Halaman

Rabu, 27 Mac 2013

Menyingkap Sunnah (Solat Witir)


Rasulullah s.a.w bersabda :

“Bersiwaklah kamu, jagalah kebersihan dan laksanakan solat witir kerana sesungguhnya ALLAH itu Zat yang Esa (ganjil) dan akan memberikan pahala bagi yang menunaikan solat ganjil (witir)”
(Abu Daud)
Solat witir adalah merupakan amalan yang dicintai oleh ALLAH. Sebagai seorang hamba yang beriman dan sedang berjalan menempuh keredaan ALLAH kita harus mencintainya. Mencintai solat witir adalah meletakkannya  dalam hati, membawanya  ke mana-mana dalam ingatan  dan gigih menjalankannya. Begitu juga caranya untuk mencintai  dan melazimi solat-solat sunat yang lain. Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, bagi mencintai solat witir, kita perlu terlebih dahulu mengenali solat witir, mempelajarinya dan mengetahui doa-doa dan kaedah-kaedahnya serta  keutamaan yang terkandung di dalamnya.

***



Menyingkap sunnah..saya nukilkan tulisan kali ini untuk kita sama-sama mengembara mencari ilmu kerana kita masih dan tetap berusaha meraih cinta ALLAH!

Segala input ini di ambil daripada bacaan hasil karya  Yusni A.Ghazali (Mukjizat Qiyamullail)

***
Peringatan daripada Rasulullah s.a.w buat Abu Hurairah.
Abu Hurairah berkata, kekasihku (Rasulullah s.a.w) telah menyampaikan wasiat  kepadaku tentang tiga hal, agar aku berpuasa tiga hari setiap bulan, mengerjakan solat Dhuha dua rakaat dan menunaikan solat witir sebelum tidur. (Riwayat Muslim)
Selepas mendengar peringatan itu, Abu Hurairah tidak pernah meninggalkan solat witir. Sekalipun ia adalah solat sunat, Abu hurairah tidak memandang remeh tentangnya. Baginya  ia adalah wasiat daripada kekasihnya.  Abu Hurairah adalah peribadi terbaik yang patut  kita jadikan teladan.  Kita harus merasa seperti yang dirasai Abu Hurairah. Di mana pun kita berada selama ada waktu dan kesempatan, kita hendaklah menunaikan solat yang dicintai oleh ALLAH ini. Tidak ada harapan yang patut kita panjatkan selain menjalankan apa yang digalakkan Rasulullah s.a.w dan mengharapkan keredhaan ALLAH.

Waktu Solat Witir

Solat witir dapat dikerjakan dari selepas Isyak hinggalah apabila waktu sahur tiba.

Sabda Rasulullah s.a.w “ Bergegaslah mengerjakan solat witir sebelum tiba waktu subuh” (Al-Hakim)

Waktu yang paling utama ialah pertengahan malam, namun bagi seorang Muslim yang tidak mampu mengerjakan witir pada waktu ini, dia mendapat keringanan seperti mana hadis Nabi Muhammad s.a.w :

“Siapa yang takut tidak dapat bangun di akhir malam, maka hendaklah dia mengerjakan solat witir di awal malam. Tetapi solat di akhir malam itu disaksikan malaikat pembawa rahmat dan adalah lebih utama”
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, terdapat dua golongan sahabat yang mengerjakan solat witir di awal malam dan di akhir malam. Golongan yang mengerjakan di awal malam dipelopori oleh Abu Bakar, Uthman bin Affan, Abu Hurairah dan Rafi’ bin Khudaij. Manakala kelompok berikutnya dipelopori oleh Umar bin Khattab, Ali bin Abi Thalib, Ibnu Mas’ud, Abu Darda, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar yang mengerjakan solat witir di akhir malam.

Namun begitu Rasulullah s.a.w tetap memuji kedua-duanya. Ini disebut dalam satu hadis daripada Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertanya kepada Abu Bakar.

“Bilakah kamu mengerjakan solat witir?” Abu bakar menjawab, aku mengerjakan solat witir sebelum aku tidur. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya kepada Umar, “Bilakah kamu mengerjakan solat witir?” Umar menjawab, aku tidur terlebih dahulu dan kemudian mengerjakan solat witir. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Bakar, “Kamu memilih waktu dengan bijaksana.” Rasulullah s.a.w berkata kepada Umar, : “Kamu beramal sebagaimana orang kuat beribadah.”

Abu Bakar memilih waktu dengan bijaksana kerana dapat mengukur kekuatan, sekali gus menjaga diri daripada lalai.
Umar turut dipuji oleh Rasulullah s.aw  kerana bukan semua orang kuat untuk bangun di tengah malam ketika rasa mengantuk menyelubungi diri apalagi untuk berdiri mengambil wudhuk dan mengerjakan solat witir. Hanya mereka yang kuat beribadah sahaja dapat melakukannya.
Kita sebagai umat Islam hidup masa kini mempunyai contoh yang baik daripada kalangan sahabat. Dua waktu yang mereka pilih adalah baik dan kita hanya perlu memilih bila untuk mengerjakannya sesuai dengan kemampuan. Itu lebih baik daripada meninggalkan terus.

Solat Witir 3 rakaat

Rasulullah s.a. bersabda ; “Solat malam dikerjakan dengan dua rakaat –dua rakaat, jika salah satu daripada kamu takut akan datangnya waktu subuh, maka hendaklah dia solat satu rakaat, menjadikannya solat witir. (Riwayat Muslim)
Ini bermakna  bagi witir 3 rakaat, ia bererti dua rakaat  kemudian salam, dan di tambah satu rakaat lagi. Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa solat witir adalah hak peribadi. Tiada masalah sama ada lima rakaat, tiga rakaat atau satu rakaat. Oleh sebab itu marilah kita berlumba mencari keredaan ALLAH melalui solat yang dicintaiNya. Makin banyak rakaat, tentunya makin bagus. Namun begitu satu rakaat pun jauh lebih bagus daripada tidak bersolat langsung.

Surah-surah yang dibaca

Menurut  hadis daripada Ali bin Abi Thalib, Rasulullah s.a.w menunaikan solat witir sebanyak tiga rakaat dengan membaca sembilan surah, iaitu daripada surah-surah pendek. Pada setiap rakaat, baginda membaca sebanyak tiga surah yang kemudian diakhiri dengan surah Al-Ikhlas.

Pilihan surah yang di baca oleh Rasulullah s.a.w adalah :
1.       Surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah
2.       Surah Al-A’ala
3.       Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas
4.       Sembilan surah2 pendek
Rakaat pertama : Surah At-Takathur, Al-Qadr, Al-Zalzalah
Rakaat kedua : Surah Al-‘Ashr, Al-Fath, Al-Kautsar
Rakaat ketiga : Surah Al-Kafirun, Al-Lahab, Al-Ikhlas


Zikir selepas solat witir

“Subhanal Malikil Quddus”
Maha suci Zat Yang Menguasai, Zat yang Suci
Sebanyak 3x.
Zikir selepas witir mampu memberi ketenangan kepada hati, terutamanya menghilangkan kesedihan. Hakikatnya zikir adalah seperti suara yang memanggil-manggil, memohon dengan bersungguh-sungguh agar datangnya pertolongan ALLAH.

Berilah galakan kepada keluarga dan sahabat2 untuk sama2 menunaikan solat witir. Ibadah, sama ada solat atau ibadah lain adalah ajakan mulia yang penuh dengan pendidikan akhlak dan budi pekerti.

Ibnu Umar bahawa menegaskan solat witir bukanlah sekadar sunat biasa, kerana jarang sekali Rasulullah s.a.w meninggalkannya. bahkan dapat dikatakan baginda selalu mengerjakan solat witir. Begitu juga para sahabat pada ketika itu.

Jika Rasulullah s.a.w dan para sahabat begitu teguh mengamalkannya , kita bagaimana?  Moga terus istiqamah..kunci utama untuk kekal istiqamah ialah dengan berusaha untuk ikhlas mencintai amalan tersebut.

Ikhlas itu harus diburu...bukan menunggu. -Ustaz Pahrol

Selasa, 12 Mac 2013

Cinta ke Syurga



Teruja melihat poster Program PMIUSM 8 Mac yang lalu. Bukan tajuk yang diteruja, tapi ahli panelnya. Idola sepanjang hayat, Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Setiap karyanya mampu menjentik hati2 yang membacanya. Turut dikagumi Ustazah Ummu Maudah yang tidak asing lagi. Panelis yang mantap, sudah pastinya isi perbincangan dan kupasan sangat bermanfaat buat jiwa2 yang dahagakan ilmu. Tahniah adik2 Pimpinan PMIUSM, teruskan istiqamah menyuburkan bumi Minden dengan Ilmu.. =)

Alhamdulillah sahabat2 yang hadir ke forum tidak lokek untuk berkongsi ilmu yang diperoleh. Kesempatan ini, saya kongsikan bersama, moga ada manfaatnya untuk kita. in sya ALLAH..

Terdapat banyak input menarik yang dikongsikan kepada hadirin yang hadir.  Antaranya :-

1) Bagaimana nak satukan dua hati?
= 2 hati mencintai Yang Satu akan BERSATU

2) Makin tinggi iman seseorang pada ALLAH, makin kuat cintanya untuk orang lain.


3) Siapa yang lebih kuat cintanya kepada ALLAH, maka dialah yang paling cinta kepada pasangannya.


4) Jangan mencari kebahagiaan dalam rumahtangga, tetapi bawalah kebahagiaan dalam rumah tangga.


5) Sebelum membentuk keluarga yang baik, kita perlu jadi orang yang baik dulu.


6) Kita jadi baik, kita akan dapat tarik kebaikan.


7) Tiada kebahagiaan dalam menderhakai (buat maksiat) ALLAH. Semakin banyak kemanisan yang diambil sebelum perkahwinan, semakin tawar dan hambar perkahwinan itu nanti.


8) Psikologi perkahwinan 

Selepas 5 tahun perkahwinan, baru kita tahu ‘true colour’ pasangan kita.

9) Apabila kita serahkan segala2 pada ALLAH, kita jaga hak ALLAH, maka ALLAH juga akan jaga hak kita.

10) Cinta kerana ALLAH
Niat berkahwin untuk mendapat keredhaan ALLAH dan jadikan ia sebagai pemangkin untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

11) Mencari jodoh umpama mencari rezeki. Kita usaha untuk mencari rezeki, namun kadang2 apa yang kita jumpa itu lebih baik dari apa yang kita cari. Rezeki, semuanya ALLAH telah tentukan. Begitu juga dengan jodoh. Kita berusaha mencari jodoh yang baik, dan disamping itu kita juga bertawakkal pada ALLAH. Maka ALLAH akan beri jodoh itu mengikut ketentuan dan ketetapanNya.

12) Kita buat baik bukan kerana kita baik, tetapi kerana itulah usaha kita untuk jadi baik.

13) Jodoh juga mengikut tanggungjawab yang kita laksanakan. Semakin banyak tanggungjawab yang kita laksanakan untuk Islam, maka ALLAH akan beri jodoh yang dapat bersama kita untuk laksanakan Islam.

14) Cinta hanya alat, cinta bukan matlamat.


“Bercinta Sampai Ke Syurga”

Konsep SMART

·         S = Setia, Sayang
·         M = Manja
·         A = Adil
·         R = Renew (perbaharui)
·         T = Terus terang

15) Perkahwinan juga adalah salah satu ujian

16) ALLAH menguji dengan apa yang kita paling sayang; seperti ALLAH uji Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

17) Apabila kita memohon cinta ALLAH, cinta yang lain akan menyusul.

18) Dalam rumahtangga, ada hak dan tanggungjawab. Apabila suami menjalankan tanggungjawabnya, haknya akan dipenuhi. Apabila isteri menjalankan tanggungjawabnya, maka haknya akan dipenuhi. Maka apabila suami dan isteri masing2 menjalankan tanggungjawab masing2, maka kedua2 hak mereka dipenuhi dan menjadikan keluarga lebih harmoni. Namun apa yang terjadi sekarang, banyak suami/isteri yang menuntut haknya dalam rumahtangga, namun dari segi tanggungjawab, banyak juga masih yang tidak dipenuhi. --Muhasabah buat para suami dan isteri, serta peringatan buat yang bakal jadi suami/isteri.

19) Hukum kasih sayang 
Kalau nak dapat apa yang kita mahu, kita patut beri dahulu. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

20) Dipercayai lebih utama daripada dicintai. Sebagai contoh, apabila isteri hilang rasa kepercayaan pada suami, bermakna telah kurang 1 kebahagiaan dalam rumahtangga

Antara Cita-cita dan Cinta

Pesan Ustaz Pahrol, ilmu akademik sangat penting untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah. Utamakan cita-cita daripada cinta. Bila tepat pada masa dan waktunya, cinta akan hadir jua. Percayalah, apabila kita hendak menegakkan agama ALLAH, maka ALLAH akan mempermudahkan jalan untuk menegakkan agama itu.

Syukran dik fatin, kerana sudi berkongsi...=)

----

Beberapa point yang ingin dikongsi bersama semasa saya dan sahabat2 menghadiri Forum Baitul Muslim di UTP tahun lepas. Panelnya Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Ustaz Hasrizal. 

- Bila sebut istikharah, orang akan ingat jodoh dan petunjuk dalam mimpi. Tidak semestinya, jawapan istikaharah itu hadir dalam mimpi, tapi ia terbit dari gerak dan ketetpana hati dengan pilihan. Tenang dengan pilihan dan selebihnya tawakkal pada ALLAH sebulat-bulatnya. Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersama dengan setiap keputusan yang kita buat.
Istikharah itu ibarat benih yang baik-- seterusnya sentiasa kena suburkan dengan iman dan taqwa.

-Kahwin? niat kerana apa? Tujuan kahwin sama dengan tujuan mengapa manusia hidup..hidup untuk menjadi khalifah. Perkahwinan satu wasilah mendidik diri menjadi khalifah dan melahirkan khalifah...

-Jadi wanita/lelaki soleh/solehah..orang yang benar2 baik, kebaikan akan datang kepadanya.

-Begini caranya Rasulullah s.a.w bercinta : teliti dalam pertuturan dan komunikasi, romatik, tegas.

-Bila ungkapan I Love U diungkapkan...maknanya "Saya nak bertanggungjawab terhadap awak". Jadi, usah gopoh mengungkapkannya saat diri belum bersedia untuk bertanggungjawab.

-Sentiasa muhasabah, perbaiki diri "SIAPA SAYA DI SISINYA sebagai ISTERI/SUAMI?" 

-Jadilah seorang wanita/lelaki yang berbaloi dinantikan olehnya!


Saranan untuk membaca buku ini..terus perkasakan diri dengan ilmu. In sya ALLAH.

Isnin, 11 Mac 2013

Passport Cinta



Assalamualaikum..
Alhamdulillah..masih diberi kekuatan oleh ALLAH saat ini..~
Sedang asyik menconteng maklumat proposal dalam buku nota, terbaca catatan semasa forum di USM Kubang Kerian beberapa minggu lepas. Em..pening juga baca journal ni..
Ok,relaks sebentar..kita menulis dulu (^.^)

Forum bertajuk Passport cinta
Ahli Panel : Ustaz Ubaidillah dan Ustazah Fatimah Syarha.

Dua orang panel yang amat saya kagumi.
Alhamdulillah.dapat luangkan masa untuk mendengar perkongsian ilmu daripada mereka.


Ciri Pilihan

Perasaan ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah sebagai manusia. Dengan itu lelaki dan perempuna saling memerlukan. Apabila sampai masanya, keinginan ini akan membunga. Sabar..jangan terburu-buru mencari si kumbang dan si bunga pilihan. Senaraikanlah  ciri-ciri pilihan terlebih dahulu. Tidak salah kita menetapkan ciri-ciri pilihan. In sya ALLAH dengan ciri-ciri yang ditetapkan kita lebih berhati-hati, dan paling baik untuk 'menjadi' seperti ciri-ciri tersebut. Selalu disebut, untuk dapatkan yang soleh/solehah, diri sendiri perlulah menjadi soleh/solehah terlebih dahulu. Ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini...perlu diingat menjadi bukan kerana manusia, tapi kerana ALLAH.

Ciri paling utama, beragama. Bertaqwa kepada ALLAH.
Orang yang mengetepikan agama dalam hidupnya, pincanglah segala urusan dunianya. Mungkin dia kaya dengan harta, cantik rupa paras, keturunan bangsawan tapi semua ini tidak kekal. Agama dalam dirinya lah yang kekal abadi dan mencantikkan lagi ciri-ciri yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w"Dikahwini wanita itu atas empat faktor, harta, keturunan, rupa dan agama. Maka kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan"


Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Ustaz Ubaidillah menekankan soal ikhtilat. Diharuskan lelaki dan perempuan berhubung. Lihat  kepada tujuan berhubung, berhubung kerana perkara serius untuk dibincangkan seperti urusan persatuan, pekerjaan atau urusan melibatkan masa depan (bagi yang dah merancang dijadikan pasangan hidup)

Semasa berhubungan, jaga aurat (pakaian, suara), jaga pandangan, jangan bersentuhan. Jangan terlalu kerap berhubung. Tengok masa yang sesuai untuk berhubung walaupun sekadar bersms. Hormatilah waktu privacy orang, dan jangan berhubung ketika lewat malam. Perkara ini boleh mengundang fitnah.

Jika perlu berjumpa, ajaklah teman bersama, jangan berdua-duaan. pilih tempat yang sesuai. Ingat, sekalipun tidak dilihat manusia, ALLAH ada yang melihat. Malulah dengan ALLAH. 
"Aku rasa terkejut orang yg bercakap tentang malu- tetapi ia tidak malu kepada ALLAH dgn maksiatnya"- Imam Ghazali
Allahurobbi...Bagi yang bertunang dibolehkan  untuk berjumpa atas dasar urusan dan mesti berteman. Seeloknya bawa salah seorang ahli keluarga bersama. Bertunang bukanlah satu tiket menghalalkan semua batas perhubungan.

Realitinya, ramai yang dah tahu kan batas2 ni. Tapi susahnya nak praktikkan. kenapa hal ini terjadi.. Ini kerana tidak mengutamakan agama dalam segala hal. Arahan agama diabaikan, bahkan ada yang mengatakan..alah kali ini je..(terpengaruh dengan nafsu dan tusukan jarum halus syaitan) Ingat, sekecil2 dosa yang dilakukan, ianya tetap dosa. Tak mustahil ia akan mendorong kepada dosa besar. Na'udzubillah..

Sama2lah kita menjaga diri. Orang yang sayang ALLAH, akan sayang dirinya. Orang yang sayang dirinya akan disayangi orang lain. Jika biarkan diri melakukan dosa..itu tandanya tidak sayangkan diri sendiri. Jadi macam mana nak menyayangi orang lain dan disayangi orang..Reset minda! (petikan kata Prof Muhaya)

Wahai Muslimin, jagalah pandangan mu..begitu juga dengan wanita. Jangan biarkan terus menerus menjadi fitnah bagi mereka...na'udzubillah..

Doa Nabi Yusuf AS Menjauhi Fitnah Wanita
"Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".
(Yusuf 12:33)


 Lubuk cinta yang diredhai (Perkahwinan)

Persiapkan diri dengan ilmu rumah tangga. Bukan sekadar ilmu masak memasak ya. Banyak lagi. Ilmu agama  (hukum hakam) bersuci, adab2, ilmu kewangan, menguruskan emosi, mendidik anak2, dan banyak lagi. Perkahwinan adalah medan tempur yang sebenar. Bagaimana agaknya orang yang pergi berperang tanpa persiapan? Tanpa senjata, tanpa ilmu kepahlawanan..sudah pasti awal2 lagi dah tersungkur di medan tempur.

Bila bercakap soal persiapan, ia bukanlah perkara main-main dan tidak sepatutnya dipandang ringan. Apa jua perancangan mesti disusuli dengan persiapan, dan membuat persiapan itu menuntut mujahadah dan istiqamah. Lazimi menghadiri dan mendengar majlis ilmu, banyakkan membaca, merujuk kepada ibu bapa. Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk dilihat bagaimana seni dalam rumah tangga. Sentiasa berbincang dan meminta pandangan mereka.

Teladani perjalanan cinta para anbiya'. Rasulullah s.a.w yang memuliakan wali apabila melamar Siti Aisyah, iaitu Abu Bakar as-siddiq.
Siti Khadijah tidak terburu-buru membuat keputusan memilih Rasulullah s.a.w sebagai pasangan hidupnya. Beliau menghantar wakil untuk merisik baginda dan merisik peribadi baginda terlebih dahulu sebelum melamar.

Itulah yang diajar dalam Islam yang harus diteladani. Islam tidak menolak cinta, bahkan meraikan cinta.
Cinta yang bagaimana?
Cinta yang berperaturan.

Peraturan cinta ialah syariat - (hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat terpulang kepada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkannya.
Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram, akan berakhir dengan kepahitan.
Percayalah juga, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan.
Jadi..pilihan di tangan kita sendiri.


Bagaimana jika sudah jatuh cinta.
Segeralah untuk bangunkan cinta!

Bangunkan cinta dengan sentiasa muhasabah diri.
Apakah pilihan kita itu ada ciri-ciri seperti yang Rasulullah gariskan.
Bagaimana diri sendiri, apakah benar2 sudah bersedia untuk bertanggung jawab?
Apakah tujuan dan matlamat cinta itu?
Sentiasa renew niat.
Kerana ALLAH.
Seterusnya istikharah, moga diberi petunjuk yang baik daripada ALLAH dengan pilihan itu.
Istisyarah bersama keluarga, dan orang2 yang alim. Minta pandangan dan tunjuk ajar daripada mereka.
Kemudian, muliakanlah walinya. Menyatakan hasrat hati dan bersilaturrahim dengan keluarganya.
Inilah kaedah bangun cinta. Cinta tidak indah dengan kata-kata. Fikirlah bahawa cinta itu amanah dan indah kerana datangnya daripada ALLAH. Dengan itu jagalah kesucian dan keindahannya. Inilah garis panduan untuk memperoleh passport cinta yang halal. Mungkin ada yang pernah tersilap langkah dalam mujahadah melalui jalan yang halal ini. Ada ketikanya kalah dengan nafsu...Astaghfirullah..
Ayuh,segera perbaiki kelemahan, perkasakan iman dan kembali kembali kepada Pemilik Cinta, ALLAH. Perbetulkan yang mana tidak halal. Bersyukurlah, ALLAH saat ini masih kurniakan hidayah, menyedarkan diri yang lalai..itu tandanya ALLAH sayang =')

Alhamdulillah.. Bila sudah dapat dan lulus passportnya...belayarlah dalam bahtera rumah tangga dengan penuh keberkatan daripada ALLAH. Passport yang diperolehi dengan cara yang halal akan selamat perjalanannya. Jika haram cara memperolehinya, pasti kecundang di pertengahan jalannya.

Alhamdulillah. Inilah sedikit sebanyak perkongsian yang sempat saya catat dan huraikan. Semoga ada manfaat bersama.

*In sya ALLAH...akan menyusul perkongsian daripada sahabat yang menghadiri Forum Cinta dan Air Mata di USM. Salah seorang ahli panel yang amat saya kagumi karyanya iaitu Ustza Pahrol Mohd Juoi.