Berhati-hati ketika melintas jalan, lebih2 lagi tempat yang
ada lampu isyarat bagi pejalan kaki. Walaupun hijau, janganlah berjalan tanpa
menoleh ke kiri dan ke kanan, kerana ada pemandu yang tidak menyedari yang
mereka mesti berhenti dan ada juga yang sedar tapi sengaja memecut laju. Bila
berjalan berjalanlah dengan yakin, bukan teragak2, nanti lampu
hijau nak merah, kita pula yang tidak sempat nak melintas. Mula berlari2, nanti jatuh pula. Berhati-hati ya,
waspada dalam berjaga2.
Begitu juga dalam meniti kehidupan. Apabila kita dah berazam
untuk berubah menjadi orang yang baik (lampu hijau) , jangan lupa perhatikan musuh dalaman dan
luaran. Musuh dalam diri iaitu nafsu dan musuh luaran iaitu persekitaran. Ada sahaja bisikan2 yang cuba memusnahkan niat baik kita. Waspada dengan dua pekara ini, jangan
sampai mengubah niat asalnya. Kemudian yakinlah dengan hidayah yang ALLAH
berikan, sahutlah jangan ragu2. Berusaha mencari jalan2 yang benar. Bimbang jika kita lengah2 atau abaikan,
ALLAH jauhkan hidayahNya buat kita selepas daripada itu. Allahua'lam.
* Pengalaman berulang alik menlintas jalan nak pergi kerja. Melintas di laluan pejalan kaki yang ad lampu isyarat, lebih meyakinkan..tapi harus waspada juga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan