14 Julai 2012 adalah tarikh yang
dipilih oleh abah setelah meeting keluarga semasa saya balik ke rumah baru2 ni. Tarikh
pertunangan kakak. Pelan nak siapkan lesen kereta terlebih dahulu sebelum balik
selepas tamat belajar di USM. Disebabkan ada beberapa hal yang tak dapat
dielakkan, tak dapat diteruskan. Jadi saya balik lebih awal, 9 Julai 2012. Dapatlah bantu mak
buat hantaran pertunangan kak. 7 dulang hantaran semuanya. Mak memang
pakar buat hantaran ni, saya sekadar tolong sikit2 saja =)
Kali ini merupakan pengalaman
kedua majlis pertunangan di rumah. Pertunangan kak ecah 2 tahun lepas. Masih ingat
lagi waktu ni bersemangat, siap pergi beli selendang lagi. Esoknya kena jadi
pengapit kak ecah. Malu juga. Kali ni tak ambil bahagian dah jadi pengapit. Biar kak
sorang2 je...
Malam 13 Julai lagi dah gotong-royong
masak di rumah. Nenek dan mak cu datang kupas bawang, buat kuih talam, potong
pucuk paku. Mak pula sambung siapkan tepak sirih. Saya pula buat gubahan coklat.
Fully buat sendiri =) Simple, tapi menjadi la juga. Buat hantaran sambil2
tengok cerita Harry Potter dengan adik2.
Hantaran yang mak buat, yang bentuk love tula coklatnya... |
Esoknya, seawal pagi lagi abah
dah pergi ambil daging di rumah nenek. Mujur ada Long, Abe piji, Ngah tolong
abah potong daging sebelum Pak adik, Ayah Long datang. Majlis pertunangan ni buat
kecil2 saja. Hanya keluarga terdekat saja yang dijemput. Ni pun dah ramai, ada
lagi yang tak balik. Pukul 10 pagi suasana rumah dah makin meriah. Ramai kanak2
datang, berlari sana sini, makcik2 sibuk memasak di dapur, pakcik2 bersembang di
halaman rumah sambil minum teh, kuih talam dan spageti setelah penat memotong
daging. Suasana ni la yang di rindui. Family gathering. Ada event macam ni baru
dapat berkumpul semua selain daripada hari raya.
Nenda tersayang. Walaupun sibuk di dapur masih sempat melayan si comel, Humaira |
Lepas zuhur, kakak menanti penuh
debaran. Tapi boleh lagi dia makan nasi siap tambah lagi. Gulai nenek yang
masak, memang sedap. Masa kenduri kahwin kak kecah dulu, nenek juga yang masak.
Em..saya pula yang tumpang berdebar, tak
ada selera nak makan mengalahkan kakak. ‘Takpela petang ni,boleh makan lagi.”
Pukul 2.30 petang rombongan
sampai. Abah dan mak serta mak saudara, pak saudara sambut kedatangan keluarga
bakal tunang kakak. Kali ni, awal2 lagi mak dah pesan kepada saya, tunggu di muka
pintu sambut hantaran yang mereka bawa. Tak sempat juga nak sambut semua,
mujurlah ada isteri sepupu yang sebaya umurnya turut membantu. Kata mak,
orang bawa hantaran kita kena sambut, jangan biarkan mereka sendiri pergi letak
dalam rumah. Kurang manis. Betul juga, sebelum ni pernah jadi pembawa dulang
hantaran masa perkahwinan sepupu. Sampai di rumah pengantin, tiada siapa yang
sambut hantaran yang dibawa, jadi kami terpinga-pinga ke mana nak bawa
hantaran2 ni. Sampaila kami masuk sendiri ke bilik pengantin untuk letak
hantaran2 tu. Em..ambil pengajaran dari pengalaman.
Abah menyambut kedatangan bakal besan |
Semua ahli rombongan dijamu
dengan gulai daging, kerabu pucuk paku, acar timun, ayam masak merah, tembikai,
air sirap. Ala2 menu majlis kahwin dah ni. Waktu ni, ahli keluarga kami dah
siap makan awal2. Tak nak bagi sesak. Asalnya nak bincang dulu baru makan, tapi
disebabkan agak lewat dah..menjamu selera dulu. Selesai menjamu selera, perbincangan
antara dua buah keluarga bermula. Kali ni saya tak nak melepaskan peluang untuk
ikut serta mendengar perbincangan. Sebelum ni sibuk di dapur tak dapat dengar.
Abah memulakan kata alu-aluan, lebih
kurang beginilah bunyinya.
“ Kami sekeluarga mengalu2kan
kedatangan Rahim sekeluarga. Alhamdulillah diizinkan ALLAH untuk sampai ke
majlis pertunangan ni dan dapat bersilaturahim sesama kita….”
Abah dan mak |
Diteruskan ....
“Saya sebagai wali kepada anak perempuan saya, Nor Fatihah, menerima pinangan daripada pihak keluarga Rahim. Semoga dengan izin ALLAH ikatan ini diberkati hingga ke akad perkahwinan”
“Saya sebagai wali kepada anak perempuan saya, Nor Fatihah, menerima pinangan daripada pihak keluarga Rahim. Semoga dengan izin ALLAH ikatan ini diberkati hingga ke akad perkahwinan”
ALLAH…ini bukan lafaz akad nikah.
Ini baru pinangan. Tak tahu kenapa saya begitu sebak walaupun bukan saya yang dipinang.. Sedih.. mengenangkan seorang ayah
yang bakal menyerahkan anak perempuannya kepada orang lain. Anak, amanah yang
ALLAH titipkan buatnya yang dijaga dari kecil hingga dewasa. Diberi didikan,
kasih sayang, bakal ‘dipindah’ tanggungjawab kepada lelaki asing yang baru
sahaja dikenali abah. Bukan bermakna anak perempuan ini bukan lagi miliknya,
tapi fitrah nya perlukan seorang lelaki yang bergelar suami. Selepas ini, saya pula akan menjejaki langkah kakak. Doa saya kepadaNya agar lelaki yang bakal dipertanggungjawabkan oleh abah untuk menjaga saya kelak berupaya menjaga saya seperti mana abah dah lakukan. Ini amanah daripada
abah. Saya kuatkan hati untuk terus mendengar perbincangan.
Apabila masuk part perbincangan wang
hantaran dan tempoh pertunangan, saya kagum dengan mak dan abah. Memudahkan perbincangan tidak
menyulitkan. Tidak meletakkan syarat yang tinggi.. “ Mengikut kemampuan Rahim
dan pertimbangan semasa”. Subhanallah. Teringat akan hadis2 ni,
"Sesungguhnya sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah, sesungguhnya sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah"
“Sesungguhnya pernikahan yang paling berkah adalah pernikahan yang bermahar sedikit".
Selesai perbincangan, abah
meminta saya untuk memanggil kakak keluar untuk disarungkan cincin pertunangan oleh ibu
sebelah lelaki. Abah pula menyarungkan cincin kepada Rahim. Waktu ni usikan
saudara mara menggamit suasana. Kemudian, ayah ngah membaca doa memohon
keberkatan daripada Ilahi. Alhamdulillah selesai semuanya. Semasa sesi
bergambar, ketegasan mak cukup saya kagumi. Ramai yang minta kakak bergambar
dekat dengan Rahim. Kakak dan Rahim macam terpinga2. Tiba2 mak bersuara tidak mengizinkan.
Belum halal. Saya dan kak ecah hanya tersenyum melihat situasi tu. Bertunang belum lagi
menghalalkan segala2nya =)
Keluarga mereka berangkat pulang lebih kurang pukul 4.30 petang. Bakal bertambah lagi ahli keluarga.. InsyaALLAH..
Perut berbunyi minta diisi…terus menuju ke dapur mencari nasi. Alhamdulillah ada lagi (^.^)..
Perut berbunyi minta diisi…terus menuju ke dapur mencari nasi. Alhamdulillah ada lagi (^.^)..
Keluarga besarku |
P/s : buat sesiapa sahaja yang bakal atau dalam status bertunang.
Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :
" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "
3 . Perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan
apa saja.
apa saja.
Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
*Hari raya ketiga..dijemput menghadiri majlis pertunangan kawan baik semasa di MRSM Jeli dulu, laila.
*Tumpang gembira (^.^)..
*Hari raya ketiga..dijemput menghadiri majlis pertunangan kawan baik semasa di MRSM Jeli dulu, laila.
*Tumpang gembira (^.^)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan