Saya mula cuba memahami kerjaya
ini dengan membaca novel Denyut Kasih Medik. Dari situ saya tahu realiti
kehidupan sebagai seorang doktor. Sewaktu kecil saya bercita-cita untuk menjadi
doktor. Cita-cita itu dikuatkan lagi apabila saya pernah menjadi Tokoh Doktor
Muda. Saya belajar bersungguh-sungguh untuk capai cita-cita ini sehinggalah
apabila saya menerima keputusan SPM. Harapan saya sedikit longgar kerana
keputusan yang diperoleh tidak begitu cemerlang. Ada satu peluang untuk sambung
ke luar negara dalam bidang perubatan, tapi saya kuburkan hasrat tu. Meneruskan
pengajian di Matrikulasi. Satu peristiwa berlaku, dan menyebabkan saya
tersedar..mengapa ALLAH tidak takdirkan saya untuk belajar dalam bidang
perubatan. Emm..sudahlah bercerita kisah diri sendiri. Hanya sabagai intro
sahaja.
Dalam buku ini (Travelog Iman
Seorang Doktor) banyak mengisahkan kisah benar yang dialami oleh Dr itu sendiri.
Semuanya berkisar tentang keimanan seorang hamba ALLAH. Apabila membaca buku
ini, tidak pernah penulis leka mengingatkan saya tentang kematian. Ya kematian.
Satu perkara yang saya pasti akan lalui dan anda juga pasti akan lalui. Bukunya
tidaklah tebal sangat, hanya setengah inci. Namun isinya mampu mengetuk pintu
hati yang lalai. Dimuatkan kisah2 tentang bagaimana manusia menghadapi saat
kematian, ada yang husnul khatimah dan ada yang su’ul khatimah. Ada juga
diselitkan macam mana untuk memperoleh hati yang bersih.
Jasad dan Hati
Sedar atau tidak apabila salah
satu anggota badan yang sakit (seperti yang saya lalui baru2 ni) diri mula
gelisah. Nak berjumpa Dr cari ubat, penawar. Walhal apabila hati tempat
bertapak nya Iman mulai sakit, jarang sekali kita sedar dan segera mencari
penawarnya. Dirisaukan tentang kesihatan fizikal melebihi iman yang menjadi nilaian
ALLAH diakhirat kelak. Iman yang kian luntur dibiarkan sehingga melarat ‘sakitnya’
dan menjadi sarang syaitan laknatullah. Maka amat mudahlah untuk mereka
mengheret anak2 Adam ini ke neraka bersama mereka. Na’udzubillah.
“Sungguh aneh orang yang
menangisi jasad yang telah mati tetapi mereka tidak menangisi hati yang telah
mati. Padahal matinya hati lebih menyedihkan daripada matinya jasad.”
Seharusnya sebagai manusia, jasad
yang dipinjamkan oleh ALLAH ini dijaga dengan baik. Penjagaan jasad yang baik
bermula dari hati yang bersih dan takutkan ALLAH. Barulah kita dapat mengamalkan
kehidupan dengan baik dan menjaga amanah yang dipinjamkanNya dengan sehabis baik.
Kemaksiatan adalah makan beracun yang dapat merosakkan hati. Bagaikan makanan
busuk merosak tubuh, bahkan boleh membunuhnya.
Sesungguhnya kehidupan hati harus
mendapat perhatian lebih daripada perkara lain. Jika kita melakukan satu dosa,
selayaknya kita segera mensterilkan hati kita daripada dosa itu dengan bertaubat
dan menyesal. Namun kita tidak boleh menafikan hak kesihatan jasad sehingga tidak
perlu berubat. Macam mana kita menitik beratkan soal kesihatan jasad, hendaklah
kita memperhatikan rawatan hati pada kadar yang sama juga. Jika seseorang itu
meninggal dunia keran penyakit jasadnya yang dia hadapi dengan sabar dan
berharap kepada ALLAH (bermula dari hati), insya-Allah balasannya adalah
syurga.
“Ketika orang sakit mempunyai
hubungan yang kuat dengan ALLAH yang Maha Berkuasa atas segala penyakit dan
ubatnya, maka saat itu dia telah memiliki ubat yang lebih bagus daripada
ubat-ubatan apa pun.” Subhanallah.
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan