Alhamdulillah..masih diberi kekuatan oleh ALLAH saat ini..~
Sedang asyik menconteng maklumat proposal dalam buku nota, terbaca
catatan semasa forum di USM Kubang Kerian beberapa minggu lepas. Em..pening juga
baca journal ni..
Ok,relaks sebentar..kita menulis dulu (^.^)
Forum bertajuk Passport cinta
Ahli Panel : Ustaz Ubaidillah dan Ustazah Fatimah Syarha.
Dua orang panel yang amat saya kagumi.
Alhamdulillah.dapat luangkan masa untuk mendengar perkongsian ilmu
daripada mereka.
Ciri Pilihan
Perasaan ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah sebagai manusia. Dengan itu lelaki dan perempuna saling memerlukan. Apabila sampai masanya, keinginan ini akan membunga. Sabar..jangan terburu-buru mencari si kumbang dan si bunga pilihan. Senaraikanlah ciri-ciri pilihan terlebih dahulu. Tidak salah kita menetapkan
ciri-ciri pilihan. In sya ALLAH dengan ciri-ciri yang ditetapkan kita lebih
berhati-hati, dan paling baik untuk 'menjadi' seperti ciri-ciri tersebut.
Selalu disebut, untuk dapatkan yang soleh/solehah, diri sendiri perlulah menjadi soleh/solehah terlebih dahulu. Ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini...perlu diingat menjadi bukan kerana manusia, tapi kerana ALLAH.
Ciri paling utama, beragama. Bertaqwa kepada ALLAH.
Orang yang mengetepikan agama dalam hidupnya, pincanglah segala
urusan dunianya. Mungkin dia kaya dengan harta, cantik rupa paras, keturunan
bangsawan tapi semua ini tidak kekal. Agama dalam dirinya lah yang kekal abadi
dan mencantikkan lagi ciri-ciri yang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w"Dikahwini wanita itu atas empat faktor, harta, keturunan, rupa dan agama. Maka kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan"
Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Ustaz Ubaidillah menekankan soal ikhtilat. Diharuskan lelaki dan perempuan berhubung. Lihat kepada tujuan berhubung, berhubung kerana perkara serius untuk dibincangkan seperti urusan persatuan, pekerjaan atau urusan melibatkan masa depan (bagi yang dah merancang dijadikan pasangan hidup)
Semasa berhubungan, jaga aurat (pakaian, suara), jaga pandangan, jangan bersentuhan. Jangan terlalu kerap berhubung. Tengok masa yang sesuai untuk berhubung walaupun sekadar bersms. Hormatilah waktu privacy orang, dan jangan berhubung ketika lewat malam. Perkara ini boleh mengundang fitnah.
Jika perlu berjumpa, ajaklah teman bersama, jangan berdua-duaan. pilih tempat yang sesuai. Ingat, sekalipun tidak dilihat manusia, ALLAH ada yang melihat. Malulah dengan ALLAH.
"Aku rasa terkejut orang yg bercakap tentang malu- tetapi ia tidak malu kepada ALLAH dgn maksiatnya"- Imam GhazaliAllahurobbi...Bagi yang bertunang dibolehkan untuk berjumpa atas dasar urusan dan mesti berteman. Seeloknya bawa salah seorang ahli keluarga bersama. Bertunang bukanlah satu tiket menghalalkan semua batas perhubungan.
Realitinya, ramai yang dah tahu kan batas2 ni. Tapi susahnya nak praktikkan. kenapa hal ini terjadi.. Ini kerana tidak mengutamakan agama dalam segala hal. Arahan agama diabaikan, bahkan ada yang mengatakan..alah kali ini je..(terpengaruh dengan nafsu dan tusukan jarum halus syaitan) Ingat, sekecil2 dosa yang dilakukan, ianya tetap dosa. Tak mustahil ia akan mendorong kepada dosa besar. Na'udzubillah..
Sama2lah kita menjaga diri. Orang yang sayang ALLAH, akan sayang dirinya. Orang yang sayang dirinya akan disayangi orang lain. Jika biarkan diri melakukan dosa..itu tandanya tidak sayangkan diri sendiri. Jadi macam mana nak menyayangi orang lain dan disayangi orang..Reset minda! (petikan kata Prof Muhaya)
Wahai Muslimin, jagalah pandangan mu..begitu juga dengan wanita. Jangan biarkan terus menerus menjadi fitnah bagi mereka...na'udzubillah..
Wahai Muslimin, jagalah pandangan mu..begitu juga dengan wanita. Jangan biarkan terus menerus menjadi fitnah bagi mereka...na'udzubillah..
Doa Nabi Yusuf AS Menjauhi Fitnah Wanita
"Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".
(Yusuf 12:33)
Lubuk cinta yang diredhai (Perkahwinan)
Persiapkan diri dengan ilmu rumah tangga. Bukan sekadar ilmu masak memasak ya. Banyak lagi. Ilmu agama (hukum hakam) bersuci, adab2, ilmu kewangan, menguruskan emosi, mendidik anak2, dan banyak lagi. Perkahwinan adalah medan tempur yang sebenar. Bagaimana agaknya orang yang pergi berperang tanpa persiapan? Tanpa senjata, tanpa ilmu kepahlawanan..sudah pasti awal2 lagi dah tersungkur di medan tempur.
Bila bercakap soal persiapan, ia bukanlah perkara main-main dan tidak sepatutnya dipandang ringan. Apa jua perancangan mesti disusuli dengan persiapan, dan membuat persiapan itu menuntut mujahadah dan istiqamah. Lazimi menghadiri dan mendengar majlis ilmu, banyakkan membaca, merujuk kepada ibu bapa. Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk dilihat bagaimana seni dalam rumah tangga. Sentiasa berbincang dan meminta pandangan mereka.
Teladani perjalanan cinta para anbiya'. Rasulullah s.a.w yang memuliakan wali apabila melamar Siti Aisyah, iaitu Abu Bakar as-siddiq.
Siti Khadijah tidak terburu-buru membuat keputusan memilih Rasulullah s.a.w sebagai pasangan hidupnya. Beliau menghantar wakil untuk merisik baginda dan merisik peribadi baginda terlebih dahulu sebelum melamar.
Itulah yang diajar dalam Islam yang harus diteladani. Islam tidak menolak cinta, bahkan meraikan cinta.
Cinta yang bagaimana?
Cinta yang berperaturan.
Peraturan cinta ialah syariat - (hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat terpulang kepada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkannya.
Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram, akan berakhir dengan kepahitan.
Percayalah juga, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan.
Jadi..pilihan di tangan kita sendiri.
Bagaimana jika sudah jatuh cinta.
Segeralah untuk bangunkan cinta!
Bangunkan cinta dengan sentiasa muhasabah diri.
Apakah pilihan kita itu ada ciri-ciri seperti yang Rasulullah
gariskan.
Bagaimana diri sendiri, apakah benar2 sudah bersedia untuk
bertanggung jawab?
Apakah tujuan dan matlamat cinta itu?
Sentiasa renew niat.
Kerana ALLAH.
Seterusnya istikharah, moga diberi petunjuk yang baik daripada
ALLAH dengan pilihan itu.
Istisyarah bersama keluarga, dan orang2 yang alim. Minta pandangan
dan tunjuk ajar daripada mereka.
Kemudian, muliakanlah walinya. Menyatakan hasrat hati dan
bersilaturrahim dengan keluarganya.
Inilah kaedah bangun cinta. Cinta tidak indah dengan kata-kata.
Fikirlah bahawa cinta itu amanah dan indah kerana datangnya daripada ALLAH.
Dengan itu jagalah kesucian dan keindahannya. Inilah garis panduan untuk
memperoleh passport cinta yang halal. Mungkin ada yang pernah tersilap langkah dalam mujahadah melalui jalan yang halal ini. Ada ketikanya kalah dengan nafsu...Astaghfirullah..
Ayuh,segera perbaiki kelemahan, perkasakan iman dan kembali kembali kepada Pemilik Cinta, ALLAH. Perbetulkan yang mana tidak halal. Bersyukurlah, ALLAH saat ini masih kurniakan hidayah, menyedarkan diri yang lalai..itu tandanya ALLAH sayang =')
Ayuh,segera perbaiki kelemahan, perkasakan iman dan kembali kembali kepada Pemilik Cinta, ALLAH. Perbetulkan yang mana tidak halal. Bersyukurlah, ALLAH saat ini masih kurniakan hidayah, menyedarkan diri yang lalai..itu tandanya ALLAH sayang =')
Alhamdulillah.. Bila sudah dapat dan lulus passportnya...belayarlah dalam bahtera
rumah tangga dengan penuh keberkatan daripada ALLAH. Passport yang diperolehi
dengan cara yang halal akan selamat perjalanannya. Jika haram cara
memperolehinya, pasti kecundang di pertengahan jalannya.
Alhamdulillah. Inilah sedikit sebanyak perkongsian yang sempat saya catat
dan huraikan. Semoga ada manfaat bersama.
*In sya ALLAH...akan menyusul perkongsian daripada sahabat yang menghadiri Forum Cinta dan Air Mata di USM. Salah seorang ahli panel yang amat saya kagumi karyanya iaitu Ustza Pahrol Mohd Juoi.
Assalamu'alaikum Asma' yang dirindui & dikasihi..
BalasPadamMinta izin share di blog ya pengisian ini. Sangat bermanfaat untuk dipanjang sebarkan, insyaAllah..
Wa'alykumussalam akak sayang..
Padamsilakan...tafaddhal. =)
in sya ALLAH...