Halaman

Isnin, 24 Jun 2013

Sampaikan kami kepadanya..

Catatan semalam.

Siaran televisyen di TV9 peneman setia di pagi Ahad selepas rancangan Tanyalah Ustaz. NLKO, Nasi Lemak Kopi O. Ada 3 pengacara begitu santai menyampaikan topik perbincangan hari ini. 
"Malam ni nisfu Sya'ban". tiba2 salah seorang pengacara berbicara walaupun itu bukanlah topik utama NLKO hari ni.

Saya sedikit 'tersedar'. Allahurobbi.. Hari ini dah 14 Sya'ban. 
Patutla semalam adik kata "acik bukan 18 hari lagi nak Ramadhan, 17 hari lagi.."
Adik mengingatkan saya. Countdown yang ditulis pada white board diubahnya. 

                                                                   ***
Cepatnya masa berlalu. Kita menghitung hari setiap hari untuk sampai ke hari2 penting dalam hidup kita. Tapi banyak yang kita lupa untuk menghitung hari kematian.
"Untuk apa hitung, kita tak tahu pun bila?" Na'udzubillah.
Hitung hari kematian kita dengan amalan. Kita tidak tahu bila akan tiba..tapi ianya pasti.
Kita sibuk menghitung hari penting dalam hidup, padahal kita belum pasti hidup keesokan harinya. Realiti. 
Kematian yang pasti...cukup2 jarang kita ingat.
Astaghfirullah..

Ramadhan akan tiba beberapa hari saja lagi.. 
Bila diingatkan baru kita teringat. Jadi, jangan pernah sunyi daripada menerima peringatan.

Beberapa perkara seharusnya menerjah dalam kepala bila diingatkan tentang Ramadhan...
"adakah sempat kita berada dalam bulan Ramadhan tahun ini?"
"apa persediaan yang dah dibuat?"
Sedihnya sekarang sudah ramai yang mula membuat tempahan kuih raya, baju raya warna apa, nak raya kat mana. Allahurobbi..raya nanti belum pasti lagi kita hidup atau tidak. Bersungguhlah mengumpul amalan, bukannya keseronokan. 
Banyakkan doa semoga ALLAH sampaikan kita ke bulan Ramadhan dan menemui bulan Ramadhan akan datang.

                                                                            ***

Teruja menyambut kedatangan 15 Sya'ban, ramai keluarga datang ke masjid malam tadi. Membaca Yasin beramai-ramai. Sebelum ni masjid tu sunyi. Beberapa kerat jemaah je yang ada. Alhamdulillah ada yang mengimarahkan masjid malam tadi. Seronok tengok. Paling seronok malam tadi bulan sangat cantik. Waktu memandu kereta ke masjid nampak bulan cantik sangat. Terang benderang. Hasrat hati nak pusing2 bandar di bawah sinaran bulan, alahai lesen tak bawa pula. Dibatalkan saja hasrat tu. Tengok dari masjid ajelah sambil menjamu laksa =)

Malam nisfu Sya'ban, bukan hanya tentang baca Yasin 3 kali berjemaah, makan jamuan, bersilaturrahim, tengok bulan sahaja. Ada sesuatu yang lebih indah. 
Malam ini adalah malam di galakkan untuk umat Islam memperbanyakkan amalan dengan berdoa,  membaca Al-Quran dan qiyamullail.

Jadikan malam nisfu sebagai satu 'reset button' buat kita, untuk mempunyai  azam yang baru. Azam untuk memperoleh hati dan semangat yang baru sebagai persiapan menghadapi bulan yang dirindui, bulan Ramadhan.
Perbanyakkan ibadah, tundukkan nafsu perlahan-lahan agar nafsu tidak terkejut pada saat 1 Ramadhan!
Salah satu cara untuk menudukkan nafsu adalah dengan berpuasa. Jika sebelum ini kita tidak berkesempatan atau terlupa untuk puasa sunat, ambil peluang yang masih ada untuk puasa sunat. Sebagai latihan. Bangun bersahur dan ambillah sedikit kesempatan untuk berqiyamullail walaupun hanya sekadar dua rakaat.

Waktu yang ada sebelum menjelang Ramadhan, sama-sama kita latih diri untuk banyak membaca dan  mentadabbur ayat-ayat Al-Quran. Adalah lebih baik kita punya azam untuk mengkhatam 30 juzuk pada bulan Ramadhan nanti. Saya teringat kisah seorang Allahyarham Adik Aiman Nur Hakim Yahya, 13 tahun yang meninggal dunia dalam satu kebakaran. Kuasa ALLAH, orang yang memelihara ayat-ayat ALLAH, ALLAH menjaganya. Subhanallah. Arwah telah menghafal satu juzuk ayat Al-Quran seawal usia 13 tahun. Dalam kejadian arwah terkorban, dan apa yang menakjubkan ALLAH memelihara otaknya yang 'saved' ayat Al-Quran walaupun badannya rentung dalam kebakaran tersebut. Untuk kita, usia ini berapa banyak ayat-ayat ALLAH yang 'saved' dalam otak kita? ='( 

Selagi hayat masih ada, sama-sama kita tanam azam untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran. 
Tak mampu 30 juzuk, 1 juzuk.
Tak mampu lagi, juzuk 'amma. 
Tak mampu lagi, 1 surah. 
Tak mampu lagi,1 ayat. 
Tak mampu lagi....
MALU lah kepada ALLAH.


Pemilik jari yang sedang menulis ini lebih bertanggungjawab atas setiap patah perkataan yang ditulis. Menuntut diri untuk sama-sama ingat bersama kalian. Bukankah matlamat kita untuk hidup bersama di Syurga nanti? Ayuh kita persiapkan diri menujunya. InsyaALLAH. 

"Ya ALLAH, sampaikan kami kepadanya, Ramadhan yang Mulia"

Andai kita tidak diizinkan menjadi tetamu Ramadhan, semoga ALLAH menerima segala amalan kita sebelum  ini.amiin.... Sesungguhnya daripada ALLAH kita datang, dan kepadaNya lah kita kembali..

Al-fatihah kepada Arwah Allahyarhamah Sumaiyyah bt Romli, muslimah yang maut dalam kemalangan di Jordan. http://educationmalaysia.co.uk/menu-utama/8-news/224-pelajar-ucl-terlibat-dalam-kemalangan-maut-di-jordan.htm (Klik untuk baca)


Selasa, 18 Jun 2013

Syria?


Syria... tergerak untuk bercerita tentangnya.
Emm..sejauh mana pengetahuan kita tentang isu ini. Isu ini sudah agak lama, tapi kebelakangan ini agak hambar diperkatakan, termasuklah diri saya sendiri. Apabila kita kurang pengetahuan, kuranglah cakna kita tentang sesuatu perkara. Betul kan?
Ayuh buka mata kita saudaraku.
Jika dulu kita tahu cerita Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan
Kini.. Basyar Assad pula.
Bukan perkara main2. Ini adalah Isu Aqidah.
Sama2 kita tambah pengetahuan, agar sentiasa peka dan paling penting doakan saudara kita di sana. InsyaALLAH.

(klik link video dibawah, wallahua'alam)
https://www.facebook.com/photo.php?v=472391059509589

...ayuh sama2 kita cakna....



PERISTIWA SYRIA


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assadyang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.

Penjelasan tentang pertembungan Syiah dan Sunni.




KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?


1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA.

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.

TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.
Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.

Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.



PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA


-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.

Kalam Saidina Ali KWJ;“Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.

Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
- Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah.
p/s perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

Sumber : http://hafizamri.com/apa-yang-berlaku-sebenarnya-di-syria/



Isnin, 17 Jun 2013

Amalan Calon Penghuni Syurga

Zikir mengingati ALLAH

Manfaat Zikir :
  • Kunci ibadah-ibadah yang lain. Tidak ada jalan yang lain bagi merawat atau membersihkan hati manusia kecuali dengan berzikir secara berterusan.
  • Zikir sebagai perantara bagi mendekati ALLAH. ALLAH adalah zat yang maha suci dan dengan demikian, orang-orang yang tidak suci tidak mungkin dapat mendekatinya.
  • Zikir menurunkan rahmat ALLAH. Malaikat mendekati orang-orang yang duduk berzikir. ALLAH pula melimpahkan rahmatnya dan dengan bangga, menyebut nama-nama orang yang berzikir kepada para malaikat
  • Menghilangkan kesusahan hati kerana orang yang berzikir hanya mengingati ALLAH.
  • Melembutkan hati.

“Zikir kepada ALLAH dapat melembutkan hati. Sebaliknya, orang yang tidak berzikir, hatinya kosong mudah marah apabila di dorong oleh nafsu. Akhirnya, hati orang itu menjadi keras sehingga sukar baginya tunduk kepada perintah ALLAH”
  • Menghapuskan segala penyakit hati seperti sombong, riyak, ujub, hasad, dendam,  suka menipu dan sebagainya.
  • Memutuskan ajakan syaitan bagi melakukan maksiat dan menghentikan gelora hawa nafsu.
  • Mampu menolak bencana. Seorang tokoh sufi pernah berkata “siapa yang berzikir, ALLAH sentiasa menjaganya daripada segala bencana.

Abu Hurairah pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
“ Ya Rasulullah, siapakah orang yang beruntung yang mendapat pertolongan mu pada hari kiamat kelak?” Nabi menjawab, “Sesungguhnya aku menduga, wahai Abu Hurairah belu  pernah ada seseorang pun yang bertanya kepada saya hal ini. Sesungguhnya engkau memang berhasrat hendak memperoleh ilmu pengetahuan. Ketahuilah, orang yang beruntung dan mendapat pertolonganku pada hari kiamat kelak adalah orang yang mengucapkan ‘La ilaha illallah’ dengan ikhlas daripada hatinya”
Riwayat Imam Bukhari.

Orang-orang alim yang tergolong dalam ahli zikir sentiasa mengucapkan “La ilaha illallah” sebagai amalan mereka.
Bila kita terasa berat melalui ujian hidup..ucaplah kalimah La ilaha illallah sebanyak-banyaknya…insyaALLAH  kita akan alami sendiri tekanan akan rasa berkurang dan rasa tenang…

Sesuatu yang bukan kebiasaan memang susah nak dibiasakan dengan tiba-tiba. Lazimilah dengan sedikit-sedikit dan istiqamah. Moga sentiasa menjadi amalan bersama.




Sabtu, 15 Jun 2013

Banyak yang Tidak Sedar

Tidak dinafikan bila kita suka sesuatu, kita akan mudah lupa perkara yang lainnya.

Suka teman lelaki/perempuan, kadang lupa semua benda lain. Sampai sanggup gadai maruah diri.

Suka main game, kadang lupa semua benda lain. Sampai solat tinggal, kerja terbengkalai.

Suka pasukan bola, kadang lupa semua benda lain. Sampai sanggup gaduh dengan kawan.

Suka hiburan, kadang lupa semua benda lain. Sampai tak peduli akhlak dan imej diri sebagai muslim/muslimah.

Sebab itu kita sebagai muslim, sebagai mukmin dididik bahawa cinta kita yang tertinggi ialah ALLAH. Tiada Tuhan melainkan ALLAH Tiada yang lebih kita cinta melainkan ALLAH.

Kita akan suka apa ALLAH suka. Kita akan benci apa ALLAH benci.

Kita takkan dekati apa yang ALLAH murka, dan kita akan berlumba-lumba untuk pergi ke arah apa yang ALLAH cinta.

Dengan itu, kesukaan kita terhadap apa jua perkara selepas itu tidak akan membuatkan kita merendahkan maruah dan melanggar syariat. Kerana suka kita terhadap perkara lain itu dipandu cinta kita kepada ALLAH.

Maka rakan-rakan, kita sama-sama tanya diri.

Di mana ALLAH saat kita menyukai perkara-perkara lain?

Apakah Dia kita lupakan dan dijadikan 'second class' dalam kemabukan kita melayan kesukaan kita yang lain?

Sesungguhnya itulah permulaan syirik.


#Muhasabah diri.


Sabtu, 8 Jun 2013

Syurga atau Neraka?


“Pernah tak ke Langkawi?”
“Tak”.
“Macam2 ada, seronok kat sana. Dapat naik cable car, dapat tengok laut dari atas. Naik feri, naik bot. Kat sana banyak tempat menarik. Rugi kalu tak pergi.”
------
“Tak payah pergi sana. Jalan tak elok, jauh, kemudahan semua tak ada. Ingatkan dapat mandi sungai, tapi hanya dapat tengok sungai je. Tak rugi kalau tak pergi”

***
Inilah dunia. Apabila seseorang mengkhabarkan keistimewaan sesuatu tempat, kita teruja mendengarnya. Walaupun tidak pergi kita dapat melihatnya melalui laman web atau gambar2 yang dirakam oleh kawan kita. Bertambah teruja, sehingga kita cakap “nak pergi lah nanti”. Sebaliknya apabila dikhabarkan keburukan sesuatu tempat, kita tidak berminat untuk melihatnya dan langsung tidak mahu menjejakkan kaki sana. Kita dapat tahu melalui pegalaman yang diceritakan.

Tapi..

ALLAH menjanjikan sesuatu yang tidak nampak kepada hamba2 Nya yang beriman. Sekalipun tidak nampak keyakinan kepada ALLAH mengukuhkan kualiti ibadah mereka kepada ALLAH. Bukan ganjaran semata2 tapi redha ALLAH.

Pahala. Dosa.

Syurga.  Neraka.

“ Syurga itu adalah nikmat yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia”
Al-Quran memberikan gambaran syurga dan neraka supaya manusia yang mempunyai pancaindera yang serba sempurna dapat membayangkan bagaimana nikmatnya di syurga dan bagaimana sengsaranya neraka.

Beberapa Sifat syurga :
-          Di dalamnya ada beberapa sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya
-          Beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya
-          Beberapa sungai daripada arak yang lazat bagi orang yang meminumnya
-          Beberapa sungai daripada madu yang suci bersih
-          Segala jenis buah-buahan ada.

Tersenyum, terbayangkan keindahannya dan kenikmatan saat meminumnya =)
“ Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang dirahsiakan untuk mereka yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka kerjakan”
(As-sajdah : 17)
Dibandingkan dengan azab neraka ahlinya diberi minum daripada air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur. Ini baru satu azab neraka yang dinyatakan. Allahurobbi..terasa gerunnya. ='(

Ramai yang terlupa termasuklah pemilik jari yang sedang menulis ini, lupa pilihan yang kekal abadi. 

Syurga atau neraka..?

Sepatutnya sekarang kita sudah ada pilihan dan persiapan menuju setiap pilihan kita. Kehidupan sekaranglah yang menentukan sama ada pilihan kita itu diizinkan ALLAH atau tidak kelak.

“Aku ingin ke syurga”.

Semak kehidupan kita, adakah selayaknya kita menjejakkan kaki syurga, adakah redha ALLAH? Ingin ke syurga tapi tidak kenal syurga, hidup tanpa syarat2 yang wajib di patuhi oleh bakal ahli syurga.

“Aku tidak mahu ke neraka”.

Menyatakan tidak mahu ke neraka. Tapi cara hidup jauh daripada ALLAH, bersahabat dengan syaitan, segala ciri2 ahli neraka, terlekat pada diri.

Menyatakan cita2 bagi memberi motivasi kepada diri adalah lebih baik daripada langsung tidak tahu arah tuju. Jerit  dalam hati “AKU INGIN ke SYURGA” kuat2. Bagi hati terjaga, menyedari perjalanan hidup selama ini telah memenuhi syarat2 sebagai bakal ahli syurga atau belum. Menangis dalam hati 

“ AKU TIDAK MAHU ke NERAKA”. Bagi hati terjaga juga, sedarkan diri jauhi syaitan, buang segala sifat2 mazmumah yang ada dalam diri.  Jeritlah dan menangislah sebelum terlambat, kerana saat seterusnya belum tentu ada untuk kita.




#Renung setiap wajah2 kesayangan kita..sedekahkan Al-Fatihah..bisikkan “Aku ingin bersama kalian di Syurga”


Rabu, 5 Jun 2013

Kereta api oh kereta api.


Syukur Alhamdulillah. Hari ni dah 26 Rejab.tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi untuk menyambut kehadiran bulan yang dirindui, bulan Ramadhan. Semoga kita masih diberi kesempatan untuk berada di dalamnya. Amiin. Jom puasa esok, 27 Rejab.insyaALLAH...
***
Semalam saya berpeluang menaiki kereta api biasa dari Tanah Merah ke Kemubu. Dah lama saya tak menaiki kereta api biasa yang perjalanannya lebih lama daripada kereta api ekspres. Hari sabtu lepas, menaiki kereta api ekspres dari Kemubu ke Tanah Merah hanya sejam setengah dengan keadaan yang begitu selesa, tidak ramai penumpang. Tapi semalam benar-benar menguji. 3 jam berdiri di dalam kereta api dalam keadaan yang teramat sesak, 'air cond' sedikit tidak singgah di badan. Sekali sekala angin dari luar terasa bertiup masuk. Kebanyakan penumpang naik dari tumpat dan destinasi terakhir adalah Gua Musang..sangat jauh. Ingatkan dapatlah bertukar tempat duduk bila mereka turun dari kereta api..em, hampa..
Keretapi KTM yang menjadi pengangkutan utama masyarakat luar bandar. Tak sama dengan kereta api laju  kat  KL tu.

.. tak berlaku kat Malaysia..

Teringat kenangan di tingkatan 1-3, kereta api inilah yang menjadi kenderaan berulang dari Kuala Krai ke Kemubu 2minggu sekali..keadaan sesaknya sama macam semalam. Kalau dapat tempat duduk teramat-amatlah beruntung. Berbeza kereta api dulu dan sekarang, dulu hanya ada kipas dan tingkap yang boleh dibuka dari dalam. Kadang-kadang asap kereta api masuk melalui tingkap, baju sekolah jadi kelabu asap. Kebaikannya, walaupun berhimpit, angin luar tetap masuk. Tidaklah berpanas sangat. Tapi yang terbaru semua koc ber'air-cond’ dan bersih kocnya. Bila keadaan sesak 'air cond' tak terasa dan angin luar hanya masuk melalui pintu. Panas seperti di kukus. Lebih selesa bila koc tidak terlalu sesak. Kalau ditanya kepada pakcik2 yang biasa naik kereta api mereka lebih suka naik kereta api yang dulu, daripada sekarang. Kalau saya, lebih suka yang terbaru, tapi bilangan koc mestilah banyak, supaya tidak sesak. Eh jadi pengkritik pula. Saja berkongsi pengalaman. Mungkin ada yang belum merasa naik kereta api =)

Koc sekarang

Dalam kereta api semalam ada beberapa ‘scene’ yang sempat saya ‘spot’. Takde apa nak buat, nak baca buku tentu dah tak boleh, minum air pun curi2 minum..haa..sesak sungguh. Di stesen Kuala Krai, satu family naik kereta api , adik yang bongsu sangat mengantuk. Adik tu tertidur sambil berdiri dengan dipangku oleh kekuatan tangan ayah. Kaki adik tu dah bengkok dan kepalanya lentok dalam pangkuan ayah. Saya dapat lihat wajah ayah yang bertahan menampung berat anaknya dalam lingkungan umur tujuh tahun. Sikit pun dia tidak bergerak, agar anaknya tak terjaga. Allahurobbi.. Pengorbanan seorang ayah. Kecil tapi sebenarnya cukup besar untuk melindungi dan memberi keselesaan kepada anaknya. Seorang pak cik yang sedang duduk di kerusi menyedari situasi itu, kemudian dia meminta daripada si ayah untuk meriba anaknya. Mulanya ayah agak keberatan kerana bimbang menyusahkan, akhirnya dia akur untuk keselesaan anaknya. Syukur Alhamdulillah…

Seorang pak cik berdiri tidak jauh dari saya, umurnya lebih kurang 60 an. Kerusi di sebelahnya di duduki oleh budak lelaki. Baik hatinya pak cik ni memberi ruang untuk budak lelaki tu duduk. Tiba2 tengah2 kesesakan tu, pak cik seolah-olah hendak tumbang ke belakang, seorang lagi pakcik yang berdiri juga, meminta izin kepada budak lelaki lain yang sedang duduk untuk beri ruang untuk pakcik tadi duduk. “Awe, sikit lagi demo tuo, juga. Sie ko pok cik ni”. Budak lelaki tu pun bangun dan beri pak cik tadi duduk. Dalam kesesakan, kita belajar bersabar dan bertolak ansur, Tengok yang susah kita bantu, yang lemah kita bantu. Bersikap pentingkan diri sendiri hanya akan memakan diri.

Sepanjang perjalanan, semua penumpang diam cuma sekali sekala kedengaran suara kanak2 menangis dan ada yang bergurau sesama mereka.

Lihat satu2 jasad di dalam kereta api ini..semuanya adalah hamba ALLAH. Semuanya ada destinasi mula dan akhir masing2. Sabar menunggu asalkan sampai ke destinasi mereka. Sabar sungguh. Kalau orang yang tidak sabar, lebih rela turun di mana2 stesen asalkan tidak bersesak-sesak. Tapi akhirnya dia yang rugi dan menyusahkan diri.

Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Orang yang tidak sabar menempuh liku kehidupan di dunia, yang tergelincir daripada garisan menuju ALLAH..dia tetap kembali kepada ALLAH, tapi dia kembali dalam keadaan yang sia-sia. Tidak ada jaminan yang dapat menjamin dia mendapat kebahagiaan di akhirat. Na’udzubillah.. semoga ALLAH pelihara kita semua, dikurniakan kesabaran dalam menempuh hari2 dalam dunia ini agar kita tidak menjadi orang yang muflis.

Dabong-sebelah kampung Kemubu
Selamat tiba di Kemubu 6.15petang. Alhamdulillah, dah selesai urusan di UMK. Beginilah keadaannya, ada kereta, boleh 'drive' tapi masih belum diberi kepercayaan penuh oleh abah untuk drive sendiri ke UMK. Pertama kali drive ke UMK Rabu lepas, bertemankan Mak dan Abah. Em, takpe lah perlahan2 belajar bagi yakin, nanti abah bagilah ‘drive’ sendiri. InsyaALLAH, jika diizinkan ALLAH, dapat saya mendaftarkan diri sebagai pelajar pascasiswazah di sana September nanti. Mohon doa daripada kalian. Jika sebaliknya, redha. Apa2 pun tawakkal kepada ALLAH..kerana dia tahu apa yang terbaik buat setiap hamba2Nya.

Ahad, 2 Jun 2013

Sentiasa dekat.


Dia..
Bukan ada bila kita susah sahaja
Bukan ada bila kita sedih sahaja
Bukan ada bila kita gundah sahaja
Tapi...
Dia
Sentiasa ada bersama kita
Malah lebih dekat daripada apa yang paling dekat dengan kita
Dialah ALLAH..
Banyakkan zikir..
mengalunkan, merintih rindu kepadaNya..

"Bantulah kami mengingatiMu
Bantulah kami mensyukuri nikmatMu
Bantulah kami memperelokkan amalan kami.."