Halaman

Selasa, 12 Mac 2013

Cinta ke Syurga



Teruja melihat poster Program PMIUSM 8 Mac yang lalu. Bukan tajuk yang diteruja, tapi ahli panelnya. Idola sepanjang hayat, Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Setiap karyanya mampu menjentik hati2 yang membacanya. Turut dikagumi Ustazah Ummu Maudah yang tidak asing lagi. Panelis yang mantap, sudah pastinya isi perbincangan dan kupasan sangat bermanfaat buat jiwa2 yang dahagakan ilmu. Tahniah adik2 Pimpinan PMIUSM, teruskan istiqamah menyuburkan bumi Minden dengan Ilmu.. =)

Alhamdulillah sahabat2 yang hadir ke forum tidak lokek untuk berkongsi ilmu yang diperoleh. Kesempatan ini, saya kongsikan bersama, moga ada manfaatnya untuk kita. in sya ALLAH..

Terdapat banyak input menarik yang dikongsikan kepada hadirin yang hadir.  Antaranya :-

1) Bagaimana nak satukan dua hati?
= 2 hati mencintai Yang Satu akan BERSATU

2) Makin tinggi iman seseorang pada ALLAH, makin kuat cintanya untuk orang lain.


3) Siapa yang lebih kuat cintanya kepada ALLAH, maka dialah yang paling cinta kepada pasangannya.


4) Jangan mencari kebahagiaan dalam rumahtangga, tetapi bawalah kebahagiaan dalam rumah tangga.


5) Sebelum membentuk keluarga yang baik, kita perlu jadi orang yang baik dulu.


6) Kita jadi baik, kita akan dapat tarik kebaikan.


7) Tiada kebahagiaan dalam menderhakai (buat maksiat) ALLAH. Semakin banyak kemanisan yang diambil sebelum perkahwinan, semakin tawar dan hambar perkahwinan itu nanti.


8) Psikologi perkahwinan 

Selepas 5 tahun perkahwinan, baru kita tahu ‘true colour’ pasangan kita.

9) Apabila kita serahkan segala2 pada ALLAH, kita jaga hak ALLAH, maka ALLAH juga akan jaga hak kita.

10) Cinta kerana ALLAH
Niat berkahwin untuk mendapat keredhaan ALLAH dan jadikan ia sebagai pemangkin untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

11) Mencari jodoh umpama mencari rezeki. Kita usaha untuk mencari rezeki, namun kadang2 apa yang kita jumpa itu lebih baik dari apa yang kita cari. Rezeki, semuanya ALLAH telah tentukan. Begitu juga dengan jodoh. Kita berusaha mencari jodoh yang baik, dan disamping itu kita juga bertawakkal pada ALLAH. Maka ALLAH akan beri jodoh itu mengikut ketentuan dan ketetapanNya.

12) Kita buat baik bukan kerana kita baik, tetapi kerana itulah usaha kita untuk jadi baik.

13) Jodoh juga mengikut tanggungjawab yang kita laksanakan. Semakin banyak tanggungjawab yang kita laksanakan untuk Islam, maka ALLAH akan beri jodoh yang dapat bersama kita untuk laksanakan Islam.

14) Cinta hanya alat, cinta bukan matlamat.


“Bercinta Sampai Ke Syurga”

Konsep SMART

·         S = Setia, Sayang
·         M = Manja
·         A = Adil
·         R = Renew (perbaharui)
·         T = Terus terang

15) Perkahwinan juga adalah salah satu ujian

16) ALLAH menguji dengan apa yang kita paling sayang; seperti ALLAH uji Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

17) Apabila kita memohon cinta ALLAH, cinta yang lain akan menyusul.

18) Dalam rumahtangga, ada hak dan tanggungjawab. Apabila suami menjalankan tanggungjawabnya, haknya akan dipenuhi. Apabila isteri menjalankan tanggungjawabnya, maka haknya akan dipenuhi. Maka apabila suami dan isteri masing2 menjalankan tanggungjawab masing2, maka kedua2 hak mereka dipenuhi dan menjadikan keluarga lebih harmoni. Namun apa yang terjadi sekarang, banyak suami/isteri yang menuntut haknya dalam rumahtangga, namun dari segi tanggungjawab, banyak juga masih yang tidak dipenuhi. --Muhasabah buat para suami dan isteri, serta peringatan buat yang bakal jadi suami/isteri.

19) Hukum kasih sayang 
Kalau nak dapat apa yang kita mahu, kita patut beri dahulu. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

20) Dipercayai lebih utama daripada dicintai. Sebagai contoh, apabila isteri hilang rasa kepercayaan pada suami, bermakna telah kurang 1 kebahagiaan dalam rumahtangga

Antara Cita-cita dan Cinta

Pesan Ustaz Pahrol, ilmu akademik sangat penting untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah. Utamakan cita-cita daripada cinta. Bila tepat pada masa dan waktunya, cinta akan hadir jua. Percayalah, apabila kita hendak menegakkan agama ALLAH, maka ALLAH akan mempermudahkan jalan untuk menegakkan agama itu.

Syukran dik fatin, kerana sudi berkongsi...=)

----

Beberapa point yang ingin dikongsi bersama semasa saya dan sahabat2 menghadiri Forum Baitul Muslim di UTP tahun lepas. Panelnya Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Ustaz Hasrizal. 

- Bila sebut istikharah, orang akan ingat jodoh dan petunjuk dalam mimpi. Tidak semestinya, jawapan istikaharah itu hadir dalam mimpi, tapi ia terbit dari gerak dan ketetpana hati dengan pilihan. Tenang dengan pilihan dan selebihnya tawakkal pada ALLAH sebulat-bulatnya. Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersama dengan setiap keputusan yang kita buat.
Istikharah itu ibarat benih yang baik-- seterusnya sentiasa kena suburkan dengan iman dan taqwa.

-Kahwin? niat kerana apa? Tujuan kahwin sama dengan tujuan mengapa manusia hidup..hidup untuk menjadi khalifah. Perkahwinan satu wasilah mendidik diri menjadi khalifah dan melahirkan khalifah...

-Jadi wanita/lelaki soleh/solehah..orang yang benar2 baik, kebaikan akan datang kepadanya.

-Begini caranya Rasulullah s.a.w bercinta : teliti dalam pertuturan dan komunikasi, romatik, tegas.

-Bila ungkapan I Love U diungkapkan...maknanya "Saya nak bertanggungjawab terhadap awak". Jadi, usah gopoh mengungkapkannya saat diri belum bersedia untuk bertanggungjawab.

-Sentiasa muhasabah, perbaiki diri "SIAPA SAYA DI SISINYA sebagai ISTERI/SUAMI?" 

-Jadilah seorang wanita/lelaki yang berbaloi dinantikan olehnya!


Saranan untuk membaca buku ini..terus perkasakan diri dengan ilmu. In sya ALLAH.

1 ulasan:

  1. tertarik dengan mnemonic SMART tu. buku ni mcm best. nak kena jadi bahan bacaan wajib la lepas grad nanti :)

    BalasPadam