Sabar..
ALLAH ada bersama.. ini satu pengorbanan. Hujung minggu ni ahli keluarga balik berkumpul..tapi tak dapat balik bersama mereka...emm. Xpelah, sabar..sikit masa lagi, panjang umur dapat jumpa lagi. InsyaALLAH
Ibrah semalam: Bila sesuatu hilang daripada kita, baru kita sedar betapa berharga ia kepada kita...
Tapi bila iman di dada berkurang, adakah kita merasa perkara yang sama. Lets feel it..
Ya ALLAH.. tetapkan hati kami..tempatkan kami bersama dengan orang2 yang beriman kelak.
Amin.
Khamis, 21 November 2013
Rabu, 20 November 2013
Semuanya dari ALLAH
Semuanya daripada ALLAH..
Setiap apa yang berlaku, ambil pelajaran daripadanya..
tidak ALLAH takdirkan dan jadikan sesuatu itu tanpa ada hikmahnya..
koreklah..pasti akan temui hikmahnya.
nilai setiap yang berlaku dengan hati kita bukan dengan nafsu.
*Hari ini dalam sejarah.. berhati2 semasa memandu..sekarang musim hujan, jangan rushing..
apa2 pun segerakan urusan dengan ALLAH terlebih dahulu.
Redha ALLAH yang kita cari, bukan redha manusia.
InsyaALLAH.
Setiap apa yang berlaku, ambil pelajaran daripadanya..
tidak ALLAH takdirkan dan jadikan sesuatu itu tanpa ada hikmahnya..
koreklah..pasti akan temui hikmahnya.
nilai setiap yang berlaku dengan hati kita bukan dengan nafsu.
*Hari ini dalam sejarah.. berhati2 semasa memandu..sekarang musim hujan, jangan rushing..
apa2 pun segerakan urusan dengan ALLAH terlebih dahulu.
Redha ALLAH yang kita cari, bukan redha manusia.
InsyaALLAH.
Sabtu, 9 November 2013
8 Sandwich sardin, RM1.
Murahnya!
Itulah yang terjadi. Terharu dengan tarbiah daripada ALLAH di
sebalik semua ini. Semoga perkongsian kisah ini dapat memberi sedikit kesan dalam hati kita.
***
Ingin berikhtiar sendiri, berusaha mencari pendapatan
sendiri. Keluar satu idea daripada sahabat2 untuk berniaga sandwich sardin.
Senang dan boleh dapat banyak untung. Itulah kata2 perangsang yang menyebabkan
saya yakin mengeluarkan modal untuk berniaga.Tak banyak. Sikit je untuk
permulaan.
Semangat. Lepas study, prepare semua bahan2 untuk jualan
esok. Rupa2nya. 2 jam setengah saya
perlukan untuk membungkus 8 sandwich sahaja!
Sabar dan usaha. Baru tau kenapa sandwich mahal harganya. Huhu Sebelum2 ni selalu fikir banyak kali kalau nak beli sandwich..
Esok paginya, pelan pemasaran yang asal terpaksa dibatalkan.
Saya tukar pelan lain. Mencuba nasib.
Dah lewat tengah hari, urusan saya belum selesai di Tanah
Merah. Saya hubungi seorang adik untuk tengok sandwich yang saya letak tadi.
“Akak, brape total akak letak sandwich td?”
“8..”
“Allah..akak, ad baki lagi 6, tapi duit ada RM1 je”
Bermakna satu lagi diambil ‘percuma’.
Emm.mungkin dia sangat lapar dan tergesa2 untuk ke kelas.
Hanya ambil je.
ALLAH tahu.
“Takpelah..ambil 6 lagi tu, bagi kat sahabat2 makan. Simpan nanti tak elok pula”
Bila kita susah, ingat ada orang yang lebih susah dari kita.
..
Bagaimana agaknya perasaan peniaga yang berhadapan dengan
susah payah, dan akhirnya perniagaannya rugi untuk hari itu? Awal pagi bangun
sediakan kelengkapan..berjam2 menunggu pelanggan, tapi tiada pun keuntungan pun
mereka dapat.
Esoknya, mereka datang berniaga lagi. Itulah mata pencarian
mereka
Tidak jemu, tidak putus asa. Yang penting usaha.
Yakin, rezeki ALLAH akan beri kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Alhamdulillah, saya masih ada sumber kewangan lain.
Peniaga ini? Hanya bergantung pada perniagaan mereka.
Membuatkan hati tersentuh.
“Akak, RM1 pun rezeki dari ALLAH kan?”
Senyum.
“Betol dik..terima kasih”
Meneruskan perjalanan pulang dari Tanah Merah ke Jeli dengan
hati yang dicuit Tarbiyah daripada ALLAH.
BERSYUKURLAH.. (^_^)
Banyak atau sedikit atau tiada langsung, semua rezeki ALLAH yang beri.
BERSANGKA BAIK.
Semua yang kita ada, bukan milik kita. Kita cuma diamanahkan untuk menjaganya.
YAKIN.
Kita merancang, ALLAH yang menentukan. Ketentuan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita.
Terima kasih Ya ALLAH.
Langgan:
Catatan (Atom)