Halaman

Rabu, 1 Mei 2013

Ini Kalilah!

Kak : Cik gapo dio ini kalilah tu?
Saya : Emm..mace gini. "kali nilah" kita ubah . Time pilihanraya ni lah nk ubah pentadbiran negara, pilih hok lebih baik.
Kak : Owh.ingat ko bahasa arab gapo..
Saya : (^.^)..

Menunggu hari... insyaALLAH. Ini kalilah! ...menunggu satu khabar gembira  dari PRU 13
ALLAH tahu apa yang terbaik.

Memilih pemimpin.



Awal pagi tadi terbaca status di FB yang dikongsi oleh seorang sahabat.. Tazkirah buat diri di pagi hari..sungguh bermanfaat..jadi saya berbesar hati untuk berkongsi dengan kalian..
***

Pernah seketika dahulu,
saya telah diajar perihal talak,
dan saya pernah bertanya pada ustaz saya,
akan kenapa hanya lelaki boleh menjatuhkan talak.

"Sebab, lelaki lebih terkawal emosinya. Dia lebih banyak menggunakan akal untuk membuat keputusan, dan bukannya hati. Jadi, insyaAllah, dia takkan melulu jatuhkan talak tanpa pertimbangan yang wajar."

"Tapi tapi tapi, perlu faham. Sebab itu, perlunya kamu ni semua ni cari Muslimin yang hebat agamanya. Sebab Muslimin yang hebat agama, insyaAllah sabar dia jauh lebih tinggi daripada Gunung Everest!" ustaz ujar sambil menatap wajah-wajah kawan-kawan sekelasku yang Muslimah.

"Lelaki Muslimin yang hebat agama, insyaAllah boleh bimbing wanita tak kiralah solehah atau kurang solehah. Sebab dia penyabar. Tetapi lelaki yang tak hebat agama, jika diberi yang solehah sekalipun, belum tentu dia mampu bersabar. Risiko untuk dijatuhkan talak amatlah tinggi."

"Apatah lagi jika Allah benarkan Muslimah jatuhkan talak, boleh jadi ustaz sendiri dah bercerai lima puluh kali gamaknya. Sebab Muslimah lebih banyak membuat keputusan dengan hati. Bila marah, insyaAllah akan sentiasa nak putuskan hubungan, baik persahabatan mahupun perkahwinan."

***

Perkara ini teramatlah benar, insyaAllah,
dan ianya bukanlah sesuatu yang hanya boleh diaplikasikan kepada perkahwinan,
sebaliknya dalam kehidupan berorganisasi sekalipun.

Dalam memilih pemimpin,
digalakkan memilih lelaki yang berkaliber,
dan jauh lebih digalakkan untuk memilih lelaki yang bertakwa.

Anda akan dapati,
dia akan mampu bertenang,
dan sentiasa berfikiran positif,
biarpun dunia pada tika itu sedang gelap dan mundur.

Keyakinannya padaNya,
bakal menyuluh jalan buat anda-anda kepadaNya,
dalam tika kegelapan sedang menyelubung.

Dan anda akan dapati,
biarpun badai yang melanda amatlah besar kiranya,
dia tetap akan tersenyum,
mengharunginya tanpa gentar,
dengan luka-luka yang merah.

Tetapi,
dia tetap menuju ke arah anda,
dan mengasihi anda dengan sepenuh hati.

Inilah,
pemimpin yang anda perlu cari.

Baik buat perkahwinan,
mahupun organisasi.

Pemimpin yang berwibawa,
eh eh.

***

Sejak ustaz saya berkata sebegitu,
yakni bahwa lelaki itu sabarnya jauh lebih tinggi,
dan atas sebab itu dikurniakan talak kepadanya,

saya merasakan diri saya perlu belajar untuk bersabar,
kerna jika kelak saya menjatuhkan talak,
hanya satu jawapan untuk diri saya,

saya belum cukup sabar lagi.

Kerna saya percaya,
zaujah saya semestinya mencintai saya fillah,
dan cara beliau meluahkan barangkali berbeza.

But well,
men kan from Adam a.s.,
and women from Hawa,
*flips beard*

***

Nota tambahan.

Saya pernah terdengar,
perbualan sekumpulan orang,
di mana terdapat seorang lelaki,
satu pasangan suami isteri,
dan seorang isteri yang suaminya tiada bersama.

Si lelaki telah bertanya pada si suami,
apakah ciri-ciri wanita idamannya.

Dan si suami menjawab,
segala apa yang terdapat pada isterinya,
sambil tersenyum.

Si lelaki pun beralih kepada si isteri,
dan bertanya padanya pula,
apakah ciri-ciri lelaki idamannya.

Dan si isteri pun tersipu-sipu,
sebelum menjawab dengan penuh bersemangat,
"Saya nak suami yang hensem, yang tough, yang kaya-raya."

Sebelum itu, saya baru sahaja mendapat tahu bahwa,
si suami itu tiadalah berada orangnya.

Hati saya terasa seperti dihiris beribu kali,
pabila memikirkan apakah perasaan si suami pada tika itu,
insyaAllah terasa dirinya bukanlah idaman isterinya sendiri.

Ah, pilu.

Kemudian,
si lelaki beralih kepada si isteri yang lagi satu,
dan bertanya soalan yang sama.

Dan dia telah menjawab,
segala apa yang ada pada suaminya.

Allahu Rabbi,
saya tersenyum lebar pada tika itu,
kerna akak itu bertudung,
maka saya sangat gembira,
pabila memikirkan isteri yang muslimah,
insyaAllah akan sentiasa menyintai suaminya.

Tapi si lelaki belum berpuas hati,
maka dia pun bertanya lagi,
dan mengatakan takpe, suami takkan tahu punya.

Setelah disakat,
dan dipujuk-pujuk,
akhirnya si isteri itu berkata,
saya teringin nak ada suami macam Brad Pitt.

Alahai.

Konklusinya?

Anda lebih arif menilai, insyaAllah.

***

Kepada ikhwah sekalian,
silalah belajar untuk bersabar,
kerna dengan sabar,
anda akan menjadi pemimpin yang hebat insyaAllah.

Dan anda jua perlu belajar,
untuk menggunakan hati dalam perkara-perkara,
yang melibatkan perasaan,
barulah zaujah dan anak-anak buat syarikat sayang!

Kepada akhawat sekalian,
anda jua perlu belajar untuk bersabar,
kerna dengan sabar,
anda mampu membahagiakan zauj anda insyaAllah.

Dan anda jua perlu belajar,
untuk memilih zauj yang faham agamanya,
faham dan tahu itu berbeza,
dan tidak semua ustaz yang mengetahui itu memahami.

Kerna pabila dia faham,
yakinlah, anda insyaAllah akan sangat bahagia.

Sekian,
moga Allah redha.

***

PRU dah hampir,
sudahkah anda memilih pemimpin yang berwibawa?
Yang sabarnya jauh lebih tinggi daripada Everest?
Yang membuat keputusan dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah?
Yang akalnya geliga?

Kerna,
pemimpin yang sebegitu,
insyaAllah tidak akan menggadaikan nyawa dan harta anda,
melainkan pada jalanNya insyaAllah.

Dan dia tidak akan 'menjatuhkan talak' pada anda,
dan mengkhianati mahupun menipu anda.

Ini kalilah!

***
Dikongsi daripada karya :
afiqsazlan.
0652.
30042013

Selamat Hari Pekerja.



Hari ni cuti umum 1 Mei 2013, Hari Pekerja. Mungkin satu hari yang bersejarah kerana pertama kalinya merasai cuti umum sebagai pekerja. Alhamdulillah,kerja biasa tapi rasanya luar biasa. Bila kita belajar sesuatu yang baru dengan ada satu keinginan, kita akan merasa puas seronok apabila dapat mempelajarinya. 
Bekerja kerana apa? 
Bekerja kerana siapa?
Mungkin pada dasarnya, bekerja sebab nak kan gaji..ya, memang tak dapat lari daripada hakikat ni.
Harus diingat kerja juga perlukan ilmu.
Ilmu mengurus masa.
Ilmu beramanah
Ilmu berkomunikasi
Ilmu mengawal emosi.

Dengan ilmu2 ini, barulah gaji yang kita peroleh, kita merasa cukup dengannya walaupun sedikit. Sedikit dimata manusia lain, tapi cukup bagi kita.
Cukup bagaimana yang saya maksudkan..
Cukup untuk disimpan, dibelanja dan diberikan kepada orang lain.
Sekadar perkongsian.
3 bulan merasai hasil titik peluh sendiri (emm..boleh dikatakan berpeluh jugalah..kadang2..), saya dapat belajar menguruskan wang sedikit demi sedikit. Waktu di kampus walaupun berkhidmat sebagai Bendahari persatuan, lain modenya. Menguruskan wang orang lain..amanah lebih2 lagilah kena berjaga. Agak berbeza dengan mengurus wang sendiri.

Sudut pandang saya.
Sangat penting kita punyai matlamat dalam sesuatu perkara. Contohnya saya belajar sekarang ni, nanti nak kerja apa? Set kan matlamat agar kita jelas hala tujunya. Sekalipun matlamat tak dapat dicapai, kita merasa sendiri kepayahan melalui jalan menuju matlamat, kita tidak akan kecewa, bahkan berasa syukur kerana kita belajar sesuatu dan waktu tu kita ingat, adanya ALLAH yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita. Sentiasa positif menerima sesuatu takdir. =) 

Dalam konteks menguruskan wang.. setkan matlamat untuk apa duit gaji ni? 
Contoh, matlamatnya nak simpan untuk sambung belajar dan beli kereta. Tulis dalam buku catatan atau diari.
Simpan dulu baru guna. 
Tulis berapa banyak nak simpan bulan ni. 
Kemudian baru tolak untuk perbelanjaan. Perbelanjaan ni bahagikan pula dengan keperluan segera dan tak segera.
Berapa nak beri kepada ibu bapa, untuk belanja makan, top-up, sedekah, belanja keluarga, bil, sewa dan sebagainya.
Jimat dalam berjimat. 
Bukan kedekut ya. Ramai yang salah faham, orang yang berjimat dikatakan kedekut. Baiklah, kita kedekut ada tempatnya. Kedekut pada sesuatu yang tidak perlu. 
Setkan target pada awal bulan, bulan ni nak capai target berapa simpanan yang sepatutnya ada. Mungkin matlamat kita nak simpan RM300, tapi terkurang kerana ada keperluan mendesak tiba2. 
Kemudian akhir bulan, tengok balik capai target x. Kalau capai komen sikit kat target kita tu.."Alhamdulillah, bulan depan nak capai jumlah simpanan RM1000"
Jika tak capai target pun komen juga "Alhamdulillah, usaha lagi ni"
Kuasa merekod ni sangat hebat sebenarnya. Di situ kita belajar disiplinkan diri.Rekod saja tak rujuk tak jadi juga, kena rekod dan rujuk =) 
Patutlah zaman sekolah dulu, pengawas kena ad buku catatan. tapi sayangnya tak manfaatkan pun masa tu..
Eh, ini sudut pandang saya sahaja. Mungkin ada cara menguruskan wang yang lebih baik. Amat dialu-alukan berkongsi =)



Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya. Saya suka dengan tagline ni.
Berilah dengan apa yang kita ada. 
Minta kepada ALLAH, kemudian beri kepada manusia.
Apa yang kita beri, kita akan dapat balik.
Apabila kita memberi, insyaALLAH, ALLAH akan cukupkan keperluan kita..
Ada harta beri, harta. Ada ilmu beri ilmu. Ada makanan, beri makanan.
Tiada apa2....berilah walau sekadar sekuntum senyuman. Itu sudah cukup membahagiakan.
Dulu hanya tahu teori, jarang2 praktik. Cubalah praktik. kita akan merasai sendiri impaknya (^.^)

"Jangan kita perlekehkan kuasa sedekah, hanya ALLAH yang tahu membalas setiap sedekah yang diberi dengan penuh keikhlasan"



Kembali kepada soal bekerja..
Bekerjalah dengan penuh amanah (peringatan untuk diri sendiri juga). Amanah dengan harta dan masa. Kita dibayar gaji berdasarkan tempoh masa kerja kita. Ingat soal keberkatan. Bagaimana pengurusan harta dan masa kita. Contohnya, harta pejabat adakah kita guna untuk kegunaan peribadi. Guna telefon pejabat bukan untuk  urusan kerja, guna air di pejabat dengan membazir, guna kertas pejabat untuk kegunaan peribadi. Mungkin kelakuan ini ramai yang sedar dia melakukannya. Tapi sangat sedikit yang sedar bahawa dia sedang mencuri masa! contohnya, masuk punch card pukul 8, tapi bersembang2, bergosip sebelum mulakan kerja. Sedang bekerja main games, melayari internet (tanpa dapat izin dari majikan). Waktu rehat, hanya peruntukkan untuk makan sahaja, tidak solat. Sambil makan bercakap2 tentang perkara yang tidak perlu.
Perkara yang kita lakukan tanpa sedar inilah yang menghakis keberkatan. Paling takut, jika ia menjadi sumber yang haram kerana kita "mencuri' dalam bekerja. Na'udzubillah..
Ramai yang sensitif bercakap soal halal haram yang jelas dilakukan oleh orang lain, tapi sangat sedikit orang yang   sensitif akan perbuatannya sendiri.
Bak kata pepatah "kuman seberang nampak, gajah di depan mata tidak nampak"
Semoga kita sentiasa dapat mengingatkan diri...
Sumber rezeki kita ini, kita beri keluarga kita makan. Menjadi darah daging. Tergamakkah kita memberi mereka makan dengan sumber yang haram?
Jika ada anak2 yang nakal, susah nak belajar....semak kembali sumber yang kita beri mereka makan. 
InsyaALLAH berubahlah sebelum terlambat. ALLAH itu Maha Pengampun.

Bekerjalah dengan 3 prinsip ini :
  • UBUDIAH : sebagai ibadah
  • MAS'ULIAH : dengan bertanggungjawab. Bertanggungjawab dengan setiap apa yang kita lakukan.
  • ITQAN : Buat sebaik mungkin


Menulis, membaca sambil muhasabah..
Semoga ALLAH merahmati kita semua. SELAMAT HARI PEKERJA.. (^.^)

Hari cuti bekerja adalah hari bekerja di rumah..=)

Selasa, 30 April 2013

Kasih sayangMu.




Dalam hidup ini..
Dia lah paling dekat dengan kita
Tapi selalu kita lupa akan adanya Dia di sisi
Kasih sayang ALLAH melebihi segala kasih sayang di dunia in
Hatta ALLAH lebih sayang hambanya lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya.

Kasih sayang manusia...
Ada masa bertambah dan berkurangnya.

Bila kesabaran teruji dan ditekan
Suara meninggi, hingga ringan mengangkat tangan
Petah lidah mengucapkan
Sampai “tiada maaf bagimu” diungkapkan.

Renung diri siapa kita bertindak sedemikian kepada makhluk
Maha Khaliq tidak begitu...

Dengan kasih sayang ALLAH...
Diampunkan segala kesalahan hambanya
Dialah Maha Pengampun
Sedikit  pun jasad hamba tidak disakitinya
Bahkan Dia hadirkan ujian sebagai penghapus dosa-dosa
Ujian sebagai ruang membaiki diri
Ujian sebagai teguran darinya agar kita kembali dekat kepadanya kembali
ALLAHUROBBI..

Kami ini lalai...
Terlalu jarang ‘rasa’ kecapan kasih sayang Mu
Namun kasih sayang Mu tidak pernah berkurang buat Kami
Tidak sedikit nikmat dikurangkan dalam kelalaian kami
Bahkan bertambah...

Tapi kami ini...
Air mata laju deras mengalir apabila kehilangan nikmat dunia
Hanya Sedikit benar air mata mengalir untukMu
Terlalu sedikit memohon cintaMu
Jarang sekali mengucapkan syukur yang lahir dari hati kerana Mu,
Sedikit benar usaha kami mengenali dan mencintaiMu
Namun, Engkaulah ya Rahman ya Rahim..
Masih tidak jemu menuntun hati ini agar dekat dengan Mu

Ya ALLAH
Hayat ini masih Kau beri
Sebagai ruang untuk kami bertaubat atas dosa2 yang lalu
Agar kami sedar akan kehadiranMu
Sebelum menutup mata dan dijemput bertemu dengan Mu...

Isnin, 15 April 2013

Berpesan-pesan..

“Kerja hari ini..selesaikan hari ini juga selagi malam belum berakhir. 
Jangan tunggu esok”
Ini quote yang di "copy and paste" dalam drama baru tengok tadi..emm, agak terkesan walaupun "simple". Peringatan buat diri saya juga agar tidak bertangguh kerja. Kadang2 kita kata, "tak pelah. Buat esok je.." Siapa tahu, esok sudah tiada untuk kita..
Bukan urusan dunia saja kita tak digalakkan bertangguh, urusan akhirat lebih lagilah tak boleh bertangguh.
Misalnya, hari ni kita rasa banyak melakukan kesalahan..rasa bersalah dengan ALLAH. Hati dah tergerak untuk bertaubat, namun si syaitan itu pandai membisik sehinggakan kita menangguh2kan taubat. Akhirnya, bila ajal sampai, kita masih belum bertaubat. Siapakah yang rugi akibat penangguhannnya? 
Menangguh kerja itu sifat syaitan..na’udzubillah...sama2 muhasabah..
(Peringatan! tiada siapa yang tahu bila ajalnya sampai dan bila sampai masanya tidak boleh minta untuk ditangguhkan masanya walau sesaat pun ).

***
Sudah lama tidak berkongsi.  Hari ini berpeluang mengajar anak2 didik mengaji. Pertama kali bercuti hari ahad, kerana kurang sihat. Alhamdulillah sebelah petang dah baik sikit, jadi dapat luangkan masa sekejap mengajar mereka. Sebulan lebih sudah saya tidak berjumpa dan mengajar mereka ni. Banyak peningkatan hasil didikan Mak dan Abah.

Dulunya mereka tak pandai lagi baca doa penerang hati, sekarang dah pandai. Lebih berdisiplin. (datang pada masanya, ambil wuduk dulu sebelum datang mengaji). Kami masa kecik2 dulu, sekejap je mengaji dengan Mak dan Abah. Bila dah sekolah rendah, dah ramai kawan nak pergi mengaji dengan kawan2 dengan Tok Guru. Curi2 ponteng pun ada~biasalah kanak2 ribena =) itu pengalaman zaman kanak2 dengan kak tihah dan kak ecah. Adik2 yang lain tak dapat merasa kerana mereka semua Mak dan Abah yang mengajar mengaji di rumah.

Berbalik kepada cerita adik2 tadi. Diakui mereka tidak pandai mengeja. Semuanya baca Iqra’, tapi hairan kenapa mereka tak boleh mengeja bila tunjuk dan minta baca Ayat Al-Quran. Gagal untuk mereka baca.
Solusinya, Mak Abah terus ajar mereka baca Al-Quran mula dengan Al-Fatihah kemudian diikuti dengan surah2 lain. Walaupun mereka tak dapat mengeja, tapi mereka boleh hafal. Sekurangnya2 mereka boleh baca di dalam solat. In sya ALLAH, lama-kelamaan mereka akan biasa dan boleh mengeja sendiri. Itu lebih baik daripada tidak membaca Al-Quran langsung.

Betullah. Otak kanak2 sangat mudah mengingat bila mereka dengar perkara yang berulang2. Hati yang suci mudah menerima. Saya pernah baca dalam satu majalah, anak kepada seorang ustaz, seawal 4 tahun sudah boleh menghafal  ayat Al-Quran. Katanya, dia sentiasa memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada anaknya sejak bayi lagi. MasyaALLAH. Setiap orang pasti punyai hasrat untuk menjadi Hafiz atau Hafizah kan..begitu juga dengan saya. Hasrat hati ada, tapi entah mengapa belum cukup usaha agaknya. In sya ALLAH jika diizinkan ALLAH, ingin ada keturunan sendiri yang menjadi Hafiz dan Hafizah kelak. Doakan Amiin...~

Di kesempatan ini,sedikit perkongsian, sudah lama tidak mentadabbur ayat2 lazim. Moga menjadi peringatan bersama.

(Surah Al-Humazah)- Surah yang dibaca oleh salah seorang adik tadi.

1.       Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela
2.       Yang mengumpulkan harta dan menghitung-menghitungkannya
3.       Dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.
4.       Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hutamah.
5.       Dan tahukah kamu apakah neraka Hutamah itu?
6.       Iaitu api azab ALLAH yang dinyalakan.
7.       Yang membakar sampai ke hati.
8.       Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas diri mereka.
9.       Sedang mereka itu diikat pada tiang2 yang panjang.
(Surah Al-Ma’un)

1.       Tahukah kamu orang yang mendustakan agama?
2.       Mereka itu ialah orang yang mengherdik  anak yatim.
3.       Dan tidak mendorong  memberi makan orang miskin.
4.       Maka celakalah orang yang solat.
5.       Iaitu orang yang lalai terhadap solatnya.
6.       Yang berbuat riak
7.       Dan enggan memberikan bantuan.


 "Ayat Al-Quran itu indah..

mampu menenangkan setiap jiwa yang resah.
Agar bersamanya tiada lagi gundah..
yang pasti akan hadir padanya Sakinah.." 

Sekian, semoga ALLAH merahmati kita semua... (^.^)


*Hiduplah untuk memberi walaupun dengan hanya sekuntum senyuman, kerana itu sudah cukup membahagiakan siapa sahaja~