Sekarang ini saya masih dalam proses menghabiskan buku Khutbah Rasulullah.

Membaca buku ini mengingatkan saya akan junjungan agung, Rasulullah s.a.w. Beruntungnya para sahabat, dan manusia yang sempat bertemu Rasululullah dan menjalani kehidupan bersama baginda. Setiap hari mereka diberi pesanan dan nasihat yang berhikmah daripada Rasulullah sendiri agar mereka tidak lalai. Berbeza dengan umat baginda pada hari ini, kita hanya mampu membaca dan memahami dua perkara yang ditnggalkan oleh Rasulullah kepada umatnya yang tercinta iaitu Al-Quran dan Sunnah. Menusuri buku ini, begitu banyak pesanan yang berguna dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan sekarang. Ada kalanya kita lupa, eloklah ada bacaan yang memperingatkan kepada kita agar tidak leka. Buku ini juga mempunyai intisari khutbah yang membantu kita agar lebih mudah memahami maksud tersirat yang Rasulullah ingin sampaikan. Bahagaian-bahagian buku ini sangat menarik dan mampu menarik hati ini, agar tidak jemu membacanya malah mendambakan kehadiran 'khutbah' seterusnya. Antara bahagian-bahagiannya ialah tentang kematian, kepimipinan, akhirat, syurga, neraka, kiamat dan banyak lagi.. Semoga buku ini dapat dimilki oleh setiap umat Islam dan dimanfaatkan untuk mendapat kehidupan yang leboh diberkati..insyaALLAH..