“Wahai tuanku,
Aku tidak tahan lagi… Mengapa biarkan aku sendiri begini. Kecantikan, keharuman
yang kau nantikan makin menghilang, yang tinggal hanya kelopak layu, warna yang
sudah pudar..Maafkan aku.. Takdir ALLAH mengatasinya segala-galanya. Aku tidak
dapat menunggumu.. Aku tahu pasti kau kecewa melihat keadaanku ini, namun tak
mengapa..'adik beradikku' yang lain akan menyusul..bersabarlah..”
“Wahai
rakyat Malaysia. Aku sudah tidak tahan. Mengapa terus membiarkan Malaysia ini
begini.. Keadilan, keharmonian, pemerintahan Islam yang dinantikan tidak tiba kali ni. Peluang
membuat pilihan di sia-siakan, akibatnya kezaliman, kemaksiatan tetap kembali berleluasa. Oh..aku tidak ingin ia berterusan, aku kecewa.
Namun aku pasti ada hikmahnya di sebalik ketentuan Ilahi ini. PRU 14 akan tiba
nanti..bukalah mata hatimu!
('Keluhan
rasa' Si Rosku dan Malaysiaku)
Indah khabar
yang dinanti,tapi sebaliknya berlaku. Namun bersyukur dengan ketentuan ALLAH
itu adalah lebih baik.
Bunga ros
yang dinantikan kecantikannya sudah layu saat saya sampai di rumah Gua Musang. Mungkin tempoh mekarnya dah tamat. Lama betul saya meninggalkannya
kerana balik ke Kemubu. Memang berat hati untuk tinggalkan. Kalau boleh ingin
bawa bersama balik ke kampung, nak tengok detik2
kelahirannya..kerana terlalu istimewa, bunga pertama. Tapi keadaan tidak
mengizinkan. Jadi terpaksalah meninggalkan dia sendiri.. diletak di satu sudut
dalam rumah yang selalunya air hujan akan menitik juga, dan cahaya matahari pun
ada masuk. Saya tinggalkan dia di situ. Kebimbangan dan ketakutan saya waktu tu
mengatasi segala-galanya. Takut batangnya patah ditiup angin kuat, takut bunganya
akan dipetik orang. Jadi saya ambil langkah kurang bijak, meletakkan pasunya di
dalam rumah. Dengan harapan air hujan dan cahaya matahari masih ada mencukupi
keperluannya.
Impian yang
dinantikan oleh semua penyokong Pakatan rakyat, sedikit musnah pada pilihan
raya kali yang lepas. Ia menjadi sejarah buat saya, kerana inilah kali pertama
mengundi. Harapan untuk melihat keadilan, keharmonian dan tertegaknya Islam
sedikit retak. Melihat kebangkitan anak muda, semangat mereka, membunga harapan
kita untuk melihat Malaysia berubah. Impian untuk mentadbir Malaysia tidak
kesampaian. Kuasa ALLAH mengatasi segala-galanya. Jauh disudut hati, terbit rasa
kekurangan sesuatu. Tiada erti kemenangan tanpa rasa syukur, tiada erti
kekalahan tanpa muhasabah.
Kata-kata
ini menjadi medan muhasabah (Kata-kata Seorang Murabbi)
Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi Pilihanraya kepada seorang Murabbi.
Dengan tenang beliau menjawab, "itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan yang betul".
Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil.
Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin.
Islam tak akan menang jika jentera tidak menghidupkan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Islam.
Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa.
Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita.Jika Salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?Perjuangan ini masih panjang.
Begitulah
lumrahnya. Saya kaitkan dengan hal ini dengan kisah bunga ros tadi. Saya
meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat ros yang cantik, sehingga saya
terlupa keperluan asasnya tidak benar2 mencukupi. Perhatian, air dan cahaya
matahari. Saya merasakan cukup, tapi hakikatnya tidak cukup buatnya.
Semangat
sahaja tidak mencukupi. Kita perlukan kekuatan lain iaitu kekuatan rohani yang
utuh. Itulah sumber asas dalam meraih kemenangan. Bagaimana Sultan Muhammad
Al-Fateh boleh menawan Konstantinopel? Lihat tenteranya, bukan sahaja hebat
berperang malah tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Kebergantungan mereka
kepada ALLAH lebih kuat berbanding pergantungan mereka kepada senjata ditangan
mereka.
Kebimbangan
saya akan patahnya dahan bunga ros, hilangnya bunga ros saya analogikan
kepada keyakinan dan kebergantungan kita kepada ALLAH dalam sesuatu perkara. Takut
kepada makhluk mengatasinya segala-galanya. Tawakkal kepada ALLAH setelah
berusaha itu adalah lebih baik. Kadang2 kita pujuk diri dengan kata2 ini, namun ada ketikanya juga kita lupa..Astaghfirullah..
"Panjangkan tali pergantungan kepada ALLAH..pasti bahagia dan tenang sentiasa. Pergantungan kepada manusia? Setelah tawakkal kepada ALLAH mengatasi segalanya"
Pengalaman pada
hari mengundi, saya bersama dan kakak berkumpul bersama penyokong2 parti
berdekatan dengan tempat pengiraan undi. Ramai menanti dengan tidak sabar. Satu
persatu medapat berita kekalahan, bagi kawasan2 dun.. ALLAH..ada harapan
lagikah?
“Jangan
risau terlebih gak, daripada duk sajo tu, zikir etek ‘bley2’ ”
“Yolo jugok…”
Bibir mereka
yang berada di situ mula bergerak tanpa suara..mata berkaca2. ALLAH..Engkaulah
sebaik2 penolong kami.. Alhamdulillah kampung kami menang. Sayangnya tempat
lain dalam Dun kebanyakannya kalah.
“Saat kebergantungan kepada ALLAH itu makin kuat, pertolongannya makin dekat”
Para pejuang
Islam langsung tidak mengapi-apikan kekalahan. Kata2 mereka dapat memujuk para
pendokong agar terus bersemangat.
Redha dengan ketentuan ALLAH. Saya, adik-beradik dan sepupu tidak
ketinggalan membuat analisis keputusan bersama… ^_^
“Kena bayar jugalah PTPTN ni, saja tunggu PR mene, xpayah
bayar”
“Habislah hargo barang naik, ada anak dua orang sikit lagi, belanjo koho
naik. Susu setin RM80 doh, tu pun kadang2 xapa dua minggu”
“AES lagi..mujur klate xdok”
“KL ada..huhu”
“Baru jah nak beli keto…mahal lagilah gamoknya, minyak pun
mahal.”
“Bakpo eh..kito kalah…? Sbb calon
ko?”
“Emm..mace2, sek dio main tipu. Kes bangla, blackout, hilang
peti undi.. dalam klate ni, hulu klate kebanyakan boleh ko dio..sebabnya orang
kampung ni tak tahu ko maklumat , duk tengok TV, baca surat koba..internet xdok.
Org olo duit amek, pahtu pakoh hoktu.”
“Xpolah kita kalah kat dunia, kat akhirat..insyaALLAH kat
akhirat mene. Dunia ni tempat nupe jah”
“Ada hikmahlah tu..kita xtau, x sapa maso lagi..susoh dulu, insyaALLAH nanti boleh mene, kita tunggu
5 tahun lagi”
“emm..lamonyo la 5 tahun”
“Moga panje umo Tok Guru kito”
….diam….
Bunga ros
bukan satu ni je, selagi pokoknya masih hidup, selagi asasnya cukup ia akan berbunga
lagi.
Perjuangan
ini tidak berhenti di sini, selagi ada pejuangnya, selagi hayat masih ada…perjuangan
akan tetap diteruskan.
Piihan raya
13 dah berlalu, kita ubah pada pilihan raya 14 pula..insyaALLAH.
Allah bagi kalah sbb kita belum bersedia utk menang. Tugasan utk mengisi kemenangan itu lagi payah.
BalasPadamBetul. Bersangka baik dan positif dalam menerima setiap ketentuan ALLAH.
PadamDr Asri penah cakap dalam satu wacana... "PR kena bersedia untuk mengisi kemenangan, kerana cabarannya jauh lebih hebat. Lihat sahaja kepimpinan Dr Morsi, meskipun beliau bawa kepimpinan Islam, ada juga golongan rakyat yang menentang pentadbirannya."