Halaman

Jumaat, 17 Disember 2010

Al- Muntalaq



Langkah bermula....

Bingkisan

Buku ini banyak memuatkan nasihat-nasihat tentang fiqh dakwah kepada dai’e untuk beriman, mengkaji diri dan kesungguhannya dalam melakukan kerja-kerja dakwah. Terdapat 16 bab kesemuanya, setiap bab dipenuhi dengan kata2 nasihat, puisi2 indah, dalil2, dan kisah2 para pejuang Islam. Hasil daripada bacaan ini, dapat membangkitkan semangat saya untuk berada bersama-sama dengan orang-orang yang memperjuangkan kebenaran wahyu..

Bismillahirrahmanirrahim.

Bab 1 : Menolak Al- Hawa

Wahyu dan nafsu adalah dua sifat yang berlawanan. Di depan kita hanya ada 2 pilihan iaitu wahyu (syariat Allah) dan nafsu. Tiada yang ketiga. Apabila wahyu mengatakan sesuatu yang hak, lawannya adalah nafsu dan apa jua yang mengikut nafsu adalah bertentangan dengan hak. Perbuatan yang mengikut nafsu di cela oleh Allah.
Sesiapa yang menolak syariat Allah adalah kufur. Namun begitu menurut Imam Hassan Al-Banna sbg dai’e kita tidak boleh dengan semudahnya mengkafirkan seseorang Muslim kecuali jika dia mengaku dengan kalimah kufur, menyangkal dalil yang qat’i dari agama seperti kewajipan solat, pengharaman riba’, tidak perlu berpegang kpd Islam dan Al-Quran, mencaci Allah dan RasulNya, melumurkan Al-Quran dengan kekotoran atau menolak perkara yang terang2 di dlm Al-Quran. Sebaliknya apabila dia melakukan beberapa maksiat sperti minum arak walhal masih mengakui akidah Islam, dia adalah muslim yang derhaka, bukan kafir.

Segala-galanya bermula selepas kewafatan Rasulullah. Pada tahun2 akhir sebelum abad pertama Islam berlalu, penyelewengan mula menyerang umat Islam. Keazaman dalam dakwah kian kendur sedangkan para da’ie sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapuskan taghut. Kehadiran Umar Abdul Aziz membangkitkan semula semangat umat Islam. Namun begitu, beberapa generasi selepas Umar Abdul Aziz, Yahudi meracuni minda umat Islam sehingga kini. Apa yang melanda umat Islam kini adalah kesan daripada perancangan hebat Yahudi laknatullah yang hendak meruntuhkan akidah umat Islam secara halus. Mereka menyerang sisitem pendidikan, media massa untuk meruntuhkan nilai2 Islam. Mereka mengubah anak-anak singa Islam yang berani pada satu ketika dahulu menjadi anak2 kijang yang jinak! Anak2 muda di di didik agar tunduk kepada nafsu , karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Lihat saja, masalah sosial remaja hari ini kian meruncing dan menggusarkan.

Perancangan mereka telah berjaya. Ada sesetengah orang yang ikhlas lebih cenderung untuk beruzlah (mengasingkan diri) daripada bersama berjuang dalam Islam. Ini juga adalah kesan pendidikan Yahudi. Mereka berjaya meyakinkan kebanyakan orang Islam dengan perlunya beruzlah dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang sebarang risiko kepada mereka ( jihad dan amal Islam).

Keadaan ini amat memerlukan pertolongan segera daripada para da’ie. Kerja-kerja dakwah tidak boleh ditinggalkan dan bertangguh. Para da’ie perlu bersabar untuk menarik semula anak-anak kijang yang jinak ini kepada Islam daripada terus hanyut dalam cengkaman jahiliyah. Pelbagai pendekatan perlu di ambil oleh para da’ie utk mencapai ke tahap ini, antaranya ialah mewujudkan gerakan Islam yang konsisten dan memberi teguran kasih sayang kepada mereka. Bentuk2 teguran juga berbeza mengikut keadaan mad’u.
1- Teguran kasih sayang- menyedarkan mereka terhadap perlunya kerja-kerja secara berjemaah Kaedah ini sesuai bagi individu yang telah menyempurnakan perkara2 fardu, beriltizam dengan hukum2 Islam dan menyuruh manusia berbuat baik sesuai dengan inisiatif mereka.

2- Menggunakan intonasi lembut dan penuh kasih sayang disulami gertakan dan kritikan terhadap orang2 yang telah beriltizam dengan Islam tetapi berdiam diri dari menyuruh manusia kepada kebaikan dan tidak melarang kemungkaran.

3- Menggunakan bahasa yang lembut disulami rasa kasih dan simpati terhadap mereka yang terpedaya dengan syahwat, lalai dan karam di dalam maksiat dan kemungkaran.

4- Menggunakan bahasa marah dan peringatan keras terhadap mereka yang membuat dosa besar, zalim dan mabuk dalam kejahatan.

Ingatlah..peringatan Allah dalam surah Al-'Asr.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan orang2 yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan