Halaman

Sabtu, 20 Ogos 2011

10 hari terakhir..





Sedar tak sedar hari ni dah 20 Ramadhan.. Cepatnya masa berlalu.Rasa macam baru semalam berpuasa. Kali ini berpuasa di rumah..berbeza dengan tahun2 sebelum ni berpuasa di USM. Tempat berbeza, suasananya berbeza. Seronok berpuasa di rumah atau di USM? Emm..pastinya ada jawapan tersendiri dari sudut yang berbeza.

Bagiku Ramadhan kali ini adalah peluang untuk aku bersama-sama membina tarbiyah di rumah. Itu yang lebih baik. Jasadiyah dan Ruhiyah. Segala gerak geriku dipantau oleh abah dan mak agar tidak leka. Bangun sahur, mak kejutkan awal pagi agar sempat solat sunat dan aku juga berkesempatan menolong mak memasak. Kebiasaannya, panaskan lauk je sebab sebelah malamnya dah siap masak awal-awal. Kalau di kampus, belum tentu lagi aku akan bangun sahur.. Cukup jarang sekali..itupun jika abah yang telefon kejutkan aku. Terlalu penat memenuhi rutin sebagai pelajar di siang hari, sehingga x terjaga..huhu

Kali ini juga aku hanya mendirikan solat terawih dan fardhu lain di rumah. Kesihatan mak dan kakak yang kurang baik, tidak mengizinkan aku pergi berjemaah di masjid. Tak mengapalah..kerana aku boleh berjemaah dengan mak dan kakak di rumah. Adik2 ku dan abah setiap malam ke masjid Kesedar INn tempat Abg Ngah berkhidmat sebagai Imam Terawih sepanjang Ramadhan ni. Apabila berjemaah ada ketikanya mak jadi imam, ada ketikanya aku.. Rindu gak nak jemaah di masjid, rindu nak dengar selawat...insyaALLAH, bila balik kampung kemubu nanti berpeluang untuk ke surau dekat cket ngan umah.

Alhamdulillah...kesemua belanja makan puasa bulan ni free...=) Setiap petang rutinku, "mak nak masak ape?"..terima arahan kena masak ape, mak, aku dan kakak sama2 masak kat dapur.. Kesian kat mak, walaupun mak tak boleh makan, macam orang lain makan..mak tetap masak sedap2 untuk kami....apabila tiba time berbuka n sahur mak hanya makan nasi lembik n sayur air lobak dan air glukos. Kebelakangan ni kesihatan mak makin kurang baik..doktor nasihatkan mak berpantang makan makanan keras. Kesian mak..walaupun aku dan kakak beria nak masakkan tapi mak tetap nak masak untuk abah dan anak2nya... Mak, hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan mak. Mak selalu pesan, anak2 mak, buatla solat hajat utk mak agar mak sembuh....sebak tak tertanggung aku mendengarnya..anakmu sentiasa mendoakan. Aku sering ingatkan mak, Ujian yang hebat, untuk orang yang hebat..Allah sayang mak, Allah bagi mak ujian sakit sebab Allah nak mak dekatkan diri padaNya..munajat padaNya.. Syukur pada Allah, mak tidak pernah tinggal Qiyam...Acik tau mak kuat hadapi semua ni..insyaAllah mak akan sembuh..

Kini dah masuk 10 Ramadhan terakhir, cepatnya....ada hikmah sepanjang Ramadhan ini, yang mungkin aku belum temui...dan aku harapkan ada kesempatan untuk aku bermujahadah sehingga ke hujungnya dan sampai akhir hayatku...



Ya Allah...temukanlah aku dengan malam Lailatul Qadr, meskipun aku merasakan diriku tidak layak...hanya Engkau Maha Mengetahui.
Ya Allah...berikanlah aku kesempatan waktu berada di penghujung Ramadhan, menginsafi kekurangan yang sepanjang Ramadhan ini...mensyukuri nikmat yang Engkau berikan...sesungguhnya aku amatlah jarang bersyukur padaMu...
Ya Allah, berikanlah jua kesempatan untuk aku temui Ramadhan lagi pada tahun hadapan...andai ini yang terakhir...ampunilah aku, jadikanlah ini Ramadhan yang terbaik sepanjang hayatku..10 hari terakhir ini...aku mohon ya Allah kuatkan keimanan ku agar aku sentiasa rindu beribadah kepadaMu..hindari aku daripada kesibukan dunia...Suburkan cintaku padaMu ya Rabb...amin

Isnin, 18 Julai 2011

Perjalanan Sirah Muslimah Pejuang Islam



Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan. Hem… Siapakah yang saya teringat itu? Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah. Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya. Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian.



Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan. Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.


Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.


Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.


Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.


Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.


Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.


Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?


Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?


Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.


Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.


Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.



Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”


Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya rindukan perempuan-perempuan itu.

Ahad, 1 Mei 2011

Khutbah Rasulullah

Khutbah Rasulullah ialah buku karya Ustaz Rohidzir Rais terbitan PTS ISLAMIKA. Ustaz Rohidzir yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kolumnis Telaga Biru, dalam majalah Solusi. Kemudian beliau terus menggilap nama apabila dijemput mengacarakan program 'Tanyalah Ustaz" di TV9. Minat beliau dalam bidang penulisan diteruskan lagi dengan menjadi penulis dan editor kanan di PTS Islamika. Antara buku karya beliau sebelum ini, 'Soalan Remeh Temeh tentang Seks','Terapi Ruqyah', 'Anda Bertanya Ustaz Menjawab tentang Solat' Seorang yang bersahaja dan mesra, namun tak disangka beliau mempunyai pengalaman yang begitu luas dan tidak pernah berputus asa dalam kehidupannya. Mengenali beliau melalui Bengkel Penulisan Intelek tempoh hari adalah satu peluang keemasan yang sukar diperoleh dalam hidup ini.

Sekarang ini saya masih dalam proses menghabiskan buku Khutbah Rasulullah.




Membaca buku ini mengingatkan saya akan junjungan agung, Rasulullah s.a.w. Beruntungnya para sahabat, dan manusia yang sempat bertemu Rasululullah dan menjalani kehidupan bersama baginda. Setiap hari mereka diberi pesanan dan nasihat yang berhikmah daripada Rasulullah sendiri agar mereka tidak lalai. Berbeza dengan umat baginda pada hari ini, kita hanya mampu membaca dan memahami dua perkara yang ditnggalkan oleh Rasulullah kepada umatnya yang tercinta iaitu Al-Quran dan Sunnah. Menusuri buku ini, begitu banyak pesanan yang berguna dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan sekarang. Ada kalanya kita lupa, eloklah ada bacaan yang memperingatkan kepada kita agar tidak leka. Buku ini juga mempunyai intisari khutbah yang membantu kita agar lebih mudah memahami maksud tersirat yang Rasulullah ingin sampaikan. Bahagaian-bahagian buku ini sangat menarik dan mampu menarik hati ini, agar tidak jemu membacanya malah mendambakan kehadiran 'khutbah' seterusnya. Antara bahagian-bahagiannya ialah tentang kematian, kepimipinan, akhirat, syurga, neraka, kiamat dan banyak lagi.. Semoga buku ini dapat dimilki oleh setiap umat Islam dan dimanfaatkan untuk mendapat kehidupan yang leboh diberkati..insyaALLAH..

Isnin, 11 April 2011

Corat Coret..

Bila exam tiba..baru ase nk update blog ni....
sebelum ni x berkesempatan..banyak urusan yang perlu diselesaikan..lepas satu, satu..kdg2 masa utk diri sendiri pun xde..emm.itulah amanah, kena laksanakan betul2. x kiralah amanah sebagai anak ke, pelajar ke, pemimipin ke, semua kena laksanakan dengan baik walaupan adakalanya kita rasa x mampu..bagi diri ini, pengalaman kesibukan inilah yang menjadikan diri lebih matang dan tegar untuk menghadapi ape2 ujian. bila dilanda kesempitan masalah, otak sgt cepat berfikir, bagaimana nak cari jalan penyelesaiannya. Bila sibuk, sedikit masa pun x nak dibiarkan terbuang begitu sahaja. Ada masa kosong, siapkan asgnmnet, basuh baju, kemas blik dan sbgnya.. Dugaan waktu lapang adalah lagi hebat..kerana ape?? pengalaman...bila banyak waktu lapang, jd xtahu nk buat ape..kalo nk buat pun jadi fikir banyak kali.."xpela, byk masa lagi ni"..akhirnya waktu lapang tu berlalu begitu sahaja. kadangkala di isi dengan benda2 yang x berfaedah..on9 FB, berbual, yang paling x suka tidur memanjang...ini dugaan yang hebat.. jadi kesimpulannya hargailah masa, benarlah..sperti nasyid raihan ingat nikmat waktu lapang sebelum waktu sempit =) ..harap2 lepas ni, jadi lebih bijak menguruskan masa..kerana bakal berhadapan dengan kesibukan yang teramat..bersedialah...huhu

Coretan ni ibarat kesimpulan sepanjang semester 4 ni..huhu dah semester 4, ase baru je daftar kat USM. Maknanya ada lagi 2 semester bersamaan 1 tahun lagi untuk tamat belajar..insyaALLAH..semoga dipermudahkan. sem ni terlalu banyak suka dukanya. terutamanya apabila jadi wakil calon kepada sahabatku yg bertanding MPP..fuhhh..kesibukan yang sangat2 menguji..paling tidak dapat aku lupa, apabila seharian tidak tidur..berjaga untuk siapkan poster dia n kawan2...(-.-) tanggal 21 Februari 2011,alhamdulillah dengan izin ALLAH..dia menang gak akhirnya..tahniah HUSNA! (nasib baik x jadi calon, kalo x xtaula mcm mane..huhu) lega sekejap selepas pilihanraya kampus..(kat dlm entri sebelum ni ada diselitkan tentang pilihanraya kampus yang lepas)





Kelegaan sekejap sahaja..kemudian datang pula ujian lab report Patho, Physio serta asignment berlonggok-longgok...x cukup dengan tu, ditambah pula dengan tutorial calculus...dengan kesabaran, dan dorongan kwn2 sekeliling..semuanya dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan..sekali lagi sejarah bersengkang mata berulang..
mungkin kerana kesan tidak cukup rehat, dan waktu makan yang tidak teratur..2 minggu aku di uji dengan sakit..sakit perut selepas makan. Hanya ALLAH yang tahu betapa sakitnya..x mampu nk gambarkan.. satu ubat sahaja nk hilangkan, ialah dengan tidur..banyak waktu studyku terganggu kerana sakit ini..waktu test dua calculus, sakit datang mnyerang..pada mulanya ase nk berhenti jawab dan keluar dewan. bila difikirkan lagi besar kesannya kepada markah test nati..aku bertawakal utk teruskan juga..alhamdulillah dapat juga markah dengan apa yanga aku jawab walaupun x sehebat markah kwan2ku yang lain..satu pngajaran aku dapat daripada sini, tawakal kepada ALLAH lagi utama...dan sekiranya ada tanda2 sakit datang, beritahulah lecturer..insyaALLAH dia akan pertimbangkan..jangan paksa diri..kesiaan..

Alhamdulillah dah selamatkan dua jawatan dalam persatuan. S/u Rancangan Khidmat Masyarakat dan Exco Bio Society. Kadang2 kedua2 amanah xdapat aku laksanakan dengan baik kerana ada kepentingan yang lebih utama. Namun banyak pengalaman dapat sepanjang melibatkan diri dalam persatuan. Tambah2 sbg setiausaha. Setiausaha ibarat tulang belakang kepada persatuan, dialah yg membantu perjalanan persatuan. Menjadi tulang belakang kepada YDP bagi melicinkan aktiviti persatuan. Itulah yang sepatutnya. Aku akui menjadi setiausaaha sangatlah sibuk. RKM mempunyai 500 lebih ahli, 19 kumpulan dan 20 aktiviti sepanjang sidang. Hendak menguruskan 500 orang ahli bukanlah satu perkara yg mudah, pelbagai kerenah dan perwatakan. Sangat2 menguji kesabaran. Dengan kerjasama pimpinan MT dan exco, alhamdulillah RKM kali ni dikatakan sukses! Tahniah YDP Zahari, sahabat2 MT, exco2 dan ahli yang membantu menggerakkan RKM utk lebih maju. Terima kasih =)


kenangan di Pantai Kerachut bersama pimpinan dan ahli RKM

Pengalaman menjadi pengarah untuk 2 projek sangatlah bermakna. Majlis Berbuka Puasa Semulia Ramadhan, Bio Society dan Bengkel Penulisan Intelek dengan Kerjasama PTS ISLAMIKA, Persatuan Mahasiswa Islam. Apabila menerima taklifan ini, terasa sangatlah berat. Mampukah aku? Aku tahu menjadi pengarah sgtlah sibuk. Nak berurusan dengan HEP, syarikat luar lagi. Belum cuba belum tahu. Alhamdulillah apabila selesai projek rasa sangat2 lega, sperti hilang bebanan batu berat dibelakang. Walaupun ada gak kekurangannya yang boleh dibaiki kelak...hati ini puas. Terutama sekali untuk projek bengkel penulisan. Projek ini sangat menguji kesabaran dan ketekunan. Bayangkan hanya 6 orang AJK sahaja memberi khidmat. Perancangan sudah awal, namun kerana masalah dengan pihak atasan, semuanya jadi last minit. Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat2 ajk dan kawan2 yang banyak beri sokongan secara langsung dan tidak langsung. Tidak lupa juga kepada Ustaz Rohidzir Rais dan Ustaz Amirul yang begitu baik dan beri kerjasama kepada kami. InsyaALLAH lain kali dapat bekerjasama lagi untuk memberi manfaat kepada semua.


Poster yang dibuat sendiri..huhu


Bersama peserta BENGKEL PENULISAN INTELEK





Emm..rasanya cukup sampai disini je perkongsian corat coret pengalaman untuk semester ni. Semuanya mengukir kenangan terindah, dan menjadi asam garam yang mematangkan kehidupan. Sekarang masih berbaki satu paper lagi, Pengantar Penagjian Islam 4 mei ini. Yang dah lepas tu, tawakal dan doa kepada ALLAH, semoga diberikan kejayaan. Sekarang juga ALLAH beri ujian, demam....bila makan ubat jadi mengantuk, kalau tak makan lambat baik..semoga ALLAH beri kekuatan kepadaku..huhu jangan jadi manja dan jangan mengalah! Lepas exam bermula lah kehidupan baru, prkatikal di Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan. Kutip pengalaman lagi (^.^)..insyaALLAH semoga dipermudahkan.

Dia..