Halaman

Isnin, 5 Julai 2010

Bagaimana menghadapi musibah..?



Apa yang kita fikirkan, sangat mempengaruhi hati. Jika kita ingin hati kita tenteram, maka fikiran terlebih dahulu mesti ditenteramkan. Hati itu merasa, akal pula berfikir. Fikiran dan perasaan saling berhubungan.Maka untuk mengawal perasaan, terlebih dahulu kawallah fikiran. 'Kita adalah fikiran kita, bukan apa yang kita fikirkan tentang kita" (Pahrol Mohamad Juoi)

Setiap kali ditimpa musibah, ayat yang selalu kita dengar,
"sabarlah, ni ujian daripada ALLAH..sudah pasti ada hikmahnya"
dan x kurang pula pula yang mengeluh
"apalah salahku...kenapa aku yang kena musibah ni"..
"jika aku tak buat begitu, tentu tak jadi begini.."


Apabila ditakdirkan sesuatu yang negatif berlaku, terimalah. Kita tidak dapat mengawal arah kehidupan kita, tetapi kita mampu mengawal kemudi IMAN.. Berfikirlah secara positif dengan berkata "tentu ada hikmahnya" dan bukan menafikan realiti dengan berkata "jika" atau "andainya" yang menjadi racun kepada kesabaran.

Tip menghadapi musibah :


1. Ucap lafaz istirja' (Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un) dan berdoa dengan doa Ummu Salamah
" Ya ALLAH berilah daku pahala atas musibah ini, dan gantikanlah musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik untuknya".

2. Bersangka baik dengan ALLAH, bahawa pasti ada kebaikan atau hikmah di sebalik musibah.

3. Ingatlah bahawa ALLAH masih mengingati kita.

4. Jangan sekali-kali lupa berzikir, istighfar dan memperbanyakkan ibadah.

5. Padam api musibah dengan memandang kepada orang lain yang juga ditimpa musibah. InsyaALLAH musibah yang menimpa akan terasa ringan.

6. Jangan mengeluh. Orang yag mengeluh saat ditimpa musibah adalah orang yang cintakan dunia.

7. Lihatlah musibah dengan mata hati

8. Bersabar,
" Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)

9. Ingatlah ALLAH turunkan musibah sebagai ubat penyakit hati.

10. Lalu berkatalah kepada diri "mujurlah ada musibah ini, jika tidak aku terus jadi orang yang lalai dan lupa diri!"


"Sesiapa yang membanyakkan istighfar, maka ALLAH akan membebaskannya daripada kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya" (Riwayat Abu Daud)

InsyaALLAH semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang-orang yang dikasihi ALLAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan