Keputusan exam dah dapat..status akademik,Ijazah Kepujian.
Tempoh bergelar Mahasiswa dah tamat. Tunggu konvokesyen bulan 9 nanti.
Syukur pada ALLAH.
Terima kasih kepada mak dan abah,adik beradik, lecturer dan kawan2. Kejayaan ini bukanlah kejayaan ku seorang, ianya adalah KEJAYAAN kalian juga...
Tapi kehidupan ni, ALLAH tak nilai pun Ijazah tu. Yang ALLAH nilai ketaqwaan kepadaNya.
Belajar dalam bidang biologi suatu yang sangat menarik..mendekatkan diri kepada penciptaNya. Syukur, belajar dalam bidang ni. Mengenali makhluk lain yang sebelum ni tak terlintas pun mereka ni wujud. Apa kepentingan mereka. Indahkan kuasa ALLAH...apabila kita belajar, kita akan kenal, kita akan berfikir, menghargai dan kita akan bersyukur...
Apabila ditanya, "mahu sambung belajar lagi tak lepas ni?".
Tak mengapalah, bukan tak berminat, bukan sudah mahu berhenti mencari ilmu ALLAH, tapi diri ni ada suatu misi yang tersendiri. Tak mahu mengikut jejak orang buat master??
Buat apa sambung master kalau sekadar nak ikut jejak langkah orang, bukan kerana inisiatif sendiri, kemahuan sendiri..hidup kena ada prinsip!
Emm..teringat kata Ustaz Azhar, buat apa ad ijazah, ada master, ada PhD..kalo ilmu agama tak tahu. Sia2 saja. Biar kita berilmu, berilmu dunia dan akhirat. Bukan sekadar berbangga dengan ilmu dunia sahaja. Ada kepakaran, buat sesuatu untuk bantu umat Islam, bantu agama ALLAH. Tersentap dan buat otak ni berfikir...
Jangan mudah senang dengan kejayaan yang sementara, kerana ini juga ujian dari ALLAH. Selalu ingatkan diri sendiri akan hakikat ini. Hidup sebagai manusia, takkan sunyi daripada ujian Bukan kesedihan saja satu ujian, bahagia itu juga ujian. Apabila diuji ada ketikanya kita rasa lemah, tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak mengadu kepada siapa. Doa itu senjata orang mukmin. Jika berperang kita akan bawa senjata, jelas senjatanya. Jelas orang yang tewas. Doa satu senjata hebat yang tercapai dek akal manusia. Berdoalah kepada ALLAH dengan bersungguh2, jangan mudah putus asa. Mengadulah padaNya. Dia yang cipta kita, Dia yang tahu segala2nya tentang kita. Suatu masa, ALLAH akan beri apa yang kita minta..adakalanya kita tak dapat apa yang kita nak....tapi ALLAH Mahu tahu, ALLAH bagi apa yang kita perlukan...
Sayangkan ALLAH pada kita?? =')
Pernah tak kita rasa, hati ini kosong. Buat apa pun serba tak kena. Kadangkala rasa hilang kualiti solat, tersasar melakukan dosa, walaupun tahu itu satu dosa? Banyak mengikut perasaan daripada ikut tafsiran akal yang beriman?
Itulah manusia..manusia yang tidak ma'sum. Imannnya turun naik. Ada masanya kalah dengan nafsu sendiri. Ada masanya nafsu tu berjaya dikawal. ALLAH itu Maha Pengampun. Dia tahu kita ni, iman tak tetap. ALLAH anjurkan kita istighfar, memohon keampunan. Mengakui segala dosa. Kita sering menganggap istighfar sebagai amal yang mudah dilakukan pada bila2 masa, hingga akhirnya kita sentiasa menangguhkannya. Ketika kita berusaha beristighfar setelah lama bertangguh, dosa telah pun banyak dan hati sudah pun tertutup sehingga lidah berat untuk mengucapkan istighfar.
Oleh itu, kita perlukan usaha yang kuat, keikhlasan dan cara yang beterusan untuk lazimi lidah beristighfar, sehingga lidah terasa ringan dan hati lantas terbuka. Hati akan menjadi tenang, bertambah kuat iman.
Ibarat kotoran pada baju. Bila ada kotoran sedikit, tak diendahkan. Dibiarkan makin bertambah kotornya. Sampai satu masa nak basuh, sabun biasa tak mampu lagi nak menghilang kotoran. Kena cari ikhtiar lain guna clorox atau varnish. Jika tak nak guna clorox atau varnish.."rajin2lah basuh baju.".=) Kejayaan yang sebenar apabila kita dapat mentarbiah hati sendiri....
p/s :buat diri sendiri dan semua saudara seISLAMku..
Fasa 2 Ramadhan. MAGHFIRAH. Banyakkan mohon keampunan daripada ALLAH. Masih ingatkah kita Fasa 1 dan 3?
Fasa 1 RAHMAT, fasa 3 PEMBEBASAN DARI API NERAKA.
Jadikan Ramadhan ini bulan memperbaiki diri..sucikan hati...bertambah cinta kepadaNya.
InsyaALLAH.
*merawat hati,mengharapkan hati yang sembuh daripada segala dosa*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan