Selasa, 28 Disember 2010
Selamat Kembali Berjuang...
Setelah sekian lama bercuti, kini tiba masanya untuk Mahasiswa USM kembali meneruskan perjuangan. Cuti semester yang menyeronokkan. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama keluarga tercinta. Masa dihabiskan untuk berbakti kepada ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Indahnya untuk dikenang saat itu. Namun begitu, ada juga segelintir Mahasiswa mengambil peluang ini untuk mencari pendapatan tambahan dengan bekerja. Alhamdulillah terisi juga masa cuti mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Setiap kali semester baru tiba, keputusan semester lepas menjadi warna-warni kepada emosi untuk menjejakkan kaki ke semester baru ini. Ada yang mendapat keputusan yang cemerlang dan ada yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang. Apa jua keputusan sekalipun, semuanya sudah berlalu. Usah jadikan apa yang kita peroleh pada hari ini penghalang untuk kita menggapai sinar untuk hari esok. Hadapi lah setiap keadaan dengan bijak. Semuanya sudah tersurat sejak azali jadi teruskan lah perjuangan, usah berhenti di pertengahan jalan.
Kepada Mahasiswa yang menjalani praktikal semester ini, semoga berjaya di alam ‘latihan’ tersebut. Kutiplah sebanyak mungkin pengalaman untuk dijadikan pedoman di alam kerjaya kelak. InsyaALLAH.
Bingkisan buat Mahasiswa USM..semoga bersemangat.
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit,
Melencong Seinci Rugi Seribu Batu..
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.
Tanamkanlah azam baru untuk semester ini. Bangkitlah!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan