Halaman

Sabtu, 25 Mei 2013

Kata semangat.


Syukur ya ALLAH..
Kami masih diberi nikmat untuk mengungkapnya saat ini..

Selasa, 14 Mei 2013

Jentikan sayang.

Di akhir pengisian Tanyalah Ustaz pagi tadi..ustaz menjawab satu persoalan.
"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah :284)
kenapa bila diuji kita sampai mengucapkan aku sudah tidak sanggup menghadapi semua ini..? Kita menangis. Padahal janji ALLAH, ALLAH tidak akan menguji kita melainkan dengan kesanggupan kita..
Sebenarnya itulah cara ALLAH 'bermanja' dengan hambanya.
ALLAH nak kita menuntut janji dengan mengadu kepadaNya.
ALLAH rindu pengaduan, rintihan kita.
Jika kita tak diuji, berapa banyak kali kita mengadu kepada ALLAH?
Benarlah....ujian itu satu 'jentikan' sayang daripada ALLAH.

Isnin, 13 Mei 2013

Positif Hati.



"Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya, 
Seynumlah dari hati, 
Duniamu berseri" 

Senyumlah dari hati, duniamu berseri...subhanallah hebatnya kuasa hati! .tapi hati amatlah sukar untuk dididik. Ia bersifat -tidak kekal-berbolak balik-. 
Hati inilah tempat nilaian ALLAH. Hati yang bersih mudah mendapat petunjuk dari ALLAH manakala hati yang kotor, jauh dari ALLAH. Andailah hati tu dapat dilihat, pasti hari2 kita bersihkan, jaga elok2 kerana ALLAH nak nilai hati kita. Macam tu juga untuk exam, pasti kita buat yang terbaik untuk dapat markah yang cemerlang dari penilai. Bezanya dengan hati, ia sesuatu yang batin dan kertas exam ni satu yang zahir. Sudah pastinya kita utamakan yang zahir sekarang ini. Namun, hakikatnya menjaga yang batin itu lebih utama, perlu diutamakan.

"Pepatah Inggeris  mengatakan, “Heart is King” (hati adalah raja). Kerana hati inilah yang menentukan segala perbuatan kita. Bila hati seseorang itu “berlabuh” kepada Allah, dia akan selalu beribadah, berzikir dan berdoa. Dia tidak pernah melupakanNya, nescaya dia menjadi hati yang lembut, baik dan redha"

Ada ketikanya, kita rasa, hati ni dekat dengan kita..boleh bercakap melalui hati. Bilakah saat itu? Saat bersendirian, saat lintasan Rabbani terbit dari hati…lintasan rabbani adalah ilham yang diberi oleh ALLAH untuk buat kebaikan. Hanya hati yang bersih mudah menerima lintasan rabbani ini. Bila lintasan rabbani ini terbit segeralah menyahutnya, jangan biarkan lintasan syaitan memotongnya.

Ada ketikanya, kita rasa hati ni jauh..terasa berat melakukan ibadah, selalu bersangka buruk, cepat marah.. Waktu ini lintasan syaitan berjaya menghalang lintasan rabbani…Lintasan syaitan adalah segala detik yang diilhamkan oleh syaitan untuk melakukan kejahatan. Hati yang kotor mudah menerima lintasan ini dan menyebabkan hati kian menjauh.
Cepatlah2 dapatkan hati tu balik..jangan biarkan ia kian menjauh.

Salah satu cara, mengembalikan hati yang jauh, adalah dengan menangis. Bukan menangis kerana dunia, tapi menangis kerana ALLAH menyesali dosa2 yang lalu, menginsafi segala kemaksiatan..
"Sesungguhnya, air mata itu menghidupkan hati yang mati umpama air yang menyirami bumi.Menangislah kerana Allah, kerana itu adalah sunnah Rasulullah SAW. Jika tidak, menangislah... kerana kita tidak mampu lagi menangis!"

Sujud merendah diri kepada ALLAH. Membaca kalamNya untuk memujuk hati..beri kekuatan kepada hati untuk teguh dengan iman. Lembutkan lidah untuk menyebut namanya…
ALLAH hadirkan ujian untuk kita dekat dengannya. ALLAH ingatkan kita yang kian lupa padanya dengan ujian. Waktu ditimpa ujian itulah kita banyak menangis, banyak menyebut nama ALLAH..begitulah cara ALLAH mendidik kita. Diampunkan segala dosa melalui ujian2 yang diberikan. 
Teringat pesan seorang ustaz. “kita mengeluh, kenapalah aku sentiasa diuji…cuba tukar keluhan itu dengan berkata “kenapalah ALLAH sentiasa mengampun dosa2ku? ..Allahurobbi, pasti terasa kasih sayang ALLAH, insyaALLAH kita akan tenang dan redha menerima ujian dariNya”

Air limau yang dititiskan pada jari yang tidak luka. Tak terasa pedihnya. Tapi jari yang luka akan pedih bila dititiskan air limau. Ibarat kan air limau adalah ujian dan jari adalah hati. Hati yang bersih, dekat dengan ALLAH menerima segala ujian dengan hati yang tenang. Sentiasa bersangka baik dengan setiap ketentuannya. Kerana ALLAH tidak menzalimi hamba2Nya. ALLAH tidak ingin melihat hamba2Nya menjadi penghuni neraka. Namun, manusia itu sendirilah yang memandu arah tujuan hidupnya…hati itu adalah amanah, ayuh sama2 mujahadah untuk menjaganya.
" Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqmalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang" (Al-Hujurat : 12) 
Jauhi sangkaan buruk, kerana ianya elemen negatif yang boleh merosakkan hati. Bahkan bersangka buruk dalam keadaan orang lain tidak tahu adalah berdosa!. Positif dan bersangka baiklah..insyaALLAH dengan sangkaan baik dapat menenangkan hati kita.
Contohnya… Kita menunggu sahabat yang telah berjanji untuk berjumpa begitu lama. Waktu ini bersangka baiklah dengan memujuk diri, mungkin dia ada hal penting perlu selesaikan. Berlapang dadalah. Elakkan dari bersangka buruk, dengan berkata "sengaja nak menyusahkan aku dan sebagainya."

Atau

Sudah lama tidak mendengar khabar dari sahabat lama sejak berpisah. Jangan mudah bermain sangkaan yang bukan2. Sebaliknya doakan lah dirinya. Jadikanlah doa sebagai penyambung dua hati yang berjauhan. Jangan timbulkan rasa negatif seperti "dia dah lupakan aku". Mungkin dia sibuk dengan kehidupannya sekarang. Apa salahnya kita yang menghulurkan salam bertanya khabar.. sekurang2nya hati kita juga yang tenang.

Atau

“Kenapa perjalanannya lama sangat? Ada kemalangan kah?” ..berhati2, sangkaan boleh dimakbulkan. Berdoalah keselamatannya dan positifkan diri.

Atau

“Masamnya muka dia, tak senyum langsung, mesti sombong orangnya”. Delete sangkaan itu, dengan kita yang memulakan dengan menegurnya. Jika dia balas dengan baik, hati kita akan rasa bahagia. Jika sebaliknya, berilah senyuman untuk dia..Cepat2 istighfar…


Atau



"Kenapalah nasibku begini, orang lain semuanya dah bekerja". Saya faham situasi ini..namun sama2 kita didik diri bersangka baik dengan takdir ALLAH..mungkin keadaan kita sekarang belum sesuai untuk bekerja. ALLAH nak beri kita ruang untuk bersama keluarga, berbakti kepada ibu bapa. =) Pasti ada hikmah yang baik disebaliknya..teruskan berusaha dan bersabar. 



Delete, keluhan. Bersangka baiklah.





Boleh jadi sangkaan baik kita itu dimakbulkan ALLAH, dan boleh jadi sangkaan buruk kita juga dimakbulkan. Berhati-hati dalam bermain sangkaan. Doakan kebaikan untuk sesiapa sahaja. Semoga ALLAH kurniakan hidayah diri kita dan dirinya.
Didiklah hati untuk sentiasa positif. Paling kurang positif lah dengan memberi senyuman. ^_^


Akhiri bacaan ini dengan ucapan ALHAMDULILLAH..syukur ya ALLAH atas segala nikmatMu.

Selasa, 7 Mei 2013

Bukan ini kali, insyaALLAH lain kali...

“Wahai tuanku, Aku tidak tahan lagi… Mengapa biarkan aku sendiri begini. Kecantikan, keharuman yang kau nantikan makin menghilang, yang tinggal hanya kelopak layu, warna yang sudah pudar..Maafkan aku.. Takdir ALLAH mengatasinya segala-galanya. Aku tidak dapat menunggumu.. Aku tahu pasti kau kecewa melihat keadaanku ini, namun tak mengapa..'adik beradikku' yang lain akan menyusul..bersabarlah..”

“Wahai rakyat Malaysia. Aku sudah tidak tahan. Mengapa terus membiarkan Malaysia ini begini.. Keadilan, keharmonian, pemerintahan Islam yang dinantikan tidak tiba kali ni. Peluang membuat pilihan di sia-siakan,  akibatnya kezaliman, kemaksiatan tetap kembali berleluasa.  Oh..aku tidak ingin ia berterusan, aku kecewa. Namun aku pasti ada hikmahnya di sebalik ketentuan Ilahi ini. PRU 14 akan tiba nanti..bukalah mata hatimu!
('Keluhan rasa' Si Rosku dan Malaysiaku)

Indah khabar yang dinanti,tapi sebaliknya berlaku. Namun bersyukur dengan ketentuan ALLAH itu adalah lebih baik.

Bunga ros yang dinantikan kecantikannya sudah layu saat saya sampai di rumah Gua Musang. Mungkin  tempoh mekarnya dah tamat. Lama betul saya meninggalkannya kerana balik ke Kemubu. Memang berat hati untuk tinggalkan. Kalau boleh ingin bawa bersama balik ke kampung, nak tengok detik2 kelahirannya..kerana terlalu istimewa, bunga pertama. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Jadi terpaksalah meninggalkan dia sendiri.. diletak di satu sudut dalam rumah yang selalunya air hujan akan menitik juga, dan cahaya matahari pun ada masuk. Saya tinggalkan dia di situ. Kebimbangan dan ketakutan saya waktu tu mengatasi segala-galanya. Takut batangnya patah ditiup angin kuat, takut bunganya akan dipetik orang. Jadi saya ambil langkah kurang bijak, meletakkan pasunya di dalam rumah. Dengan harapan air hujan dan cahaya matahari masih ada mencukupi keperluannya.

Impian yang dinantikan oleh semua penyokong Pakatan rakyat, sedikit musnah pada pilihan raya kali yang lepas. Ia menjadi sejarah buat saya, kerana inilah kali pertama mengundi. Harapan untuk melihat keadilan, keharmonian dan tertegaknya Islam sedikit retak. Melihat kebangkitan anak muda, semangat mereka, membunga harapan kita untuk melihat Malaysia berubah. Impian untuk mentadbir Malaysia tidak kesampaian. Kuasa ALLAH mengatasi segala-galanya. Jauh disudut hati, terbit rasa kekurangan sesuatu. Tiada erti kemenangan tanpa rasa syukur, tiada erti kekalahan tanpa muhasabah.

Kata-kata ini menjadi medan muhasabah (Kata-kata Seorang Murabbi)
Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi Pilihanraya kepada seorang Murabbi.


Dengan tenang beliau menjawab, "itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan yang betul". 

Islam  tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil.

Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin.

Islam tak akan menang jika jentera tidak menghidupkan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Islam.

Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa.

Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita.
Jika Salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.
Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?
Perjuangan ini masih panjang.
Begitulah lumrahnya. Saya kaitkan dengan hal ini dengan kisah bunga ros tadi. Saya meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat ros yang cantik, sehingga saya terlupa keperluan asasnya tidak benar2 mencukupi. Perhatian, air dan cahaya matahari. Saya merasakan cukup, tapi hakikatnya tidak cukup buatnya.
Semangat sahaja tidak mencukupi. Kita perlukan kekuatan lain iaitu kekuatan rohani yang utuh. Itulah sumber asas dalam meraih kemenangan. Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh boleh menawan Konstantinopel? Lihat tenteranya, bukan sahaja hebat berperang malah tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Kebergantungan mereka kepada ALLAH lebih kuat berbanding pergantungan mereka kepada senjata ditangan mereka.

Kebimbangan saya akan patahnya dahan bunga ros, hilangnya bunga ros saya analogikan kepada keyakinan dan kebergantungan kita kepada ALLAH dalam sesuatu perkara. Takut kepada makhluk mengatasinya segala-galanya. Tawakkal kepada ALLAH setelah berusaha itu adalah lebih baik. Kadang2 kita pujuk diri dengan kata2 ini, namun ada ketikanya juga kita lupa..Astaghfirullah..
"Panjangkan tali pergantungan kepada ALLAH..pasti bahagia dan tenang sentiasa. Pergantungan kepada manusia? Setelah tawakkal kepada ALLAH mengatasi segalanya" 
Pengalaman pada hari mengundi, saya bersama dan kakak berkumpul bersama penyokong2 parti berdekatan dengan tempat pengiraan undi. Ramai menanti dengan tidak sabar. Satu persatu medapat berita kekalahan, bagi kawasan2 dun.. ALLAH..ada harapan lagikah?

“Jangan risau terlebih gak, daripada duk sajo tu, zikir etek ‘bley2’ ”
“Yolo jugok…”
Bibir mereka yang berada di situ mula bergerak tanpa suara..mata berkaca2. ALLAH..Engkaulah sebaik2 penolong kami.. Alhamdulillah kampung kami menang. Sayangnya tempat lain dalam Dun kebanyakannya kalah.
“Saat kebergantungan kepada ALLAH itu makin kuat, pertolongannya makin dekat”
Para pejuang Islam langsung tidak mengapi-apikan kekalahan. Kata2 mereka dapat memujuk para pendokong agar terus bersemangat. 


Redha dengan ketentuan ALLAH. Saya, adik-beradik dan sepupu tidak ketinggalan membuat analisis keputusan  bersama… ^_^

“Kena bayar jugalah PTPTN ni, saja tunggu PR mene, xpayah bayar”
“Habislah hargo barang naik, ada anak dua orang sikit lagi, belanjo koho naik. Susu setin RM80 doh, tu pun kadang2 xapa dua minggu”
“AES lagi..mujur klate xdok”
“KL ada..huhu”
“Baru jah nak beli keto…mahal lagilah gamoknya, minyak pun mahal.”
“Bakpo eh..kito kalah…? Sbb calon ko?”                        
“Emm..mace2, sek dio main tipu. Kes bangla, blackout, hilang peti undi.. dalam klate ni, hulu klate kebanyakan boleh ko dio..sebabnya orang kampung ni tak tahu ko maklumat , duk tengok TV, baca surat koba..internet xdok. Org olo duit amek, pahtu pakoh hoktu.”
“Xpolah kita kalah kat dunia, kat akhirat..insyaALLAH kat akhirat mene. Dunia ni tempat nupe jah”
“Ada hikmahlah tu..kita xtau, x sapa maso lagi..susoh dulu, insyaALLAH nanti boleh mene, kita tunggu 5 tahun lagi”
“emm..lamonyo la 5 tahun”
“Moga panje umo Tok Guru kito”

….diam….

Bunga ros bukan satu ni je, selagi pokoknya masih hidup, selagi asasnya cukup ia akan berbunga lagi.
Perjuangan ini tidak berhenti di sini, selagi ada pejuangnya, selagi hayat masih ada…perjuangan akan tetap diteruskan.
Piihan raya 13 dah berlalu, kita ubah pada pilihan raya 14 pula..insyaALLAH.

Bunga bukan sekuntum..=)

Rabu, 1 Mei 2013

Ini Kalilah!

Kak : Cik gapo dio ini kalilah tu?
Saya : Emm..mace gini. "kali nilah" kita ubah . Time pilihanraya ni lah nk ubah pentadbiran negara, pilih hok lebih baik.
Kak : Owh.ingat ko bahasa arab gapo..
Saya : (^.^)..

Menunggu hari... insyaALLAH. Ini kalilah! ...menunggu satu khabar gembira  dari PRU 13
ALLAH tahu apa yang terbaik.

Memilih pemimpin.



Awal pagi tadi terbaca status di FB yang dikongsi oleh seorang sahabat.. Tazkirah buat diri di pagi hari..sungguh bermanfaat..jadi saya berbesar hati untuk berkongsi dengan kalian..
***

Pernah seketika dahulu,
saya telah diajar perihal talak,
dan saya pernah bertanya pada ustaz saya,
akan kenapa hanya lelaki boleh menjatuhkan talak.

"Sebab, lelaki lebih terkawal emosinya. Dia lebih banyak menggunakan akal untuk membuat keputusan, dan bukannya hati. Jadi, insyaAllah, dia takkan melulu jatuhkan talak tanpa pertimbangan yang wajar."

"Tapi tapi tapi, perlu faham. Sebab itu, perlunya kamu ni semua ni cari Muslimin yang hebat agamanya. Sebab Muslimin yang hebat agama, insyaAllah sabar dia jauh lebih tinggi daripada Gunung Everest!" ustaz ujar sambil menatap wajah-wajah kawan-kawan sekelasku yang Muslimah.

"Lelaki Muslimin yang hebat agama, insyaAllah boleh bimbing wanita tak kiralah solehah atau kurang solehah. Sebab dia penyabar. Tetapi lelaki yang tak hebat agama, jika diberi yang solehah sekalipun, belum tentu dia mampu bersabar. Risiko untuk dijatuhkan talak amatlah tinggi."

"Apatah lagi jika Allah benarkan Muslimah jatuhkan talak, boleh jadi ustaz sendiri dah bercerai lima puluh kali gamaknya. Sebab Muslimah lebih banyak membuat keputusan dengan hati. Bila marah, insyaAllah akan sentiasa nak putuskan hubungan, baik persahabatan mahupun perkahwinan."

***

Perkara ini teramatlah benar, insyaAllah,
dan ianya bukanlah sesuatu yang hanya boleh diaplikasikan kepada perkahwinan,
sebaliknya dalam kehidupan berorganisasi sekalipun.

Dalam memilih pemimpin,
digalakkan memilih lelaki yang berkaliber,
dan jauh lebih digalakkan untuk memilih lelaki yang bertakwa.

Anda akan dapati,
dia akan mampu bertenang,
dan sentiasa berfikiran positif,
biarpun dunia pada tika itu sedang gelap dan mundur.

Keyakinannya padaNya,
bakal menyuluh jalan buat anda-anda kepadaNya,
dalam tika kegelapan sedang menyelubung.

Dan anda akan dapati,
biarpun badai yang melanda amatlah besar kiranya,
dia tetap akan tersenyum,
mengharunginya tanpa gentar,
dengan luka-luka yang merah.

Tetapi,
dia tetap menuju ke arah anda,
dan mengasihi anda dengan sepenuh hati.

Inilah,
pemimpin yang anda perlu cari.

Baik buat perkahwinan,
mahupun organisasi.

Pemimpin yang berwibawa,
eh eh.

***

Sejak ustaz saya berkata sebegitu,
yakni bahwa lelaki itu sabarnya jauh lebih tinggi,
dan atas sebab itu dikurniakan talak kepadanya,

saya merasakan diri saya perlu belajar untuk bersabar,
kerna jika kelak saya menjatuhkan talak,
hanya satu jawapan untuk diri saya,

saya belum cukup sabar lagi.

Kerna saya percaya,
zaujah saya semestinya mencintai saya fillah,
dan cara beliau meluahkan barangkali berbeza.

But well,
men kan from Adam a.s.,
and women from Hawa,
*flips beard*

***

Nota tambahan.

Saya pernah terdengar,
perbualan sekumpulan orang,
di mana terdapat seorang lelaki,
satu pasangan suami isteri,
dan seorang isteri yang suaminya tiada bersama.

Si lelaki telah bertanya pada si suami,
apakah ciri-ciri wanita idamannya.

Dan si suami menjawab,
segala apa yang terdapat pada isterinya,
sambil tersenyum.

Si lelaki pun beralih kepada si isteri,
dan bertanya padanya pula,
apakah ciri-ciri lelaki idamannya.

Dan si isteri pun tersipu-sipu,
sebelum menjawab dengan penuh bersemangat,
"Saya nak suami yang hensem, yang tough, yang kaya-raya."

Sebelum itu, saya baru sahaja mendapat tahu bahwa,
si suami itu tiadalah berada orangnya.

Hati saya terasa seperti dihiris beribu kali,
pabila memikirkan apakah perasaan si suami pada tika itu,
insyaAllah terasa dirinya bukanlah idaman isterinya sendiri.

Ah, pilu.

Kemudian,
si lelaki beralih kepada si isteri yang lagi satu,
dan bertanya soalan yang sama.

Dan dia telah menjawab,
segala apa yang ada pada suaminya.

Allahu Rabbi,
saya tersenyum lebar pada tika itu,
kerna akak itu bertudung,
maka saya sangat gembira,
pabila memikirkan isteri yang muslimah,
insyaAllah akan sentiasa menyintai suaminya.

Tapi si lelaki belum berpuas hati,
maka dia pun bertanya lagi,
dan mengatakan takpe, suami takkan tahu punya.

Setelah disakat,
dan dipujuk-pujuk,
akhirnya si isteri itu berkata,
saya teringin nak ada suami macam Brad Pitt.

Alahai.

Konklusinya?

Anda lebih arif menilai, insyaAllah.

***

Kepada ikhwah sekalian,
silalah belajar untuk bersabar,
kerna dengan sabar,
anda akan menjadi pemimpin yang hebat insyaAllah.

Dan anda jua perlu belajar,
untuk menggunakan hati dalam perkara-perkara,
yang melibatkan perasaan,
barulah zaujah dan anak-anak buat syarikat sayang!

Kepada akhawat sekalian,
anda jua perlu belajar untuk bersabar,
kerna dengan sabar,
anda mampu membahagiakan zauj anda insyaAllah.

Dan anda jua perlu belajar,
untuk memilih zauj yang faham agamanya,
faham dan tahu itu berbeza,
dan tidak semua ustaz yang mengetahui itu memahami.

Kerna pabila dia faham,
yakinlah, anda insyaAllah akan sangat bahagia.

Sekian,
moga Allah redha.

***

PRU dah hampir,
sudahkah anda memilih pemimpin yang berwibawa?
Yang sabarnya jauh lebih tinggi daripada Everest?
Yang membuat keputusan dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah?
Yang akalnya geliga?

Kerna,
pemimpin yang sebegitu,
insyaAllah tidak akan menggadaikan nyawa dan harta anda,
melainkan pada jalanNya insyaAllah.

Dan dia tidak akan 'menjatuhkan talak' pada anda,
dan mengkhianati mahupun menipu anda.

Ini kalilah!

***
Dikongsi daripada karya :
afiqsazlan.
0652.
30042013

Selamat Hari Pekerja.



Hari ni cuti umum 1 Mei 2013, Hari Pekerja. Mungkin satu hari yang bersejarah kerana pertama kalinya merasai cuti umum sebagai pekerja. Alhamdulillah,kerja biasa tapi rasanya luar biasa. Bila kita belajar sesuatu yang baru dengan ada satu keinginan, kita akan merasa puas seronok apabila dapat mempelajarinya. 
Bekerja kerana apa? 
Bekerja kerana siapa?
Mungkin pada dasarnya, bekerja sebab nak kan gaji..ya, memang tak dapat lari daripada hakikat ni.
Harus diingat kerja juga perlukan ilmu.
Ilmu mengurus masa.
Ilmu beramanah
Ilmu berkomunikasi
Ilmu mengawal emosi.

Dengan ilmu2 ini, barulah gaji yang kita peroleh, kita merasa cukup dengannya walaupun sedikit. Sedikit dimata manusia lain, tapi cukup bagi kita.
Cukup bagaimana yang saya maksudkan..
Cukup untuk disimpan, dibelanja dan diberikan kepada orang lain.
Sekadar perkongsian.
3 bulan merasai hasil titik peluh sendiri (emm..boleh dikatakan berpeluh jugalah..kadang2..), saya dapat belajar menguruskan wang sedikit demi sedikit. Waktu di kampus walaupun berkhidmat sebagai Bendahari persatuan, lain modenya. Menguruskan wang orang lain..amanah lebih2 lagilah kena berjaga. Agak berbeza dengan mengurus wang sendiri.

Sudut pandang saya.
Sangat penting kita punyai matlamat dalam sesuatu perkara. Contohnya saya belajar sekarang ni, nanti nak kerja apa? Set kan matlamat agar kita jelas hala tujunya. Sekalipun matlamat tak dapat dicapai, kita merasa sendiri kepayahan melalui jalan menuju matlamat, kita tidak akan kecewa, bahkan berasa syukur kerana kita belajar sesuatu dan waktu tu kita ingat, adanya ALLAH yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita. Sentiasa positif menerima sesuatu takdir. =) 

Dalam konteks menguruskan wang.. setkan matlamat untuk apa duit gaji ni? 
Contoh, matlamatnya nak simpan untuk sambung belajar dan beli kereta. Tulis dalam buku catatan atau diari.
Simpan dulu baru guna
Tulis berapa banyak nak simpan bulan ni. 
Kemudian baru tolak untuk perbelanjaan. Perbelanjaan ni bahagikan pula dengan keperluan segera dan tak segera.
Berapa nak beri kepada ibu bapa, untuk belanja makan, top-up, sedekah, belanja keluarga, bil, sewa dan sebagainya.
Jimat dalam berjimat. 
Bukan kedekut ya. Ramai yang salah faham, orang yang berjimat dikatakan kedekut. Baiklah, kita kedekut ada tempatnya. Kedekut pada sesuatu yang tidak perlu. 
Setkan target pada awal bulan, bulan ni nak capai target berapa simpanan yang sepatutnya ada. Mungkin matlamat kita nak simpan RM300, tapi terkurang kerana ada keperluan mendesak tiba2. 
Kemudian akhir bulan, tengok balik capai target x. Kalau capai komen sikit kat target kita tu.."Alhamdulillah, bulan depan nak capai jumlah simpanan RM1000"
Jika tak capai target pun komen juga "Alhamdulillah, usaha lagi ni"
Kuasa merekod ni sangat hebat sebenarnya. Di situ kita belajar disiplinkan diri.Rekod saja tak rujuk tak jadi juga, kena rekod dan rujuk =) 
Patutlah zaman sekolah dulu, pengawas kena ad buku catatan. tapi sayangnya tak manfaatkan pun masa tu..
Eh, ini sudut pandang saya sahaja. Mungkin ada cara menguruskan wang yang lebih baik. Amat dialu-alukan berkongsi =)



Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya. Saya suka dengan tagline ni.
Berilah dengan apa yang kita ada. 
Minta kepada ALLAH, kemudian beri kepada manusia.
Apa yang kita beri, kita akan dapat balik.
Apabila kita memberi, insyaALLAH, ALLAH akan cukupkan keperluan kita..
Ada harta beri, harta. Ada ilmu beri ilmu. Ada makanan, beri makanan.
Tiada apa2....berilah walau sekadar sekuntum senyuman. Itu sudah cukup membahagiakan.
Dulu hanya tahu teori, jarang2 praktik. Cubalah praktik. kita akan merasai sendiri impaknya (^.^)

"Jangan kita perlekehkan kuasa sedekah, hanya ALLAH yang tahu membalas setiap sedekah yang diberi dengan penuh keikhlasan"



Kembali kepada soal bekerja..
Bekerjalah dengan penuh amanah (peringatan untuk diri sendiri juga). Amanah dengan harta dan masa. Kita dibayar gaji berdasarkan tempoh masa kerja kita. Ingat soal keberkatan. Bagaimana pengurusan harta dan masa kita. Contohnya, harta pejabat adakah kita guna untuk kegunaan peribadi. Guna telefon pejabat bukan untuk  urusan kerja, guna air di pejabat dengan membazir, guna kertas pejabat untuk kegunaan peribadi. Mungkin kelakuan ini ramai yang sedar dia melakukannya. Tapi sangat sedikit yang sedar bahawa dia sedang mencuri masa! contohnya, masuk punch card pukul 8, tapi bersembang2, bergosip sebelum mulakan kerja. Sedang bekerja main games, melayari internet (tanpa dapat izin dari majikan). Waktu rehat, hanya peruntukkan untuk makan sahaja, tidak solat. Sambil makan bercakap2 tentang perkara yang tidak perlu.
Perkara yang kita lakukan tanpa sedar inilah yang menghakis keberkatan. Paling takut, jika ia menjadi sumber yang haram kerana kita "mencuri' dalam bekerja. Na'udzubillah..
Ramai yang sensitif bercakap soal halal haram yang jelas dilakukan oleh orang lain, tapi sangat sedikit orang yang   sensitif akan perbuatannya sendiri.
Bak kata pepatah "kuman seberang nampak, gajah di depan mata tidak nampak"
Semoga kita sentiasa dapat mengingatkan diri...
Sumber rezeki kita ini, kita beri keluarga kita makan. Menjadi darah daging. Tergamakkah kita memberi mereka makan dengan sumber yang haram?
Jika ada anak2 yang nakal, susah nak belajar....semak kembali sumber yang kita beri mereka makan. 
InsyaALLAH berubahlah sebelum terlambat. ALLAH itu Maha Pengampun.

Bekerjalah dengan 3 prinsip ini :
  • UBUDIAH : sebagai ibadah
  • MAS'ULIAH : dengan bertanggungjawab. Bertanggungjawab dengan setiap apa yang kita lakukan.
  • ITQAN : Buat sebaik mungkin


Menulis, membaca sambil muhasabah..
Semoga ALLAH merahmati kita semua. SELAMAT HARI PEKERJA.. (^.^)

Hari cuti bekerja adalah hari bekerja di rumah..=)