Drama bersiri “Warkah Cinta” di
TV AL-Hijrah telah mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malayasia. Ada yang
memberi komen positif, negatif dan ada juga komen yang membina. Saya kagum
dengan penulisnya Ust Ubaidillah yang serba boleh ni. Drama ini adalah adaptasi
daripada Dwi Novelnya “Warkah Cinta Berbau Syurga” dan “Kala Cinta dan Wahyu
Bersatu”. Inilah dua novel yang mula2 menjadi koleksi saya. Saya bukanlah
peminat tegar novel, hanya sesetengah novel dan gaya penulisan serta mesej yang
ingin disampaikan yang kena dengan jiwa saya, baru saya beli dan baca.
Sesetengah novel, banyak khayalan yang tiada mesej yang ingin disampaikan
sehingga membuatkan orang terbuai-buai membacanya. Tahniah Ust Ubaidillah
kerana dah ketuk pintu hati saya, dengan karyanya yang sarat dengan mesej
berguna. Harapnya bukan saya sahaja dapat menerima mesejnya, tapi Muslimin dan
Muslimat di luar sana juga. Inisiatif beliau mendramakan novel ini adalah satu
usaha yang sangat baik. Kepada yang belum tonton drama ni, tontonlah…mungkin
kena dengan jiwa anda. =)
Eh..panjang pula muqaddimahnya.
Itu novel dan drama Warkah cinta yang direka kisahnya oleh insan yang kreatif. Tapi Warkah Cinta ini bukanlah warkah cinta biasa, tapi warkah cinta pemilik segala
cinta!
Nota ke 36, dalam buku Nota Hati
Seorang Lelaki mengetuk kotak pemikiran saya yang mungkin dah lama membeku.
Beku, tidak dicairkan dengan peringatan tentangNya.
“Kita tidak serius dengan solat”
Tidak serius sebab kita tidak
rasa solat itu penting.
“Bagaimana nak rasa solat tu penting, walaupun kita dah tahu solat tu penting?”
Betul, kita tahu kepentingannya,
tapi tak terasa. Tertinggal solat tak
rasa rugi, tak rasa bersalah atau tak rasa kesal. Solat pun lewat2 waktu. Solat
tak khusyuk. Cukup rakaat sudah, tapi tak beri kesan pun.
“Tapi kalau hilang duit? Rumah terbakar? Harga barang naik?..”
Tu terasa betullah!
Rasulullah s.a.w, seorang Kekasih
ALLAH. Dekat dengan ALLAH, tapi lihat bagaimana baginda begitu pentingkan solat
sehingga bengkak-bengkak kaki akibat terlalu lama berdiri dalam solat. Para sahabat pun begitu. Abdul
Rahman bin Auf r.a menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala
isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbirratulihram dalam solat
berjemaah bersama Rasulullah s.a.w.
“Mengapa kita berbeza dengan mereka?”
Bukankah kita juga solat lima
waktu sama macam mereka. Jumlah rakaatnya sama. Kita juga ISLAM, macam mereka..
“Sebab kita tak rasa ALLAH penting dalam kehidupan kita!”
Astaghfirullah hal’azim…
Setuju tak jika saya beri contoh
begini..
“Kita hanya akan berhubung dengan seseorang bila kita rasakan dia penting atau diperlukan. Betapa resahnya kita jika tidak dapat berhubung dengan ibu bapa, anak, isteri, sahabat handai yang rapat dengan kita…”
Bayangkan kita dalam kesusahan,
tiada liputan talian..berhari2 tidak dapat menghubungi sesiapa…sudah pasti
resah gelisah.
Kalaulah rasa seperti itu dapat
kita rasa ketika terlambat untuk menunaikan solat.
Solat adalah masa yang kita
peruntukkan untuk berhubung dengan ALLAH. Semasa takbiratulihram, kita angkat
tangan “surrender” di hadapan ALLAH. ALLAH Maha Besar. Waktu tu hanya antara
kita dengan ALLAH. ALLAH itu penting lebih penting daripada segala kepentingan lain di
dunia ni. Setiap detik saat hidup ni, ALLAH yang tentukan. ALLAH sediakan
segala-galanya untuk kita. Tanpa ALLAH siapalah kita, bagaimanalah kehidupan
kita..
Jadi, tergamakkah kita melalaikan
ALLAH yang begitu penting dalam hidup kita ini?
Berhubunglah dengan ALLAH dalam
solat dengan memahami makna bacaan dalam
solat. Solat tanpa memahami makna bacaannya ibarat burung kakak tua yang
berkata-kata tanpa memahami makna. Kita sujud, tapi hati kita tidak sujud…kita
sebut Allahuakbar tetapi tidak terasa sedang “MembesarkanNya”.
“Itu baru kalimat2 ringkas. Macam
dengan dengan tahiyat, iftitah, Al-fatihah?”
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang;
(Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Al-Ma'un : 4-5)
Emm..tidak hairanlah. Ramai yang
solat tapi kemungkaran masih berleluasa di tengah masyarakat. Ini yang solat,
yang tidak solat..ramai lagi.
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut :45)
Itu baru bacaan solat yang tidak tahu maknanya, 6,666 ayat lagi dalam Al-Quran?
Banyaknya..kecilkan sedikit skopnya lagi.. 114 surah?
Dikecilkan lagi skopnya..30 juzuk?
Kecil lagi, 1 Al-Quran..
Kecil atau besar..itulah Warkah Cinta ALLAH buat hambaNya.
Bila dipersoalkan
begitu..ah..betapa kerdilnya diri. Sudah 22 tahun hidup di dunia ni, kata2Nya
terlalu sedikit yang difahami. Betapa terasa agama ini
diikuti tanpa erti. Mengamalkan tanpa
penghayatan. Seperti pelajar yang membaca buku tetapi tidak faham, bolehkah dia
lulus dalam peperiksaan?
Bayangkan..bagaimana agaknya rasa
kita kalau menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih, tetapi kita tidak
faham apa yang dituliskannya. Wardah mengutuskan warkah buat Amir, dan Amir
memahami isi hati Wardah yang telah jatuh hati kepadanya. Itu Amir memahami isi
warkah Wardah, jika Amir tidak faham, ternyata Wardah kecewa.
*Amir dan Wardah ialah watak dalam
drama “Warkah cinta”.
ALLAH- “Kekasih” orang beriman itu telah mengutus 114 surahnya : berapa surah yang kita telah tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya dan perjuangkan tuntutannya?
Benar2kah kita cintakan ALLAH jika warkah cintanya (Al-Quran) tidak kita usahakan untuk membaca, memahami dan menghayatinya..?
Ya ALLAH..ampunilah kami yang
jauh dari solat, jauh daripada Al-Quran, justeru terlalu jauh denganMu!
Astaghfirullah hal’azim..
Bukan Kau ya ALLAH yang jauh,
tapi kami ini yang menjauh…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan