Halaman

Isnin, 1 Oktober 2012

Travelog Iman Seorang Doktor (2)



Alhamdulillah pagi ini, masih diberi kesempatan untuk melihat dunia, bersama dengan orang2 tersayang lagi. Syukur ya ALLAH. Em, tiada apa nak buat..jadi saya teruskan untuk sambungan Travelog Iman Seorang Doktor (2).

***
Kisah Benar yang diceritakan oleh Dr Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair
Seorang pemuda melarikan diri dari hospital pabila tiba hari untuk dia di bedah. 2 minggu kemudian pemuda itu kembali menemui Dr tersebut.
“Kamukah yang melarikan diri dari pembedahan dua minggu lepas?”. Tanya Dr.
“Ya, saya”. Jawab pemuda tersebut.

Dia melarikan diri kerana dirinya takut mati. Belum bersedia untuk mati. Dr mengingatkan dia bahawa kematian boleh datang pada bila2 masa. Sama ada kita telah siap ataupun tidak. Bila malaikat Izrail datang melaksanakan tugasnya, adakah kita berupaya minta ditangguhkan? Tidak boleh sama sekali. Justeru itu, persiapkan lah bermula dari sekarang. Pesanan ini buat diriku dan dirimu juga.

Jika kita bakal menghadapi peperiksaan yang kita sudah tahu bila tarikhnya, sudah pasti kita buat persiapan rapi. Study group, buat nota, menghafal dan berusaha mencari pelbagai rujukan. Pengalaman saya, study week memang masa yang saya peruntukkan untuk study sungguh2 sebab saya tak nak sia2kan masa yang ada dan saya tak nak menyesal kemudian hari.  Saya rasa senario ini sama dengan pelajar2 yang lain.

NAMUN, kematian yang kita belum tahu bila masanya..mungkin esok, lusa atau beberapa minit sahaja lagi akan datang menjemput, ADAKAH KITA SUDAH SIAP? Bagaimana persiapan kita, adakah sama macam telitinya kita untuk menghadapi peperiksaan? Ya ALLAH ampunkanlah kami… Sangat jarang kita mengingati kematian, bahkan kalu boleh bayangan kematian itu ingin dibuang jauh2. Fikir lagi, wajarkah..sesuatu yang pasti, dilupakan begitu saja.

Analogi lain. Si kekasih mengharapkan satu perkahwinan dengan gadis yang dicintai. Sanggup menempuh segala kesusahan untuk memastikan dia boleh mengahwini kekasih hatinya. Bayangan wajah si kekasih sentiasa bermain di mata. Perkahwinan ini belum pasti dan gadis itu belum pasti menjadi miliknya, tapi mengapa perkara yang belum pasti ini usahanya lebih dari perkara yang pasti?? Sedang saya menulis..saya berfikir dan saya berharap yang sedang membacanya juga berfikir sama. Ingatlah syaitan tidak pernah jemu untuk membuatkan kita lalai.

Kesedaran itu susah untuk hadir, jika tiada yang mengingatkan. Begitu juga saya. Saya bukan insan sempurna . Ada kalanya saya lalai. Saya bersyukur kerana ALLAH sentiasa menghadirkan peringatan2nya tentang kematian, melalui pembacaan, tafsir Al-Quran dan juga peringatan daripada sahabat2. Ya, Saya sedang berusaha. Anda juga sedang berusaha. Usaha yang harus dimulakan dengan ilmu. Saya suka berkongsi dengan anda apa yang tercatat dalam buku ini. Bagaimana kita nak mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian. Kematian bukan percutian. Remember that. Takutlah, ALLAH sedang memerhatikan kita.

Muhasabah diri secara berterusan adalah salah satu cara untuk kita persiapkan diri. Selalu memeriksa kekuarngan, bertaubat dengan segera setelah melakukan kesalahan.
Cara-cara yang digariskan untuk diri sentiasa muhasabah :

1.   1.    Setelah meletakkan kepala di atas bantal lalu membaca doa-doa sebelum tidur, ingatlah kembali segala perbuatan kita sepanjang siang hari tadi. Meliputi amal yang baik dan buruk. Maafkan segala salah silap orang lain terhadap kita.

2.       Mulakan muhasabah dengan syahadah (merasakan diri seorang hamba). Jika perkara baik berlaku ucapkanlah Alhamdulillah dan jika perkara yang tidak diingini berlaku bacalah ta’awwudz, beristighfarlah dan menangislah di hadapan ALLAH.


3.       Jika melakukan dosa, segeralah bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sekiranya ada dorongan jahat, ingatlah janji kita kepada ALLAH untuk tidak mengulanginya lagi.

4.       Setelah muhasabah akan hak ALLAH, muhasabah pula hak dengan makhluk2  termasuklah Ibu bapa, suami/isteri, anak2, guru2, sahabat2, alam sekitar dan haiwan2. Adakah amalan dan aktiviti kita pada siang hari tadi menyebabkan ALLAH murka berkenaan dengan hak2 mereka. Jika ya, bertaubatlah kepada ALLAH untuk tidak mengulanginya lagi. Kemudian tidurlah dalam keadaan telah bertaubat.


Muhasabah singkat yang hanya mungkin memakan masa 5minit…insyaALLAH moga istiqamah. Hikmah muhasabah singkat ini, jika ditakdirkan kite meninggal dunia malam itu, kita akan menghadap ALLAH dalam keadaan telah bertaubat.  Dan jika ditakdirkan esoknya kita masih hidup, kita akan ingat bahawa kita berjanji dengan ALLAH untuk menghindari segala dosa.

“ Demi ALLAH, jika kalian melakukan dosa pasti ALLAH akan mengganti kalian dengan kaum lain yang berbuat dosa, lalu mereka beristighfar kepada ALLAH kemudian ALLAH mengampuni mereka”  HR Muslim.


***
Seorang doktor yang saban hari melihat kematian berlaku di depan mata..membisikkan syahadah ke telinga pesakitnya diambang sakaratulmaut.. hatinya kian dekat dengan ALLAH dan dia tidak jemu untuk muhasabah dirinya dan membantu orang lain juga untuk sentiasa mengingati MATI....~



Ahad, 30 September 2012

Travelog Iman Seorang Doktor (1)



Kembara sebagai seorang Dr.  Saya bukan bakal Dr. Bukan anak Dr. Namun saya amat mengagumi kerjaya mulia ini. Setiap pekerjaan ada sumbangan dan kemuliaannya  tersendiri. Sebagai guru sumbangannya amat besar dalam mendidik ummah. Pegawai bank, amanah menguruskan wang. Tukang sapu, gigih membersihkan alam sekitar. Kasihnya ALLAH. Diciptakan manusia itu dengan pelbagai darjat dan kebolehan. Jika semuanya berkerjaya hebat, siapa akan kisah pada kepentingan lain pula? Fikir sejenak. Jadi tidak adil bagi untuk kita membanding2kan atau memperlekeh kan soal pekerjaan atau rezeki orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH anugerahkan.

Saya mula cuba memahami kerjaya ini dengan membaca novel Denyut Kasih Medik. Dari situ saya tahu realiti kehidupan sebagai seorang doktor. Sewaktu kecil saya bercita-cita untuk menjadi doktor. Cita-cita itu dikuatkan lagi apabila saya pernah menjadi Tokoh Doktor Muda. Saya belajar bersungguh-sungguh untuk capai cita-cita ini sehinggalah apabila saya menerima keputusan SPM. Harapan saya sedikit longgar kerana keputusan yang diperoleh tidak begitu cemerlang. Ada satu peluang untuk sambung ke luar negara dalam bidang perubatan, tapi saya kuburkan hasrat tu. Meneruskan pengajian di Matrikulasi. Satu peristiwa berlaku, dan menyebabkan saya tersedar..mengapa ALLAH tidak takdirkan saya untuk belajar dalam bidang perubatan. Emm..sudahlah bercerita kisah diri sendiri. Hanya sabagai intro sahaja.


Dalam buku ini (Travelog Iman Seorang Doktor) banyak mengisahkan kisah benar yang dialami oleh Dr itu sendiri. Semuanya berkisar tentang keimanan seorang hamba ALLAH. Apabila membaca buku ini, tidak pernah penulis leka mengingatkan saya tentang kematian. Ya kematian. Satu perkara yang saya pasti akan lalui dan anda juga pasti akan lalui. Bukunya tidaklah tebal sangat, hanya setengah inci. Namun isinya mampu mengetuk pintu hati yang lalai. Dimuatkan kisah2 tentang bagaimana manusia menghadapi saat kematian, ada yang husnul khatimah dan ada yang su’ul khatimah. Ada juga diselitkan macam mana untuk memperoleh hati yang bersih.

Jasad dan Hati

Sedar atau tidak apabila salah satu anggota badan yang sakit (seperti yang saya lalui baru2 ni) diri mula gelisah. Nak berjumpa Dr cari ubat, penawar. Walhal apabila hati tempat bertapak nya Iman mulai sakit, jarang sekali kita sedar dan segera mencari penawarnya. Dirisaukan tentang kesihatan fizikal melebihi iman yang menjadi nilaian ALLAH diakhirat kelak. Iman yang kian luntur dibiarkan sehingga melarat ‘sakitnya’ dan menjadi sarang syaitan laknatullah. Maka amat mudahlah untuk mereka mengheret anak2 Adam ini ke neraka bersama mereka. Na’udzubillah.

“Sungguh aneh orang yang menangisi jasad yang telah mati tetapi mereka tidak menangisi hati yang telah mati. Padahal matinya hati lebih menyedihkan daripada matinya jasad.”

Seharusnya sebagai manusia, jasad yang dipinjamkan oleh ALLAH ini dijaga dengan baik. Penjagaan jasad yang baik bermula dari hati yang bersih dan takutkan ALLAH. Barulah kita dapat mengamalkan kehidupan dengan baik dan menjaga amanah yang dipinjamkanNya dengan sehabis baik. Kemaksiatan adalah makan beracun yang dapat merosakkan hati. Bagaikan makanan busuk merosak tubuh, bahkan boleh membunuhnya.


Sesungguhnya kehidupan hati harus mendapat perhatian lebih daripada perkara lain. Jika kita melakukan satu dosa, selayaknya kita segera mensterilkan hati kita daripada dosa itu dengan bertaubat dan menyesal. Namun kita tidak boleh menafikan hak kesihatan jasad sehingga tidak perlu berubat. Macam mana kita menitik beratkan soal kesihatan jasad, hendaklah kita memperhatikan rawatan hati pada kadar yang sama juga. Jika seseorang itu meninggal dunia keran penyakit jasadnya yang dia hadapi dengan sabar dan berharap kepada ALLAH (bermula dari hati), insya-Allah balasannya adalah syurga.

“Ketika orang sakit mempunyai hubungan yang kuat dengan ALLAH yang Maha Berkuasa atas segala penyakit dan ubatnya, maka saat itu dia telah memiliki ubat yang lebih bagus daripada ubat-ubatan apa pun.” Subhanallah.

Bersambung..

Sabtu, 29 September 2012

Buku-buku~



29 September 2012, 10.28 p.m

Syukur pada Ilahi.. ketika sedang menulis ni, Alhamdulillah kesihatan semakin baik. Bertahan dengan ubat tahan sakit untuk seketika. Sebelum ni ada hajat untuk menulis, tetapi tidak dapat menumpukan perhatian kepada penulisan dan isi yang ingin disampaikan, jadi hasrat ditangguhkan. Malam ni, ambil sedikit ruang untuk berkongsi sekadar yang mampu. 

Sepanjang perjalanan musafir saya seminggu yang lalu, saya ambil peluang untuk tambahkan lagi koleksi buku. Saya beli 4 buah buku. Ada yang secara kebetulan dan ada sememangnya saya berhajat untuk miliki dan ingin mengetahui isi kandungannya. Travelog Iman Seorang Doktor, buku ni dibeli secara kebetulan ketika saya singgah di gerai buku. Bila tengok tajuk, saya terus tertarik untuk membelinya. Alhamdulillah isinya sangat menarik, dan akan saya kongsi kan nanti. InsyaALLAH.

Sebelum Aku Bernikah, karya Hilal Asyraf. Memang tengah famous buku ni. Buku ini saya berhajat untuk miliki. Segan dengan tajuknya bila nak bayar di kaunter dan nak baca buku ni di depan orang lain. Takut orang kata ‘dia dah nak kahwin’.. Em..semua orang hasrat untuk kahwin, sebab tu perlu buat persiapan antaranya melalui pembacaan untuk tambah lagi ilmu. Kena matang, sesuai dengan keperluan. Bagi saya isinya sangat bagus walaupun penulisnya menceritakan perjalanan kisah hidup dia. Positif kita ambil, belajar dari pengalaman orang. Owh ya, buku ni saya beli bersama dengan seorang sahabat. Alhamdulillah sahabat saya tu, akan bertunang esok. Semoga ALLAH permudahkan urusan jodoh nya. =)

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu. Best kan tajuknya. Belum khatam lagi. Tak dapat nak ulas panjang. Saya sangat tertarik dengan quote dalam buku ini :

Pesan Rasulullah “ Wasiatkan sentiasa kebaikan kepada para wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok daripada jalinan tulang rusuk iaitu tulang rusuk bahagian atas. Sekiranya kalian memaksa diri bagi meluruskan nya tulang itu pasti patah. Tetapi, sekiranya kalian mendiamkannya sahaja tulang itu akan tetap bengkok. Oleh itu, wasiatkan lah kebaikan kepada para wanita”

Majalah Gen-Q, menjadi peneman semasa saya dalam perjalanan ke Penang. Dulu, semasa di USM selalu juga beli majalah macam ni. Solusi, Anis. Tapi sejak tinggal di Gua Musang, jarang sangat berpeluang nak jumpa majalah macam ni. Sekali skala ingin ubah gaya pembacaan. Ada juga kartun2, gambar2 yang menarik, tidaklah jemu sangat membaca. Isu keluaran kali ini sangat tepat dengan apa yang saya sedang ‘tercari2’. Usia sudah 22 tahun. Masih mencari cintaNya. Memperbaharui cinta kepadaNya.. Selalu dengar/baca orang kata : Cintailah ALLAH, cinta lain akan hadir. Koreksi diri..adakah saya benar2 telah mencintaiNya? Apa bukti cinta saya? Muhasabah... Saya sedang berusaha. Mencari panduan yang boleh membawa saya mengenali lagi sang Pencinta.  Banyak kupasan dalam majalah yang telah mengetuk pintu hati!

Sudah cukup 4 buah buku. 3 buah dah khatam, satu lagi belum khatam. InsyaALLAH saya akan cuba kongsikan hasil bacaan saya bagi setiap buku. Semoga bermanfaat.. Sementara saya masih diberi kelapangan masa (sebelum bekerja), saya ingin membawa anda ‘membaca’ bersama juga…

Inilah buku-buku yang baru mengambil tempat di rak buku saya.. (^.^)



Jumaat, 28 September 2012

Sakit, sembuh..ujian.


Entri hari ni, saja ingin berkongsi..(sambil menahan sakit..) 
Sudah dua hari sakit..nak ke klinik bimbang dicabutnya tengah2 sakit macam ni. Nanti lagi sakit.
Tahan dulu, bagi reda sikit.. Macam2 petua cuba, Alhamdulillah jumpa yang ni... try buat..rasa lega sikit..
Harap2 makin lega.. next week test lesen kereta lagi..harap dapat fokus.
Al-Quran itu penawar (^.^)

Sediakan air garam suam dan serai sebatang. Bersihkan serai dengan membuang daun dan akar serta kulit yang kering, kemudian dibakar di atas api yang sederhana sehingga panas. Kemudian dibaca doa berikut pada pesakit dengan meletakkan tangan di bahagian luar gusi yang sakit iaitu:-

1. Baca surah Al-Fatihah.
2. Kemudian baca ayat 21 dari surah Al-Hasyr



“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”


3. Kemudian baca:



“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang mengecilkan apa yang besar, yang membesarkan apa yang kecil, kecilkanlah apa yang dialami (sebut nama pesakit dan puncanya), wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”
*Pada tanda ( ), hendaklah disebut nama pesakit dibin atau dibintikan dengan nama ibunya sekali.

Kemudian ditiup pada bahagian yang sakit, juga pada serai dan air garam suam. Picit gusi yang bengkak supaya bersih daripada nanah atau kandungan air. Air garam digunakan untuk berkumur-kumur beberapa kali sehingga gusi terasa bersih. Letakkan serai yang masih panas untuk digigit diantara gigi di bahagian yang bengkak. 

Sekiranya gigi masih sakit, baca ayat 98 dari surah al-An’am.



"Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)."


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Daruqutni dengan sanadnya daripada Ibn Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengadu gusinya sakit, maka hendaklah ia meletakkan jari-jarinya di atas gusinya dan hendaklah membaca ayat 98 surah Al-An’am.


Petua daripada Dr. Harun Din 
Dipetik dari Majalah Solusi



*dalam proses new post...insyaALLAH*

Khamis, 30 Ogos 2012

Titipan cintaNya..


Nasihat Saidina Ali bin Abi Talib,

"Wahai anak Adam,
 janganlah keterlaluan gembira dengan kekayaan, 
janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran,
janganlah berduka dengan bencana,
janganlah keterlaluan bersenang dengan kelapangan 
kerana emas itu diuji dengan api.
Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala.
Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang engkau inginkan
kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan.
Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang engkau tidak sukai.
Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardhukan."


Saya tertarik dengan petikan ni "Emas itu duiji dengan api". 
Emas itu mahal dan tinggi nilainya, tetapi ianya tidak akan terbentuk sebagai emas yang indah, yang digilai oleh manusia jika tidak melalui proses pembakaran, ketukan yang berat terhadapnya. 
Begitu juga dengan ujian dan dugaan diperlukan oleh manusia untuk mengeluarkan kualiti dirinya yang terbaik..bukankah ujian itu tanda, Allah mencuit kita untuk kembali ingat kpdNya lebih dari makhluk??
Semoga Allah memberi kita kekuatan dan keimanan menempuh ranjau hidup ini...
Nasihat Saidina Ali ini seiring dengan apa yang diajarkan oleh Al-Quran. Ayuh semak bersama....


Qalam cinta Al-Khaliq yang tiada tandingannya..inilah titipan cintaNya..



KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
(Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.”
(Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST?
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
(Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ..
(At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal.”
( At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Yusuf ayat 12)


*Bila ALLAH Menduga Kita..membacanya seolah-oleh 'ada' yang sedang menasihati kita...*