Halaman

Isnin, 24 Jun 2013

Sampaikan kami kepadanya..

Catatan semalam.

Siaran televisyen di TV9 peneman setia di pagi Ahad selepas rancangan Tanyalah Ustaz. NLKO, Nasi Lemak Kopi O. Ada 3 pengacara begitu santai menyampaikan topik perbincangan hari ini. 
"Malam ni nisfu Sya'ban". tiba2 salah seorang pengacara berbicara walaupun itu bukanlah topik utama NLKO hari ni.

Saya sedikit 'tersedar'. Allahurobbi.. Hari ini dah 14 Sya'ban. 
Patutla semalam adik kata "acik bukan 18 hari lagi nak Ramadhan, 17 hari lagi.."
Adik mengingatkan saya. Countdown yang ditulis pada white board diubahnya. 

                                                                   ***
Cepatnya masa berlalu. Kita menghitung hari setiap hari untuk sampai ke hari2 penting dalam hidup kita. Tapi banyak yang kita lupa untuk menghitung hari kematian.
"Untuk apa hitung, kita tak tahu pun bila?" Na'udzubillah.
Hitung hari kematian kita dengan amalan. Kita tidak tahu bila akan tiba..tapi ianya pasti.
Kita sibuk menghitung hari penting dalam hidup, padahal kita belum pasti hidup keesokan harinya. Realiti. 
Kematian yang pasti...cukup2 jarang kita ingat.
Astaghfirullah..

Ramadhan akan tiba beberapa hari saja lagi.. 
Bila diingatkan baru kita teringat. Jadi, jangan pernah sunyi daripada menerima peringatan.

Beberapa perkara seharusnya menerjah dalam kepala bila diingatkan tentang Ramadhan...
"adakah sempat kita berada dalam bulan Ramadhan tahun ini?"
"apa persediaan yang dah dibuat?"
Sedihnya sekarang sudah ramai yang mula membuat tempahan kuih raya, baju raya warna apa, nak raya kat mana. Allahurobbi..raya nanti belum pasti lagi kita hidup atau tidak. Bersungguhlah mengumpul amalan, bukannya keseronokan. 
Banyakkan doa semoga ALLAH sampaikan kita ke bulan Ramadhan dan menemui bulan Ramadhan akan datang.

                                                                            ***

Teruja menyambut kedatangan 15 Sya'ban, ramai keluarga datang ke masjid malam tadi. Membaca Yasin beramai-ramai. Sebelum ni masjid tu sunyi. Beberapa kerat jemaah je yang ada. Alhamdulillah ada yang mengimarahkan masjid malam tadi. Seronok tengok. Paling seronok malam tadi bulan sangat cantik. Waktu memandu kereta ke masjid nampak bulan cantik sangat. Terang benderang. Hasrat hati nak pusing2 bandar di bawah sinaran bulan, alahai lesen tak bawa pula. Dibatalkan saja hasrat tu. Tengok dari masjid ajelah sambil menjamu laksa =)

Malam nisfu Sya'ban, bukan hanya tentang baca Yasin 3 kali berjemaah, makan jamuan, bersilaturrahim, tengok bulan sahaja. Ada sesuatu yang lebih indah. 
Malam ini adalah malam di galakkan untuk umat Islam memperbanyakkan amalan dengan berdoa,  membaca Al-Quran dan qiyamullail.

Jadikan malam nisfu sebagai satu 'reset button' buat kita, untuk mempunyai  azam yang baru. Azam untuk memperoleh hati dan semangat yang baru sebagai persiapan menghadapi bulan yang dirindui, bulan Ramadhan.
Perbanyakkan ibadah, tundukkan nafsu perlahan-lahan agar nafsu tidak terkejut pada saat 1 Ramadhan!
Salah satu cara untuk menudukkan nafsu adalah dengan berpuasa. Jika sebelum ini kita tidak berkesempatan atau terlupa untuk puasa sunat, ambil peluang yang masih ada untuk puasa sunat. Sebagai latihan. Bangun bersahur dan ambillah sedikit kesempatan untuk berqiyamullail walaupun hanya sekadar dua rakaat.

Waktu yang ada sebelum menjelang Ramadhan, sama-sama kita latih diri untuk banyak membaca dan  mentadabbur ayat-ayat Al-Quran. Adalah lebih baik kita punya azam untuk mengkhatam 30 juzuk pada bulan Ramadhan nanti. Saya teringat kisah seorang Allahyarham Adik Aiman Nur Hakim Yahya, 13 tahun yang meninggal dunia dalam satu kebakaran. Kuasa ALLAH, orang yang memelihara ayat-ayat ALLAH, ALLAH menjaganya. Subhanallah. Arwah telah menghafal satu juzuk ayat Al-Quran seawal usia 13 tahun. Dalam kejadian arwah terkorban, dan apa yang menakjubkan ALLAH memelihara otaknya yang 'saved' ayat Al-Quran walaupun badannya rentung dalam kebakaran tersebut. Untuk kita, usia ini berapa banyak ayat-ayat ALLAH yang 'saved' dalam otak kita? ='( 

Selagi hayat masih ada, sama-sama kita tanam azam untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran. 
Tak mampu 30 juzuk, 1 juzuk.
Tak mampu lagi, juzuk 'amma. 
Tak mampu lagi, 1 surah. 
Tak mampu lagi,1 ayat. 
Tak mampu lagi....
MALU lah kepada ALLAH.


Pemilik jari yang sedang menulis ini lebih bertanggungjawab atas setiap patah perkataan yang ditulis. Menuntut diri untuk sama-sama ingat bersama kalian. Bukankah matlamat kita untuk hidup bersama di Syurga nanti? Ayuh kita persiapkan diri menujunya. InsyaALLAH. 

"Ya ALLAH, sampaikan kami kepadanya, Ramadhan yang Mulia"

Andai kita tidak diizinkan menjadi tetamu Ramadhan, semoga ALLAH menerima segala amalan kita sebelum  ini.amiin.... Sesungguhnya daripada ALLAH kita datang, dan kepadaNya lah kita kembali..

Al-fatihah kepada Arwah Allahyarhamah Sumaiyyah bt Romli, muslimah yang maut dalam kemalangan di Jordan. http://educationmalaysia.co.uk/menu-utama/8-news/224-pelajar-ucl-terlibat-dalam-kemalangan-maut-di-jordan.htm (Klik untuk baca)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan