"Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Seynumlah dari hati,
Duniamu berseri"
Senyumlah dari hati, duniamu berseri...subhanallah hebatnya kuasa hati! .tapi hati amatlah sukar untuk dididik. Ia bersifat -tidak kekal-berbolak balik-.
Hati inilah tempat nilaian ALLAH. Hati yang bersih
mudah mendapat petunjuk dari ALLAH manakala hati yang kotor, jauh dari ALLAH.
Andailah hati tu dapat dilihat, pasti hari2 kita bersihkan, jaga elok2 kerana
ALLAH nak nilai hati kita. Macam tu juga untuk exam, pasti kita buat yang
terbaik untuk dapat markah yang cemerlang dari penilai. Bezanya dengan hati, ia
sesuatu yang batin dan kertas exam ni satu yang zahir. Sudah pastinya kita
utamakan yang zahir sekarang ini. Namun, hakikatnya menjaga yang batin itu
lebih utama, perlu diutamakan.
"Pepatah Inggeris mengatakan, “Heart is King” (hati adalah raja). Kerana hati inilah yang menentukan segala perbuatan kita. Bila hati seseorang itu “berlabuh” kepada Allah, dia akan selalu beribadah, berzikir dan berdoa. Dia tidak pernah melupakanNya, nescaya dia menjadi hati yang lembut, baik dan redha"
Ada
ketikanya, kita rasa, hati ni dekat dengan kita..boleh bercakap melalui hati.
Bilakah saat itu? Saat bersendirian, saat lintasan Rabbani terbit dari hati…lintasan
rabbani adalah ilham yang diberi oleh ALLAH untuk buat kebaikan. Hanya hati
yang bersih mudah menerima lintasan rabbani ini. Bila lintasan rabbani ini
terbit segeralah menyahutnya, jangan biarkan lintasan syaitan memotongnya.
Ada ketikanya,
kita rasa hati ni jauh..terasa berat melakukan ibadah, selalu bersangka buruk,
cepat marah.. Waktu ini lintasan syaitan berjaya menghalang lintasan rabbani…Lintasan
syaitan adalah segala detik yang diilhamkan oleh syaitan untuk melakukan
kejahatan. Hati yang kotor mudah menerima lintasan ini dan menyebabkan hati
kian menjauh.
Cepatlah2
dapatkan hati tu balik..jangan biarkan ia kian menjauh.
Salah satu
cara, mengembalikan hati yang jauh, adalah dengan menangis. Bukan menangis
kerana dunia, tapi menangis kerana ALLAH menyesali dosa2 yang lalu, menginsafi
segala kemaksiatan..
"Sesungguhnya, air mata itu menghidupkan hati yang mati umpama air yang menyirami bumi.Menangislah kerana Allah, kerana itu adalah sunnah Rasulullah SAW. Jika tidak, menangislah... kerana kita tidak mampu lagi menangis!"
Sujud
merendah diri kepada ALLAH. Membaca kalamNya untuk memujuk hati..beri kekuatan kepada
hati untuk teguh dengan iman. Lembutkan lidah untuk menyebut namanya…
ALLAH
hadirkan ujian untuk kita dekat dengannya. ALLAH ingatkan kita yang kian lupa padanya
dengan ujian. Waktu ditimpa ujian itulah kita banyak menangis, banyak menyebut
nama ALLAH..begitulah cara ALLAH mendidik kita. Diampunkan segala dosa melalui ujian2
yang diberikan.
Teringat pesan seorang ustaz. “kita mengeluh, kenapalah aku sentiasa diuji…cuba tukar keluhan itu dengan berkata “kenapalah ALLAH sentiasa mengampun
dosa2ku? ..Allahurobbi, pasti terasa kasih sayang ALLAH, insyaALLAH kita akan tenang dan redha menerima ujian
dariNya”
Air limau
yang dititiskan pada jari yang tidak luka. Tak terasa pedihnya. Tapi jari yang
luka akan pedih bila dititiskan air limau. Ibarat kan air limau adalah ujian
dan jari adalah hati. Hati yang bersih, dekat dengan ALLAH menerima segala
ujian dengan hati yang tenang. Sentiasa bersangka baik dengan setiap
ketentuannya. Kerana ALLAH tidak menzalimi hamba2Nya. ALLAH tidak ingin melihat
hamba2Nya menjadi penghuni neraka. Namun, manusia itu sendirilah yang memandu
arah tujuan hidupnya…hati itu adalah amanah, ayuh sama2 mujahadah untuk
menjaganya.
" Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqmalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang" (Al-Hujurat : 12)
Jauhi
sangkaan buruk, kerana ianya elemen negatif yang boleh merosakkan hati. Bahkan
bersangka buruk dalam keadaan orang lain tidak tahu adalah berdosa!. Positif
dan bersangka baiklah..insyaALLAH dengan sangkaan baik dapat menenangkan hati
kita.
Contohnya…
Kita menunggu sahabat yang telah berjanji untuk berjumpa begitu lama. Waktu ini
bersangka baiklah dengan memujuk diri, mungkin dia ada hal penting perlu
selesaikan. Berlapang dadalah. Elakkan dari bersangka buruk, dengan berkata "sengaja
nak menyusahkan aku dan sebagainya."
Atau
Sudah lama
tidak mendengar khabar dari sahabat lama sejak berpisah. Jangan mudah bermain
sangkaan yang bukan2. Sebaliknya doakan lah dirinya. Jadikanlah doa sebagai
penyambung dua hati yang berjauhan. Jangan timbulkan rasa negatif seperti "dia
dah lupakan aku". Mungkin dia sibuk dengan kehidupannya sekarang. Apa salahnya
kita yang menghulurkan salam bertanya khabar.. sekurang2nya hati kita juga yang
tenang.
Atau
“Kenapa
perjalanannya lama sangat? Ada kemalangan kah?” ..berhati2, sangkaan boleh
dimakbulkan. Berdoalah keselamatannya dan positifkan diri.
Atau
“Masamnya muka
dia, tak senyum langsung, mesti sombong orangnya”. Delete sangkaan itu, dengan
kita yang memulakan dengan menegurnya. Jika dia balas dengan baik, hati kita
akan rasa bahagia. Jika sebaliknya, berilah senyuman untuk dia..Cepat2
istighfar…
Atau
"Kenapalah nasibku begini, orang lain semuanya dah bekerja". Saya faham situasi ini..namun sama2 kita didik diri bersangka baik dengan takdir ALLAH..mungkin keadaan kita sekarang belum sesuai untuk bekerja. ALLAH nak beri kita ruang untuk bersama keluarga, berbakti kepada ibu bapa. =) Pasti ada hikmah yang baik disebaliknya..teruskan berusaha dan bersabar.
Boleh jadi
sangkaan baik kita itu dimakbulkan ALLAH, dan boleh jadi sangkaan buruk kita juga
dimakbulkan. Berhati-hati dalam bermain sangkaan. Doakan kebaikan untuk sesiapa
sahaja. Semoga ALLAH kurniakan hidayah diri kita dan dirinya.
Didiklah hati
untuk sentiasa positif. Paling kurang positif lah dengan memberi senyuman. ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan