Jika benar cintakan ALLAH, cintailah Rasulullah s.a.w...
Kelebihan berselawat
Dari Ubai bin Ka'ab r.a katanya " Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak peruntukkan masa berselawat bagi tuan, maka sebanyak mana yang elok aku peruntukkan?"
Baginda s.a.w menjawab : "Sekadar mana yang engkau suka."
Aku berkata :"Aku hendak peruntukkan sesuku dari masaku."
Baginda s.a.w bersabda :" Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan maka itu baik untukmu."
Aku berkata : "Kalau begitu aku peruntukkan setengah dari masaku."
Baginda s.a.w bersabda :" Suka hatimu lah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik bagimu."
Aku berkata : "Kalau demikian aku peruntukkan dua pertiga dari masaku."
Baginda s.a.w bersabda :" Suka hatimu lah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."
Aku berkata :" Kalau begitu aku jadikan masa berdoa semuanya untuk berselawat kepada tuan."
Baginda s.a.w bersabda : " Jika demikian, terpelihara dan terselamatlah engkau dari apa yang menduka citakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahupun perkara akhirat dan diampunkan dosamu."
(Riwayat At-Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w :
"Orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia."
(Riwayat Al-Baihaqi)
Masa-masa untuk berselawat
1. Selepas membaca doa azan
2. Semasa berada di perhimpunan yang baik
3. Semasa masuk dan keluar masjid
4. Selepas tasyahud akhir
5. Pada permulaan doa dan akhirnya.
6. Di akhir bacaan qunut
7. Pada malam Jumaat dan hari Jumaat
8. Setiap kali menyebut Nabi s.a.w, kerana sabdanya :
" Orang yang bakhil itu ialah orang yang disebutku di sisinya tetapi ia tidak berselawat."
(Abu daud dan Ahmad)
9. Ketika kesusahan dan dukacita
10.Pada ketika seseoarang terlupa sesuatu perkara.
Ayuh..lazimkan lidah untuk berselawat kepada Baginda s.a.w..in sya ALLAH (^.^)
***
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah 'ala kulli hal,,
Banyak urusan saya dan keluarga telah disempurnakan dan dipermudahkan ALLAH..
Malam tadi family gathering dengan ahli keluarga baru (Abe Im) di Restoran dalam taman. Special cket.. Semoga ALLAH kurniakan keberkatan dalam keluarga kami..kumpulkan kami kembali di Syurga.amiin..
***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan