“Tak”.
“Macam2 ada, seronok kat sana. Dapat naik cable car, dapat
tengok laut dari atas. Naik feri, naik bot. Kat sana banyak tempat menarik. Rugi kalu tak pergi.”
------
“Tak payah pergi sana. Jalan tak elok, jauh, kemudahan semua
tak ada. Ingatkan dapat mandi sungai, tapi hanya dapat tengok sungai je. Tak
rugi kalau tak pergi”
***
***
Inilah dunia. Apabila seseorang mengkhabarkan keistimewaan
sesuatu tempat, kita teruja mendengarnya. Walaupun tidak pergi kita dapat
melihatnya melalui laman web atau gambar2 yang dirakam oleh kawan kita. Bertambah
teruja, sehingga kita cakap “nak pergi lah nanti”. Sebaliknya apabila
dikhabarkan keburukan sesuatu tempat, kita tidak berminat untuk melihatnya dan langsung tidak mahu menjejakkan kaki sana. Kita dapat tahu melalui pegalaman yang diceritakan.
Tapi..
ALLAH menjanjikan sesuatu yang tidak nampak kepada hamba2
Nya yang beriman. Sekalipun tidak nampak keyakinan kepada ALLAH mengukuhkan
kualiti ibadah mereka kepada ALLAH. Bukan ganjaran semata2 tapi redha ALLAH.
Pahala. Dosa.
Syurga. Neraka.
“ Syurga itu adalah nikmat yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia”
Al-Quran memberikan gambaran syurga dan neraka supaya
manusia yang mempunyai pancaindera yang serba sempurna dapat membayangkan
bagaimana nikmatnya di syurga dan bagaimana sengsaranya neraka.
Beberapa Sifat syurga :
-
Di dalamnya ada beberapa sungai daripada air
yang tidak berubah rasa dan baunya
-
Beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah
rasanya
-
Beberapa sungai daripada arak yang lazat bagi
orang yang meminumnya
-
Beberapa sungai daripada madu yang suci bersih
-
Segala jenis buah-buahan ada.
Tersenyum, terbayangkan keindahannya dan kenikmatan saat
meminumnya =)
“ Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang dirahsiakan untuk mereka yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka kerjakan”(As-sajdah : 17)
Dibandingkan dengan azab neraka ahlinya diberi minum
daripada air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur. Ini baru satu azab neraka yang dinyatakan.
Allahurobbi..terasa gerunnya. ='(
Ramai yang terlupa termasuklah pemilik jari yang sedang
menulis ini, lupa pilihan yang kekal abadi.
Syurga atau neraka..?
Sepatutnya sekarang kita sudah ada pilihan dan persiapan menuju setiap pilihan kita. Kehidupan sekaranglah yang menentukan sama ada pilihan kita itu diizinkan ALLAH atau tidak kelak.
“Aku ingin ke syurga”.
Semak kehidupan kita, adakah selayaknya kita menjejakkan
kaki syurga, adakah redha ALLAH? Ingin ke syurga tapi tidak kenal syurga, hidup
tanpa syarat2 yang wajib di patuhi oleh bakal ahli syurga.
“Aku tidak mahu ke neraka”.
Menyatakan tidak mahu ke neraka. Tapi cara hidup jauh
daripada ALLAH, bersahabat dengan syaitan, segala ciri2 ahli neraka, terlekat
pada diri.
Menyatakan cita2 bagi memberi motivasi kepada diri adalah
lebih baik daripada langsung tidak tahu arah tuju. Jerit dalam hati “AKU INGIN ke SYURGA” kuat2. Bagi
hati terjaga, menyedari perjalanan hidup selama ini telah memenuhi syarat2
sebagai bakal ahli syurga atau belum. Menangis dalam hati
“ AKU TIDAK MAHU ke NERAKA”. Bagi hati terjaga juga, sedarkan diri jauhi syaitan, buang segala sifat2 mazmumah yang ada dalam diri. Jeritlah dan menangislah sebelum terlambat, kerana saat seterusnya belum tentu ada untuk kita.
“ AKU TIDAK MAHU ke NERAKA”. Bagi hati terjaga juga, sedarkan diri jauhi syaitan, buang segala sifat2 mazmumah yang ada dalam diri. Jeritlah dan menangislah sebelum terlambat, kerana saat seterusnya belum tentu ada untuk kita.
#Renung setiap wajah2 kesayangan kita..sedekahkan
Al-Fatihah..bisikkan “Aku ingin bersama kalian di Syurga”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan