29 September 2012, 10.28 p.m
Syukur pada Ilahi.. ketika sedang
menulis ni, Alhamdulillah kesihatan semakin baik. Bertahan dengan ubat tahan
sakit untuk seketika. Sebelum ni ada hajat untuk menulis, tetapi
tidak dapat menumpukan perhatian kepada penulisan dan isi yang ingin
disampaikan, jadi hasrat ditangguhkan. Malam ni, ambil sedikit ruang untuk
berkongsi sekadar yang mampu.
Sepanjang perjalanan musafir saya seminggu
yang lalu, saya ambil peluang untuk tambahkan lagi koleksi buku. Saya beli 4
buah buku. Ada yang secara kebetulan dan ada sememangnya saya berhajat untuk
miliki dan ingin mengetahui isi kandungannya. Travelog Iman Seorang Doktor,
buku ni dibeli secara kebetulan ketika saya singgah di gerai buku. Bila tengok tajuk, saya terus tertarik untuk membelinya. Alhamdulillah isinya
sangat menarik, dan akan saya kongsi kan nanti. InsyaALLAH.
Sebelum Aku Bernikah, karya Hilal
Asyraf. Memang tengah famous buku ni. Buku ini saya berhajat untuk miliki.
Segan dengan tajuknya bila nak bayar di kaunter dan nak baca buku ni di depan
orang lain. Takut orang kata ‘dia dah nak kahwin’.. Em..semua orang hasrat untuk kahwin, sebab tu perlu buat
persiapan antaranya melalui pembacaan untuk tambah lagi ilmu. Kena matang, sesuai dengan
keperluan. Bagi saya isinya sangat bagus walaupun penulisnya menceritakan perjalanan
kisah hidup dia. Positif kita ambil, belajar dari pengalaman orang. Owh ya, buku ni
saya beli bersama dengan seorang sahabat. Alhamdulillah sahabat saya tu, akan
bertunang esok. Semoga ALLAH permudahkan urusan jodoh nya. =)
Biar Bidadari Mencemburui Dirimu.
Best kan tajuknya. Belum khatam lagi. Tak dapat nak ulas panjang. Saya sangat
tertarik dengan quote dalam buku ini :
Pesan Rasulullah “ Wasiatkan
sentiasa kebaikan kepada para wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang
rusuk. Bahagian yang paling bengkok daripada jalinan tulang rusuk iaitu tulang
rusuk bahagian atas. Sekiranya kalian memaksa diri bagi meluruskan nya tulang
itu pasti patah. Tetapi, sekiranya kalian mendiamkannya sahaja tulang itu akan
tetap bengkok. Oleh itu, wasiatkan lah kebaikan kepada para wanita”
Majalah Gen-Q, menjadi peneman
semasa saya dalam perjalanan ke Penang. Dulu, semasa di USM selalu juga beli
majalah macam ni. Solusi, Anis. Tapi sejak tinggal di Gua Musang, jarang sangat
berpeluang nak jumpa majalah macam ni. Sekali skala ingin ubah gaya pembacaan. Ada
juga kartun2, gambar2 yang menarik, tidaklah jemu sangat membaca. Isu keluaran kali ini sangat tepat
dengan apa yang saya sedang ‘tercari2’. Usia sudah 22 tahun. Masih mencari
cintaNya. Memperbaharui cinta kepadaNya.. Selalu dengar/baca orang kata :
Cintailah ALLAH, cinta lain akan hadir. Koreksi diri..adakah saya benar2 telah mencintaiNya?
Apa bukti cinta saya? Muhasabah... Saya sedang berusaha. Mencari panduan yang
boleh membawa saya mengenali lagi sang Pencinta. Banyak kupasan dalam majalah yang telah
mengetuk pintu hati!
Sudah cukup 4 buah buku. 3 buah dah
khatam, satu lagi belum khatam. InsyaALLAH saya akan cuba kongsikan hasil bacaan saya bagi setiap buku.
Semoga bermanfaat.. Sementara saya masih diberi kelapangan masa (sebelum bekerja), saya ingin membawa anda ‘membaca’ bersama juga…
Inilah buku-buku yang baru mengambil tempat di rak buku saya.. (^.^) |
assalamualaikum, maaf nak tnya bu travelog iman seorang doktor tu saudari beli kt mn..?
BalasPadam