Isnin, 27 Disember 2010
Sambungan..Bab 2 dan 3
Bab 2 : Hanya Gerhana, Bukan Terbenamnya matahari.
Menyedari umat Islam kian tenat, da’ie mula menyalahkan diri sendiri. Bimbang jika dia belum betul2 menyampaikan dakwahnya. Tetapi, segera dia merasai bahawa dia telah melakukan yang termampu. Dia cuba memujuk dirinya sendiri. Walau sedahsyat mana kerosakan, para da’ie tidak boleh meninggalkan tugasnya untuk menyelamatkan manusia. Golongan da’ie tidak akan pupus di dunia ini. Wujudnya anggota gerakan Islam ini sebahagian daripada sunnatullah untuk menyempurnakan keseimbangan makhlukNya. Tanpa kewujudan sedemikian timbangan akan berat sebelah dan akan menggoncangkan seluruh alam ini.
Dakwah kebenaran ibarat matahari, bulan bintang, air dan udara yang membentuk sebahagian dari hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah. Hanya hati muslim yang bersih dapat memahami dakwah adalah sebahagian daripada sunnatullah. Mereka akan sentiasa berusaha keras untuk mengekalkan sunnatullah ini.
Pengasingan Islam daripada kehidupan hari ini hanyalah umpama gerhana matahari. Orang yang hidup hatinya tidak beranggapan tenggelamnya Islam. Perkara in hanyalah sementara dan suatu hari nanti Islam akan bertapak teguh semula. Wujudnya jemaah walaupun dengan bilangan yang sedikit adalah harapan utk mengembalikan semula Islam.
Bab 3 : Golongan Baik yang dibinasakan.
Firman Allah, (Al-A’raf ayat 165)
“ Tatkala mereka melupakan apa2 yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang2 yang melarang kejahatan dan kami seksa orang-orang yang zalim dengan azab yang keras disebabkan mereka fasiq”
Menurut penerangan Syed Qutb, Allah menyelamatkan orang2 yang menjalankan nahi mugkar dan orang2 yang zalim akan ditimpakan azab. Orang yang menentang kemungkaran dengan hati sahaja tidak diterangkan oleh Allah. Segolongan ulama’ mengatakan orang yang berdiam diri akan dtimpa azab kerana sikap mereka yang membisu. Allahua’lam
Bagi orang yang hatinya sentiasa hidup dengan perjuangan Islam, apa yang tejadi pada hari ini, kekalahan dan kemunduran umat Islam hanyalah mukadimah tentang azab yang akan tiba lebih besar. Umat Islam hari ini hanya Islam pada nama, mereka cintakan dunia, bencikan mati dan menjadikan pemimipan mereka daripada golongan yang menyeleweng dan hanya akan merosakkan mereka.
Tidak ada jalan lain yang dapat menyelamatkan diri daripada qanun azab Allah melainkan dengan satu laluan sahaja iaitu
a) Menyuruh manusia kepada kebaikan
b) Melarang manusia daripada kemungkaran
c) Menentang manusia yang membuat kejahatan dan kerosakan
d) Melalui jalan dakwah dengan menyeru manusia kepada Islam, memanggil mereka untuk segera mendirikan solat, tunduk kepada perintah Allah dan menghukum syariat Allah.
Sudah tiada keraguan di hati, untuk selamat daripada azab Allah tindakan inilah yang mesti diambil oleh umat Islam yang hidup hatinya dan bertindak sebelum mereka (anak2 kijang tadi) berterusan melakukan maksiat yang akan mendatangkan kemurkaan Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan