Sekadar berkongsi pengalaman.
Ini kali ketiga saya dilamar bekerja di sini. Kali pertama hanya
mengganti pekerjanya untuk 1 hari. Kali kedua diminta menjadi pekerja tetap.
Tapi saya minta untuk berhenti kerana banyak sebab setelah seminggu bekerja. Tidak sampai seminggu berhenti, diminta untuk bekerja kembali kerana tidak dapat mencari
pengganti.. (tapi kali ini, saya diberi kelonggaran tidak bekerja pada hari
Sabtu). ALLAH dah caturkan rezeki hamba2Nya. Tak mampu saya nak tolak setelah
tauke kedai (juga merupakan kawan abah) minta izin sendiri dari abah untuk saya
bekerja di sini. ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Melindungi. Saya serahkan pada
ALLAH. ALLAH permudahkan saya bekerja sehinggalah ke hari ini dan juga hari2
yang akan datang…(tak tahu lagi kerja sampai bila). Mungkin bila dapat kerja
tetap nanti atau dah ada penggantinya.
Bekerja disini asalnya nampak susah.
Lama kelamaan dah biasa, jadi rasa senang sikit. Adakalanya menguji kesabaran
apabila mesin fotostat rosak. Alhamdulillah sekarang dah pandai sikit2 nak
baikinya bila sangkut. Kalau boleh mahu bagi layanan 1st class
kepada pelanggan. Bila tengah fotostat, kertas sangkut..kena usaha juga sampai
boleh. Tapi kalau tak boleh juga,terpaksa kecewakan pelanggan dan diri sendiri
sebab tak mampu tolong mudahkan usrusan mereka. Kita bukan Tuhan, kita hanya
perantara. Yang memudahkan segala urusan hamba2nya itu, ialah ALLAH.
Alhamdulillah sekarang, mesin dh di
service..
***
“Nk fotostat hok mano?” Tanya
abang.
“Hok ni”.Jawab adik.
“Hok ni”.Jawab adik.
Dah dua hari abang dan adik ni datang
fotostat.. Mungkin rumah mereka jauh, datang dengan motor. Motor pula
berlumpur. Mungkin mereka ni orang susah. Saya respect kat abang ni, bawa
adik dia nak fotostat. Belanja adik beli buku pula tu.
***
"Nak g mano kak?"
"Nak ambik anok, sekoloh tadika cino..jauh,dale sikit skoloh tu".
"Ooo..kakak dia hok darjah satu skoloh cina jugok ko?"
"Ho..anta skoloh cino, nok suruh pandai bahasa inggeris dan matematik"
...membuatkan saya berfikir...
***
Selalunya sambil2 tunggu pelanggan datang, ada dua orang si kecil datang ke kedai ni. Anak jiran kedai sebelah. Aliya (1 tahun) dan Nana(3 tahun). Tengok keletah diorang. Bila masuk kedai ni selalunya datang ambil gula2 balik ke kedai mak ayah diorang. Lepas tu datang balik, bawa duit..pandai betol =) Kalau minta duit awal2 mesti mak ayah mereka tak bagi. Taktik budak2 kecik =) Kadang2 mak ayah diorang datang bayarkan.."marah budok ni kalu mari ambil pulok" (emm....macam mana nak marah budak kecik2 ni..haruskah saya yang lakukan?)
"kak bukok cakelat ni.."
"aik Nana xbukok lagi?"
"Mok xsey bukok, mok wat kijo"
"Bakpo nana xsisir rambut.? sisirla baru comey.."
"Kak ad sisir ko..? Mok wat kijo, nana xpanda sisir"
................................

“Idin nak gula2 ni”. Idin darjah satu.
“Eish mahallah. 20 sen tu. Kita ada
tujuh ringgit. Mana cukup”. Aniq 6 tahun.
“Laa..aniq ni. Cukuplah duit kita
ni.”
“Mana cukup.”
“20 sen tu syiling..nanti kita
bayar kakak tu bagi baki kat kita”
“Baki tu apa?”
Masing2 ambil sorang satu gula2.
Aniq hulurkan kesemua duit RM 7 ringgit kat saya.
“Tak cukuplah kak”
“Xpe, akak nak satu ringgit je
duit aniq. Pastu akak bagi banyak lagi syiling ye”
Barulah dia faham..
“Yea! Idin, tengok ni duit kita
jadi banyak”
Hehe..geli hati tengok gelagat dua beradik ni. Daddy dan mama diorang bukan orang Kelantan..
Hehe..geli hati tengok gelagat dua beradik ni. Daddy dan mama diorang bukan orang Kelantan..
***
“Pekerja baru ko? Sebelum ni
tengok orang lain.”
“Ho pokcik. Kakak tu brenti doh”
“Tunggu result SPM ko?”
“Abes ngaji doh. Tunggu bulih
kijo”
“Ngaji gapo sebelum ni?”
“Biologi..pertanian”
“Xpolah mek..kijolah gapo pun
dulu loni. Tak semestinya hok tu kito ngaji, kok tu jugok bulih kijo. Cari
pengalame banyok dulu, pastu gak buko kedai sendiri ko..lagi senang”
“So lagi, rajin2 baca pasal isu
semasa” Sambung pakcik tu sebelum beredar. =)
Banyak kali juga
diinterview..Kebanyakannya selalu bagi
semangat. Terima kasih pakcik, makcik. (^.^)
***
Duit gaji yang lepas ad lagi. Tapi kena berjimat..caranya:
Bawa air masak dari rumah. Waktu rehat balik makan tengahari di rumah....=)
Jimat belanja. =)
***
Ada hikmahnya bila ALLAH hantar saya di sini...
ALLAH tak pernah aniayai hamba2Nya.
Kadang2 rasa takut bila ad orang kurang siuman masuk kedai. Alhamdulillah, pertolongan ALLAH sentiasa ada. Dia Maha Melindungi. Akan ada customer lain di kedai, lama pula tu dia berurusan sehinggalah orang kurang siuman tu beredar.
Mak kata. Belajar untuk kata Tak Nak
Bila ada salesman datang, jangan mudah lembik (mengiyakan). Pandai berhelah dan kata Tak Nak. Belajar jadi tegas.
Beberapa hari lepas dah terbeli sesuatu, sebab tak pandai kata tak nak...huhu tapi benda tu comel. Takpelah...hangus satu hari je duit gaji...
Mak pesan.
"Duk saja kat kedai tu, baca Al-Quran hilang bosan dapat pahala lagi.
Baca buku..baca semula buku2 kat atas rak dalam bilik tu walaupun dah habis baca."
ALLAH sedang melatih saya....Alhamdulillah.
"..boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu pada itu tidak baik bagimu...ALLAH Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah :216)
***
Maaf...Agak random post kali ni...saja nak berkongsi, hiburkan hati sambil berpesan2 untuk kebaikan bersama...
Siap post ni, tiba2 dapat berita mak kepada seorang kawan meninggal dunia..darah beku dalam jantung..
Al-Fatihah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan