Halaman

Isnin, 18 Oktober 2010

Bakal bergelar 'mak lang@ mak su cik@ ape2 je lah"


Betapa gembiranya bila dapat tau hal ni..ecah n abe piji akn bergelar ibu dan ayah..ase cam baru sgt lagi majlis kawn diorang (12 jun 2010)..kami sekeluarga sngat bersyukur dan gembira dengan anugerah ni..
adik izuddeen la paling gembira..dia mmg suka baby..beberapa hari lepas ecah kawen dia dh plan nk suruh baby ecah panggil dia "pak su din" satu hari nanti..he3 kecik2 ag dh jadi pak su..adik2..
xsabar nk tunggu tahun depan (due: bln 6 2011) ..insyaALLAH semoga semuanya selamat..amin..

Sabtu, 2 Oktober 2010

Xde tajuk...

Emm..dah sebulan x update..sbnrnya nk tulis sal raye baru ni..terlalu menarik, memoir, nanti terlalu panjang..xpela, xperlula tulis...he2 (bley plak camtu)

penulisan ni agak sempoi..xtau nak tulis tajuk ape..bila dah ada tajuk baru ada guideline nk tulis ape..macam tula jgk idup ni..kena ada matlamat, barulah kehidupan jadi teratur =)

sekadar perkongsian atau luahan?
ntahla..semakin hari terlalu byk pilihan dan ujian dalam hidup ni..
namun blehkah kita berdiam diri dgn x berbuat ape2..sekadar menunggu takdir yg menentukannya??

Ada masa sebulan lagi saja lagi utk final..waahh..cepatnya dah nak abes sem 3..hu3 seronok belajar sem ni, sebab dh jelas cket dgn prospek kerja aku kelak..belajar, entomology(insect), soil(tanah)...belajar sume ni kan, mengingatkan aku pada kuasaNya..subhanallah..ciptaan dia sgt2 unik...=)

Sesungguhnya apa yang diciptakan oleh Allah adalah tidak sia2..melainkan mahu kita berfikir dan bersyukur dengannya..

xnakla bercerita tentang ape yg dah belajar..kang jadi lecture note plak..he2

agk sibuk ngan kehidupan sekarang, kdg2 ase penat sgt, kdg2 ase lebih baek sibuk...sbb bley melupakan masalah peribadi..hu2 lame2 dptlah lupakan masalah2 2..yg xbesnya bila penat..mengantuk akn menguasai diri..tidur pun akn jd panjangg...part ni paling xsuka...badan jd lagi lemah ada la bila tidur lame..sakit kepala menguasai diri...aduui..time2 gini, kopi radix la jadi ubatnya.. peringatan, jgn tido pas subuh..melainkan mengantuk sgt2 (semoga istiqamah..)

emm..udahlah bercerita ntah papenya..hari ni weekend, kena susun jadual leklok..next week a lots of things to do...

barakallah...

Ahad, 29 Ogos 2010

RAMADHAN...aku rindu padamu...

Alhamdulillah..syukur pada Mu ya ALLLAH kerana masih memberikan aku kesempatan waktu untuk berada dibulan yang Mulia ini...
Ku rasakan inilah bulan untuk aku mengukuhkan hubungan dengan kekasih ku..
yang menghadirkan cintanya pada ku tak pernah jemu, menjaga dan mengawasi ku setiap masa..
tiada siapa menandingi cintanya kepada ku..tanpa cintanya aku lemah...
Aku rindu untuk dekat dengannya lagi...

Dia hadirkan aku waktu yang bermakna untuk menyuburkan cintaku kepadanya...
Ramadhan..
dia mahu aku sentiasa membaca ayat2 cintanya..
bercerita dan mengadu kepadanya...
selalu menyebut namanya..
ingat kepadanya tidak kira waktu..
dia mengharapkan aku
mendambakan cintanya...
Dialah ALLAH yang amat aku cintai...

ya ALLAH..engkau hadirkan aku Ramadhan ini..
untuk aku manfaatkan sepenuhnya..
namun aku lalai dan leka dengan urusan dunia..
terlalu sibuk menguruskan dunia..
sehingga aku lupa kepada anugerahMu ini..
ampuni aku ya ALLAH...

ya ALLAH..anugerahMu ini akan berlalu pergi...
tolong ya ALLAH..aku tidak mahu ia pergi meninggalkan ku...
aku belum puas...
aku bimbang dan aku takut jika aku tidak dapat bertemu dengannnya lagi..
ya ALLAH..
berikanlah aku kesempatan waktu..
aku ingin Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik dalam hayatku...
di mana aku mahu suburkan cintaku kepadamu sepanjang rohku meniti dalam dunia ini..
istiqamahkan lah cintaku....
a

Ya ALLAH,
Ramadhan ini...
aku rindu sepenuh hatiku...
aku dambakan cinta Mu jua....
pertemukanlah ia denganku lagi....

amin...

Isnin, 5 Julai 2010

Bagaimana menghadapi musibah..?



Apa yang kita fikirkan, sangat mempengaruhi hati. Jika kita ingin hati kita tenteram, maka fikiran terlebih dahulu mesti ditenteramkan. Hati itu merasa, akal pula berfikir. Fikiran dan perasaan saling berhubungan.Maka untuk mengawal perasaan, terlebih dahulu kawallah fikiran. 'Kita adalah fikiran kita, bukan apa yang kita fikirkan tentang kita" (Pahrol Mohamad Juoi)

Setiap kali ditimpa musibah, ayat yang selalu kita dengar,
"sabarlah, ni ujian daripada ALLAH..sudah pasti ada hikmahnya"
dan x kurang pula pula yang mengeluh
"apalah salahku...kenapa aku yang kena musibah ni"..
"jika aku tak buat begitu, tentu tak jadi begini.."


Apabila ditakdirkan sesuatu yang negatif berlaku, terimalah. Kita tidak dapat mengawal arah kehidupan kita, tetapi kita mampu mengawal kemudi IMAN.. Berfikirlah secara positif dengan berkata "tentu ada hikmahnya" dan bukan menafikan realiti dengan berkata "jika" atau "andainya" yang menjadi racun kepada kesabaran.

Tip menghadapi musibah :


1. Ucap lafaz istirja' (Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un) dan berdoa dengan doa Ummu Salamah
" Ya ALLAH berilah daku pahala atas musibah ini, dan gantikanlah musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik untuknya".

2. Bersangka baik dengan ALLAH, bahawa pasti ada kebaikan atau hikmah di sebalik musibah.

3. Ingatlah bahawa ALLAH masih mengingati kita.

4. Jangan sekali-kali lupa berzikir, istighfar dan memperbanyakkan ibadah.

5. Padam api musibah dengan memandang kepada orang lain yang juga ditimpa musibah. InsyaALLAH musibah yang menimpa akan terasa ringan.

6. Jangan mengeluh. Orang yag mengeluh saat ditimpa musibah adalah orang yang cintakan dunia.

7. Lihatlah musibah dengan mata hati

8. Bersabar,
" Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)

9. Ingatlah ALLAH turunkan musibah sebagai ubat penyakit hati.

10. Lalu berkatalah kepada diri "mujurlah ada musibah ini, jika tidak aku terus jadi orang yang lalai dan lupa diri!"


"Sesiapa yang membanyakkan istighfar, maka ALLAH akan membebaskannya daripada kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya" (Riwayat Abu Daud)

InsyaALLAH semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang-orang yang dikasihi ALLAH..

Sabtu, 3 Julai 2010

Musibah..bukalah mata hati..

Apakah itu musibah..

Musibah atau ujian ditakrifkan sebagai sesuatu yang tidak disukai oleh manusia seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan dan pelbagai bencana lagi.
Tiada siapa yang dapat mengelak daripada semua ini..kerana ianya adalah lumrah hidup sebagai manusia, yakni hamba ALLAH.

"Sesiapa yang menyangka sifat kasih sayang ALLAH terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hatinya"


Pernahkah kita merasa sedih dan kecewa apabila ditimpa sesuatu musibah?
Adakah kita menyalahkan diri sendiri, orang lain atau takdir?
Sedarkah kita bahawa ada hikmah disebalik musibah ini..
ALLAH hadirkan musibah dalam hidup kita untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi ALLAH..dengan menilai sejauh mana keimanan hati kita.

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat rupa kamu tetapi ALLAH melihat hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Apabila diuji dengan sakit, baru kita ketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Apabila diuji dengan kegagalan, baru kita ketahui sejauh mana kita berusaha selama ini. Ujian yang didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanana kita kepada. Hal ini kerana iman dan ujian saling berkaitan. Lebih tinggi tahap keimanan seseorang semakin berat ujian yag diterimanya.

Rasulullah, kekasih ALLAH turut menerima ujian daripada ALLAH. Malah ujian yang diterima baginda amatlah berat jika dibandingkan dengan apa yang kita alami sekarang ini. Sejak dari kecil baginda diuji dengan kematian orang-orang tersayang dalam hidup baginda. Kematian bapa semasa masih lagi berumur 2 bulan dalam kandungan ibu, diikuti dengan ibu baginda semasa berumur 6 tahun. Banyak ujian yang diberikan kepada baginda sepanjang hayatnya, namun baginda menghadapinya dengan penuh keimanan.

"Manusia yang paling kuat diuji adalah para rasul kemudian yang mengikutinya, kemudian yang mengikutinya sesuai dengan tahap iman masing-masing" (Riwayat Ahmad)

Setiap orang akan merasai ujian dalam hidupnya, tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi ujian itu menentukan darjatnya di sisi ALLAH. its not what happens to you, but it's what you do about it.. Kita sering tertanya apakah sebab ALLAH memberikan kita ujian ini? pada hakikatnya sebab itu bukanlah penting, tapi apa yang kita lakukan untuk menghadapinya itu yang sebenarnya lagi penting. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan ALLAH berbanding dengan orang yang jauh daripada ALLAH walaupun ujian yang menimpa mereka adalah sama.Kita mampu mengubah ujian itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.



Sungguh lemah diri kita jika kita tidak mampu melihat dengan mata hati setiap musibah yang menimpa diri kita pada saat itu..alangkah ruginya kita kerana tidak merasa betapa syahdunya kasih sayang ALLAH kepada kita.. mana mungkin kita akan diberi ujian sehebat ini, jika kita tidak dikasihinya...

"Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" (surah Al-Ankabut 29:2)

Tatkala terbaca tafsir ayat ini, baru kita sedar, berimankah kita selama ini? Adakah kita sudah benar-benar diuji? Malu rasanya untuk mengaku diri ini telah beriman kepadamu Ya ALLAH..




Bersambung...