“Kerja hari ini..selesaikan hari ini juga selagi malam belum berakhir.
Jangan tunggu esok”
Ini quote yang di "copy and paste" dalam
drama baru tengok tadi..emm, agak terkesan walaupun "simple". Peringatan buat
diri saya juga agar tidak bertangguh kerja. Kadang2 kita kata, "tak pelah. Buat esok
je.." Siapa tahu, esok sudah tiada untuk kita..
Bukan urusan dunia saja kita tak digalakkan bertangguh, urusan akhirat lebih lagilah tak boleh bertangguh.
Misalnya, hari ni kita rasa banyak melakukan kesalahan..rasa bersalah dengan ALLAH. Hati dah tergerak untuk bertaubat, namun si syaitan itu pandai membisik sehinggakan kita menangguh2kan taubat. Akhirnya, bila ajal sampai, kita masih belum bertaubat. Siapakah yang rugi akibat penangguhannnya?
Menangguh kerja itu sifat syaitan..na’udzubillah...sama2 muhasabah..
Bukan urusan dunia saja kita tak digalakkan bertangguh, urusan akhirat lebih lagilah tak boleh bertangguh.
Misalnya, hari ni kita rasa banyak melakukan kesalahan..rasa bersalah dengan ALLAH. Hati dah tergerak untuk bertaubat, namun si syaitan itu pandai membisik sehinggakan kita menangguh2kan taubat. Akhirnya, bila ajal sampai, kita masih belum bertaubat. Siapakah yang rugi akibat penangguhannnya?
Menangguh kerja itu sifat syaitan..na’udzubillah...sama2 muhasabah..
(Peringatan! tiada siapa yang tahu bila ajalnya sampai dan bila sampai masanya tidak boleh minta untuk ditangguhkan masanya walau sesaat pun ).
***
***
Sudah lama tidak berkongsi. Hari ini berpeluang mengajar anak2 didik
mengaji. Pertama kali bercuti hari ahad, kerana kurang sihat. Alhamdulillah
sebelah petang dah baik sikit, jadi dapat luangkan masa sekejap mengajar
mereka. Sebulan lebih sudah saya tidak berjumpa dan mengajar mereka ni. Banyak
peningkatan hasil didikan Mak dan Abah.
Dulunya mereka tak pandai lagi
baca doa penerang hati, sekarang dah pandai. Lebih berdisiplin. (datang pada
masanya, ambil wuduk dulu sebelum datang mengaji). Kami masa kecik2 dulu,
sekejap je mengaji dengan Mak dan Abah. Bila dah sekolah rendah, dah ramai
kawan nak pergi mengaji dengan kawan2 dengan Tok Guru. Curi2 ponteng pun ada~biasalah kanak2 ribena =) itu pengalaman zaman kanak2 dengan kak tihah dan kak ecah. Adik2 yang lain tak dapat
merasa kerana mereka semua Mak dan Abah yang mengajar mengaji di rumah.
Berbalik kepada cerita adik2
tadi. Diakui mereka tidak pandai mengeja. Semuanya baca Iqra’, tapi hairan
kenapa mereka tak boleh mengeja bila tunjuk dan minta baca Ayat Al-Quran. Gagal
untuk mereka baca.
Solusinya, Mak Abah terus ajar
mereka baca Al-Quran mula dengan Al-Fatihah kemudian diikuti dengan surah2 lain. Walaupun mereka tak dapat mengeja,
tapi mereka boleh hafal. Sekurangnya2 mereka boleh baca di dalam solat. In sya
ALLAH, lama-kelamaan mereka akan biasa dan boleh mengeja sendiri. Itu lebih
baik daripada tidak membaca Al-Quran langsung.
Betullah. Otak kanak2 sangat
mudah mengingat bila mereka dengar perkara yang berulang2. Hati yang suci mudah
menerima. Saya pernah baca dalam satu majalah, anak kepada seorang ustaz,
seawal 4 tahun sudah boleh menghafal ayat Al-Quran. Katanya, dia sentiasa
memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada anaknya sejak bayi lagi. MasyaALLAH. Setiap orang pasti punyai hasrat untuk menjadi Hafiz atau Hafizah kan..begitu juga dengan saya. Hasrat hati ada, tapi entah mengapa belum cukup usaha agaknya. In sya ALLAH jika diizinkan ALLAH, ingin ada keturunan sendiri yang menjadi Hafiz dan Hafizah kelak. Doakan Amiin...~
Di kesempatan ini,sedikit perkongsian, sudah lama
tidak mentadabbur ayat2 lazim. Moga menjadi peringatan bersama.
(Surah Al-Humazah)- Surah yang
dibaca oleh salah seorang adik tadi.
1. Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela
2. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-menghitungkannya
3. Dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.
4. Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hutamah.
5. Dan tahukah kamu apakah neraka Hutamah itu?
6. Iaitu api azab ALLAH yang dinyalakan.
7. Yang membakar sampai ke hati.
8. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas diri mereka.
9. Sedang mereka itu diikat pada tiang2 yang panjang.
(Surah Al-Ma’un)
1. Tahukah kamu orang yang mendustakan agama?
2. Mereka itu ialah orang yang mengherdik anak yatim.
3. Dan tidak mendorong memberi makan orang miskin.
4. Maka celakalah orang yang solat.
5. Iaitu orang yang lalai terhadap solatnya.
6. Yang berbuat riak
7. Dan enggan memberikan bantuan.
"Ayat Al-Quran itu indah..
mampu menenangkan setiap jiwa yang resah.Agar bersamanya tiada lagi gundah..yang pasti akan hadir padanya Sakinah.."
Sekian, semoga ALLAH merahmati kita semua... (^.^)
*Hiduplah untuk memberi walaupun dengan hanya sekuntum senyuman, kerana itu sudah cukup membahagiakan siapa sahaja~
teruskan usaha mendidik ummah :)
BalasPadam