Assalamualykum wbt...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Sudah terlalu
lama tidak mengemaskini blog ni..apabila diingatkan untuk update blog, baru
sedar rupanya ada yang meneroka ke blog ni. =) Semoga penerokaannya dapat
mencedok sedikit ilmu, walaupun tidak banyak. Penulis ini tidaklah sehebat
mana, hanya sekadar berkongsi sekadar yang termampu daripada diri yang
lemah ini. Terima kasih kerana mengingatkan.
Mungkin sudah
menjadi kebiasaan, saya gemar berkongsi kisah hidup yang banyak memberi
pengalaman dan mengajar hakikat kehidupan, mungkin juga mematangkan diri ini.
Ada sedikit sebanyak dikutip daripada buku2 yang dibaca. Berbicara tentang
buku, waktu mengemas barang milik peribadi banyak juga koleksi buku yang telah dibeli
dari tahun satu sampai tahun akhir di USM. Buku akademik dan buku pengisian
rohani. Kebanyakannya tak habis baca lagi. Azam sepanjang berada di rumah nak habiskan
baca buku2 tu. Sayang, dah lama dah buku 2 menantikan tuannya 'membelai'
mereka.
Tiada gunanya
erti hidup, jika sehari masa berlalu tak bertambah sedikit ilmu pun di dada.
Alangkah ruginya. Quote ni yang menyedarkan diri ni, supaya rajin2 membaca.
Sekarang dah tak ada kuliah daripada pensyarah, pengisian daripada sahabat
(usrah) nak di dengar. Kena rajin sendiri, rempuh tembok beralasan tu!
Teringat masa
kelam kabut menyiapkan thesis dan menghadapi peperiksaan akhir sebulan yang
lepas sempat lagi menghabiskan novel Denyut Kasih Medik. Bosan2 study, curi2
baca novel. Kena pandai kawal diri, susah jika terlajak. Sudah
lama tidak membeli novel, hanya penulis dan gaya penulisan tertentu sahaja saya
akan beli. Seperti novel karya Ustaz Ubaidillah.
Novel Denyut Kasih Medik ni sangat bagus. Memahami kerjaya seorang doktor Muslim. Tercungap2 apabila membaca part ‘sibuknya’ seorang doktor pelatih. Kini saya mengerti besar peranan sebagai seorang doktor. Medan dakwah mereka sangat luas, dapat berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Istimewanya, kata2 seorang doktor lah yang selalu orang ikut. Kalau ada orang sakit, doktor nasihatkan makan ubat ni, jangan buat 2, buat ni, sudah pasti pesakit tu ikut. Bila orang lain nasihatkan belum tentu didengarnya. Alangkah baiknya jika ada doktor yang mengingatkan orang sakit tentang hikmah di sebalik ujian kesakitan yang ALLAH beri kepadanya, bersabar dengan sakitnya dan memberi motivasi dengan kata2 yang baik. Sedikit sebanyak kata2 doktor ini mampu mengetuk pintu hati pesakitnya untuk menghargai kehidupan dan semakin dekat dengan ALLAH. Mulianya peranan seorang doktor Muslim. Bukan sekadar menyelamatkan nyawa manusia, bahkan menyelamatkan ‘iman’ manusia. Subhanallah. Dedikasi buat para doktor dan bakal doktor Muslim, binalah sahsiah mukmin pada dirimu agar bisa disantuni oleh setiap jiwa yang melihat kesungguhan pengorbanan mu.

Pesanan : Entri
kali ini tiada tajuk khusus, sekadar berbicara dan berkongsi untuk menaikkan semangat untuk
kembali menulis. =) Teruskan membaca.
Satu lagi novel
yang telah dibeli dan curi2 baca dalam kesibukan tu. Cinta High Class dan Cintaku Kerana Agamamu karya
Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. Novel ni asalnya hanya sekadar untuk
mengubat hati, mencedok motivasi buat diri supaya bertambah kuat mujahadah sebagai
panduan menguruskan fitrah untuk mendamba cintaNya. Alhamdulillah banyak ilmu
baru dapat. Bagaimana prinsip seorang Muslimah mempertahankan kesucian cintanya
dengan menolak cinta manusia yang menawarkan cinta kerana sesuatu yang tidak kekal. Apabila
cinta ALLAH bertakhta di hati, segala cinta akan menghuni di hati. Mana mungkin
perasaan cinta itu hadir sendiri tanpa Maha Khaliq yang menganugerahinya.
Justeru, Dialah yang berhak dicintai lebih dari segala2nya. Banyak lagi
perkongsian dalam novel tu. Monogami, poligami, tanggungjawab suami dan isteri.
Tak dapat nak berkongsi semuanya di sini, kena miliki dan baca sendiri baru
merasa. (tolong promote novel mereka) ^.^
Alhamdulillah, dalam curi2 baca 2, berjaya juga siapkan thesis dan hadapi peperiksaan akhir. Menunggu result keluar, 30hb nanti. Tawakkal pada ALLAH.. Terkesan dengan kata2 Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam video ni. Sama2 hayati. Dalam kesukaran menghadapi sesuatu, tawakallah pada ALLAH. Hanya Dia penolongku dan penolongmu.
"Syukur ya ALLAH...Engkau sentiasa bersamaku"
"..Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.."
At-Talaq ; 2-3
Alhamdulillah... Akhirnya enti menyambung kembali. Muga Allah anugerahkan ruang masa dan idea kepada enti supaya terus tabah dalam menyebar dakwah dari pelbagai sudut termasuk dengan cara penulisan
BalasPadam