Hari ni cuti umum 1 Mei 2013, Hari Pekerja. Mungkin satu hari yang bersejarah kerana pertama kalinya merasai cuti umum sebagai pekerja. Alhamdulillah,kerja biasa tapi rasanya luar biasa. Bila kita belajar sesuatu yang baru dengan ada satu keinginan, kita akan merasa puas seronok apabila dapat mempelajarinya.
Bekerja kerana apa?
Bekerja kerana siapa?
Mungkin pada dasarnya, bekerja sebab nak kan gaji..ya, memang tak dapat lari daripada hakikat ni.
Harus diingat kerja juga perlukan ilmu.
Ilmu mengurus masa.
Ilmu beramanah
Ilmu berkomunikasi
Ilmu mengawal emosi.
Dengan ilmu2 ini, barulah gaji yang kita peroleh, kita merasa cukup dengannya walaupun sedikit. Sedikit dimata manusia lain, tapi cukup bagi kita.
Cukup bagaimana yang saya maksudkan..
Cukup untuk disimpan, dibelanja dan diberikan kepada orang lain.
Sekadar perkongsian.
3 bulan merasai hasil titik peluh sendiri (emm..boleh dikatakan berpeluh jugalah..kadang2..), saya dapat belajar menguruskan wang sedikit demi sedikit. Waktu di kampus walaupun berkhidmat sebagai Bendahari persatuan, lain modenya. Menguruskan wang orang lain..amanah lebih2 lagilah kena berjaga. Agak berbeza dengan mengurus wang sendiri.
Sudut pandang saya.
Sangat penting kita punyai matlamat dalam sesuatu perkara. Contohnya saya belajar sekarang ni, nanti nak kerja apa? Set kan matlamat agar kita jelas hala tujunya. Sekalipun matlamat tak dapat dicapai, kita merasa sendiri kepayahan melalui jalan menuju matlamat, kita tidak akan kecewa, bahkan berasa syukur kerana kita belajar sesuatu dan waktu tu kita ingat, adanya ALLAH yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita. Sentiasa positif menerima sesuatu takdir. =)
Dalam konteks menguruskan wang.. setkan matlamat untuk apa duit gaji ni?
Contoh, matlamatnya nak simpan untuk sambung belajar dan beli kereta. Tulis dalam buku catatan atau diari.
Simpan dulu baru guna.
Tulis berapa banyak nak simpan bulan ni.
Kemudian baru tolak untuk perbelanjaan. Perbelanjaan ni bahagikan pula dengan keperluan segera dan tak segera.
Berapa nak beri kepada ibu bapa, untuk belanja makan, top-up, sedekah, belanja keluarga, bil, sewa dan sebagainya.
Jimat dalam berjimat.
Bukan kedekut ya. Ramai yang salah faham, orang yang berjimat dikatakan kedekut. Baiklah, kita kedekut ada tempatnya. Kedekut pada sesuatu yang tidak perlu.
Setkan target pada awal bulan, bulan ni nak capai target berapa simpanan yang sepatutnya ada. Mungkin matlamat kita nak simpan RM300, tapi terkurang kerana ada keperluan mendesak tiba2.
Kemudian akhir bulan, tengok balik capai target x. Kalau capai komen sikit kat target kita tu.."Alhamdulillah, bulan depan nak capai jumlah simpanan RM1000"
Jika tak capai target pun komen juga "Alhamdulillah, usaha lagi ni"
Kuasa merekod ni sangat hebat sebenarnya. Di situ kita belajar disiplinkan diri.Rekod saja tak rujuk tak jadi juga, kena rekod dan rujuk =)
Patutlah zaman sekolah dulu, pengawas kena ad buku catatan. tapi sayangnya tak manfaatkan pun masa tu..
Eh, ini sudut pandang saya sahaja. Mungkin ada cara menguruskan wang yang lebih baik. Amat dialu-alukan berkongsi =)
Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya. Saya suka dengan tagline ni.
Berilah dengan apa yang kita ada.
Minta kepada ALLAH, kemudian beri kepada manusia.
Apa yang kita beri, kita akan dapat balik.
Apabila kita memberi, insyaALLAH, ALLAH akan cukupkan keperluan kita..
Ada harta beri, harta. Ada ilmu beri ilmu. Ada makanan, beri makanan.
Tiada apa2....berilah walau sekadar sekuntum senyuman. Itu sudah cukup membahagiakan.
Dulu hanya tahu teori, jarang2 praktik. Cubalah praktik. kita akan merasai sendiri impaknya (^.^)
Kembali kepada soal bekerja..
Bekerjalah dengan penuh amanah (peringatan untuk diri sendiri juga). Amanah dengan harta dan masa. Kita dibayar gaji berdasarkan tempoh masa kerja kita. Ingat soal keberkatan. Bagaimana pengurusan harta dan masa kita. Contohnya, harta pejabat adakah kita guna untuk kegunaan peribadi. Guna telefon pejabat bukan untuk urusan kerja, guna air di pejabat dengan membazir, guna kertas pejabat untuk kegunaan peribadi. Mungkin kelakuan ini ramai yang sedar dia melakukannya. Tapi sangat sedikit yang sedar bahawa dia sedang mencuri masa! contohnya, masuk punch card pukul 8, tapi bersembang2, bergosip sebelum mulakan kerja. Sedang bekerja main games, melayari internet (tanpa dapat izin dari majikan). Waktu rehat, hanya peruntukkan untuk makan sahaja, tidak solat. Sambil makan bercakap2 tentang perkara yang tidak perlu.
Perkara yang kita lakukan tanpa sedar inilah yang menghakis keberkatan. Paling takut, jika ia menjadi sumber yang haram kerana kita "mencuri' dalam bekerja. Na'udzubillah..
Ramai yang sensitif bercakap soal halal haram yang jelas dilakukan oleh orang lain, tapi sangat sedikit orang yang sensitif akan perbuatannya sendiri.
Bak kata pepatah "kuman seberang nampak, gajah di depan mata tidak nampak"
Semoga kita sentiasa dapat mengingatkan diri...
Sumber rezeki kita ini, kita beri keluarga kita makan. Menjadi darah daging. Tergamakkah kita memberi mereka makan dengan sumber yang haram?
Jika ada anak2 yang nakal, susah nak belajar....semak kembali sumber yang kita beri mereka makan.
InsyaALLAH berubahlah sebelum terlambat. ALLAH itu Maha Pengampun.
Bekerjalah dengan 3 prinsip ini :
- UBUDIAH : sebagai ibadah
- MAS'ULIAH : dengan bertanggungjawab. Bertanggungjawab dengan setiap apa yang kita lakukan.
- ITQAN : Buat sebaik mungkin
Menulis, membaca sambil muhasabah..
Semoga ALLAH merahmati kita semua. SELAMAT HARI PEKERJA.. (^.^)
Hari cuti bekerja adalah hari bekerja di rumah..=)
Hari cuti bekerja adalah hari bekerja di rumah..=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan