Halaman

Selasa, 14 Februari 2012

Satu perkongsian

Ini satu kisah yang baru saja ku tempuh beberapa minggu lalu..
Mungkin agak terlewat menulis tentangnya, namun tidak mengapalah..ianya sekadar satu perkongsian pengalaman yang bermanfaat.


Di suatu petang..
"Akak kita nk spot tempat mana ek?" tanya ku kepada seorang kakak yang sekumpulan bersama ku. Kami diberi tugasan untuk turun mendekati masyarakat.

"Rumah ke rumah nak? kedai2 ke?"
"Emm.." Tiba2 aku mendapat idea
"Esok kan maulidur Rasul, apa kata kita ingatkan masyarakat tentang peristiwa penting ni?"

Wajah sahabat2 sekumpulan terserlah ceria. Mungkin hilang kebuntuan mereka untuk sampaikan tentang isu apa kepada masyarakat.

"kita pergi taman permainan, cari adik2" cadang sorang kakak.
"Setuju!"

kami bergerak dengan satu kereta. Mula mencari taman permainan. Sampai di taman permainan, ada kumpulan lain sedang menuju ke arah adik2. tidak mengapalah, tiada rezeki kami..namun hasrat tu tidak mati di situ saja. Kami terus cari taman permainan yang lain. Alhamdulillah, ada sekumpulan adik2 di situ.

Dari jauh aku melihat mereka duduk di satu sudut. Ada seorang adik perempuan berdiri dengan memegang satu buku... "Apa agaknya yang mereka buat?" fikirku.
Langkah kami disusun menuju ke arah mereka. Adik-adik itu bertempiaran lari, hanya ada beberapa orang sahaja masih tertegun di situ. Terkejut kami 3 orang berjubah hitan dan bertudung agak labuh agaknya =).. sempat aku letakkan tanganku di atas bahu seorang adik perempuan. dia tersenyum.
"adik buat apa tadi?" tanyaku
"Kami main teka-teki"..jawabnya rngkas.
"Jomla main sama2. akak2 nak main ngan adik2..kita lawan, group adik dan group akak..nk??" Ceria sahabatku mengajak adik2 tadi.

Mereka kembali duduk berkumpul macam tadi.
Bermulalah permainan teka teki. Adik2 mengajukan soalan agak tricky kepada kami, alhamdulillah dapat jawab. Kami membalas soalan kepada adik2 dengan bertanyakan soalan2 yang berkaitan dengan sirah Rasulullah.

Daripada jawapan yang mereka berikan, Alhamdulillah.."they know". Siap bernasyid lagi sebut nama anak2 Rasulullah.

Ada satu soalan agak core kami bagi.. "rukun solat ada berapa?"
"ada 5"..jawab si abang yang memakai cap.
"salahla...ada 13." sampuk adik perempuan yang comel.

"emm..saya memang lemah bab2 agama ni"..berubahn masam si abang yang bercap td..dia tingkatan 1.
"Xpe dik..ada masa boleh belajar lagi" pujuk kami.

Permainan kami tamat, kumpulan kami menang.. di awal permainan, kami dah janji nak bagi aiskrim kalau group adik2 menang, tapi sebaliknya group kami yang menang.. Budak2...ada yang dh buat muka sedih sebab xkan dapat ais krim.
kami saja mengusik mereka. Beberapa orang daripada kumpulan kami pergi membeli aiskrim setelah meminta agar adik2 tadi tunggu di situ sekejap.

Tinggal aku dan seorang sahabat dengan adik2.. emm..apa nak buat ya..??
"Adik mai duk sini, akak nak bercerita"

Ada yang kembali duduk dan ada yang mula beredar setelah dipanggil pulang ke rumah oleh mak mereka.
"adik tahu x, bila maulidur Rasul?"
"tahu..esok." Alhamdulillah mereka tahu. Aku meneruskan.
"sayang Rasulullah x? Kalau sayang, bila akak, ustazah atau sape2 sebut nama nabi Muhammada atau Rasulullah..adik2 sambung dengan menyebut "sollollahu 'alaihi wasallam"...adik2 menyertaiku menyebutnya.

Aku menruskan cerita kepada mereak dengan menceritakan kisah indahnya akhlak Rasulullah..dengan si buta yang mengutuk Rasulullah setiap hari. Rasulullah tidak marah kpada si buta,bahkan Rasulullah bersenang hati setiap hari mendatangi si buta dan menyuapkan roti kepada si buta. Disebabkan lelaki buta itu sudah tua, Rasulullah menghancurkan, dan melembutkan roti itu terlebih dahulu sebelum menyuapkan ke dalam mulut si buta.
Setelah Rasulullah wafat, tiada siapa lagi yang menyuap si buta itu. Abu Bakar bertanya kepada Aisyah. Apakah kebiasaan Rasulullah yang belum aku laksanakan? Aisyah menjawab.. "Rasulullah sering memberi makan kepada si buta di hujung pasar itu"
Abu Bakar bersegera ke sana dan menyuapkan roti ke mulut kepada si buta. Dalam ketika itu, si buta masih lagi mengutuk Rasulullah. Setelah Abu Bakar menyuapnya, kata si buta sambil marah "Siapa kau? Kau bukanlah orang yang sering menyuapiku"..
Abu Bakar menitiskan air mata.
"ketahuilah olehmu, bahawa orang yang sering menyuapimu telah wafat. Dialah orang yang engkau selalu kutuk, iaitu Muhammad s.a.w"
Si buta itu menagis teresak-esak dan akhirnya dia memeluk Islam.

Adik2 tadi ada yang khusuk mendengar sambil menyambut dengan selawat apabila aku menyebut Rasulullah dan Muhammada, tak kurang pula ada juga yang matanya melilau-lilau tidak memberi perhatian. "emm..macam ni rupanya mengajar budak2 kecil.." senyum aku melihat keletah mereka..=)

Ada seorang adik lelaki duduk dihadapan ku sambil meriba adik kecil untuk mengikuti ceritaku..baiknya adik ni..

Usai ceritaku, sahabat2 yang pergi membeli aiskrim tadi datang semula. Bersorak gembira adik2 td, berebut-rebut nk makan aiskrim..=)

"Adik-adik, akak2 nk balik dulu..insyaALLAH jumpa lagi"
"Akak datang kagi ya esok"..teriak adik2..kami melambai kepada mereka dan berlalu pergi.

Langkahku terhenti melihat telatah dua baradik ni..

adik lelaki yang meriba adik kecilnya td, menolong adiknya membuka plasti asikrim. Apabila si adik pegang, aiskrim tu terjatuh. dengan pantas si abang mengambil dan menyapu dan meniup2 asikrim adiknya..
"Abang an xbg elok2" kata si adik. Si abang terus memberi semula aiskrim itu kembali kpd si adik...si adik pun makan dengan selera..kasihnya seorang abang.

"Ya ALLAH..jadikanlah dua beradik ini anak yang soleh"

doaku...