Halaman

Sabtu, 4 Disember 2010

Iman..

Tanda-tanda Lemah Iman

1. Melakukan dosa tanpa rasa bersalah atau kesal
2. Mempunyai hati yang keras dan tidak ada keinginan membaca Al-Quran
3. Malas membuat kebajikan contohnya melewat-lewatkan solat
4. Meremehkan amalan sunnah Rasulullah
5. Mengikut kehendak emosi. Contohnya mudah berkecil hati terhadap perkara remeh
6. Tidak merasa apa-apa apabila membaca Al-Quran terutamanya berkenaan azab dan hukuman daripada ALLAH
7. Amat sukar mengingati ALLAHdan sukar mengucapkan zikir
8. Tidak merasa susah hati apabila berlaku perkara yang bercanggah dengan syariah
9. Mengejar status jawatan dan kekayaan
10. Mementingkan diri sendiri
11. Menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan diri sendiri dalam kelalaian
12. Merasa suka apabila melihat orang lain dalam kesusahan
13. Sekadar mempedulikan perkara yang halal dan haram, tetapi tidak menjauhi yang syubahatdan makruh
14. Merasa geli hati apabila melihat orang yang melakukan amal soleh. Seperti membersihkan surau.
15. Tidak prihatin terhadap situasi umat Islam
16. Tidak merasa bertanggungjawabkan untuk meninggikan syiar Islam
17. Tidak mampu menghadapi musibah.
18. Suka bergaduh atau berbahas tanpa hujjah.
19. Berminat pada perkara dunia dan merasa rugi apabila terlepas hal2 kekayaan.
20. Berbangga dengan kehebatan diri.

Isnin, 8 November 2010

Salam imtihan..

Debaran kian terasa..baca n baca, tulis dan tulis nota..discuss dan discuss..
bila dh semakin dekat dengan hari exam, semakin takut dan mula ase xtau nak baca ape lg dh..em.tula fenomena yg melanda diri setiap kali masuk musim exam final..

9-22hb november 2010 exam final semester 3. saat getir kerana ad dua subjek 4 unit, entomology dan pengajian islam..emm..semoga dipermudahkan semuanya...
siapa yang xnak cemerlang dalam exam..walaupun kemanisan tu rasa sekejap sahaja.. bagi diri ini, pointer bukan segala-galanya..
apa yang kita dapat tu, itula hasil usaha kita..bimbang jika meletakkan satu target, xdapat mencapainya..xdapat menerima dan mula menyalahkan..

setelah berusaha dan berdoa, tawakkal lah pada ALLAH, sebab Dialah yang menentukan segalanya...cemerlang atau tidak bukan soalnya..namun sejauh mana kita beruasaha dan bertawakal kepadaNya..

Ramai yang aim nak dpt dean list..study sungguh2 ni..emm..perlukah masuk dalam dean list? bukan ape..tapi bagi diri ini..biar biasa sahaja..bila dapat pointer ok, mula rasa senang duduk...bimbang timbul rasa bangga diri..na'udzubillah...

apa2 pun..niat yang palin utama adalah kerana ALLAH..bila kita niat kerana ALLAH..ape yang kita dapat..kita redha dengannya..jika ok , Alhamdulillah..kena kekalkan kecemerlangan..jika x ok, maknanya kena usaha lagi..

pointer ok ke x ok..dua2 ujian..kenapa?? sebab pointer ok akn menguji kita dari segi perasaan kita..bersyukur kah kpd ALLAH? bangga dengan pointer tu? dan satu ujian bagaimana untuk mengekalkannya..
pointer x ok pun satu ujian..sejauh kita menerima ketentuan ALLAH, sabar atau tidak? dan ujian untuk kita x berputus asa...bangun dari kegagalan dan buktikan kita gak boleh berjaya..

semasa musin exam ni,,jagalah hubungan dengan ALLAH..dekatkan diri denganNya. Banyakkan amalan2 sunat..semoga terus istiqamah..bukan semasa exam ni sahaja..
insyaALLAH dapat diteruskan sampai bila2...
mohonlah restu daripada ibu bapa.. Redha ALLAH, pada Redha ibu bapa..
ingat lagi pesan ustazah mariam kmk..minta ibu bapa bacakan untuk kita surah Al-Anfal.] semasa kita jawab exam.. inysaALLAH dipermudahkan..(hubungi mak dan abah sebelum masuk exam..)
jaga juga hubungan dengan kawan2...=)


akhir kalam...sama2 cek balik niat..betolkah kita belajar selama niat kerana ALLAH atau kerana perkara lain... begitu juga dengan exam,, study semata2 untuk exam atau kerana ALLAH?? sama2 muhasabah ...jadikanlah ALLAH tujuan utama dalm segala perkara...insyaALLAH..semoga berjaya..

Isnin, 18 Oktober 2010

Bakal bergelar 'mak lang@ mak su cik@ ape2 je lah"


Betapa gembiranya bila dapat tau hal ni..ecah n abe piji akn bergelar ibu dan ayah..ase cam baru sgt lagi majlis kawn diorang (12 jun 2010)..kami sekeluarga sngat bersyukur dan gembira dengan anugerah ni..
adik izuddeen la paling gembira..dia mmg suka baby..beberapa hari lepas ecah kawen dia dh plan nk suruh baby ecah panggil dia "pak su din" satu hari nanti..he3 kecik2 ag dh jadi pak su..adik2..
xsabar nk tunggu tahun depan (due: bln 6 2011) ..insyaALLAH semoga semuanya selamat..amin..

Sabtu, 2 Oktober 2010

Xde tajuk...

Emm..dah sebulan x update..sbnrnya nk tulis sal raye baru ni..terlalu menarik, memoir, nanti terlalu panjang..xpela, xperlula tulis...he2 (bley plak camtu)

penulisan ni agak sempoi..xtau nak tulis tajuk ape..bila dah ada tajuk baru ada guideline nk tulis ape..macam tula jgk idup ni..kena ada matlamat, barulah kehidupan jadi teratur =)

sekadar perkongsian atau luahan?
ntahla..semakin hari terlalu byk pilihan dan ujian dalam hidup ni..
namun blehkah kita berdiam diri dgn x berbuat ape2..sekadar menunggu takdir yg menentukannya??

Ada masa sebulan lagi saja lagi utk final..waahh..cepatnya dah nak abes sem 3..hu3 seronok belajar sem ni, sebab dh jelas cket dgn prospek kerja aku kelak..belajar, entomology(insect), soil(tanah)...belajar sume ni kan, mengingatkan aku pada kuasaNya..subhanallah..ciptaan dia sgt2 unik...=)

Sesungguhnya apa yang diciptakan oleh Allah adalah tidak sia2..melainkan mahu kita berfikir dan bersyukur dengannya..

xnakla bercerita tentang ape yg dah belajar..kang jadi lecture note plak..he2

agk sibuk ngan kehidupan sekarang, kdg2 ase penat sgt, kdg2 ase lebih baek sibuk...sbb bley melupakan masalah peribadi..hu2 lame2 dptlah lupakan masalah2 2..yg xbesnya bila penat..mengantuk akn menguasai diri..tidur pun akn jd panjangg...part ni paling xsuka...badan jd lagi lemah ada la bila tidur lame..sakit kepala menguasai diri...aduui..time2 gini, kopi radix la jadi ubatnya.. peringatan, jgn tido pas subuh..melainkan mengantuk sgt2 (semoga istiqamah..)

emm..udahlah bercerita ntah papenya..hari ni weekend, kena susun jadual leklok..next week a lots of things to do...

barakallah...

Ahad, 29 Ogos 2010

RAMADHAN...aku rindu padamu...

Alhamdulillah..syukur pada Mu ya ALLLAH kerana masih memberikan aku kesempatan waktu untuk berada dibulan yang Mulia ini...
Ku rasakan inilah bulan untuk aku mengukuhkan hubungan dengan kekasih ku..
yang menghadirkan cintanya pada ku tak pernah jemu, menjaga dan mengawasi ku setiap masa..
tiada siapa menandingi cintanya kepada ku..tanpa cintanya aku lemah...
Aku rindu untuk dekat dengannya lagi...

Dia hadirkan aku waktu yang bermakna untuk menyuburkan cintaku kepadanya...
Ramadhan..
dia mahu aku sentiasa membaca ayat2 cintanya..
bercerita dan mengadu kepadanya...
selalu menyebut namanya..
ingat kepadanya tidak kira waktu..
dia mengharapkan aku
mendambakan cintanya...
Dialah ALLAH yang amat aku cintai...

ya ALLAH..engkau hadirkan aku Ramadhan ini..
untuk aku manfaatkan sepenuhnya..
namun aku lalai dan leka dengan urusan dunia..
terlalu sibuk menguruskan dunia..
sehingga aku lupa kepada anugerahMu ini..
ampuni aku ya ALLAH...

ya ALLAH..anugerahMu ini akan berlalu pergi...
tolong ya ALLAH..aku tidak mahu ia pergi meninggalkan ku...
aku belum puas...
aku bimbang dan aku takut jika aku tidak dapat bertemu dengannnya lagi..
ya ALLAH..
berikanlah aku kesempatan waktu..
aku ingin Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik dalam hayatku...
di mana aku mahu suburkan cintaku kepadamu sepanjang rohku meniti dalam dunia ini..
istiqamahkan lah cintaku....
a

Ya ALLAH,
Ramadhan ini...
aku rindu sepenuh hatiku...
aku dambakan cinta Mu jua....
pertemukanlah ia denganku lagi....

amin...