang.
Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :
" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "
3 . Perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan
apa saja.
Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*Hari raya ketiga..dijemput menghadiri majlis pertunangan kawan baik semasa di MRSM Jeli dulu, laila.
*Tumpang gembira (^.^)..