Halaman

Isnin, 10 Mac 2014

Mak..rindu..

Bila dia tiada jauh dari mata...betapa rindunya.
Rindu kalam Mak.
Rindu nasihat dan teguran Mak
Rindu permintaan Mak.
Rindu tunjuk ajar Mak.
Segalanya-galanya tentang Mak...

Hanya Mak. Anugerah terindah dalam hidup. Tiada pengganti.





Khamis, 6 Mac 2014

Muqaddimah "sepi"..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiada yang karya yang indah seindah karya ALLAH..iaitu Al-Quran
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Masih diberi kekuatan, kesempatan untuk jari jemari ini bergerak di atas key board menyusun atur kalam tanpa suara..

Lama menyepi?
Agak lama..masih ada di dunia fana ini..masih bersama kalian untuk mengumpul bekalan ke akhirat sana.
Khilaf diri, sibuk dengan hal lain sampai terlupa hak Destinasiku terhadap saya..
Saya bersedia memikul amanah dengan mencipta blog ini...dengan tujuan ia adalah salah satu bekalan pahala yang mengalir apabila saya sudah kembali kepadaNya. InsyaALLAH.
Tiada mampu saya menyusun atur kalam bersuara di sekolah, surau atau di kampung2.
Tiada mampu saya menerbitkan kalam bisu yang sarat dengan butiran huruf di dalam buku.
Hanya ini yang saya mampu saya sampaikan....
Sampaikan...kepada semua yang saya sayangi..
semoga menjadi pedoman dan amalan untuk kebahagiaan akhirat.
Mungkin tidak banyak, harapan dan semoga dengan izin ALLAH ada bekalan yang dapat dibawa pulang selepas singgah di DESTINASIKU...


Kenapa Destinasiku ya?
2009 blog ini ditubuhkan...
Sedang menaip karya pertama, lagu nasyid Destinasi Cinta bermain di media player..
dapatlah ilham destinasi cintaku...tapi macam pelik..
mesti fikir pasal cintan cintun..pasal kawen..
Jadi saya tukar menjadi DESTINASIKU...
Destinasiku untuk mengukir kata..
meluahkan rasa...berkongsi rasa.
berkongsi pengalaman.
berkongsi ilmu..
Destinasiku yang terakhir.....iaitu akhirat.
Saya takut saya lupa.
Saya takut orang yang saya sayang lupa... lupa akan adanya akhirat..
Ops...siapa ya orang yang saya sayang?
Kalianlah..yang diilhamkan, digerakkan hati untuk singgah di sini..
sekalipun tak bertemu mata...berdialog
tapi harapnya kita dapat berkumpul bersama di Syurga nanti..
Amin.. doakan.

Ya ALLAH luruskan hatiku dan niatku sepanjang hayat ini untuk sama2 saling ingat mengingatkan...

Khamis, 5 Disember 2013

Sering kita lupa.

Ya ALLAH..terkejut menerima berita kematian seorang sahabat perjuangan USM..
Arwah Iswandi Ishak..
5 Disember 2013, adalah hari ulang tahun kelahiraan arwah yang ke 23..
namun  hari yang sama juga, beliau telah kembali kepada penciptanya..
Sungguh kematian itu dekat,
Tapi kita sering lupa...
Kita takut mati..padahal ianya pasti..!

Bagaimana nak diluah dengan kata2...
Ya ALLAH didiklah hati kami dalam mentaatiMu,
sentiasa memohon maghfirahMu..
Kurniakan kami kematian yang penuh dengan persediaan...
kerana kami akan kembali kepadaMu,
kembali yang tidak lagi kembali...

Al-Fatihah.
Arwah merupakan Timbalan Bendahari PMIUSM 2010/2011
MPP 2011/2012.

Seorang yang banyak memberi tunjuk ajar ketika saya mula bertatih mejadi Bendahari PMIUSM 2011/2012.
Mudah diajak berbincang, mudah bekerjasama dan sedia memberi pandangan.
Seorang pemimpin yang berkaliber..
Sungguh ALLAH lebih menyayangiMu...

insyaALLAH semoga kita bertemu di syurga.....

Khamis, 21 November 2013

Sabar..
ALLAH ada bersama.. ini satu pengorbanan. Hujung minggu ni ahli keluarga balik berkumpul..tapi tak dapat balik bersama mereka...emm. Xpelah, sabar..sikit masa lagi, panjang umur dapat jumpa lagi. InsyaALLAH

Ibrah semalam: Bila sesuatu hilang daripada kita, baru kita sedar betapa berharga ia kepada kita...
Tapi bila iman di dada berkurang, adakah kita merasa perkara yang sama. Lets feel it..

Ya ALLAH.. tetapkan hati kami..tempatkan kami bersama dengan orang2 yang beriman kelak.
Amin.




Rabu, 20 November 2013

Semuanya dari ALLAH

Semuanya daripada ALLAH..
Setiap apa yang berlaku, ambil pelajaran daripadanya..
tidak ALLAH takdirkan dan jadikan sesuatu itu tanpa ada hikmahnya..
koreklah..pasti akan temui hikmahnya.
nilai setiap yang berlaku dengan hati kita bukan dengan nafsu.

*Hari ini dalam sejarah.. berhati2 semasa memandu..sekarang musim hujan, jangan rushing..
apa2 pun segerakan urusan dengan ALLAH terlebih dahulu.

Redha ALLAH yang kita cari, bukan redha manusia.
InsyaALLAH.