Halaman

Selasa, 20 Ogos 2013

Iringan Doa Kami..

"Wahai Tuhan kami, 
Berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami daripada kemaksiatan dan berilah ketaatan kepadaMu, 

yang menyampaikan kami ke SyurgaMu dan 

keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana dunia.."

Hanya kepada ALLAH tempat kita bergantung. Semoga kita tidak lupa kepadaNya.

Syukur Alhamdulillah..Segala puji hanya untukNya.
Lama saya menyepi tidak mencoret kata di sini.
Imbau kembali perjalanan Ramadhan lalu. Rindunya rasa... Semuanya hidup dalam suasana ibadah. Hari-hari dalam bulan Ramadhan, tidak mahu disiakan. Berpuasa, baca Al-Quran, zikir, solat sunat, majlis ilmu...semuanya ingin berbuat pahala dan mengharapkan pengampunan daripada ALLAH. Alangkah baiknya jika suasana tarbiyah ini diteruskan ke bulan2 seterusnya. 

Teringat saya petikan tazkirah di masjid malam terakhir bulan Ramadhan yang lepas. 
"Berapa ramai jemaah masjid kita yang sudah tidak bersama kita malam ini? ada yang dah meninggal dunia, sakit. Boleh jadi, ini adalah malam terakhir kita berada di bulan Ramadhan, tahun depan kita tidak lagi berpeluang menjadi tetamu Ramadhan lagi..." 
Ya ALLAH, hidupkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu, dan matikanlah kami dalam iman.

Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, saudara kita di Syria, Mesir, Palestin dan di mana sahaja sedang berada dalam ketakutan dan kesusahan. Mereka tidak dapat merasa kuih raya, lemang, memakai baju raya seperti kita. Mereka berhujankan peluru, bermandikan peluh dan darah. Menuntut keadilan untuk Islam. Sensitif tak kita dengan isu ini? Berada dalam kesenangan adalah satu ujian..sejauh mana kita ingat akan saudara kita di sana. Bila kita tengok video keadaan di sana, air mata menitis, hati berasa geram marah dengan kezaliman. Melihat gambar mereka yang syahid, terasa kagum dengan semangat mereka..Kita tidak mampu ke sana untuk membantu mereka..namun kita diberi keupayaan dan senjata yang paling hebat anugerah ALLAH. Iaitu DOA. DOA adalah senjata orang mukmin. Senjata ini adalah lebih hebat berbanding senjata2 yang digunakan oleh musuh2 Islam di sana. Oleh itu, jangan kita lupa untuk berdoa mereka walau di mana sahaja kita berada. Semoga ini menjadi satu usaha kita untuk membantu mereka. InsyaALLAH..Ihzimhum wansurna 'alaihim!



Bumi anbiya' kini bergolak,
Tanah sucinya kini bermandikan darah,
Dihujani peluru,
Disirami air mata ketakutan dan kesedihan,
Allahurobbi...
Saudaraku,
Bagaimana kiranya kita berada di sana?
Kuatkah semangat kita seperti mereka?

Mereka saudara seISLAM kita...
Dibedil tanpa belas kasihan.
ISLAM dipijak-pijak.
Pemimpin ISLAM dibunuh kejam!
Masih mahu berdiam diri kah kita?

Ya Rasulullah.
Bagaimana kiranya dirimu melihat keadaan ini?
Kami bersalah ya Rasulullah,
Jika kami hanya berdiam diri...
Tiada apa usaha kami untuk membantu ISLAM.
Kami tidak mahu sinar ISLAM memudar,
Kami tidak mahu bumi anbiya' terus dikotori,
Kami tidak mahu ISLAM dipijak-pijak!
Ini agama ALLAH.
Hanya satu-satunya agama yang diredhai ALLAH.

Bila ISLAM dijulang, 
Ada yang menghalang..

Ya ALLAH.
Ini ujian dariMu,
Agar kami dekat kepadaMu,
Agar kami sabar menghadapinya..
Kuatkan kami.
Bantulah kami..
Semuanya berlaku dengan izinMu.
Sesungguhnya kami tidak berupaya melainkan dengan bantuan daripadaMu.

TERUSKAN DOA KITA....INSYAALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan