Halaman

Rabu, 5 Jun 2013

Kereta api oh kereta api.


Syukur Alhamdulillah. Hari ni dah 26 Rejab.tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi untuk menyambut kehadiran bulan yang dirindui, bulan Ramadhan. Semoga kita masih diberi kesempatan untuk berada di dalamnya. Amiin. Jom puasa esok, 27 Rejab.insyaALLAH...
***
Semalam saya berpeluang menaiki kereta api biasa dari Tanah Merah ke Kemubu. Dah lama saya tak menaiki kereta api biasa yang perjalanannya lebih lama daripada kereta api ekspres. Hari sabtu lepas, menaiki kereta api ekspres dari Kemubu ke Tanah Merah hanya sejam setengah dengan keadaan yang begitu selesa, tidak ramai penumpang. Tapi semalam benar-benar menguji. 3 jam berdiri di dalam kereta api dalam keadaan yang teramat sesak, 'air cond' sedikit tidak singgah di badan. Sekali sekala angin dari luar terasa bertiup masuk. Kebanyakan penumpang naik dari tumpat dan destinasi terakhir adalah Gua Musang..sangat jauh. Ingatkan dapatlah bertukar tempat duduk bila mereka turun dari kereta api..em, hampa..
Keretapi KTM yang menjadi pengangkutan utama masyarakat luar bandar. Tak sama dengan kereta api laju  kat  KL tu.

.. tak berlaku kat Malaysia..

Teringat kenangan di tingkatan 1-3, kereta api inilah yang menjadi kenderaan berulang dari Kuala Krai ke Kemubu 2minggu sekali..keadaan sesaknya sama macam semalam. Kalau dapat tempat duduk teramat-amatlah beruntung. Berbeza kereta api dulu dan sekarang, dulu hanya ada kipas dan tingkap yang boleh dibuka dari dalam. Kadang-kadang asap kereta api masuk melalui tingkap, baju sekolah jadi kelabu asap. Kebaikannya, walaupun berhimpit, angin luar tetap masuk. Tidaklah berpanas sangat. Tapi yang terbaru semua koc ber'air-cond’ dan bersih kocnya. Bila keadaan sesak 'air cond' tak terasa dan angin luar hanya masuk melalui pintu. Panas seperti di kukus. Lebih selesa bila koc tidak terlalu sesak. Kalau ditanya kepada pakcik2 yang biasa naik kereta api mereka lebih suka naik kereta api yang dulu, daripada sekarang. Kalau saya, lebih suka yang terbaru, tapi bilangan koc mestilah banyak, supaya tidak sesak. Eh jadi pengkritik pula. Saja berkongsi pengalaman. Mungkin ada yang belum merasa naik kereta api =)

Koc sekarang

Dalam kereta api semalam ada beberapa ‘scene’ yang sempat saya ‘spot’. Takde apa nak buat, nak baca buku tentu dah tak boleh, minum air pun curi2 minum..haa..sesak sungguh. Di stesen Kuala Krai, satu family naik kereta api , adik yang bongsu sangat mengantuk. Adik tu tertidur sambil berdiri dengan dipangku oleh kekuatan tangan ayah. Kaki adik tu dah bengkok dan kepalanya lentok dalam pangkuan ayah. Saya dapat lihat wajah ayah yang bertahan menampung berat anaknya dalam lingkungan umur tujuh tahun. Sikit pun dia tidak bergerak, agar anaknya tak terjaga. Allahurobbi.. Pengorbanan seorang ayah. Kecil tapi sebenarnya cukup besar untuk melindungi dan memberi keselesaan kepada anaknya. Seorang pak cik yang sedang duduk di kerusi menyedari situasi itu, kemudian dia meminta daripada si ayah untuk meriba anaknya. Mulanya ayah agak keberatan kerana bimbang menyusahkan, akhirnya dia akur untuk keselesaan anaknya. Syukur Alhamdulillah…

Seorang pak cik berdiri tidak jauh dari saya, umurnya lebih kurang 60 an. Kerusi di sebelahnya di duduki oleh budak lelaki. Baik hatinya pak cik ni memberi ruang untuk budak lelaki tu duduk. Tiba2 tengah2 kesesakan tu, pak cik seolah-olah hendak tumbang ke belakang, seorang lagi pakcik yang berdiri juga, meminta izin kepada budak lelaki lain yang sedang duduk untuk beri ruang untuk pakcik tadi duduk. “Awe, sikit lagi demo tuo, juga. Sie ko pok cik ni”. Budak lelaki tu pun bangun dan beri pak cik tadi duduk. Dalam kesesakan, kita belajar bersabar dan bertolak ansur, Tengok yang susah kita bantu, yang lemah kita bantu. Bersikap pentingkan diri sendiri hanya akan memakan diri.

Sepanjang perjalanan, semua penumpang diam cuma sekali sekala kedengaran suara kanak2 menangis dan ada yang bergurau sesama mereka.

Lihat satu2 jasad di dalam kereta api ini..semuanya adalah hamba ALLAH. Semuanya ada destinasi mula dan akhir masing2. Sabar menunggu asalkan sampai ke destinasi mereka. Sabar sungguh. Kalau orang yang tidak sabar, lebih rela turun di mana2 stesen asalkan tidak bersesak-sesak. Tapi akhirnya dia yang rugi dan menyusahkan diri.

Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Orang yang tidak sabar menempuh liku kehidupan di dunia, yang tergelincir daripada garisan menuju ALLAH..dia tetap kembali kepada ALLAH, tapi dia kembali dalam keadaan yang sia-sia. Tidak ada jaminan yang dapat menjamin dia mendapat kebahagiaan di akhirat. Na’udzubillah.. semoga ALLAH pelihara kita semua, dikurniakan kesabaran dalam menempuh hari2 dalam dunia ini agar kita tidak menjadi orang yang muflis.

Dabong-sebelah kampung Kemubu
Selamat tiba di Kemubu 6.15petang. Alhamdulillah, dah selesai urusan di UMK. Beginilah keadaannya, ada kereta, boleh 'drive' tapi masih belum diberi kepercayaan penuh oleh abah untuk drive sendiri ke UMK. Pertama kali drive ke UMK Rabu lepas, bertemankan Mak dan Abah. Em, takpe lah perlahan2 belajar bagi yakin, nanti abah bagilah ‘drive’ sendiri. InsyaALLAH, jika diizinkan ALLAH, dapat saya mendaftarkan diri sebagai pelajar pascasiswazah di sana September nanti. Mohon doa daripada kalian. Jika sebaliknya, redha. Apa2 pun tawakkal kepada ALLAH..kerana dia tahu apa yang terbaik buat setiap hamba2Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan