Pada dirinya berhimpunlah
segala sifat-sifat yang baik dan terhindarlah dari segala yang tercela.
Rupa parasnya yang bagus,
bersih baunya yang harum dan akhlaknya yang tinggi dan disenangi oleh siapa
sahaja yang bersamanya. Tiada cacat cela dalam pergaulannya.
Saat kaki melangkah masuk
ke masjid, maka kaum Muslimin yang ada di dalamnya berdiri tegak untuk
menghormatinya tetapi dilarangnya: Janganlah kamu berdiri menghormati aku, aku
bukanlah seorang raja yang harus diagungkan, tetapi aku adalah seorang Rasul
Allah.
Sikap pemaafnya
mencairkan berang musuh-musuhnya. Sikap sabar menghiasi kehidupannya yang penuh
dengan cubaan daripadanya kaumnya sendiri. Dua sifat ini telah menjadi satu
tarikan sehinggalah ramai musuh-musuh memeluk agama Islam.
Itulah insan Mulia yang
tiada bandingan Nabi Muhammad s.a.w.
Subhanallah…sungguh
mulia akhlakmu ya Rasululllah s.a.w membuatkan kami ini tertunduk
malu menilai akhlak kami selama ini..terlalu sedikit yang kami teladani..Sunnahmu sangat jarang ikuti..sekali sekala sahaja kami berselawat kepadamu..terlalu sedikit sejarah hidupmu yang kami ketahui...malunya kami mengatakan cinta padamu, sedangkan dirimu terlebih dahulu mencintai kami walaupun tidak pernah bersua dengan kami...
"Katakanlah Muhammad : 'Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH Maha Mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Al-Imran : 31)
"Di padang mahsyar kekgi takdok sapo doh nok tolong kite...ayah tengok anok keno pijak perut, tokleh nak tolong..nafsi-nafsi. anak tengok mok reboh sungkur, tokleh nak tolong angkat doh...nafsi-nafsi.. Hari ni hari nafsi-nafsi (sendiri2)..tapi hanya ado sorang jah boleh tolong kite...iaitu Rasulullah s.a.w (syafaat). Sayangya Rasulullah s.a.w kat kite.. Janganlah sombong duk atas dunia, tak mboh ikot Rasulullah s.a.w, kekgi nabi tak tolong mu di akhirat." Ustaz Azhar Idrus.
***
Di akhir hayat Nabi Muhammad s.a.w :
“Ummati..Ummati..Ummati..”
Siapakah ummati..?
Kitalah ummat Nabi Muhammad s.a.w. yang dihidayahkan Islam..mengucapkan kalimah agung :
“ Aku bersaksi tiada Tuhan selain ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”
Sekalipun baginda tidak
pernah berjumpa dengan ummatnya, namun ummatnya lah yang disebut disaat akhir
hayat baginda.
Kalimah ini mempunyai
maksud yang dalam..disebalik kasihnya Rasulullah s.a.w kepada ummatnya ada
kebimbangan yang teramat. Bimbang sekiranya ummatnya semakin menjauhi ALLAH
setelah ketiadaan baginda. Bimbang segala ajarannya selama ini, dipinggirkan
oleh ummatnya. Bimbang ummatnya akan tersesat jalan mengikut syaitan. Bimbang
umatnya akan dihumban ke neraka kelak…
Kebimbangan baginda telah
menjadi realiti pada hari ini…
Ramai yang menjauhi
Al-Quran dan Sunnah
Ramai yang mengikut hawa
nafsu dan bertuhankan syaitan.
Ramai yang berakhlak
buruk sehingga ada ummat Islam berpecah belah.
Dan banyak lagi kejahilan
bermaharaja lela.
Dunia semakin
maju..sehinggakan ummat Islam seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran
Rasulullah s.a.w yang sepatutnya menjadi ikutan dalam kehidupan.
Sudah ramai yang Islam
hanya pada kad pengenalan, nama dan Hari Raya sahaja. Solat sudah tidak
diendahkan..sibuk mengejar kemewahan dunia.
Beberapa hari lepas,
semasa bermusafir ke Negeri Sembilan saya dan keluarga singgah makan di satu
warung. Kebetulan kami sampai, baru masuk waktu maghrib. Kami berniat untuk solat
jamak akhir nanti. Agak lama kami disitu..daripada awal maghrib sehingga ke
Isyak tiada seorang pun peniaga pergi solat…tengok kepada situasi, boleh sahaja
mereka bergilir menjaga warung…. -.-
Semasa singgah di Kuala Lumpur, memang terlalu ramai orang. Pertama kali saya berada dalam situasi macam
ni. Bermacam ragam, pakaian..pergaulan. Berpegangan tangan lelaki perempuan,
berpeluk dihadapan orang ramai.. “aish dah kawen ke ni”. Bisik hati saya.
..Tapi orang yang dah kawen pun malu lah nak buat macam ni depan orang ramai.
em..sedih2..yang perempuan bertudung..
Moga ALLAH berikan mereka
hidayah..
***
“Bagaimana sekiranya
Rasulullah melihat keadaan ummatnya pada hari ini….”
......
Rasa malu, rasa bersalah
dengan Rasulullah s.a.w …kerana kita salah seorang ummatnya…
Mengapa kita tergamak
mengkhianati kasih sayang Rasulullah..membiarkan kebimbangan baginda itu
menjadi realiti..? Seolah-olah tidak kisah langsung akan kehadiran baginda
sebelum ini.
Siapa kita dalam Islam?
Apa peranan kita untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat..?
Apa yang telah kita buat...?
Muhasabah bersama...
Muhasabah bersama...
---
Wahai Rasulullah,
Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,
Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.
Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,
‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah
Wahai Rasulullah,
Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,
Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...
Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,
Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,
Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,
Wahai Rasulullah,
Belas Allah kami harapkan,
Moga , tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.
Sajak ini diambil daripada :
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Leicester, UK
31 Ogos 2010
Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,
Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.
Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,
‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah
Wahai Rasulullah,
Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,
Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...
Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,
Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,
Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,
Wahai Rasulullah,
Belas Allah kami harapkan,
Moga , tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.
Sajak ini diambil daripada :
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Leicester, UK
31 Ogos 2010
Renungan untuk semua dan
paling utama untuk diriku yang dhaiif ini..
…Allahurobbana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan