Duhai hati
jangan jauhi ALLAH..
Ke mana pun kau lari.. ALLAH
ekori mu rapat-serapatnya,
Duhai hati
Jangan sisihkan ALLAH
Ke mana pun kau sembunyi… ALLAH
ada sedekat-dekatnya
Terlalu menarik isi kandungan dalam
majalah Gen-Q. Tidak tahu yang mana ingin saya kongsi kan. Ingin di’fotostat’
semuanya..tidak wajar sekali. Jika ingin membaca keseluruhan isinya dan terlepas keluaran ni, boleh la pinjam
dengan saya nanti. InsyaALLAH. Saya cuba ringkaskan isi kandunganNya disini agar saya dapat membawa anda meneroka cintaNya bersama. Selamat meneroka!
KRONOLOGI CINTA
“Percayalah, kita boleh
mengetahui siapa yang bertakhta di hati seseorang itu dengan memerhatikan
kekerapan dia menyebut sesuatu nama dalam setiap perbualannya”
Ini satu petikan kata2 yang saya
ambil. Emm..ada benarnya. Bercakap soal cinta, pasti terbayang si jejaka dan si
dara manis yang sedang asyik bermadah cinta. Dilamun ombak rindu. Terfikir kah
kita kepada Yang Maha Pencinta yang menganugerahkan rasa cinta? Adakah Dia yang
diagung2kan dalam setiap tutur bicara kita? Oh..sangat jarang bukan kita ingat
kepadaNya. Bagaimana cinta kita kepadaNya? Adakah cinta kepadaNya melebihi
segala makhluk di muka bumi ini? Ya ALLAH...ampunilah kami.
Maafkan saya kerana melontar soalan bertalu-talu.
Dengan bertanya, kita boleh muhasabah bersama-sama. Benar, kita sedang mencari
cinta. Dia mendahului kita dengan mencintai kita.Dia berikan segala apa yang kita perlukan dalam hidup ini, walaupun kita sering minta apa yang kita ingini. Tapi... kita sering lalai dan
lupa akan cintaNya. Jika si kekasih di layan sebegini, sudah lama retak
hubungannya. Saya tidak mahu mengagungkan cinta si kekasih. Cukuplah sekadar
satu analogi yang mudah nampak dan jelas.
Ayuh kita buat perbandingan kronologi cinta manusia sesama manusia
dengan kronologi cinta manusia kepada ALLAH.
Manusia + Manusia
Permulaan :
Berkenalan dengan
seseoarang, sama ada secara rawak atau dikenalkan oleh kenalan.
Detik kedua :
Ingin memahami
seseorang yang dikenali itu dengan lebih mendalam kerana ada sesuatu yang
istimewa padanya.
Tanda cinta :
Tidak dapat
melupakan seseorang yang dikenali itu. Pagi, petang, siang, malam asyik terbayang.
Ketika itu jika seseorang yang dikenali itu meminta apa-apa bantuan, maka akan
diturutkan seikhlas jiwa.
Betol tak kronologi ni? Pasti
anda sedang tersenyum sekarang ini.. Ya, kerana anda pernah mengalaminya. Ops! Bukan
maksud saya anda pernah bercinta. Masih ingatkah bagaimana berputiknya cinta
kita ibu bapa, guru2 dan sahabat kita? Bukankah seperti ini juga kronologinya =)
Mari kita semak kronologi cinta
Mencintai ALLAH.
Permulaan :
Belajar dan mengenali
Maha Pencipta melalui ibu bapa dan guru di sekolah.
Detik kedua :
Memerhati, merasai
dan memahami setiap ciptaan ALLAH yang boleh dilihat oleh mata, yang boleh
didengar oleh telinga dan yang boleh dirasa dengan lidah.
Tanda Cinta :
Setiap masa teringatkan
ALLAH. Menghargai segala ciptaanNya. Bersyukur atas nikmat yang diberikanNya. Mentaati
segala perintah dan menghindari larangannya dengan penuh keikhlasan.
……Ayuh muhasabah….di manakah
tahap cinta kita kepadaNya. Jika kronologi cinta kepada manusia sudah sampai
tahap tanda cinta, kronologi cinta ALLAH di tahap mana..permulaan, detik kedua
atau tanda cinta..?
Teruskan usaha kita untuk sampai
ke tahap kita benar-benar mencintaiNya. Gunakan peluang nikmat yang masih diberikanNya sebaik mungkin sebelum
segala nikmat yang dipinjamkanNya, ditarik balik. InsyaALLAH....moga ALLAH istiqamahkan hati kita.
MERAIH CINTANYA
3 Kunci untuk meraih cinta ALLAH.
1. Mencintai Kalam cintaNya (Al-Quran)
Adakah kita
mencintai Al-Quran dengan membacanya setiap hari, ketika dalam keadaan susah
dan senang?
Sekiranya kita
mendapat SMS atau surat cinta daripada seseorang yang kiat cintai sudah tentu
kita tidak akan membacanya berulang-ulang kali.
Inikan pula
Kalam cinta daripada pemilik segala cinta. Sepatutnya kita tidak jemu membaca,
membawanya, cuba menghafal bait2 ayat cintaNya. Bersedih dan takut apabila
membaca ayat2 tentang azabNya, tersenyum membaca ayat2 tentang nikmatNya.
2. Mencintai Kekasihnya (Rasulullah s.a.w)
“Katakanlah :
Jika kamu benar-benar mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi
dan mengampuni dosa-dosamu” (Al-Imran:31)
Apabila diri
mengakui mencintai Rasulullah s.a.w, sepatutnya Baginda menjadi contoh dan
ikutan kita. Banyak berselawat atas Baginda dan mengikut sikap dan gaya hidup
Baginda s.a.w agar ALLAH mencintai kita.
3. Berzikir kepadaNya
“ Maka ingatlah
kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan
janganlah kamu mengingkari nikmatKu” (Al-Baqarah : 152)
Sekiranya
kita ingin mencintai ALLAH, maka basahilah lidah dengan menyebut nama ALLAH
sentiasa. Amalan kebiasaan yang sering diamalkan, lama-kelamaan akan sebati
dalam diri. Biarlah diri kita pergi menghadapnya dengan mengingatiNya. Mulakan
dengan sedikit tapi istiqamah. InsyaALLAH akan sentiasa diilhamkan untuk
menyebut namanNya. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahukabar.
InsyaALLAH apabila kita
mengamalkan ketiga-tiga kaedah ini sudah pasti ALLAH yang Maha Penyayang akan
sentiasa menyuburkan cintaNya kepada setiap insan yang tidak pernah jemu mengingatiNya!
***
terasa seperti sedang berusrah pula…(^.^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan