Halaman

Isnin, 13 Disember 2010

Memperbaharui iman..

Satu analogi..
Sebagai student, barang yang sangat penting kepada anda ialah laptop, handphone dan beberapa bahan teknologi lain. Cuba ambil contoh laptop..ia diibaratkan otak kedua selapas otak semula jadi kurniaan ALLAH. Semua perkara penting disimpan dan segala kemudahan boleh didapati dengan mengunakan laptop. Satu hari, laptop anda rosak! x boleh on..rupa2nya diserang virus...semua kerja tergendala, dan mula hidup jadi haru biru..kerana otak kedua sudah tidak berfungsi..
apakah yang akan anda lakukan??
sudah pastinya laptop itu akan diformat..dirawat, dan diupgrade dengan antivirus dan software yang lebih up to date..barulah laptop itu akan digunakan semula..

emm, begitulah juga hati dan iman kita..apabila kita sedar iman dihati kian berkurang (tanda-tanda lemah iman dlm tulisan sebelum ini), seharusnya kita cepat2 mencari penawarnya..tidak boleh dipandang enteng..dan ini sewajarnya menjadi misi utama kita setiap hari (upgrade IMAN) agar kehidupan yang kita lalui akan menjadi lebih tenang. Jika lame dibiarkan hati akan menjadi keras, sukar untuk membuat amal , sentiasa melakukan maksiat dan payah untuk menerima ilmu yang dipelajari. Na'dzubillah..

Bagaimanna nak perbaharui iman?

10 cara untuk menguatkan iman.

1. Membaca dan mentadabbur makna Al-Quran secara dalam serta berterusan, ia akan melembutkan hati.Ingatkan diri sendiri bahawa ALLAH sedang berbicara dengan kita.

2. Menyedari kebesaran ALLAH. Semua yang ada di bumi ini berada dalam kawalan-Nya.Tiada satu kuasa pun yang dapat mengatasi kekuasaanNya.

3. Berusaha mencari ilmu, khususnya ilmu agama. Bagaimana berwuduk dengan betul, kerana itulah kunci solat yang khusyuk.

4. Masuklah ke dalam majlis ilmu yang mengingatkan kita kepada ALLAH. Majlis sebegini dikelilingi oleh malaikat dan dirahamati.

5. Perbanyakkan amal kebajikan dan berterusan.

6. Ingatlah pada kematian. Mengharapkan husnul khotimah.

7. Ingatlah perjalanan menuju ke akhirat. Renungi ke mana kita selepas mati..alam kubur yang gelap gelita, alam kebangkitan, alam mahsyar, alam hisab dan keputusan ke syurga atau ke neraka. Di sinilah tempat kita yang abadi.

8. Sentiasa berdoa. Sedarlah, dalam kehidupan ini kita memerlukan ALLAH. Dialah satu-satunya tempat kita mengadu dan minta pertolongan.

9. Sentiasa bermuhasabah sebelum tidur..fikirkan amalan yang telah kita laksanakan sepanjang hari.
a
10. Menyedari balsan dosa dan keingkaran. sedarlah bahawa iman bertambah dengan amalan soleh. Iman akan turun dengan amal maksiat. Apabila musibah menimpa, sedarlah bahawa ALLAH menghukum atas dosa lalu dan mahu kita dibersihkan daripada dosa.

Kejayaan menggarap kekuatan iman akan menatijahkan hati yang kental. Orang yang kuat iman akan terzahir dalam tindakannya yang bersifat tekun, sabar dan istiqamah.
Orang yang lemah imannya pula akan terzahir pada sifat malas, cuai dan lesu.

Ayuhh! sama2 kita perbaharui iman...insyaALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan